Você está na página 1de 18

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DESA PETALING


KUALA LUMPUR

GEOGRAFI
NAMA: NIK ATHIRAH BINTI IBRAHIM
KELAS: 3 KRISTAL
GURU PENASIHAT:CIKGU SUHAINIZA

Kandungan.
M/S
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER
DI
MALAYSIA
.

LAPORAN BAND
5.

KEGIATAN EKONOMI DI DESA PETALING

KESAN KEGIATAN EKONOMI DI DESA PETALING

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN


KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

DI DESA
PETALING

Langkah-langkah Pengurusan Sumber


Yang Dijalankan Di Malaysia.
1.Penghutanan Semula.
Malaysia
pelbagai jenis
Antaranya
hutan.Di
pelbagai jenis
pokok herba
untuk
seharian
membuat

terkenal dengan
sumber.
ialah sumber
Malaysia,
kayu dan pokokyang digunakan
kegunaan
seperti

perabot,digunakan sebagai bahan bakar,ubat-ubatan dan lain-lain.


Contohnya,kayu yang bermutu tinggi seperti kayu cengal,bakau,jati,meranti
dan lain-lain digunakan untuk membuat perabot dan juga dieksport ke luar
negara untuk menambah pendapatan negara kita.

Gambar
seseorang
menebang
haram
Namun,ada

menunjukkan
sedang
pokok scara
pihak yang tidak

bertanggungjawab yang mula menyalahgunakan sumber ini. Ini termasuklah


memotong kayu balak secara haram untuk mendapatkan keuntungan. Ini
akan menyebabkan kawasan hutan di negara ini berkurang. Oleh itu,
pelbagai cara yang telah dilakukan untuk mengelak masalah ini. Antaranya
ialah dengan mengadakan penanaman semula pokok.Aktiviti ini melibatkan
ramai sukarela atau sesebuah masyarakat untuk sama-sama menanam
pokok di sesebuah kawasan yang kurang mempunyai pokok. Penanaman
semula pokok adalah salah satu cara untuk mengurangkan berlakunya
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Penanaman
tumbuhan hijau ini juga dapat memberikan gambaran suasana yang
sejuk,nyaman,selesa malah menstabilkan suhu persekitarannya. Oleh itu,
pihak kerajaan haruslah menganjurkan aktiviti ini untuk memupuk diri kita
supaya menyayangi alam sekitar.

Gambar menunjukkan aktiviti penanaman semula hutan dilakukan


secara beramai-ramai

2.Usaha Pemeliharaan dan


Pemuliharaan.
Usaha ini dijalankan supaya sumber di negara kita tidak pupus atau habis
akibat daripda penggunaan yang berterusan untuk memenuhi permintaan
penduduk.terdapat beberapa cara untuk memulihara dan memelihara
sumber kita antaranya ialah:
A.Penebangan Terpilih.
Penebangan terpiih ini dijalankan bagi mengelakkan sumber hutan iaitu kayu
balak yang berkualiti daripada ditebang secara tidak terkawal oleh pihak
yang tidak bertaggungjawab.Kaedah ini dijalankan dengan menghadkan
bilangan pokok yang ditebang dalam sesuatu kawasan hutan.Hanya kayu
yang matang dan mempunyai saiz 45 cm
diameter sahaja dibenarkan untuk
ditebang.

Gambar menunjukkan pekerja sedang


mengukur diameter pokok tersebut
sebelum ditebang

B.Rawatan Silvikultur
Dengan rawatan silvikultur yang dijalaknkan,Jabatan Perhutanan akan
menjalankan kerja-kerja semaian,penanaman,pembajaan dan rawatan bagi
memastikan pokok-pokok yang bernilai dapat membesar dengan
cepat.Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing seperti pokok memanjat
dimusnahkan dengan cara menebas,meracun atau digelang.

