Você está na página 1de 16

UNIT 1

BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

BAB 2 Model-Model Perkembangan & Reka


Bentuk Kurikulum
Pengenalan
Pendidikan yang berkesan dan berjaya diperoleh melalui perancangan yang
rapi. Ramai pendidik yang berpengalaman menyedari bahawa tanpa
perancangan, kecelaruan, pertindihan dan pergeseran akan berlaku ketika
melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum. Oleh yang demikian, sesetengah
pendidik membentuk strategi-strategi perkembangan kurikulum.
Biasanya, para pendidik di sekolah akan mengembangkan satu rancangan
induk (master plan) sebelum melaksanakan program-program yang akan
dilaksanakan dalam sesebuah sekolah itu. Pastinya, sedikit sahaja
daripada kita yang dapat mengembangkan sesuatu kutikulum tanpa
memikirkan tujuan, isi kandungan, pengalaman pembelajaran, kaedah,
bahan-bahan pengajaran dan kaedah penilaian. Kebanyakkan daripada
kita akan memikirkan perkara-perkara tersebut apabila ingin
mengembangkan sesebuah kurikulum.
Keperluan untuk merancangkan satu kurikulum yang berkesan sangatlah jelas,
namun anda harus menyedari bahawa terdapat beberapa definisi berhubung
istilah perkembangan kurikulum. Juga terdapat beberapa pandangan
berhubung reka bentuk kurikulum. Oleh yang demikian, jika anda ingin
merancangkan satu kurikulum yang berkesan, anda terlebih dahulu perlu
didedahkan kepada kepelbagaian definisi dan model perkembangan kurikulum
dan model reka bentuk kurikulum. Mengetahui kepelbagaian model-model ini
akan memberikan anda satu garis panduan dalam memilih model-model yang
sesuai dengan matlamat dan nilai yang dianjurkan oleh falsafah sekolah dan
Falsafah Pendidikan Negara.
Bab ini akan mendedahkan anda kepada 2 jenis model perkembangan
kurikulum yang utama iaitu model perkembangan kurikulum mengikut
pendekatan teknikal-saintifik dan kedua model perkembangan kurikulum
menurut pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik. Di bawah kedua-dua jenis
pendekatan ini akan diterangkan contoh-contoh yang lebih spesifik.

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Objektif
Di akhir bab ini anda dapat:
1. Menamakan, menerangkan dan membandingkan model-model
perkembangan kurikulum
2. Menamakan, menerangkan dan membandingkan model-model reka
bentuk kurikulum
3. Menerangkan pengaruh pandangan hidup seseorang terhadap proses
perkembangan dan reka bentuk kurikulum

2.1 Model-Model Perkembangan Kurikulum


Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan kurikulum yang menuruti
pendekatan teknikal-saintifik dan pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik?

2.1.1 Pendekatan teknikal-saintifik


Pendekatan ini pada dasarnya mendefinisikan perkembangan kurikulum
sebagai satu rancangan yang menyusun persekitaran agar terdapat
penyelarasan yang tersusun antara unsur-unsur masa, ruang, bahan dan tenaga
kerja. Pandangan teknikal-saintifik membolehkan anda memahami istilah
kurikulum daripadan pandangan yang luas atau makro dan memahaminya
sebagai unit kompleks yang terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang
berfungsi secara bersepadu untuk mencapai fungsi yang sama iaitu mendidik
manusia.
Pandangan ini menuntut anda menggunakan pendekatan intelektual dan
rasional dalam mencapai tujuan tadi. Pandangan ini membolehkan anda
menggariskan secara sistematik prosedur-prosedur atau langkah-langkah yang
akan memudahkan pembentukan sesebuah kurikulum. Model-model yang
digunakan dalam pendekatan ini mengambil paradigma proses-hasil (a meansend paradigm) yang mengusulkan bahawa hasil yang baik dijangkakan akan
terhasil dengan adanya proses yang tegas. Menurut mereka yang menyakini
pendekatan ini program yang dikembangkan dan direka bentuk berdasarkan
pendekatan ini boleh dinilaikan hasilnya (Ornstein & Hunkins 192).

