Você está na página 1de 19

1.

Pengenalan - Takrifan Banjir

Dari segi bahasa, banjir didefinisikan sebagai limpahan air dari tebing-tebing
sistem saliran di mana ianya boleh mendatangkan kerugian kepada manusia
termasuklah harta benda dan juga nyawa. Banjir berlaku akibat daripada sistem
saliran dan pembentungan yang tidak berupaya untuk menampung jumlah isipadu
air hujan yang berlebihan dan mengambil masa yang panjang untuk berhenti.
( Khirun Nissah binti Khiyon ,2008)
Ven Te Chow yang menakrifkan banjir sebagai,
A flood is relatively high flow which overtakes he natural channel provided for
the runoff.
(Khirun Nissah binti Khiyon ,2008)
Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan
bencana alam ketiga terbesar

yang telah banyak mengorbankan nyawa dan

kerosakan harta benda.( Masalah banjir di George Town Pulau Pinang sekitar Jalan
P.Ramlee).
Di Malaysia, banjir boleh dikelaskan mengikut tempoh dan keamatan hujan yang
turun serta kerosakan yang diakibatkan oleh banjir tersebut. Di antaranya ialah
Banjir Kilat, Banjir Kawasan dan Banjir Empangan.

Banjir Kilat biasanya berlaku apabila hujan yang turun dengan keamatan yang
besar dalam tempoh yang singkat di sesebuah kawasan terutamanya di kawasan
bandar. Banjir kawasan adalah lebih serius berbanding banjir kilat kerana ianya
meliputi satu kawasan yang lebih luas dan mengambil masa yang lebih panjang
untuk surut. Banjir kawasan biasanya mengakibatkan kemusnahan yang teruk,
kerugian harta benda dan kadangkala boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Banjir Empangan jarang sekali berlaku di negara kita kerana kesemua empangan
yang direkabentuk telah mengambil kira faktor air lebihan. Kemusnahan akibat banjir
empangan adalah yang paling buruk kerana biasanya struktur empangan dibina di
kawasan hulu (upstream) dan apabila struktur ini mengalami kegagalan, semua
kawasan di bahagian hilir (downstream) akan menerima kesannya.(Khirun Nissah
binti Khiyon ,2008)
Setiap tahun negara kita Malaysia, terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur
Semenanjung

Malaysia

Walaubagaimanapun ,

tidak

pernah

terlepas

daripada

masalah

banjir.

baru-baru ini terdapat sesetengah Pantai Barat Utara

Semenanjung Malaysia - Kedah dan Perlis juga terlibat dalam bencana banjir.

NegeriKedah dan Perlis telah mengalami banjir yang disifatkan sebagai yang
terburuk sejak tahun 2005. 4 November 2010,Paras air sungai yang terdapat di
keempat-empat daerah telah melepasi paras bahaya .Lebih 28,000 orang di negeri
Kedah ,

Alor Setar dipindahkan ke pusat penempatan banjir

kerana banjir

meningkat ekoran keadaan yang semakin buruk di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok
Sena dan Pendang.Beberapa jalan dan Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra dan
Changlun). terpaksa ditutup akibat banjir ini.
Begitu juga di Perlis, bandar Kangar paras banjir terus meningkat walaupun
hujan yang bermula Sabtu lalu sudah berhenti awal pagi 1 November 2010 dan
cuaca semakin panas. Mengikut PengarahBilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Perlis, seramai 4,536 mangsa penduduk seluruh negeri telah
dipindahkan ke 35 pusat pemindahan. Akibat banjir di bandar ini ,kegiatan
perniagaan telah lumpuh selama empat hari .
Di negeri-negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan, hujan lebat dua hari
berturut-turut( 30 October dan 1 November 2010) menyebabkan air Sungai Golok
mula melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan rendah sejak malam tadi
menyebabkan seramai 297 penduduk yang tinggal di sekitar Rantau Panjang
dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Manakala di luar negara pula, bencana banjir baru-baru ini di Asia Barat
berlaku banyak di Pakistan. Banjir terburuk yang pernah terjadi di Pakistan
barat laut sejauh ini telah menimpa lebih dari tiga juta orang, sebanyak
1400 orang telah terkorban akibat banjir dasyat ini.

2. FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku


banjir adalah:I.

Hujan yang berterusan.


Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir

berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai.


Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawasan tanah rendah dipenuhi air.
II.

Proses pembandaran.
Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar

berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi


tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru.

Pembangunan

yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan


pembinaan infrastruktur.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Di
negara membangun seperti Malaysia, proses perbandaran berlaku dengan sangat
cepat dan melibatkan perubahan guna tanah secara besar-besaran (Ikhwan
2000).Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah
dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak
bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan
tersebut telah ditimbus dengan permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar,

konkrit dan sebagainya (Ikhwan 2000). Apabila hujan turun, air akan mengambil
masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu
air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi
cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang
sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat
berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.
III.

Hakisan tanah
Hakisan tanah berlaku apabila permukaan tanah terutamanya lapisan atas

tanah yang dilitupi oleh bahan organik dan butiran halus sentiasa ditiup oleh angin
dan dialirkan oleh air hujan.
Pokok pokok di hutan ditebang dan kawasan baru diterokai untuk pertanian,
pembalakan dan pembangunan menyebabkan tanah terdedah oleh angin dan
hujan .Kaedah pertanian yang tidak baik melalui penggunaan baja kimia tahun demi
tahun menyebabkan tanah menjadi kering dan berpasir. Kawasan padang rumput
yang diragut secara berlebihan oleh haiwan ternakan seperti lembu menyebabkan
tanah menjadi keras dan rumput menjadi haus.(Gan Wan Yeat dan Choong Choe
Hin , 2005).
Di Malaysia, banyak kawasan hutan yang musnah akibat pembinaaan jalan
dan pembinaan tempat simpanan balak (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,
1994). Di kawasan cerun,keadaan ini menjadi teruk apabila cerun mula mengalami
hakisan.
Hujan lebat yang turun untuk jangka masa yang panjang pada lereng bukit
menyebabkan luncuran lumpur dan batu . Hujan menyerap ke dalam tanah kering
terutama bila tumbuhan telah mati atau dibakar. Air akan mengalir melalui butiran
tanah yang halus dan bertindak sebagai pelincir. Bila tanah menjadi tepu, ia boleh
pecah

dan

bebas

daripada tanah padat atau batu dibawanya dan akan

menggelungsur menuruni bukit. Bongkah dan batu yang tertanam dalam tanah juga
tergelincir menuruni bukit bila tanah yang menampung dihakis daripada dasar batu.

Luncuran lumpur akan dibawa oleh air larian ke sungai.Ia menyebabkan sungai
menjadi semakin cetek kerana berlakunya pemendapan di dasar sungai. Bahan
pemendapan menjadi aluvium sungai. Sungai dan tasik cetek yang penuh dengan
mendapan pasir dan tanah akhirnya berlakunya banjir.
Di Malaysia , kegiatan pembalakan yang menyebabkan hakisan tanah di hutan
Perak

menjadi

punca

berlakunya

banjir

lumpur

berhampiran

kawasan

perkampungan orang asli Pos Dipang, Perak pada 29 Ogos 1996 yang
mengakibatkan 39 orang mati dan 5 orang hilang.( Abdul Hamid Abdullah dan Keng
Su Seng , 2007).

IV.

hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu

hakisan

berlaku

secara

semula

jadi

dan

pembuangan

sisa

domestik

manusia.Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, airakan
mengalir

deras

and

menghakis

tebing-tebing

sungai.

Akhirnya

tanah

tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai.


Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga Perubahan guna tanah
secara besar-besaran ini mempengaruhi pengangkutan kebanyakan endapan dalam
kebanyakan kes melalui pelunjuran tanah rang dan perubahan laluan luahan air. Di
Kuala Lumpur, cawangan Sungai Klang dianggarkan mengangkut beban ampaian
sekitar 250- 550 m3/km2/tahun (Low dan Balamurugan 1991).

Amalan aktiviti

manusiayang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-

sisaindustri ke dalam sungai boleh membantu sungai menjadi cetek danpengaliran


air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadicetek akibat
hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampungatau megalirkan air
hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpahke tebing dan dengan ini
banjir akan berlaku. Endapan yang banyak ini boleh menyebabkan saluran-saluran
laluan air tersekat dan boleh menjadi punca banjir .

