Você está na página 1de 11

CABARAN EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA

Cabaran dan peluang perbankan Islam di Malaysia


Pengenalan
Ekonomi bukanlah kisah yang baru dalam tamadun Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku
sejak dari zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah
meletakkan asas Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan yang amat rapi bagi memastikan negara
Baginda mempunyai bekalan yang mencukupi untuk rakyatnya apabila menghadapi musim kemelesetan
ekonomi. Walaupun begitu, kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli
sahaja di pasaran yang mudah. Sejak abad kedua, Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan
ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba, sistem harga, monopoli,
percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam
muamalat mengikut mazhab masing-masing. Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam
ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masihi) dan Ibnu Khaldun (1332-1406 Masihi). Ibnu Taimiyah yang
berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna,
kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibnu Khaldun pula, di dalam kitabnya yang
terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem
harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara,
dan lain-lain. Beliau yang berasal dari Hadramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi
dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.

Kini, heterogen krisis kewangan berlaku, begitu juga kapitalis global yang berasaskan riba, faedah
yang berganda dan penindasan terhadap golongan bawahan melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi
negara-negara dunia ketiga dalam sekelip mata, walaupun usaha untuk membantu negara-negara islam
dunia ketiga, masih buntu serta belum ada tanda ekonomi beransur pulih. Dalam ketika itu secara relatifnya
kisah hitam itu akan membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar, sebagai contohnya kejayaan
sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam turut mengikut jejak
langkah negara kita dalam menangani krisis ekonomi.

Ketika inilah masa dan medan terbaik bagi negara Islam memperkukuhkan struktur dan produk
kewangan Islam mereka dalam usaha memulihkan ekonomi global. Kemampuan sistem perbankan Islam di
Malaysia yang meningkat sebanyak lima belas (15%) peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi
peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya tersendiri melawan arus deras institusi riba

kapitalis. Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan
di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global seperti sekarang.
Hakikatnya institusi kapitalis riba global sedang menuju kemelesetan dan pendokongnya bakal berdepan
gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam
diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya.

Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan memerangi segala bentuk system, oleh itu
sebarang struktur yang berteraskan riba yang dapat memudaratkan kehidupan manusia. Oleh itu, krisis
dihadapi AS dan Eropah kini membuktikan sistem konvensional semasa berteras riba mempunyai banyak
kelemahan dan ketidakseimbangan berbanding sistem kewangan Islam yang bebas riba. Ia dilihat semakin
kukuh dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan ketika dunia bergelut zaman meleset dan pergerakan
ekonomi perlahan serta tidak berdaya saing, dijangka bakal mempengaruhi banyak negara di seluruh dunia,
termasuk negara maju. Ramai sarjana mengakui kesan positif krisis ekonomi dunia kini kepada sistem
kewangan Islam yang berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti
institusi zakat, wakaf, baitul mal, sedekah, hibah dan sebagainya di samping inovasi dalam produk
ekonomi Islam. Malah, ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan konvensional
supaya mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang terbukti berjaya. Nilai
keseluruhan aset kewangan Islam mencapai AS$1 trilion (RM3.52 trilion), malah turut dipraktikkan di
lebih 75 negara, termasuk di negara yang didominasi masyarakat bukan Islam.

Sejak lima tahun lalu, pusat kewangan antarabangsa dilihat mula mempraktikkan sistem berkenaan,
termasuk beroperasi di London, Singapura dan Hong Kong. Antara produk utama dihasilkan daripada
kewangan Islam adalah Sukuk dan Malaysia adalah pasaran terbesar produk berkenaan dengan bon
keseluruhan bernilai RM211.2 bilion. Ini kejayaan yang sangat baik dan perlu dipertahankan pada masa
hadapan serta berusaha menambahkan lagi nilainya. Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku
kerana masyarakat dunia mula membuka mata kepada kelebihan dan kewibawaan perbankan Islam.
Diharapkan dengan perkembangan memberangsangkan di negara kita, banyak negara di Asia Barat akan
melabur di sini kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran dan situasi ekonomi di Barat.