Gambar menunjukkan penjagaan pokok secara silvikultur


C.Pemeliharaan Haiwan Yang Terancam
Kawasan hutan simpan dan taman negara diwujudkan bagi menyelamatkan
haiwan liar atau haiwan terancam daripada kehilangan habitat atau
pupus.Terdapat 143 buah kawasan hidupan liar daripada di negara kita iaitu
dengan keluasan 1507 hektar.Melalui cara ini kawasan hutan simpan
diwartakan sebagai kawasan habitat hidupan liar seperti
badak,gajah,harimau,rusa,ular dan banyak lagi.Di samping itu,kerajaan utrut
menjalankan pemeliharaan in-situ untuk badak sumbu sumatera yang
diancam kepupusann, iaitu di Pusat Konservasi Badak Sumbu
Sumatera,Dusun Tua,Hulu Langat yang diancam kepupusan sehingga
kini.Oleh itu,kita mestilah menghargainya supaya generasi akan datang
dapat melihatnya suatu hari nanti.

Gambar menunjukkan pemeliharaan


badak sumbu sumatera

3.Pendidikan
Pendidikan mengenai sumber akan membantu pelbagai masyarakat tidak
kira umur untuk menyayangi dan menghargai sumber di negara kita.Usaha

pendidikan ini boleh dibuat dengan pelbagai cara. Ini termasuklah dengan
membuat kempen seperti World Rhinos Day,Cintailah Sungai Kita dan
banyak lagi.Ini menunjukkan bahawa kita mengambil berat terhadap sumber
dan alam sekitar.
Terdapat juga badan-badan sukarela seperti World Wild Life Fund For
Nature (WWF) yang memperjuangkan isu-isu pemeliharaan dan
pemuliharaan hutan dan hidupan liar. Badan ini melancarkan pelbagai
kempen kesedaran,mengumpul dana dan melatih orang ramai dalam
kegiatan berkaitan flora dan fauna.

Gambar menunjukkan beberapa contoh kempen yang diadakan


melalui pendidikan

KEGIATAN EKONOMI DI DESA


PETALING.

Di Desa Petaling, terdapat pelbagai jenis ekonomi yang dilakukan di


sini.Antaranya ialah,kegiatan ekonomi perdagangan.Di Desa
Petaling,terdapat banyak deretan-deretan kedai yang membarisi di tepi jalan
ini. Ramai penduduk di sini mencari wang dengan membuka warung atau
gerai-gerai kecil.

Gambar menunjukkan deretan kedai di Desa Petaling


Selain itu,kegiatan ekonomi pengangkutan juga dijalankan di Desa
Petaling. Buktinya, bas RapidKL dan teksi disediakan di desa petaling bagi
memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk berulang
alik ke tempat kerja atau ke destinasi tertentu.

Gambar menunjukkan beberapa contoh pengangkutan awam yang


terdapat di Desa Petaling

Berikutnya,di Desa Petaling juga mempunyai kegiatan ekonomi pendidikan.


SK Desa Petaling dan SMK Desa petaling ditubuhkan untuk memberikan
peluang kepada anak-anak mereka untuk menuntut ilmu supaya berjaya di
masa hadapan dan menjadi seseorang yang berguna di masa hadapan.

KESAN KEGIATAN EKONOMI DI DESA


PETALING.

Berdasarkan kegiatan ekonomi yang telah dinyatakan tadi,kebanyakkan


kegiatan ekonomi ini memberikan banyak kesan yang buruk dan merbahaya
kepada kita dan alam sekitar.Di Desa Petaling,terdapat beberapa kesan
kegiatan ekonomi.Antaranya ialah:

1.Perubahan Pandang
Darat(Landskap)
Kegiatan ekonomi juga boleh mengubah landskap sesuatu
kawasan.Penebangan hutan di Desa Petaling telah menyebabkan habitat
haiwan telah tiada kerana telah digunakan untuk menubuhkan beberapa
kawasan perumahan bagi penduduk Desa Petaling.

Kawasan hutan yang


dahulunya meliputi
kawasan Desa petaling
telah menukarkan
landskapnya kepada
sebuah perumahan

2.Pencemaran.

