Você está na página 1de 18

ARTIKEL 1

http://www.bharian.com.my/node/115555
ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 11:42 AM
Pencemaran udara ancaman kesihatan global WHO
GENEVA: Data terbaharu mengenai paras pencemaran udara yang boleh membawa maut di bandar
raya seluruh dunia dijadualkan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari ini.
Pakar kesihatan terkenal menyifatkan ia sebagai 'amaran kesihatan awam' global yang membabitkan
kos tinggi kepada masyarakat.
Pencemaran udara di bandar raya seperti New Delhi dan Beijing mengorbankan jutaan penduduk dan
mengancam perkhidmatan awam di negara seluruh dunia yang akan memberi kesan kewangan besar
kepada kerajaan.
Perangkaan baharu WHO yang dijadualkan dikeluarkan Februari ini dijangka menunjukkan
pencemaran udara semakin buruk sejak 2014 di ratusan kawasan bandar. Data itu diambil dari 2,000
bandar raya.
"Kami mempunyai amaran kesihatan awam di banyak negara akibat pencemaran. Ia dramatik, antara
masalah terbesar yang dihadapi di seluruh dunia, dan masyarakat menanggung kos tinggi.
"Pencemaran udara membawa kepada penyakit kronik yang memerlukan ruang di hospital.
"Sebelum ini, kita tahu pencemaran menyebabkan radang paru-paru dan asma. Kini, ia menyebabkan
penyakit aliran darah, jantung dan kardiovaskular malah nyanyuk," kata ketua kesihatan awam di
WHO, Maria Neira. Agensi

ARTIKEL 2
http://www.sinarharian.com.my/arkib/jerebu-kembali-menyelubungi-malaysia-1.173733
JEREBU KEMBALI 'MENYELUBUNGI' MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Penjawat awam Hazeman Hassan dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini
menyuarakan kepada isterinya agar tidak membenarkan anak lelaki mereka, yang berumur empat
tahun, bermain di luar rumah.
"Kalau boleh, awak pun jangan banyak berada di luar rumah kerana udara di luar sana tidak sihat,"
jelas Hazeman lagi kepada isterinya.
Pada 16 Jun lepas, Malaysia sekali lagi diselubungi jerebu yang dikatakan berpunca daripada
kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia menyebabkan bacaan pencemaran udara yang tidak sihat di
beberapa lokasi di seluruh negara.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (DOE), Indeks Pencemaran Udara (API) pada Ahad lepas
mencatat paras melebihi 100 di empat lokasi.
Melaka mencatat bacaan API yang paling teruk pada tahap 161 diikuti Port Dickson di Negeri
Sembilan (120), Kemaman di Terengganu (108) dan Pelabuhan Klang di Selangor (103).
Enam lagi lokasi mencatat bacaan API bawah 100. Tempat-tempat ini ialah Putrajaya (94), Kuala
Lumpur (87), Petaling Jaya (86), Johor Baharu (80), Ipoh (72) dan George Town (64).
Masalah tahunan
Menurut pakar-pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena di mana debu, asap dan partikelpartikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hingga menjadikan langit mendung.
Jabatan Kajicuaca turut menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadi masalah tahunan semasa
musim monsun dari bulan Mei hingga September bila angin meniup asap dari 'tompok panas' di
Sumatera menyeberangi Selat Melaka.

Menurut laporan media, Ketua Pengarah DOE Halimah Hassan berkata jabatan itu mencatat 46
tompok panas di Sumatera melalui tinjauan satelit pada 16 Jun (Ahad) lepas.
Bacaan API 101-200 adalah dalam kategori tidak sihat manakala bacaan 51-100 adalah sederhana.
Bacaan bawah 50 menandakan udara yang sihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihati orang ramai agar mengurangkan
aktiviti luar rumah dan minum banyak air.
Dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kesihatan adalah keutamaan
untuk semua dan jerebu yang dilanda sekarang ini dijangka menjadi lebih teruk dengan angin yang
membawa asap dari tompok panas di Sumatera.
Pembakaran terbuka
Jerebu, yang kebanyakannya dikesan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, meningkat
pada musim panas dan ini boleh membawa kesan negatif ke atas sektor pelancongan dan kesihatan
terutama yang berkaitan pernafasan.
Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka dan tidak terkecuali
dalam hal ini, Indonesia 'mengharamkan' aktiviti itu.
Masalah jerebu mencatat tahap paling tinggi pada tahun 1997-1998 menyebabkan rantau Asia
Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan dan
perniagaan.
Pihak berkuasa penjagaan kesihatan juga menasihati mereka yang berada dalam kelompok risiko
tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma agar
mengelakkan aktiviti luar rumah dan memakai penutup muka jika perlu berada di luar.
Para doktor juga menyarankan agar mereka yang mengalami masalah pernafasan, demam, rasa
hendak muntah, pening-pening, sakit mata dan batuk agar mengambil rawatan perubatan.