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Menurut Bobbit (Ornstein & Hunkins 193), jika anda ingin menggunakan
pendekatan ini ketika mengembangkan kurikulum anda perlu mendefinisikan
bidang-bidang utama pengalaman manusia dewasa dan akhirnya
membahagikannya kepada unit-unit kecil sehingga akhirnya unit-unit itu
menjadi aktiviti kurikulum yang khusus. Jika diambil pandangan ini untuk
mengembangkan kurikulum di sekolah, anda perlu mendefinisikan bidangbidang utama pengalaman pelajar di sekolah dan membahagikannya kepada
unit-unit kecil sehingga akhirnya unit-unit itu menjadi aktiviti kurikulum yang
khusus.
Perincian berhubung pendekatan ini dapat dilakukan dengan mengusulkan
contoh-contoh model yang dikelompokkan dalam pendekatan ini. Oleh itu
berikut akan diterangkan Model Tyler, Model Saylor dan Alaxander, Model
Perkembangan Hunkins dan Model Miller dan Seller.
Model Tyler: Empat Prinsip Asas
Model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal-saintifik yang
terbaik. Tyler pada tahun 1949 telah menerbitkan Basic Principles Of
Curriculum and Instruction yang di dalamnya telah beliau gariskan rasional
bagi menyelidiki masalah-masalah dalam kurikulum dan pengajaran. Beliau
mengatakan mereka yang terlibat dalam kurikulum inkuiri seharusnya
berusaha mendefinisikan; (1) tujuan sekolah; (2) pengalaman pendidikan yang
berkait dengan tujuan sekolah; (3) organisasi pengalaman tersebut; (4)
penilaian ke atas tujuan sekolah.
Yang dimaksudkan dengan tujuan tadi ialah objektif-objektif. Menurut Tyler,
perancang kurikulum seharusnya mengenal pasti objektif-objektif umum ini
dengan mengumpulkan data daripada tiga sumber iaitu mata pelajaran, pelajar
dan masyarakat. Setelah dapat mengenal pasti pelbagai objektif umum ini,
perancang kurikulum itu seharusnya memperincikannya dengan menyaringnya
melalui dua tapisan iaitu falsafah sekolah berkenaan dan psikologi
pembelajaran. Apa yang terhasil daripada saringan atau tapisan itu adalah
objektif pengajaran yang khusus. Perlu anda sedari di sini walaupun Tyler
mengatakan objektif pengajaran, namun beliau tidak menganjurkan atau
mempertahankan objektif tingkah laku yang sempit seperti yang dianjurkan
pada masa kini.
Dalam bukunya itu Tyler seterusnya membincangkan bagaimana untuk
memilih pengalaman pembelajaran yang memungkinkan objektif
pembelajaran tadi tercapai. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira
pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari
atau situasi yang dialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih
3

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

berdasarkan pandangan berhubung proses pembelajaran dan perkembangan


atau pembangunan insan.
Tyler seterusnya membincangkan tentang organisasi dan urutan pengalamanpengalaman pengajaran dan pembelajaran. Beliau mendakwa bahawa tertib
atau aturan pengalaman itu seharusnya sistematik agar dapat menghasilkan
kesan terkumpul yang maksimum. Beliau memikirkan bahawa elemenelemen penyusunan seperti ide-ide, konsep, nilai dan kemahiran seharusnya
disulam sebagai benang di dalam struktur kurikulum. Elemen-elemen utama
ini seharusnya bertindak sebagai pengurus, jalan dan kaedah pengajaran dan
elemen-elemen tadi seharusnya dapat mengaitkan pengalaman pembelajaran
yang berlainan dalam subjek yang berlainan. Ide-ide, konsep, nilai dan
kemahiran juga boleh mengaitkan isi kandungan di dalam sesuatu kursus yang
khusus contohnya English dan Matematik.
Prinsip Tyler yang terakhir mengambil kira proses menilai keberkesanan
proses perancangan dan pelaksanaan kurikulum. Tyler berpendapat bahawa
penilaian adalah penting untuk perkembangan kurikulum. Beliau menyedari
bahawa pendidik seharusnya memeriksa sama ada pengalaman pembelajaran
yang dipilih menghasilkan objektif yang diharapkan. Di samping itu adalah
perlu diketahui sama ada program yang dirancangkan itu berkesan atau
sebaliknya. Penilaian menjadi panduan sama ada program itu harus dikekalkan
atau diperbaiki. Penilaian haruslah dikaitkan dengan objektif sesuatu program
atau kurikulum itu.
Model Saylor dan Alexander: Proses Perancangan
Saylor dan Alexander telah mengusulkan pendekatan yang sistematik untuk
perkembangan kurikulum.
1. Tujuan, Objektif dan Bidang.
Saylor dan Alexander berpandangan perkembangan kurikulum bermula
dengan menentukan tujuan utama dan objektif yang ingin dicapai. Setiap
tujuan utama kurikulum menggambarkan satu bidang dalam sesebuah
kurikulum. Saylor berpendapat terdapat empat bidang utama yang
seharusnya mendapat perhatian iaitu pembangunan insan, perhubungan
sesama insan, kemahiran belajar dan pengkhususan. Tujuan, objektif dan
bidang yang dipilih berkembang secara beransur-ansur selepas
pertimbangan yang teliti dilakukan ke atas pemboleh ubah-pemboleh ubah
luar, yang antaranya adalah pandangan dan tuntutan masyarakat, undangundang, hasil kajian dan pandangan falsafah penggubal kurikulum.
4