Dalam menangani krisis kewangan pada 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai
kepemimpinan yang bijak, berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah drastik, termasuk
mengawal tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi
dan sosial negara kita. Kepimpinan ketika itu dengan bijak menolak tawaran dari International Monetary
Fund (IMF) yang menawarkan pinjaman dalam mengatasi masalah kewangan ketika itu. Namun begitu,

industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion)
menjelang 2010 nanti. Menurut Pengarah Unit Perbankan dan Kewangan Universiti Monash (Malaysia),
Profesor Bala Shanmugam, jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan
Bank Pembangunan Islam Arab Saudi bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan
global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini. Iklim ekonomi dan
penyertaan yang semakin bertambah dalam industri itu membuka peluang kepada Malaysia dan negara
Islam lain menjadi peneraju utamanya. Industri global pula kini bernilai sekitar AS$531 bilion (RM1.816
trilion), menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam. Peserta sektor kewangan
Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan
positif masyarakat global.

Langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kewangan Islam semakin


dipertingkatkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk mendedahkan umum kepada aktiviti
pasaran modal Islam serta perniagaan takaful yang berkembang pesat. Kerajaan konsisten mempelbagaikan
konsep terbitan nota kewangan Islam sedia ada daripada berasaskan bai inah dan ijarah kepada murabahah
yang mendapat sambutan. Dengan menerbitkan nota kewangan Islam menerusi struktur itu yang digunakan
secara meluas di Timur Tengah terutamanya, ia boleh menyediakan platform bagi pelabur baru untuk
melabur dalam kertas-kertas pembiayaan Islam dalam pasaran Malaysia. Sebagai sebahagian daripada
inisiatif yang dikaitkan dengan pasaran kewangan Islam global, instrumen itu akan dipromosikan ke
pasaran kewangan antarabangsa dari semasa ke semasa. Sambil dunia memperakui pentingnya
membangunkan produk lindung nilai Islam dalam pasaran kewangan Islam untuk menangani risiko,
Malaysia bangun memperkenalkan perjanjian derivatif Islam global bagi mendokumenkan transaksi
derivatif Islam yang dimulakan bank pusat dan dipacu industri kewangan menerusi pakatan serta kerjasama
bijak.

Cabaran perbankan Islam di Malaysia


1. Globalisasi Perkhidmatan
1.1 Kewangan Islam
Dengan aspek dimensi antarabangsa kewangan Islam menjadi semakin nyata, landskap kewangan telah
melalui perubahan yang besar dengan pesertanya lebih pelbagai dan persekitarannya yang lebih kompetitif.
Ini seterusnya menjadi pemangkin bagi peningkatan inovasi kewangan dan penghasilan rangkaian produk
dan perkhidmatan kewangan Islam yang lebih luas. Perkembangan ini telah menarik minat peserta global
konvensional dari negara-negara bukan Islam, terutamanya dari segi penyertaan yang meningkat dalam

pasaran kewangan Islam dan perolehan kepentingan strategik dalam institusi kewangan Islam domestik.
Dengan terbukanya peluang kepada institusi perbankan dan peserta lain, sistem kewangan Islam menjadi
lebih pelbagai dan pasaran kewangan Islam semakin luas berkembang. Perkembangan ini telah
menyumbang kepada pertumbuhan pesat kewangan Islam di seluruh dunia, dan kewangan Islam kini
muncul sebagai antara segmen paling pantas pertumbuhannya dalam industri perkhidmatan kewangan.
Susulan perkembangan tersebut, skop perniagaan kewangan Islam telah berkembang daripada hanya
tertumpu pada pembiayaan runcit dan perdagangan, kepada penawaran produk kewangan yang lebih
canggih untuk memenuhi permintaan pelanggan global yang berubah-ubah. Produk berasaskan Syariah ini
termasuklah ekuiti swasta, pembiayaan projek, originasi dan terbitan sukuk, serta produk pengurusan dana,
aset dan harta.