Sementara itu, sumber Polis Marin juga menasihati nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut kerana
jarak penglihatan di Selat Melaka dilaporkan bertambah buruk.
"Semua bot menangkap ikan dinasihati agar berjaga-jaga dan bot pukat tunda juga dinasihati
memasang lampu," menurut sumber itu lagi. Bernama

ARTIKEL 3
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140515/ke_02/Pencemaran-udara-dalaman
ARKIB : 15/05/2014
Pencemaran udara dalaman
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff menerangan mengenai kesan pecemaran udara dalam rumah kepada
tubuh badan pada majlis pelancaran rangkaian Ambipur First Defense di Kuala Lumpur baru-baru
ini.
Selalunya apabila negara dilanda jerebu berikutan cuaca panas dan kesan daripada pembakaran
terbuka, ramai mula mencari topeng muka sebagai salah satu langkah mengurangkan debu, zarah dan
partikel halus berbahaya memasuki rongga pernafasan.
Namun, tidak ramai pula yang berasa risau tentang pencemaran udara dalam sesuatu kawasan kecil
seperti ruang pejabat, bilik tidur atau rumah.
Amat jarang sekali perkara ini diberi perhatian kerana kebanyakan daripada kita begitu yakin, udara
dalaman lebih bersih daripada di luar.
Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff berkata,
sebenarnya udara dalaman yang tercemar juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia.
Katanya, sebanyak 30 hingga 40 peratus penduduk di negara ini mengalami alahan sinus berpunca
daripada udara dalaman yang tidak bersih.
Alahan terjadi akibat kekuatan reaksi sensitif pada sistem ketahanan badan. Bagi individu yang
tidak tahu sama ada mereka mengalami alahan beberapa ujian boleh dilakukan. Selepas dipastikan,
barulah dikenalpasti punca alahan.
Biasanya alahan bawaan udara yang sering berlaku pada manusia ialah daripada habuk, hama, bulu
binatang dan sebagainya.

Terdapat juga alahan yang berpunca daripada pemakanan, pengambilan ubat yang tidak bersesuaian
dan akibat sengatan serangga tertentu," kata Dr. Amir Hamzah yang ditemui di majlis pelancaran
rangkaian wangian rumah, Ambipur First Defense di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, antara punca lain pencemaran udara dalaman ialah disebabkan asap rokok, karbon
monoksida dari luar, gas memasak, karosen dan banyak lagi.
Atas dasar itu katanya, orang ramai perlu mengetahui tentang kawalan kualiti udara dalaman kerana
semua jenis pencemaran udara dalaman yang dinyatakan tadi berpotensi menyebabkan alahan.
Habuk dan hama contohnya terkumpul daripada partikel bulu manusia, fiber daripada fabrik, bulu
binatang dan kutu yang ada pada bulu tersebut.
Menerusi pengalaman saya, hampir 90 peratus alahan yang dialami pesakit adalah berpunca
daripada hama. Hama memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sebab itu ia perlu diberi
perhatian oleh ibu bapa supaya anak-anak tidak mengalami alahan yang berpunca daripada hama,"
tambahnya.
Menurut Dr. Amir Hamzah, para doktor akan memastikan tahap alahan dengan melakukan beberapa
ujian seperti ujian gores kulit serta ujian darah igE dengan menggunakan bukti asas diagnostik.
Namun katanya, apa yang merunsingkan tentang alahan ialah apabila seseorang ahli keluarga
mengalaminya, seluruh keluarga juga berpotensi menghidapinya.
Adakalanya juga sesuatu penyakit daripada alahan boleh menjadi punca terjadi penyakit lain yang
juga mempunyai gejala sama seperti reaksi alahan.
Para doktor akan memastikannya, sebagai contoh hidung berair, tersumbat atau gatal. Pemeriksaan
perlu dilakukan agar alahan tidak menjadi lebih berbahaya.
Sindrom alahan berbahaya ini dikenali dengan nama anaphylaxis. Jadi masyarakat perlu tahu
bahawa alahan bukan sekadar hidung gatal berair malah turut berpotensi mengancam nyawa.