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

2. Reka Bentuk Kurikulum


Selepas langkah utama di atas selesai, penggubal kurikulum sudah sedia
untuk melaksanakan reka bentuk kurikulum. Di sini penggubal kurikulum
harus menentukan isi kandungan, organisasi isi kandungan dan aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan isi kandungan yang telah dipilih tadi.
Cara bagaimana menyampaikan aktiviti pembelajaran ini dan
mengaitkannya kepada sesuatu bidang dalam sesuatu kurikulum itu juga
diambil kira pada peringkat ini. Pandangan filosofi diambil kira pada
tahap ini. Adakah kurikulum ini direka bentuk dengan memberi penekanan
terhadap disiplin akademik, pelajar atau keperluan dan pola masyarakat?.
3. Pelaksanaan kurikulum
Apabila reka bentuk atau reka bentuk-reka bentuk kurikulum telah dikenal
pasti, rancangan pengajaran boleh disediakan. Kaedah dan bahan yang
hendak digunakan ketika pengajaran boleh dipilih dan disediakan bagi
membantu pelajar mempelajari isi kandungan. Dengan kata lain,
kurikulum itu dilaksanakan.
4. Penilaian kurikulum
Peringkat ini merupakan peringkat yang terakhir dalam model ini. Pada
peringkat ini, teknik-teknik penilaian perlu dipilih daripada pelbagai jenis
teknik-teknik penilaian sedia ada agar dapat dinilai dengan sebenarbenarnya nilai dan keberkesanan kurikulum dan penyampaiannya. Saylor
dan Alexander menggesa agar penilaian dilaksanakan secara
komprehensif. Penilaian mestilah ditumpukan kepada perancangan
kurikulum, kualiti pengajaran dan tingkah laku pembelajaran pelajar.
Daripada penilaian kurikulum yang komprehensif ini barulah dapat
ditentukan sama ada untuk mengekalkan, mengemas kini atau
membuangkannya sahaja.

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

2.1.2 Pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik


Istilah bukan teknikal-bukan saintifik mungkin memberi pandangan bahawa
pendekatan ini sebagai satu yang tidak sistematik atau tidak rasional. Jika
pendekatan teknikal-saintifik mengusulkan agar proses perkembangan
kurikulum seharusnya mempunyai tahap objektiviti, keuniversalan dan logik
yang tinggi, pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik pula menekankan
subjektiviti, personal, aesthetik, heuristik dan pengurusan atau pelaksanaan.
Pendekatan ini tidak menekankan hasil proses tetapi sebaliknya kepada
pelajar, terutama melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berorientasikan aktiviti. Mereka yang menyukai pendekatan ini mencatat
bahawa tidak semua hasil pendidikan dapat diketahui dan sememangnya tidak
semua hasil pendidikan itu perlu diketahui dalam kesemua kes. Pendekatan ini
menganggapkan kurikulum berkembang secara beransur-ansur dan bukannya
dirancangkan secara tepat.

Idea Anda: Berdasarkan pendedahan berhubung model-model perkembangan


kurikulum di atas, model yang manakah sesuai untuk anda gunakan ketika
merancang kurikulum pendidikan bagi menyelesaikan isu atau masalah yang
anda pilih.

2.2 Model-Model Reka Bentuk Kurikulum


2.2.1 Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Konsep reka bentuk kurikulum menumpukan kepada usaha dengan mana
sesuatu kurikulum itu dibina atau direka cipta, terutama dalam menyusun atur
bahagian-bahagian yang terdapat dalam perancangan kurikulum. Dalam bab
ini istilah reka bentuk kurikulum yang kadang kala dipanggil juga sebagai
organisasi kurikulum merujuk kepada penyusunan komponen-komponen
dalam sesebuah kurikulum agar menjadi satu entiti yang tersendiri dalam
menyelesaikan satu perkara atau isu yang penting. Jenis reka bentuk yang
dipilih oleh seseorang guru bergantung kepada pendekatan kurikulum dan
pegangan falsafahnya.
Komponen-komponen yang akan disusun aturkan ketika reka bentuk
kurikulum ini ialah; (1) matlamat, tujuan dan objektif; (2) isi kandungan; (3)
pengalaman pembelajaran; (4) pendekatan penilaian. Tabii setiap komponen
6