Pasaran sukuk khususnya, telah menjadi saluran penting bagi aktiviti mendapatkan dana dan
pelaburan antarabangsa, dan telah berkembang pada kadar 40% setahun. Potensi besar pasaran sukuk
dalam sistem kewangan antarabangsa sememangnya merupakan kemuncak baharu inovasi dalam
kewangan Islam malah merupakan bahagian penting proses globalisasi kewangan Islam. Sukuk
Musyarakah dan Ijarah yang diterima secara meluas di peringkat global kini membentuk sebahagian besar
terbitan sukuk global. 75 Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2008 Pembangunan struktur sokongan bagi
kewangan antarabangsa merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membangunkan kewangan
Islam di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam
(Islamic Financial Services Board, IFSB) pada tahun 2002 untuk menetapkan piawai kehematan kewangan
Islam, dan juga pewujudan Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (Accounting
and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions, AAOIFI) pada tahun 1990. Kedua-dua badan
penetap piawai antarabangsa ini memainkan peranan penting dalam menyelaraskan piawai kehematan dan
perakaunan merentas negara-negara yang berbeza. Apa yang lebih penting ialah peranan badan tersebut
menghasilkan amalan terbaik antarabangsa dalam pembangunan kewangan Islam global. Lantaran usaha
bersepadu untuk menghasilkan amalan terbaik antarabangsa yang kukuh dalam rangka kerja kehematan
dan penyeliaan, daya tahan dan kemampanan jangka panjang industri kewangan Islam dapat dikekalkan.
Globalisasi turut membawa bersama-samanya elemen saling bergantung yang lebih ketara. Meskipun
kesalinghubungan yang lebih nyata ini dijangka menghasilkan pengagihan modal yang lebih cekap
merentas sempadan, yang seterusnya mengurangkan kos modal, langkah ini juga boleh menyebabkan
kemungkinan berlakunya pemindahan risiko merentas negara. Ini menekankan lagi keperluan untuk
memastikan mutu globalisasi kewangan. Meskipun sifat intrinsik kewangan Islam sememangnya
menggalakkan pengurusan risiko dan memberi keyakinan melalui penzahiran dan ketelusan, risiko baharu
yang berpunca daripada globalisasi harus diambil kira. Ini bagi memastikan institusi kewangan Islam
berupaya menguruskan risiko dan pihak berkuasa pengawalseliaan mempunyai peralatan yang perlu untuk
menangani sebarang implikasi penyahstabilan.

1.2 Munculnya Cabaran Baharu


Dimensi antarabangsa kewangan Islam yang kian nyata membawa bersama-samanya cabaran baharu.
Kemunculan institusi kewangan Islam yang lebih pelbagai dan pembangunan pasaran kewangan Islam
yang kian meluas telah mempercepat lagi perkembangan pengantara perbankan Islam, takaful dan pasaran
modal yang canggih. Ini juga telah membawa kepada terciptanya instrumen kewangan berstruktur yang
canggih dan kompleks termasuk struktur hutang-ekuiti hibrid. Persaingan yang kian sengit bukan sekadar
mempercepat langkah inovasi produk dan perkhidmatan tetapi juga proses operasi dan saluran
penyampaian. Perkembangan ini menyumbang kepada profil risiko urus niaga kewangan Islam yang
semakin kompleks.
1.3 Inisiatif Strategik Global
Langkah-langkah kerjasama antarabangsa telah dilaksanakan berikutan kesedaran tentang betapa
pentingnya daya tahan kewangan industri bagi perkhidmatan kewangan Islam diperteguh dalam
persekitaran yang kian mencabar ini. Justeru, bagi menerajui pembangunan strategik industri ini, pelan
Induk 10 tahun bagi pembangunan industri kewangan Islam global telah dilaksanakan. Pelan ini merupakan
inisiatif bersama Islamic Development Bank (IDB) dan IFSB untuk menyediakan rangka tindakan
pembangunan sistem kewangan Islam yang teratur merentas negara bagi mencapai matlamat yang sama,
iaitu industri perkhidmatan kewangan Islam yang teguh, berkesan dan progresif. Rangka tindakan ini turut
menggariskan strategi umum pembangunan komponen utama pelbagai bahagian sektor kewangan Islam.
Antaranya, panduan untuk menentukan pilihan terbaik bagi tahap pembangunan berbeza sistem kewangan
Islam agar ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan bangunan ekonomi, serta menjadi komponen
penting sistem kewangan antarabangsa. Perlu ditekankan bahawa pelan induk ini bukan sekadar
menyediakan rangka tindakan pembangunan sistem kewangan Islam yang jitu dan padu lagi komprehensif,
tetapi ia juga menggalakkan pemahaman dan kesedaran yang lebih mendalam termasuk menyediakan
Buletin Suku Tahunan Suku Keduaa 2008 76 maklumat tentang jangkaan tahap pencapaian yang
diperlukan buat mereka yang ingin menyertai sistem kewangan Islam. Satu lagi inisiatif global yang
penting dalam kewangan Islam ialah pengisytiharan piawai kehematan dan penyeliaan antarabangsa oleh
IFSB. IFSB telah mempercepat penghasilan piawai ini bagi menangani risiko ciri-ciri kontrak kewangan
Islam yang unik dan khusus. Dalam pelaksanaan piawai ini apa yang penting ialah pengukuhan keupayaan
institusi kewangan mengurus risiko. Di samping itu, pelaksanaan piawai ini perlu diperlengkap oleh
pengawasan yang berterusan agar dapat mengenal pasti dari awal lagi risiko yang baru muncul dan juga
untuk memastikan institusi tersebut bersedia untuk menguruskan risiko.