V.

Hutan tadahan

Rajah 2.1 : Kitaran Hidrologi


Kitaran hidrologi bermula dari sinaran matahari yang menyebabkan berlakunya
proses penyejatan (laut, tasik dan sungai) dan proses sejatpeluhan (pokok dan
tanaman) secara semulajadi. Air yang tersejat akan bertukar menjadi wap air.
Apabila wap air ini naik ke udara, berlaku proses kondensasi dan wap-wap air ini
akan membentuk awan. Awan ini akan dibawa oleh angin ke daratan dan seterusnya
mencair dan terjadi pelbagai bentuk kerpasan (hujan, salji dan embun) bergantung
kepada kawasan setempat. Sebahagian daripada hujan akan mengalir dalam bentuk
air larian permukaan (memasuki tasik, sungai dan laut), sebahagiannya menyejat
semula dan sebahagiannya pula akan menyusup ke dalam tanah dan membentuk
air bumi. Proses ini berlaku berterusan dan berulang-ulang. Kitaran ini berterusan
dengan adanya hutan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis


tumbuhan
pengimbang

dan

haiwan.

ekosistem

Selain
dunia

itu

hutan

dengan

juga

boleh

merendahkan

dijadikan

kadar

suhu.

sebagai
Hutan

mampu menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar hingga 28
peratus. serasah daun di lantai hutan bertindak sebagai kusyen yang dapat
menyerap titisan air hujan dandialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Hutan
mengalakkan penyusupan air. Penyusupan air dapat menghalang sesuatu kawasan
daripada digenanangi air. Kewujudan humus memperbaiki tekstur membantu
penyusupan (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,1994). Jadi , sebahagian sahaja
hujan sampai ke lantai hutan. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan
membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air
secara semula jadi.
Hutan diterokai di Malaysia telah banyak diterbang tetapi Cuma pokok-pokok
besar yang diterbang. Kebanyakan pokok kecil dan pokok lain yang tidak ditebang
dibawanya musnah akibat pokok besar yang tumbang. Walaupun ia akan tumbuh
spesies tumbuhan yang baru tetapi dalam kadar yang lambat. Kebanyakan masa
akan dibiarkan begitu sahaja (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,1994).
Pemusnahan hutan menyebabkan kadar aliran hujan bertambah. Kurangnya air
hujan yang terpintas dan tersejat. Hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh
tumbuhan. Hujan

yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan

banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam
jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku
mengakibatkan banjir.
VI.

Sistem perparitan tidak terancang.


Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan

sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Menurut Wan
Ruslan (1994), saluran di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur umpamanya dibina
dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir. Kesan daripada peningkatan
ciri-ciri saluran Bandar ini menyebabkan isipadu aliran yang banyak diluahkan
daripada kawasan Bandar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku .

3.KESAN-KESAN BANJIR
Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada
tiga

kategori

iaitu

kerosakan

langsung(

tidak langsung ( indirect damages ) dan

direct

damages

),

kerosakan

kerosakan tidak ketara ( intangible

damages ) (ESCAP, 1991). Manakala Marvin (1969) pula mengatakan bahawa


kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan
ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara

( intangible damages ).

Bagi kerosakan ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan
kerosakan tidak langsung.

Rajah: Kategori - kategori kerosakan banjir


(Sumber : ESCAP, Manual and Guidelines for Comprehensive Flood Loss
Prevention and Management, United Nations Development Programme, January
1991.)
Kerosakan langsung ialah Kerosakan dan kemusnahan secara langsung bagi
harta benda . Antaranya adalah kerosakan peralatan (termasuk perabot, kenderaan
bermotor , mesin dan barang barang dagangan), Kerosakan kemudahan awam
seperti kerosakan jalan raya, jambatan ,hasil ternakan dimusnahkan serta
kemusnahan tanaman dan kerosakan hasil tanaman . Manakala kerosakan dan