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

ini dan bagaimana setiap komponen itu disusunkan atau diorganisasikan dalam
perancangan kurikulum merupakan perkara yang dimaksudkan dengan istilah
reka bentuk kurikulum. Dengan kata lain reka bentuk kurikulum menekankan
tentang tabii dan penyusunan keempat-empat komponen kurikulum tadi.
Kebanyakkan perancangan kurikulum mempunyai kesemua empat komponen
ini dalam reka bentuk mereka, namun penekanannya adalah tidak sama.
Biasanya, isi kandungan mendapat penekanan yang utama. Walau
bagaimanapun
sekolah ada kalanya mereka bentuk kurikulum yang
menekankan pendekatan objektif dan penilaian. Sesetengah reka bentuk
menekankan pula pengalaman pembelajaran atau aktiviti pelajar.
2.2.2 Komponen-komponen Kurikulum
Ketika seseorang pendidik berusaha mereka bentuk kurikulum atau program
yang dihajatkannya, beliau perlu bertanyakan akan persoalan-persoalan
berikut;
1. Apakah matlamat, tujuan dan objektif yang ingin dicapai dalam
kurikulum atau program ini
2. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan kepada pelajar
3. Apakah pengalaman pembelajaran yang sesuai digunakan atau aktiviti
pelajar yang harus dilaksanakan
4. Apakah kaedah penilaian yang sesuai digunakan.
Ini bermakna pendidik perlu memperincikan setiap komponen tadi. Keputusan
yang dilakukan dalam satu komponen biasanya akan mempengaruhi keputusan
untuk komponen yang lain. Lazimnya ketika melakukan proses perincian ini,
seseorang pendidik itu akan dipengaruhi oleh falsafah dan pendekatan
kurikulum yang diyakininya.
2.2.3 Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Setelah diperolehi perincian bagi setiap komponen kurikulum di atas, pendidik
seharusnya menyusunkan kesemuanya agar menjadi satu entiti yang
menyelesaikan isu yang ingin diselesaikan. Ketika memilih reka bentuk
sesebuah kurikulum itu seseorang perancang kurikulum itu akan dipengaruhi
oleh pegangan falsafahnya juga. Oleh itu, anda sebagai seorang penggubal
kurikulum atau program di sekolah harus menjelaskan kepada diri anda sendiri
apa sebenarnya pegangan falsafah dan pandangan anda berhubung masyarakat
dan diri individu pelajar atau apa yang dipanggil sebagai sumber-sumber
bagi sesebuah kurikulum.

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum


Seseorang individu yang melihat sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum
akan akan bergantung sepenuhnya kepada kaedah sains sebagai jalan mencari
kebenaran. Mereka memilih dan menyusun di dalam kurikulum itu realiti atau
kebenaran yang boleh dilihat dan dikuantitikan. Reka bentuk berdasarkan mata
pelajaran yang akan dibincangkan nanti merupakan satu contoh reka bentuk
kurikulum yang mengambil sains sebagai sumbernya.
Masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulum
Pereka bentuk kurikulum yang menyukai masyarakat sebagai sumber reka
bentuk kurikulumnya berpandangan sekolah sebagai satu agen masyarakat.
Oleh yang demikian, sekolah harus mengambil pemikiran berhubung
kurikulum daripada analisis yang dilakukan ke atas situasi sosial. Ini
bermaksud reka bentuk kurikulum yang dijalankan di sekolah haruslah dapat
memperbaiki masyarakat.
Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum
Pereka bentuk kurikulum yang menyakini Tuhan dan agama sebagai sumber
reka bentuk kurikulum berpandangan Tuhan dan agama sebagai satu sumber
yang memberikan cara terbaik untuk membangunkan dan mengembangkan
manusia. Reka bentuk kurikulum dengan yang demikian seharusnya
didasarkan kepada kitab-kitab agama seperti al-Quran, Injil dan sebagainya.
Ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum
Seorang pereka bentuk kurikulum yang menyakini ilmu sebagai sumber reka
bentuk kurikulum berpandangan bahawa jika ilmu diambil sebagai sumber
reka bentuk kurikulum maka tidak akan ada isi kandungan yang tertinggal
daripada apa yang seharusnya di pelajari oleh pelajar. Pereka bentuk ini
biasanya menyedari bahawa ilmu sebenarnya tersusun dalam bentuk-bentuk
yang khusus. Untuk ilmu yang berdisiplin seperti contohnya Fizik, ia
mempunyai struktur konsepsual dan proses yang unik. Sesetengah ilmu yang
tidak berdisiplin seperti ekonomi rumahtangga, ia tidak mempunyai struktur
konsepsual dan proses yang unik, sebaliknya isi kandungannya diambil
daripada pelbagai disiplin lain dan diubahsuai untuk tujuan kursus itu.
Berdasarkan fahaman ini pereka bentuk kurikulum yang menjadikan ilmu
sebagai sumber reka bentuk kurikulum akan menjadikan struktur disiplin yang
merangkumi struktur konsepsual dan proses yang unik bagi setiap disiplin itu
sebagai isi kandungan yang seharusnya dipelajari oleh pelajar.
8