Sistem ketahanan tubuh manusia mempunyai banyak sel yang akan memberi tindak balas kepada
bakteria normal. Apabila sesuatu menjadi tidak betul, maka sistem tersebut akan secara semula jadi
bertindak untuk melawan jangkitan.
Namun, tidak semua masa sistem boleh bertindak dan apabila ini terjadi maka keadaan individu
akan menjadi lebih serius seperti serangan asma," jelasnya.
Udara dalam rumah bersih
Sebagai ibu bapa bertanggungjawab, beliau menasihatkan agar memastikan kualiti udara dalaman
adalah selamat untuk seluruh ahli keluarga.
Antara yang boleh dibuat ialah dengan memastikan cadar, sarung kusyen dibasuh menggunakan air
panas pada suhu sekurang-kurangnya 60 darjah celsius seminggu sekali untuk mematikan hama.
Disarankan juga agar menggunakan penyedut hampagas untuk membersihkan lantai rumah
seminggu sekali dan jika mampu gunakan pendingin hawa dengan suhu bilik 24 darjah selsius untuk
mengurangkan kelembapan dalaman.
Selain itu ibu bapa juga boleh memberikan bayi susu ibu kerana kajian telah membuktikan
pemberian susu ibu kepada bayi mengurangkan risiko ekzema sebanyak 50 peratus.
Ibu bapa juga boleh menjadikan suplemen yang mengandungi probiotik dan prebiotik sebagai
makanan tambahan untuk menguatkan sistem imunisasi. Adalah amat digalakkan untuk anda semua
berhenti merokok," kata Dr. Amir Hamzah lagi.

ARTIKEL 4
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
PENCEMARAN UDARA
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim
zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia
atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh
pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan,
logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui
cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan
gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid
,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
Pencemaran Udara

Sebelum desulfurization gas buangan dipasang, buangan dari loji kuasa ini di New Mexico
mengandungi jumlah sulfur dioksida melampau.

Lukisan skematik, punca dan kesan pencemaran udara: (1) kesan rumah hijau, (2) pencemaran
zarah, (3) peningkatan radiasi UV, (4) hujan asid, (5) peningkatan kepekatan ozon paras bumi, (6)
tahap peningkatan nitrogen oksida.
Pencemaran udara adalah bahan di udara yang boleh memberi kesan buruk kepada manusia dan
ekosistem. Bahan tersebut boleh jadi zarah pepejal, titisan cecair, atau gas. Pencemar boleh jadi
semulajadi atau buatan manusia.
Pencemar dikelaskan sebagai utama atau sekunder. Bahan pencemar utama biasanya dihasilkan
daripada proses, seperti abu dari letusan gunung berapi. Contoh lain termasuk gas karbon monoksida
daripada ekzos kenderaan bermotor, atau sulfur dioksida yang dikeluarkan dari kilang-kilang.
Pencemaran sekunder tidak dilepaskan secara langsung. Sebaliknya, ia membentuk di udara apabila
pencemaran utama bertindak balas atau berinteraksi. Tahap ozon permukaan adalah contoh yang
pencemar sekunder yang menonjol. Sesetengah bahan pencemar mungkin kedua-dua utama dan
sekunder: kedua-duanya dilepaskan secara langsung dan terbentuk dari bahan pencemar utama yang
lain.
Pencemaran utama yang dihasilkan oleh aktiviti manusia termasuk:

gas methana-gas ini dilepasan oleh pelupusan sampah sarap. Gas ini dapat memerangkap

haba dalam atmosphera (seperti karbon dioksida) dan ini meningkatkan suhu bumi.
sulfur oksida (SOx) - terutamanya sulfur dioksida, sebatian kimia dengan formula SO2. SO2
dihasilkan oleh gunung berapi dan dalam pelbagai proses industri. Arang batu dan petroleum
seringkali mengandungi sebatian sulfur, dan pembakarannya menghasilkan sulfur dioksida.