1.4 Daya Tahan Diperkukuh oleh Ciri-Ciri Intrinsik Kewangan Islam


Ciri-ciri intrinsik kewangan Islam turut menyumbang kepada daya tahan keseluruhannya. Ini terbentuk
daripada prinsip Syariah yang merupakan tunggak utama kewangan Islam. Injunksi Syariah menghendaki
urus niaga kewangan diasaskan oleh aktiviti produktif yang menghasilkan kaitan rapat antara aliran
kewangan dengan aliran produktif. Di bawah konsep perkongsian risiko, pembiaya kewangan dan
peminjam saling berkongsi risiko. Dalam pengaturan sebegini, aktiviti benar dijangka menjana pulangan
yang cukup untuk menampung risiko. Ekoran itu, pihak-pihak yang berurus niaga dilindungi daripada
pendedahan kepada risiko yang melampau memandangkan prinsip Syariah melarang leveraj berlebihan dan
penglibatan dalam aktiviti kewangan spekulatif. Oleh itu, prinsip intrinsik perkongsian keuntungan dan
risiko menyediakan kaedah sekatan dan imbangan (check and balance) dalaman terhadap urus niaga
kewangan Islam. Gabungan kesemua ciri tersendiri ini dan pelaksanaan piawai dan amalan pengurusan
risiko berhemat dapat menyumbang kepada keteguhan dan daya tahan sistem kewangan Islam.

2. Ekonomi islam merupakan cabang ilmu :


-

Mengkaji kegiatan manusia selari dengan syariat

Sebagaimana perspektif Islam itu terhadap pentakrifan ekonomi mencakupi permasalahan manusia
sejagat;ia tiada merujuk kepada individu atau masyarakat tertentu serta ia berlandaskan syariat bertujuan
mendapat keredhaan Allah S.W.T; boleh juga difahami bahawa segala manafaat dan hasil mashul di muka
bumi ini haruslah di kongsi secara adil tanpa persempadanan budaya,bangsa atau negara untuk sama sama
merasai kemajuan, kemakmuran dan keamanan berbanding teori ekonomi konvensional yg dicipta
mengikut peraturan ciptaan manusia yg bersandarkan idealogi atas kepentingan dan agenda tertentu sesuatu
pihak atas pihak yg lain. Penekanan terhadap perkara perkara seperti perolehan, penggunaan dan
pengurusan dalam ekonomi Islam adalah menjurus kepada urusan seperti Halal & Haram, Pembaziran &
Keutamaan, Keadilan & Pengagihan yg mana ia perlu membawa kepada kebaikan dalam pembangunan
insaniah dari segi material dan kerohanian seperti yg dituntut Islam. Perkara perkara ini boleh dirujuk
melalui firman Allah SWT dalam Al Quran;