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum


Sesetengah pereka bentuk kurikulum menyakini bahawa tabii pelajar
seharusnya menjadi sumber reka bentuk kurikulum.Bagaimana pelajar belajar
dan membentuk sikap, mengembangkan minat dan nilai merupakan
sebahagian daripada tabii pelajar. Pendidik dan pereka bentuk kurikulum yang
menyakini falsafah progresivism berminat untuk mereka bentuk kurikulum
berpusatkan pelajar. Ini kerana mereka beranggapan pelajar sebagai sumber
reka bentuk kurikulum.
2.2.4 Dimensi kurikulum
Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka bentuk kurikulum merupakan
satu penyataan yang menunjukkan perkaitan antara komponen-komponen
sesebuah kurikulum. Ketika usaha mendapatkan penyataan itu pereka bentuk
kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum dengan mengambil kira
beberapa dimensi kurikulum; (1) skop; (2) penyepaduan; (3) urutan dan (4)
kesinambungan dan (5) keseimbangan
Skop
Ketika mereka bentuk kurikulum seseorang itu harus mengambil kira tentang
keluasan dan kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan. Inilah yang
dimaksudkan dengan skop. J. Galen Saylor mendefinisikan skop sebagai
keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman pembelajaran yang
disediakan untuk pelajar alami ketika mereka menjalani program pendidikan
di sekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui
program ini?. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya
disediakan?. Sejauhmana komponen-komponen (isi kandungan dan aktiviti)
ini harus dirancangkan?.
Penyepaduan
Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di antara isi
kandungan daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang
lain. Dengan kata lain, penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di
antara pelbagai topik dan tema. Jika idea dan konsep digunakan sebagai
benang asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan, penyepaduan dapat
dicapai dengan menunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan
merentas subjek atau kurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan
juga merujuk kepada mengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan
aktiviti pembelajaran pelajar agar keperluan pelajar dapat dipenuhi.
9

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Urutan
Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum, pereka bentuk kurikulum
dicabar untuk mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum secara
berkesan agar dapat mewujudkan pembelajaran yang terkumpul dan
berterusan di kalangan pelajar atau apa yang dikenali sebagai perkaitan
vertical di antara bidang-bidang dalam sesebuah kurikulum. Bidang-bidang
yang dimaksudkan di sini merangkumi isi kandungan dan kemahirankemahiran juga proses yang diperlukan bagi memperoleh isi kandungan
tersebut. Ini bermakna isi kandungan, kemahiran dan proses perlu
diorganisasikan secara berkesan agar organisasi itu dapat mengwujudkan
pembelajaran yang terkumpul dan berterusan di kalangan pelajar. Lazimnya
ketika mengorganisasikan isi kandungan, proses dan kemahiran dalam
sesebuah kurikulum, seseorang pereka bentuk itu akan mengorganisasikannya
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang diambil daripada kefahaman
tentang bagaimana manusia berkembang dan belajar. Contohnya penyelidikan
yang dijalankan oleh Piaget dapat memberi garis panduan tentang bagaimana
seharusnya disusunkan isi kandungan dan aktiviti pembelajaran agar kanakkanak dapat mencapai perkembangan kognitif menurut tahap-tahap
perkembangan mereka.
Kesinambungan
Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangan
komponen-komponen kurikulum secara vertical. Ini bermaksud
kesinambungan kurikulum menerangkan tentang pengulangan ide dan
kemahiran-kemahiran utama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum
sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar secara meluas dan mendalam
dalam masa yang ditentukan. Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam
kurikulum spiral yang dianjurkan oleh Bruner. Konsep kurikulum spiral ini
bukan sahaja menekankan perkaitan secara vertical malah perkaitan secara
horizontal juga ia itu yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum. Jika
seseorang pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara topik dalam
sesuatu mata pelajaran atau sesuatu bidang ilmu itu, ia dikatakan sebagai
perkaitan vertical. Jika pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara mata
pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan sebagai perkaitan secara horizontal.
Keseimbangan
Kurikulum yang seimbang ialah kurikulum yang menyediakan pelajar peluang
untuk menguasai ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai
untuk perkembangan diri, sosial dan intelektualnya. Oleh kerana kurikulum
10

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

boleh dilihat daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada daripada
bingkai rujukan mata pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai,
komponen-komponen kurikulum yang perlu diseimbangkan wujud dalam
pelbagai bentuk dan dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka bentuk itu,
kesemua komponen kurikulumnya mestilah seimbang.