Pengoksidaan lanjut SO2, biasanya dengan kehadiran pemangkin seperti NO2, membentuk
H2SO4, dan dengan itu hujan asid. Ini adalah salah satu punca bagi kebimbangan mengenai

kesan alam sekitar akibat penggunaan bahan api ini sebagai sumber kuasa.
Nitrogen oksida (NOx) - Nitrogen oksida, terutamanya nitrogen dioksida, terhasil akibat
pembakaran pada suhu yang tinggi, dan turut juga dihasilkan semasa ribut petir melalui
pelepasan elektrik . Ia boleh dilihat sebagai kubat jerebu perang di atas atau kepulan di bawa
angin dari bandar-bandar. Nitrogen dioksida adalah sebatian kimia dengan formula NO2. Ia
adalah salah satu daripada beberapa oksida nitrogen. Ia merupakan salah satu bahan
pencemar udara yang paling menonjol, gas ini mempunyai ciri berwarna perang kemerahan

toksik mempunyai tajam, bau menyucuk.


Karbon monoksida (CO) - CO adalah gas tidak berwarna, tidak berbau, toksik namun bukan
menjengkelkan. Ia merupakan produk akibat pembakaran tidak lengkap bahan api seperti gas

asli, arang batu atau kayu. Ekzos kenderaan adalah sumber utama karbon monoksida.
Sebatian organik meruap - (VOC-Volatile organic compounds) adalah pencemar udara luar
terkenal. Ia dikategorikan sebagai sama ada metana (CH4) atau bukan-methane (NMVOCs).
Metana adalah gas rumah hijau yang amat berkesan yang menyumbang kepada peningkatan
pemanasan global . VOC hidrokarbon lain jugamerupakan gas rumah hijau yang penting
kerana peranan mereka dalam mewujudkan ozon dan memanjangkan hayat metana di
atmosfera. Kesan ini berbeza-beza bergantung kepada kualiti udara tempatan. NMVOCs
harum benzena, toluena dan xilena dipercayai sebagai karsinogen dan boleh menyebabkan
leukemia dengan pendedahan yang berpanjangan. 1,3-butadiena adalah satu lagi kompaun

berbahaya yang sering dikaitkan dengan kegunaan industri.


Zarahan , sebagai alternatif disebut sebagai jisim zarah (PM-particulate matter), jisim zarah
atmosfera, atau zarah halus, adalah zarah kecil pepejal atau cecair terapung dalam gas.
Sebaliknya, aerosol merujuk kepada gabungan zarah dan gas. Sesetengah zarah terhasil
secara semula jadi, yang berasal dari gunung berapi, ribut debu, kebakaran hutan dan padang
rumput, tumbuh-tumbuhan hidup, dan percikan laut. Aktiviti manusia seperti pembakaran
bahan api fosil dalam kenderaan, loji kuasa dan pelbagai proses industri juga menghasilkan
sejumlah besar aerosol. Purata di seluruh dunia, antropogenik aerosol-yang dihasilkan oleh
aktiviti manusia-kini merangkumi lebih kurang 10 peratus daripada atmosfera kita.
Peningkatan paras partikel halus di udara dikaitkan dengan bahaya kesihatan seperti penyakit

jantung, [1] perubahan fungsi paru-paru dan barah paru-paru.


Radikal bebas yang berterusan berkaitan dengan partikel halus bawaan udara dikaitkan

dengan penyakit kardiopulmonari. [2][3]


Logam toksik, seperti plumbum dan merkuri, terutamanya sebatiannya.

Klorofluorokarbon (CFC) - Merbahaya kepada lapisan ozon; dibebaskan daripada produk


yang pada masa ini diharamkan daripada penggunaannya. Ia adalah gas yang dibebaskan dari
pengdingin hawa, peti sejuk, semburan aerosol, dan lain-lain jenis. CFC yang dilepaskan ke
dalam udara naik ke stratosfera . Di situ ia berinteraksi dengan gas lain dan merosakkan
lapisan ozon. Ini membolehkan sinar ultraungu yang berbahaya untuk sampai ke permukaan
bumi. Ini boleh menyebabkan barah kulit, penyakit mata dan juga boleh menyebabkan

kerosakan kepada tumbuh-tumbuhan.


Ammonia (NH3) - yang dibebaskan melalui proses pertanian. Ammonia merupakan sebatian
dengan formula NH3. Ia biasanya dijumpai sebagai gas dengan ciri bau menyucuk. Ammonia
menyumbang dengan ketara bagi keperluan pemakanan organisma daratan dengan
berkhidmat sebagai pelopor kepada bahan makanan dan baja. Ammonia, sama ada secara
langsung atau tidak langsung, juga merupakan blok binaan bagi sintesis kebanyakan
farmaseutikal. Walaupun digunakan luas, ammonia adalah kaustik dan merbahaya. Di dalam
atmosfera, ammonia bertindak balas dengan nitrogen oksida dan sulfur oksida untuk

membentuk zarah sekunder menengah.[4]


Bau - seperti dari sampah, kumbahan, dan proses perindustrian
Pencemaran radioaktif - yang dihasilkan oleh letupan nuklear , kejadian nuklear, bahan
letupan peperangan, dan proses semula jadi seperti pereputan radioaktif radon.