Pada pandangan peribadi penulis kegagalan Kesatuan Islam dalam cabaran ekonomi hari ini adalah
kerana kegagalan pentadbir pentadbir negara islam itu sendiri yg gagal memanafaatkan kekayaan yg
dilimpahkan Allah atas muka bumi mereka menurut syariat secara total. Negara negara islam yg hasil
utamanya adalah minyak di mana nilai pendapatan tahunannya mencapai berbillion dolar sepatutnya secara
bersepakatan harus membantu dalam membangunkan negara negara yg lemah melalui pembangunan
infrastruktur pendidikan dan perekonomian asas dikalangan seluruh umat islam seluruh di dunia. Ini
penting kerana melalui ilmu dan pengisian sahaja seseorang itu akan mencapai kejayaan dalam

membangun serta mengubah cara hidup dan pemikiran mereka dalam pembentukan tamadun. Ini secara
tidak langsung akan memastikan semua umat islam tidak terdedah kepada segala bentuk penghinaan,
kejahilan

dan

kemiskinan.

Apa yang berlaku sebaliknya sekarang negara islam yg kaya raya ini sibuk mengikut hawa nafsu & bangga
diri membangunkan hotel-hotel lima bintang , pulau-pulau buatan yang bernilai jutaan dolar (Artikel
Newsweek April 21 2008; SPECIAL REPORT), pelaburan di negara2 bukan islam utuk tujuan keuntungan
semata serta sanggup bersengkokol dengan musuh utk menentang orang islam sendiri sedangkan masih ada
saudara islam yg masih tidak tahu membaca, miskin dan kebuluran serta merempat dan dibunuh
sewenangnya

di

negara

negara

berhampiran.

Menurut statistik , jumlah umat islam di seluruh dunia sekarang berjumlah lebih kurang 1.5 billion dan
mewakili

24%

jumlah

penduduk

dunia

(Institute

of

Islamic

Information

&

Education; http://www.iiie.net/node/65; setakat Feb 2006) dengan hasil ekonomi utama dunia iaitu minyak
berada di tangan orang Islam dan sekiranya ianya diuruskan mengikut kaedah yg sebenarnya dalam islam;
bayangkan betapa kuatnya umat islam dan beranikah mereka itu memperkotak katikan islam dan umatnya.
Saya serahkan kepada saudara untuk fikir-fikirkan dan membuat kesimpulannya.Sekian.

3. Cabaran sistem kewangan Islam


Cabaran pertama adalah piawaian sistem kewangan dan perbankan Islam perlu diseragamkan kerana jika
kekal terpisah oleh perbezaan bidang kuasa dan standard tafsiran syariah, sistem kewangan Islam mungkin
tidak berkembang ke luar sempadan negara Islam. "Cabaran kedua adalah untuk lebih inovatif
mewujudkan produk kewangan Islam baru dan segar. Untuk itu, kita perlu mencari jalan mencipta pakej
kewangan yang menarik tanpa mengorbankan daya tarikan kredit dan faktor bebas risiko," katanya.

Cabaran ketiga pula, negara Islam perlu menggemblengkan modal insan dalam membangunkan
kepakaran untuk memenuhi keperluan serta menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang pengajian
profesional dalam kewangan Islam. "Lebih banyak akademi seperti The International Centre of Islamic
Finance (Inceif) di Kuala Lumpur perlu diwujudkan di negara Islam. Saya menyarankan Bank
Pembangunan Islam memainkan peranan utama dalam perkara ini," katanya. Abdullah juga menggesa

negara Islam mengambil kesempatan untuk melabur besar dalam pembangunan industri pertanian dan
makanan memandangkan jumlah terbesar daripada 15 peratus penduduk yang kurang zat makanan adalah
umat Islam. Beliau berkata produktiviti pertanian semakin lumpuh akibat kurang pelaburan dalam
teknologi pertanian dan pembangunan luar bandar, manakala pengeluaran bijirin dunia terjejas sejak tahun
2000 berikutan ketidaktentuan iklim. Katanya, jika arah aliran itu berterusan, dunia Islam tidak akan
mampu memberikan makanan kepada penduduknya yang kian meningkat pada masa akan datang.
"Adalah penting mendapatkan semula kemasukan pelaburan dalam sektor pertanian dan pada masa sama
tidak mengetepikan kesejahteraan petani. Kerajaan negara Islam perlu memastikan golongan itu dapat
mengakses pusat pasaran yang lebih baik. "Saya yakin dunia Islam mampu menerajui memastikan
barangan keluaran petani dijamin mendapat tempat dalam pasaran dan memperoleh manfaat," katanya.