kemusnahan secara tidak langsung adalah penambahan kos disebabkan oleh banjir.
Antaranya adalah kos tambahan bagi mangsa banjir , gaji bagi pekerja ( polis ,
kesihatan) , Sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelabur yang
melaburkan wang mereka di kawasan yang mengalami banjir sama ada dalam
bidang pertanian atau perniagaan. (Mohamad Iqbal bin Badli, 2009)
kerosakan tidak ketara (tidak nyata) pula merangkumi kerosakan dan
kemusnahan alam sekitar dan gangguan emosi yang dialami akibat banjir yang
berlaku. kemusnahan dan kerosakan ini sukar dianggarkan dalam bentuk wang,
tetapi kemusnahan dan kerosakan ini merupakan kemusnahan dan kerosakan yang
sebenar dialami oleh penduduk di kawasan yang terlibat dengan masalah banjir
yang berlaku. (Mohamad Iqbal bin Badli, 2009)
Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan.
Antara impak banjir ialah pencemaran, Kemusnahan Tanam-tanaman,Kemusnahan
harta benda, penyakit, kematian , dan kerugian Kerajaan.
I.

Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian

menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah


getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan
merugikan para petani.Ternakan terbunuh kerana mati kebuluran dan mendapat
penyakit akibat terperangkap dalam banjir.
II.

Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta

menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang


elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
III.
Pencemaran
Banjir akan membawa tanah , kelodak , unsur-unsur Kimia seperti pestisida, dan
unsur-unsur dengan bahan dasar minyak . Kesemua ini akan menyebabkan
pencemaran sumber air. Kehadiran bahan kimia di dalam air bukan sahaja

membunuh hidupan liar, bahkan ia juga boleh mengakibatkan mutasi atau


perubahan sifat-sifat ganjil pada haiwan , tumbuhan dan manusia.

IV.

Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Setelah

banjir, takungan najis keluar bersama-sama limpahan air,longkang-longkang


mengeluarkan sampah. sistem pengairan yang tercemar. Najis dan sampah ini
bertaburan di merata-rata tempat sehingga tersebarnya pelbagai jenis penyakit
kerana bakteria biasa tersebar melalui air yang digunakan masyarakat, baik air PAM
mahupun air sumur yang telah tercemar oleh air banjir. Air banjir membawa banyak
bakteria, virus, parasit dan bibit .
Penyakit yang biasa dijangkiti selepas banjir :
1. Penyakit Diare
Diare mempunyai masa pertumbuhan antara 1 - 7 hari. Orang yang terjangkit
penyakit ini harus mendapatkan perawatan khusus kerana apabila dibiarkan terlalu
lama bisa terancam, khususnya pada orang tua dan anak-anak akan menyebabkan
kematian. (Yayasan IDEP)
2 Penyakit yang disebarkan oleh nyamuk
Banjir biasa meningkatkan dengan pembiakan nyamuk secara luas. penyakit
yang dibawa oleh serangga ini termasuk Demam Berdarah, Malaria, dan
sebagainya. (Yayasan IDEP)
V.

Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan

yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Banjir besar yang berlaku di Pakistan
Ogos 2010 yang lalu telah mengakibatkan sebanyak 1500 orang yang kehilangan
nyawa. 7 Ogos 2010, di Kashmir India, banjir telah mengorbankan sekurangkurangnya lebih dari 100 orang .

VI.

Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan,

telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan
ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai
kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagaikeperluan asas seperti
makanan dan minuman, ubat-ubatan disampingmenyediakan petempatan
sementara mangsa banjir. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) Malaysia,
Kejadian banjir pada tahun 2006 dan 2007, negara telah mengalami kejadian banjir
yang teruk yang menyebabkan kerugian masing-masing mencecah RM1.1 bilion
danRM776 juta hanya bagi aset-aset kerajaan di negeri-negeri yang terlibat.

.
4. Langkah Langkah Mengatasi Banjir
I.

Mempertingkat Sistem saliran dan perparitan yang berkesan

Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang


melibatkan sungai-sungai utama, parit-parit utama dan longkang yang sedia ada
perlu dijaga supaya keupayaan sungai boleh mengambil dan menampung air dapat
ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa.
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan
hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat
dialirkan dengan baik.

II.

Penswastaan projek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan


Projek-projek untuk membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang sedia

ada memang

penting. Oleh yang demikian, penyelenggaraan

secara berjadual

mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir. Pihak

kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk


mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan
pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan kepakaran. Ini disebabkan
kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pengawalan banjir.