2.3 Model-Model Reka Bentuk Kurikulum


Agar anda dapat mereka bentuk kurikulum yang sesuai dengan masalah yang
ingin anda selesaikan, anda perlu kepada ilmu tentang model-model reka
bentuk yang biasanya digunakan dalam dunia pendidikan. Menurut Ornstein &
Hunkins (1988: 171) terdapat banyak reka bentuk kurikulum yang didasarkan
kepada tiga bentuk yang asas. Tiga bentuk tersebut adalah; (1) reka bentuk
berpusatkan subjek; (2) reka bentuk berpusatkan pelajar dan (3) reka bentuk
berpusatkan masalah.

2.3.1 Reka bentuk berpusatkan subjek


Reka bentuk berpusatkan subjek merupakan reka bentuk yang terkenal dan
digunakan secara meluas. Ini kerana ilmu dan isi kandungan diterima dengan
baik sebagai bahagian yang penting dalam sesebuah kurikulum. Reka bentuk
berpusatkan subjek merangkumi reka bentuk mata pelajaran, reka bentuk
disiplin, reka bentuk broad field dan reka bentuk korelasi.
Reka bentuk mata pelajaran
Reka bentuk mata pelajaran merupakan reka bentuk yang tertua di sekolah dan
yang paling diketahui oleh para guru dan kebanyakan orang. Ia diketahui
umum kerana para guru dan kebanyakan orang lazimnya mendapat pendidikan
dengan mengalami reka bentuk ini. Ia juga popular kerana selari dengan
penulisan dan penulisan buku teks di samping selari dengan latihan guru
sebagai pakar mata pelajaran. Reka bentuk ini didasarkan kepada andaian
bahawa insan itu unik dan istimewa kerana intelektualnya. Manusia berupaya
mencari dan memperoleh ilmu. Dalam reka bentuk ini, kurikulum direka
bentuk menurut bagaimana ilmu pengetahuan telah dikembangkan menurut
sesuatu subjek. Dengan letusan maklumat yang mengakibatkan pengkhususan
dalam bidang-bidang ilmu, pembahagian mata pelajaran bukan sahaja menjadi
banyak malahan menjadi terlalu kompleks.

11

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Reka Bentuk Disiplin


Reka bentuk disiplin bukan sahaja menekankan tentang isi kandungan malah
cara atau proses sesuatu disiplin itu dikembangkan. Contohnya dalam sains,
struktur ilmu dalam bidang tersebut dan kaedah proses sains yang menjadi
kaedah perkembangan ilmu itu juga penting dalam mereka bentuk kurikulum
jenis ini. Ini bermaksud pelajar bukan sahaja ditekankan agar memperoleh
ilmu dalam bidang sains malah memperoleh cara bagaimana ahli sains
memperoleh ilmu.
Reka bentuk ini dibina dengan pertamanya mengenal pasti struktur ilmu untuk
sesuatu subjek yang berdisiplin dan keduanya mengenal pasti kaedah atau
proses yang terlibat dalam mengembangkan ilmu dalam bidang itu.
Berdasarkan struktur sesuatu disiplin itu, isi kandungan dalam sesebuah
kurikulum boleh dipilih di samping cara mengorganisasikan isi kandungan itu
untuk proses pembelajaran.
Reka bentuk broad field
Reka bentuk ini cuba menyatukan dua atau tiga subjek yang berkaitan menjadi
satu bidang kajian yang bersepadu. Reka bentuk ini terhasil daripada tuntutan
masyarakat yang meminta sekolah mengajarkan pelajar ilmu yang bersepadu
dan tidak terasing-asing seperti yang terdapat dalam reka bentuk mata
pelajaran dan reka bentuk disiplin. Reka bentuk ini melenyapkan sempadan
mata pelajaran dan disiplin dan dengan yang demikian akan menjadikan
maklumat itu menjadi lebih bermakna bagi diri pelajar. Selain itu reka bentuk
ini juga membolehkan pelajar melihat perkaitan antara pelbagai subjek yang
terdapat dalam kurikulum. Ilmu dengan demikian dilihat oleh pelajar sebagai
satu yang bersepadu. Contohnya di menengah rendah, Biologi, Kimia dan
Fizik disepadukan membentuk Sains Paduan. Di menengah atas, Biologi,
Kimia dan Fizik disepadukan menjadi Sains Teras.
Reka bentuk korelasi
Reka bentuk ini merupakan reka bentuk yang boleh digunakan sekiranya
seseorang tidak mahu pergi jauh sehingga membentuk reka bentuk broad
field. Dalam reka bentuk ini seseorang itu boleh mengaitkan secara kadang
kala maklumat daripada subjek yang berlainan dengan tujuan mengurangkan
pemecahan antara subjek. Sebagai contoh seorang pendidik sains perlu
bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan tugasan yang menuntut
pelajar mengaitkan maklumat sains dengan sejarah. Dengan yang demikian
beliau boleh meminta pelajarnya melaksanakan tugasan berhubung Sejarah
satu teori sains. Biasanya apabila kursus-kursus diolah dengan menggunakan
12