Peluang Ekonomi Islam di Malaysia

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa nabi Muhamad SAW diutuskan sebagai rahmat bagi semesta alam,
sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-anbiyaa ayat 107. Justeru itu Islam memberi tumpuan kepada
usaha menyusun diri, masyarakat dan negara semoga memperoleh kemajuan dalam pelbagai aspek
kehidupan sehingga wujudnya sebuah masyarakat Malaysia yang peradaban tinggi. Bagaimanapun salah
satu halangan yang menghalang bagi tercapainya matlamat itu ialah kemunduran ekonomi masyarakat
Islam. Di negara kita, umat Islam mewakili 60% daripada penduduk tetapi mereka hanya menguasai 20%
sahaja daripada kekayaan ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa umat Islam hanya menyumbang 5
peratus kepada ekonomi dunia. Kebanyakan negara Islam jatuh ke dalam kategori negara kurang
membangun. Oleh itu, usaha untuk memajukan ekonomi negara adalah usaha keagamaan.
Menurut laporan terakhir Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), 40% daripada isi rumah di Malaysia
memperoleh pendapatan secara purata RM1,500 ke bawah sebulan dan mereka tergulung dalam kategori
dipinggir kemiskinan. Mimbar percaya kesan daripada kemiskinan ini boleh membawa kualiti hidup yang
lemah, mudah terjebak dalam kegiatan sosial dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: " Hampir sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.(Riwayat Abu Naim)

Dalam usaha untuk melonjakkan imej, maruah dan harga diri umat Islam sebagai pembawa rahmat ini,
maka Islam menggalakan umatnya berkerja bersungguh-sungguh secara berkesan untuk meningkatkan
kekuatan ekonomi dan kekayaan. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77 :

Maksudnya: " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala
dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)
dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di
muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.

Ketika menekankan perkara yang sama Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan
dengan tekun(memperbaiki dan mempertingkatkannya). (Riwayat: al-Baihaqi)
Kemajuan ekonomi justeru itu menjadi agenda penting bagi mengurangkan kemiskinan dan menaikkan taraf
hidup ummah yang rendah. Dalam usaha mencapai niat suci dan murni ini menjelang tahun 2020, kerajaan
telah melancarkan Model Ekonomi Baru. Model ini diperlukan sesuai dengan hakikat ekonomi semasa untuk
melonjakkan ekonomi negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan meningkatkan pendapatan
rakyat secara keseluruhan. Ke arah pencapaian tersebut kerajaan telah melakukan perubahan yang besar
kepada dasar negara.
Pertama

: Gagasan Satu Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

kedua

: memfokuskan bidang keberhasilan utama

Ketiga

: Melakukan transformasi ekonomi dan

Keempat

: Menggubal Rancangan Malaysia ke sepuluh.

Salah satu keberhasilan utama Model Eonomi Baru ialah melonjakkan kadar pendapatan perkapita rakyat
kepada RM49,000 setahun atau kira-kira RM 4,000 sebulan. Pendekatan untuk mencapai ekonomi

berpendapatan tinggi sangat tepat dengan senario semasa. Kebijaksanaan dan keikhlasan kepimpinan negara
melaksana tindakan tersebut adalah jalan terbaik untuk menyelamat ekonomi negara pada suasana semasa.
Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat negara ini yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat pelbagai
peluang secara saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara.
Model Ekonomi Baru merupakan satu cabaran kepada orang Islam supaya mengubah sikap dari bekerja
sekadar cukup makan kepada berusaha bagi mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi agar mereka dapat
berada diarus perdana ekonomi negara. Maka dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa pihak kerajaan begitu
serius dan komited dalam membangunkan negara untuk masa depan rakyat.
Setiap negara dan bangsa sentiasa bersaing untuk memaju kekayaan dan kekuatan ekonomi. Kita amat
bersyukur dengan usaha kerajaan kebelakangan ini sehingga melonjakkan negara kita mampu bersaing
dengan negara luar dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Dalam Laporan Tahunan terkini Daya Saing
Ekonomi Dunia 2010 yang diterbitkan oleh Institute For Management (IMD) telah menyenaraikan negara
kita di tangga ke sepuluh teratas negara paling berdaya saing di dunia. Tahun lepas kita berada di tangga ke
lapan belas. Kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan dan rakyat dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang
mapan yang berjaya menarik pelabur luar dan dalam negara untuk sama-sama menambah baik ekonomi
negara . Kejayaan ini juga menjadikan negara kita dipandang tinggi oleh negara-negara lain serta menjadi
contoh kepada negara-negara Islam.
Menurut laporan Unit Perancang Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri prestasi suku pertama ekonomi
negara kita bertambah baik dengan pertumbuhan ekonomi empat bulan pertama tahun ini pada 10.1%
berbanding pada tahun 2009 pada kedudukan negatif 1.7% .
Dalam menyusun dan mengendali kegiatan ekonomi, mimbar mengingatkan kita perlu berwaspada, agar
ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan iaitu
menghayati semangat keadilan dan muafakat. Pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dalam
semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli
yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang
menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Firman Allah SWT. dalam surah an-Nisaa ayat 29:

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengasihani kamu.

Kita juga perlu mengambil contoh sifat-sifat usahawan Islam yang berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf,
Zubair Ibnu Awwam, Talhah bin Ubaidillah dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja menjadi usahawan yang
berjaya tetapi mereka turut memainkan peranan penting dalam penyebaran dan pengembangan dakwah
Islam. Oleh itu kebijaksanaan mereka mengenal pasti peluang ekonomi dengan disertai amalan etika dan
keperibadian para sahabat tersebut perlu dicontohi oleh pentadbir, peniaga dan pengusaha pada hari ini.
Tetapi malangnya terdapat segelintir umat Islam yang memandang remeh dan menganggap bahawa usaha
memaju dan mengukuhkan ekonomi tidak penting dan bukan satu lapangan yang dituntut serta tidak ada
hubungkait dengan agama. Ini merupakan satu tanggapan dan pemahaman yang salah, kerana Islam adalah
suatu agama yang mementingkan kepada kehidupan dunia. Kehidupan di alam akhirat adalah penerusan
daripada alam dunia. Tidak akan adanya akhirat jika tidak adanya dunia. Justeru urusan keduniaan
hendaklah di susun menepati ajaran al-Quran dan al-Hadis.

Você também pode gostar

  • Penghargaan dan Syukur
    Penghargaan dan Syukur
    Documento12 páginas
    Penghargaan dan Syukur
    ntohlaa
    100% (4)
  • NUH-DAKWAH
    NUH-DAKWAH
    Documento28 páginas
    NUH-DAKWAH
    Hazim Yusoff
    67% (3)
  • 2 Kuliyah 3 Tasawur Islam
    2 Kuliyah 3 Tasawur Islam
    Documento11 páginas
    2 Kuliyah 3 Tasawur Islam
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • PENGHARGAAN1
    PENGHARGAAN1
    Documento1 página
    PENGHARGAAN1
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • PTPTN Dokumen Tawaran
    PTPTN Dokumen Tawaran
    Documento21 páginas
    PTPTN Dokumen Tawaran
    Anonymous UpRqCo7
    Ainda não há avaliações
  • KULIAH 11 - Jinayah
    KULIAH 11 - Jinayah
    Documento17 páginas
    KULIAH 11 - Jinayah
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Kidda
    Kidda
    Documento2 páginas
    Kidda
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Kidda
    Kidda
    Documento2 páginas
    Kidda
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • 12 Sistem Akhlak Islam
    12 Sistem Akhlak Islam
    Documento25 páginas
    12 Sistem Akhlak Islam
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Icsb 2
    Icsb 2
    Documento2 páginas
    Icsb 2
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Muka Depan
    Muka Depan
    Documento2 páginas
    Muka Depan
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • BTAR-bantuan-pelajar-cemerlang
    BTAR-bantuan-pelajar-cemerlang
    Documento1 página
    BTAR-bantuan-pelajar-cemerlang
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Agama
    Agama
    Documento8 páginas
    Agama
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Agama
    Agama
    Documento7 páginas
    Agama
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Documento6 páginas
    PENGHARGAAN
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações
  • Pendahuluan
    Pendahuluan
    Documento12 páginas
    Pendahuluan
    Hazim Yusoff
    Ainda não há avaliações