III.

Projek pendalaman sungai dan pembinaan benteng

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu


sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,
kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan
pembuangan bahan-bahan buangan.Langkah untuk menangani masalah ini ialah
dengan menjalankan prosespendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur
dan kekotoran yangterdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan
sahaja menjadidalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
Selain itu, Projek Pembinaan benteng dapat mengehadkan ancaman banjir
sungai. Benteng dapat menghalang air daripada melimpah keluar semasa kapasiti
air larian berada pada kemuncaknya.
IV.

Mempercepat perlaksanaan projek mencegah banjir


Berikutan dengan fenomena banjir ini , satu Sistem Elektronik Amaran Banjir

( SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai serta dua stesen
merakam paras air sungai . Ia bertujuan mengesan dan memantau tahap bahaya
sungai dan menyebarkan maklumat amaran banjir kepada pemilik bangunan di
sekitar pusat bandar yang sering dilanda banjir.
Dengan sistem pemantauan dan amaran ini, penghuni di kawasan terbabit
dapat mengambil tindakan lebih awal dan menyelamatkan harta benda alih seperti
kereta dan barangan lain, di samping mengambil langkah perlu untuk berpindah ke
tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.
Tindakan juga sedang diambil untuk memperluaskan CCTV bagi liputan
memantau paras air sungai di pusat Bandar ketika hujan lebat. Misalannya Building

Flood Alert Terminal ( BEAT) juga dipasang di 11 bangunan di pusat bandaraya


Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir.
Seiring dengan Program Saliran dan Tebatan Banjir yang dibentangkankan oleh
bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badwi pada tahun
2007 . Program Pengurusan Sungai juga dilaksanakan untuk mengatasi masalah
banjir dan pencemaran

serta meningkatkan tahap kualiti air sungai dengan

peruntukan sebanyak 107 juta ringgit.

Di samping itu ,perancangan dan reka bentuk yang menyeluruh atau holistic
penting dalam setiap pembangunan untuk mengurangkan risiko banjir Jadi, Projek
Manual Saliran Mesra Alam ( stormwater Management Manual) diperkenalkan tahun
ini untuk semua reka bentuk perparitan yang mengambil kira faktor risiko banjir.
Manual Saliran Mesra Alam adalah kaedah baru untuk menangani masalah banjir
kilat. Sistem ini menggunakan pendekatan kawalan pada puncanya ( control at
source) iaitu kaedah mensimulasikan proses semulajadi kitar hidrologi di kawasan
bandar dengan menggunakan kaedah kejuruteraan penyusupan, sistem penahanan
storan dan penuaian hujan ( rain harvesting).
Walaupun perlaksanaan projek-projek mencegah banjir dicadangkan , tetapi
projek tidak laksana sepenuhnya pada sesetengah tempat terutamanya Bandar
bandar yang selalu ditimpa banjir kilat dan kawasan kawasan banjir. Oleh

itu,

Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek-projek di bawah


Rancangan Tebatan Banjir. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa
pelaksanaan projek-projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai
masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan
kewangan dan halangan-halangan utiliti semasa peringkat pembinaan.Kerjasama
dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan
hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.( Masalah banjir di
George Town Pulau Pinang sekitar Jalan P.Ramlee)

V.

Pemeliharaaan dan pemuliharaan hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai


digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang
sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lerenglereng bukit.Oleh itu pemeliharaan hutan dan pemuliharaan hutan merupakan cara
yang baik untuk mengatasimasalah banjir.
Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampumenyerap air hujan
daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsisebagai bunga karang
(sponge) yang berongga dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahanlahan sehingga membentuk anak-anak sungai Ia juga bertindak sebagaipenapis
dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampumenyerap air hujan
hingga kadar 28%( Siti Zawiyah Zakaria, 1996).. Kemudian air

hujan ini dibebaskankembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya


dengan inisahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
Kesedaran tentang malapetaka telah mencetuskan perasaan cemas pentadbir
kerajaan. Menyedari pentingnya hutan untuk kesejahteraan hidup , pemeliharaan
hutan dijalankan.Beberapa