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

pendekatan penyelesaian masalah, perkaitan antara subjek akan berlaku tetapi


sempadan antara subjek masih dikekalkan. Dalam reka bentuk ini pendidik
daripada pelbagai subjek yang ingin mengaitkan maklumat mereka antara satu
sama lain harus bekerjasama memikirkan dan merancangkan kursus atau
tugasan yang memerlukan pelajar mengaitkan maklumat daripada subjeksubjek itu.

2.3.2 Reka bentuk berpusatkan pelajar


Reka bentuk berpusatkan pelajar didasarkan kepada andaian bahawa pelajar
merupakan fokus atau pusat kepada sesuatu program pendidikan. Pandangan
ini telah didasarkan kepada mazhab falsafah pendidikan progressivisme. Reka
bentuk jenis ini terdiri daripada reka bentuk berpusatkan kanak-kanak, reka
bentuk berpusatkan pengalaman dan reka bentuk humanistik.
Reka bentuk berpusatkan kanak-kanak
Reka bentuk ini menekankan agar kurikulum direka bentuk menurut
pendekatan semula jadi kanak-kanak ketika belajar. Reka bentuk ini
didasarkan kepada andaian bahawa kanak-kanak akan berkembang jika
mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan alam. Sebagai contoh dalam
pengajaran geografi para pelajar seharusnya dibawa ke kajian lapangan dan
meminta mereka melukis lanskap dan peta yang mudah. Ini dikatakan sebagai
lebih produktif berbanding dengan hanya membaca buku.
Reka bentuk berpusatkan pengalaman
Reka bentuk ini sangat mirip dengan reka bentuk berpusatkan kanak-kanak
kerana menekankan kanak-kanak sebagai asas untuk mengorganisasikan dunia
sekolah mereka. Namun, ia berbeza daripada reka bentuk berpusatkan kanakkanak kerana dalam pandangan mereka yang menyakini reka bentuk ini, minat
dan keperluan kanak-kanak tidak boleh dijangka dan dengan yang demikian
kurikulum tidak dapat dirancang lebih awal. Hanya apabila kanak-kanak itu
sampai ke sekolah, aktiviti yang sesuai dirancangan secara spontan untuk hari
itu. Reka bentuk jenis ini dan reka bentuk berpusatkan kanak-kanak sangat
menekankan minat kanak-kanak.
Reka bentuk berpusatkan humanistik
Reka bentuk ini memfokuskan kepada pelajar terutamanya kepada konsep
kendirinya (self-concept). Konsep self-actualization yang diusulkan oleh
Abraham Maslow menjadi rangka teoretikal reka bentuk kurikulum jenis ini.
13

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

Pandangan Carl Rogers juga banyak memberi pengaruh kepada reka bentuk
ini.
Pendidikan yang didasarkan kepada reka bentuk ini akan menambahkan
komponen afektif kepada kurikulum sedia ada yang biasanya menekankan
aspek kognitif sahaja. Mereka yang menyakini reka bentuk ini tidak hanya
menekankan isi kandungan atau kognitif atau pengalaman atau perasaan
sahaja, malah menekankan penyepaduan antara kesemuanya itu. Mereka
menekankan agar kurikulum direka bentuk dengan mengadunkan kesemua
aktiviti yang menyebabkan pelajar dapat merasai kesemua aspek pendidikan
sama ada yang menyampaikan isi kandungan, yang membangunkan kognitif,
yang memberi pengalaman atau yang menyentuh perasaan. Reka bentuk ini
dengan kata lain menekankan pendidikan insan secara keseluruhannya dari
aspek pemikiran, perasaan dan amalan mereka.