Seperti mana yang kita tahu,kesan kegiatan ini akan menyebabkan


pencemaran yang akan memberikan kesan buruk kepada kita.Tedapat
banyak jenis pencemaran yang boleh berlaku di Desa Petaling.Antaranya
ialah:
A.Pencemaran Udara.
Di Desa Petaling, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang digunakan oleh
penduduk di sini.Ini termasuklah kereta,bas,motorsikal,teksi dan lain-lain.
Mereka menggunakan kenderaan ini untuk mencapai ke destinasi dengan
pantas dan singkat.Namun,akibat daripada penggunaan kenderaan yang
terlalu banyak bahan bertoksik seperti karbon monoksida (CO),sulfur
dioksida (SO), dan nitrogen dioksida (NO).Bahan-bahan ini akan membawa
keburukan kepada kita sepeerti penyakit asthma,batuk kering dan lain-lain.
B.Pencemaran Air.
Sikap penduduk Desa Petaling yang tidak bertanggungjawab seperti
membuang sampah merata-rata ke dalam longkang dan tempat lain
menyebabkan longkang di kawasan perumahan tersumbat dan
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Tambahan pula,apabila air
yang kotor itu mengalir memasuki ke dalam sungai,sungai tersbut akan
menjadi kotor disebabkan perbuatan penduduk yang tidak bertanggugjawab.

3.Hujan Asid.
Gambar di bawah menunjukkan cara hujan asid yang berlaku di Desa
Petaling akibat perbuatan kita sendiri.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN
KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP
ALAM SEKITAR DI DESA PETALING.
1.Kitar Semula.
Pembuangan sisa domestic dan perkilangan boleh membawa
pencemaran,terutamanya barangan plastik dan polisterin yang tidak boleh
dimusnahkan secara organic.Bahan sisa yang dihasilkan oleh pendduduk di
Desa Petaling ini boleh dimanfaatkan dengan mengitar semula sampah yang
boleh dikitar semula seperti kertas,kaca,aluminium,kadbod dan lain-lain. Kita
juga boleh menggunakan amalan 3R iaitu Reuse,Reduce dan Recycle supaya
kawasan persekitaran kita akan menjadi lebih bersih.

2.Penguatkuasaan Undang-Undang.
Pihak kerajaan juga boleh membantu mengurangkan kesan kegiatan
ekonomi dengan menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan
bayaran denda yang tinggi supaya mereka yang tidak bertanggungjawab itu
tidak berani untuk melakukan kesalahan tersebut semula.Terdapat beberapa
akta dan peraturan alam sekitar yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah:

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974


Peraturan Alam Sekitar (Sisa Buangan Industri) 1979
Peraturan-Peraturan Alam Sekitar (Pembuangan Sisa Pepejal) 1989
Arahan Kualiti Alam Sekitar (Penilaian Impak Alam Sekitar) 1987

3.Penggunaan Tenaga Mesra Alam.


Kebanyakkan kegiatan ekonomi dan pengangkutan akan menggunakan
sumber bahan bakar petrolium,diesel atau gas asli bagi kegunaan domestik
dan juga sebagai bahan untu menggerakkan kenderaan.Petrolium amat
berbahaya kerana mempunyai pelbagai jenis bahan kimia yang boleh
menyebabkan diri kita akan mendapat penyakit yang berbahaya iaitu

petroleum yang mempunyai bahan plumbum.Oleh itu, terdapat beberapa


cara untuk mengurangkan penggunaan sumber tadi di samping dapat
menjimatkan kos:
Menggalakkan penggunaan Fpetrolium tanpa plumbum
Menggantikan tenaga minyak diesel dengan elektrik
Menggalakkan lebih banyak penggunaan pengangkutan elektrik seperti
kereta api atau LRT
Menggalakkan penggunaan tenaga Flternative seperti tenaga suria dan
biojisim.

Gambar di atas menunjukkan contoh cara alternatif tanpa


menggunakan gas dan minyak

Você também pode gostar