kawasan hutan diistiharkan sebagai

Hutan simpan

kekal .
Selain pemeliharaan hutan, terdapat pemuliharaan hutan dijalankan di kawasan
hutan yang telah ditebang. Cara pemuliharaan hutan ini dipanggil penghutanan
semula. Sistem Pengurusan Terbangan Memilih dilaksanakan dengan spesies pokok
terpilih ditanam dihutan ini secara terancang dan sistematik dijalankan dan kawasan
penerbangan

ditentukan oleh Jabatan Perhutanan . Melalui sistem ini, aktiviti

menggelang ( dan seterusnya meracun ) pokok-pokok yang tidak mempunyai nilai


dagangan tidak digalakkan .Tujuan supaya pokok-pokok hutan bukan sahaja
( termasuk yang tiada nilai dagangan ) terpelihara, tetapi sumber-sumber ginetiknya
juga terjamin. (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,1994).

VI.

Penguatkuasaan undang-undang yang ketat


Dari aspek perundangan juga, perundangan digubal bagi mengawal tingkah

laku manusia. Mulai tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah
memperkenalkan hukuman mandatory kepada mereka yang didapati bersalah
mencemarkan

sumber

air

seperti

sungai.

Langkah

ini

dianggap

tepat

memandangkan semakin banyak sungai sungai utama di negara kita khususnya


yang terletak berhampiran kawasan perindustrian telah tecemar.
Selain itu, Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang-undang ke
atas pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan
lereng berbukit. Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan
syarat ketat mewajibkan semua

pemaju perumahan membina kolam takungan

dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara


sebelum dilepaskan ke dalam sungai-sungai utama.Melalui cara ini jumlah aliran air
ke dalam sungai-sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak
kejadian banjir .
Terdapat juga undang-undang di bawah pembangunan lestari dan pengurusan
alam sekitar , Contohnya:
Akta pemuliharaan tanah dalam dasar perhutanan negara (1984)Jdl 1, seksyen 2 (1)
perkara 15 (b) dikehendaki pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan
hakisan tanih di kawasan pembalakan yang

telah dijalankan. Manakala dalam

akta jalan, parit, dan bangunan 1974 pula dikehendaki pemaju perumahan memberi
ruang terbuka di dalam dan di Sekeliling bangunan yang sedang dibina
dilindungi Secara bersesuaian daripada hakisan tanah.
. (Tema: 5 Impak alam sekitar dan Pengurusannya).
Lain-lain perundangan seperti Akta Taman Negara 1980, Seksyen 3(1)
kuasa menteri untuk membuat peraturan bagi menghalang pembunuhan
hidupan liar, pembakaran dan penebangan pokok, serta penjagaan dan pengawalan
taman negara. (Tema: 5 Impak alam sekitar dan Pengurusannya).
Perundangan ini perlu dikaji semula dan dikuatkuasakan untuk menjamin
kejadian banjir tidak berlaku, kesejahteraan alam sekitar dipelihara.

Di peringkat antarabangsa beberapa Deklarasi tentang alam sekitar telah pun


dilaksanakan dalam bentuk perjanjian dibawah kelolaan UNDP (Pertubuhan
Bangsa- bangsa Bersatu bagi Program Pembangunan United Nations Development
Program) bagi memastikan pembangunan yang lestari.

VII.

Pendidikan

Sekolah dan juga institusi pengajian tinggi mesti menawarkan mata pelajaran,
kursus atau program pengajian tentang sains alam sekitar. Subjek Geografi juga
sesuai diajar untuk memberi pengajaran tentang alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan semenjak Rancangan Malaysia
Kedua

perlu diberi penekanan di peringkat sekolah rendah ,sekolah menengah

hinggalah kursus di universiti seperti Sarjana Muda Sains Alam Sekitar dari
Universiti Putra Malaysia.

VIII.

Pendedahan Media Massa


Badan-badan tertentu seperti badan kerajaan , pihak swasta ( TV3, Astro dan

sebagainya)

perlu memainkan peranan yang penting , bekerjasama dan

bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat


pembuangan sampah. Sebaran maklumat melalui majalah alam sekitar, risalah,
surat khabar, radio, menyiarkan tayangan bercorak dokumentari alam sekitar seperti
rancangan National Geographic, mengadakan kempen mencintai sungai dan
pameran alam sekitar. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran
kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.