2.3.3 Reka bentuk berpusatkan masalah


Reka bentuk kurikulum berpusatkan masalah memfokuskan kepada masalah
dalam kehidupan sama ada pada tahap individu atau masyarakat amnya. Reka
bentuk berpusatkan masalah diorganisasikan untuk memperkukuhkan warisan
budaya dan juga mengambil kira keperluan masyarakat dan komuniti yang
tidak dapat dipenuhi.
Walaupun reka bentuk ini meletakkan individu dalam konteks masyarakat,
namun ia berbeza daripada reka bentuk berpusatkan individu dalam satu
perkara utama. Reka bentuk berpusatkan masalah dirancangkan sebelum
kehadiran pelajar. Walau bagaimanapun, perancang reka bentuk berpusatkan
masalah sedar keperluan menyesuaikan reka bentuk ini agar mengambil kira
keperluan dan situasi pelajar.
Bagaimana reka bentuk ini diorganisasikan bergantung sebahagian besarnya
kepada sifat tabii masalah yang ingin dikaji atau diselesaikan. Oleh kerana itu,
isi kandungannya selalu merentas sempadan banyak mata pelajaran. Reka
bentuk ini juga perlu didasarkan kepada keperluan, urusan dan keupayaan
pelajar. Penekanan duaan kepada isi kandungan dan perkembangan diri pelajar
ini membezakan reka bentuk berpusatkan masalah ini daripada reka bentuk
yang lain.
Oleh kerana reka bentuk berpusatkan masalah ini mengambil penekanannya
daripada masalah masyarakat, keperluan, minat dan keupayaan pelajar,
terdapat kepelbagaian dalam reka bentuk ini. Sesetengahnya memfokuskan
14

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

kepada situasi kehidupan yang berterusan, yang lain menumpukan kepada


masalah sosial yang semasa, sesetengahnya pula mengambil kira tentang
bidang-bidang kehidupan dan ada pula berurusan dengan pembangunan
semula masyarakat.
Reka bentuk situasi-kehidupan
Reka bentuk ini mengandaikan bahawa pembelajaran di sekolah akan menjadi
lebih bermakna jika pembelajaran itu dapat digunakan secara terus dalam
kehidupan sebenar pelajar. Sekolah dengan yang demikian seharusnya
mengajarkan masalah-masalah seperti masalah dalam kehidupan sebenar.
Pendidik yang menggunakan reka bentuk ini akan membantu pelajar
meluaskan pandangan dan mendalamkan generalisasinya tentang masalahmasalah berkait dengan kehidupan di dunia yang sebenar iaitu dunia di luar
daripada dunia sekolah. Sebagai contoh situasi kehidupan yang sentiasa perlu
diberikan perhatian ialah; situasi yang menuntut perkembangan potensi
individu dari segi kesihatan, intelektual, tanggungjawab dan penzahiran
dirinya; situasi yang menuntut perkembangan kerjasama masyarakat dalam
aspek hubungan sesama insan, hubungan dalam kumpulan dan hubungan
antara kumpulan; dan akhirnya situasi yang menuntut kepada keupayaan
mengambil kira faktor-faktor dan kuasa alam semula jadi. Di samping situasisituasi kehidupan ini, keupayaaan dan keperluan pelajar harus juga menjadi
dasar kepada reka bentuk ini.
Reka Bentuk Pembangunan Semula Masyarakat
Reka bentuk ini menekankan pembangunan semula masyarakat. Pereka
bentuk kurikulum ini berminat mencari perkaitan antara kurikulum dengan
perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Mereka
menyakini bahawa melalui kurikulum dapat dilakukan perubahan dalam
masyarakat yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang adil.
Latihan: Projek
Objektif: Memperoleh kemahiran mereka bentuk kurikulum/program sains di
sekolah.
1. Pelajar dikehendaki mengenal pasti pendekatan kurikulum dan falsafah
yang mereka yakini.
2. Pelajar perlu memilih jenis-jenis reka bentuk yang sesuai dengan
falsafah dan pendekatan yang mereka yakini.

15

UNIT 1
BAB 2

Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

3. Memperincikan setiap unsur kurikulum iaitu; (1) matlamat, tujuan,


objektif; (2) isi kandungan; (3) pengalaman pembelajaran; (4)
pendekatan penilaian.
4. Menyusunkan unsur-unsur kurikulum tadi agar menjadi satu entiti
yang dijangkakan dapat menyelesaikan masalah yang ingin
diselesaikan.

16

Você também pode gostar