5. Kesimpulan

Negara kita sekarang mempunyai terlalu sedikit hutan tanah rendah


kerana kebanyakannya ditebang dan dimusnahkan untuk aktiviti pembalakan
dan pembangunan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan suhu, hakisan
tanah, dan berlakunya banjir kilat.
Oleh itu, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna
semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah
cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang
dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak
akan berada di sini pada hari ini. Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk
dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk
bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama
kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber
ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran
semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan
terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.
Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun apa yang penting
semua pihak termasuk masyarakat perlu bekerjasama mengatasi permasalahan
tersebut kerana cabaran utama dalam menghadapi bencana banjir kilat
sebenarnya terletak kepada keupayaan manusia meminimumkan bencana
tersebut. Gabungan kedua-dua kaedah perundangan dan kejuruteraan di
samping pembabitan aktif masyarakat dalam memelihara alam sekitar diharap
mampu mengurangkan kejadian banjir ke tahap yang minimum.

Rujukan:
1. Marvin Dougal, 1969, Flood Plain Management, Iowa Experience, Iowa
University Press Limeted

2. ESCAP, 1991., Manual and Guidlines For Comprehensive Flood Loss


Prevention And Management, United Nation Publication.
3. Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani (1994). Tumbuh-tumbuhan dan
persekitaran : satu perpektif Geografi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Siti Zawiyah Zakaria (1996). Ekosistem.Petaling Jaya,.Selangor, Malaysia,
Eddiplex Sdn Bhd.
5. Y.Ponnusamy dan Abdul Aziz Ismail (2002).Pengajian Am Kertas 2 STPM. Shah
Alam , Selangor ,Malaysia, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
6. Rabe Juhari dan Piri ak Bantil (2003).Teks Lengkap STPM Pengajian Am 2.
Petaling Jaya,. Selangor, Malaysia, Federal Publications Sdn Bhd.
7. Gan Wan Yeat dan Choong Choe Hin ( 2005). SUKSES Biologi SPM. Shah Alam
, Selangor ,Malaysia, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
8. Abdul Hamid Abdullah dan Keng Su Seng ( 2007).ACE AHEAD Teks STPM
Geografi Alam Sekitar Manusia Kertas 2. Shah Alam , Selangor ,Malaysia,
Oxford Fajar Sdn Bhd.
9. Haliza Abdul Rahman( 2007) . Suatu tinjauan terhadap permasalahan banjir
kilat di Lembah Klang. Universiti Sains Malaysia
http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/suatu-tinjauan-terhadappermasalahan-banjir-kilat-di-lembah-klang.pdf
10. Khirun Nissah binti Khiyon (2008). Kajian banjir di Sungai Johor .Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai: tesis sarjana muda.
11. Y.B H G . D a t u k M o h a m e d T h a j u d e e n b i n Ab d u l W a h a b. Setiausaha
Majlis Keselamatan Negara.Pengurusan bencana tanggungjawab bersama .
Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri ,Disember 2009.
12. Mohamad Iqbal bin Badli(2009).Kajian impak banjir di Sri Medan, Batu Pahat
dan Kota Tinggi . Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: tesis sarjana muda.

13. Yayasan IDEP. Ba n j i r : cerita tentang peranan masyarakat saat terjadi banjir,
IDEP, Indonesia.

14. Masalah banjir di George Town Pulau Pinang sekitar Jalan P.Ramlee.
http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_kesanbangun.htm.Dipetik pada
19November 2010.
15. Tema:5 Impak alam sekitar dan
Pengurusannya .http://www.scribd.com/doc/36100504/6a-19-2PEMBANGUNAN-LESTARI-PENGURUSAN-A-SEKITAR#. Dipetik pada 19
November 2010.
16. Mstar berita, 2 November 2010
17. Utusan Malaysia , 2/11/2010 dan 06/11/2010
18. Berita Harian, 24 Januari 2008
19. Isu Banjir : Kaedah dan Penyelesaian .
http://www.scribd.com/doc/11596795/Presentation-Alam-Sekitar .Dipetik pada
18/11/2010.

Você também pode gostar