Pencemaran di langit Athens, Greece.


Pencemaran sekunder termasuk:

Butiran zarah yang terbentuk dari bahan pencemar gas utama dan sebatian dalam kabut
fotokimia. Asbut adalah sejenis pencemaran udara. Kabut Klasik terhasil dari jumlah
pembakaran arang batu yang besar di kawasan tersebut yang terhasil dari campuran asap dan
sulfur dioksida. Kabut moden biasanya tidak datang daripada arang batu tetapi daripada
pelepasan kenderaan dan industri yang bertindak di dalam atmosfera dengan cahaya
ultraungu dari matahari untuk membentuk pencemaran sekunder yang juga bergabung dengan
pelepasan utama untuk membentuk kabut fotokimia.

Ozon permukaan bumi (O3) terbentuk daripada NOx dan VOC. Ozon (O3) adalah satu juzuk
penting dalam troposfera. Ia juga merupakan juzuk penting dalam kawasan-kawasan tertentu
stratosfera dikenali sebagai lapisan ozon. Fotokimia dan tindak balas kimia yang
melibatkannya memancu banyak proses kimia yang berlaku di dalam atmosfera pada waktu
siang dan malam. Pada kepekatan yang terlalu tinggi yang disebabkan oleh aktiviti manusia
(sebahagian besarnya pembakaran bahan api fosil), ia merupakan satu pencemar, dan satu

juzuk kabut.
Peroxyacetyl nitrat (PAN) - juga terbentuk daripada NOx dan VOC.

Pencemar udara kecil termasuk:

Sebilangan besar kecil pencemar udara merbahaya . Sebahagian daripada ini dikawal selia di
Amerika Syarikat di bawah Akta Udara Bersih dan di Eropah di bawah Arahan Rangka Kerja

Udara.
Pelbagai bahan pencemar organik berterusan, yang boleh bergabung dengan zarah

Bahan pencemar organik berterusan (POPs) adalah sebatian organik yang tahan kepada penguraian
alam sekitar melalui proses kimia, biologi, dan fotolitik. Disebabkan itu, ia telah dilihat berkekalan
dalam alam sekitar, mampu diangkut jarak jauh, terkumpul secara bio dalam tisu manusia dan
haiwan, meningkat secara bio dalam rantaian makanan, dan mempunyai potensi kesan ketara ke atas
kesihatan manusia dan alam sekitar.
Sumber

Ribut debu menghampiri Stratford, Texas

Pembakaran terkawal di ladang di luar Statesboro, Georgia, US sebagai persediaan bagi


penanaman musim bunga
Terdapat pelbagai lokasi, aktiviti-aktiviti atau faktor-faktor yang bertanggungjawab untuk
melepaskan bahan pencemaran ke dalam atmosfera. Sumber-sumber ini boleh diklasifikasikan
kepada dua kategori utama.
Antropogenik (buatan manusia) sumber:
Ini kebanyakannya berkaitan dengan pembakaran pelbagai jenis bahan api.

Sumber pegun termasuk jujukan asap loji kuasa, kemudahan perkilangan (kilang-kilang) dan
sisa insinerator, serta relau dan lain-lain jenis alat-alat pemanasan bahan api terbakar. Di
negara membangun dan negara-negara miskin, pembakaran tradisional adalah sumber utama

bahan pencemar udara; biomass tradisional termasuk kayu, sisa tanaman dan najis. [5][6]
Sumber Bergerak termasuk kenderaan bermotor, kapal laut, dan pesawat.
Bahan kimia , habuk dan pembakaran terkawal amalan dalam bidang pertanian dan
pengurusan hutan. Pembakaran terkawal atau ditetapkan adalah teknik yang kadang-kadang
digunakan dalam pengurusan hutan, pertanian, padang rumput pemulihan atau pengurangan
gas rumah hijau. Kebakaran adalah sebahagian proses semulajadi bagi kedua-dua ekologi
hutan dan padang rumput dan api yang dikawal boleh menjadi alat untuk hutan. Pembakaran
terkawal merangsang percambahan beberapa pokok hutan wajar, sekali gus memperbaharui

hutan.
Asap dari cat , semburan rambut , varnis , semburan aerosol dan pelarut lain.
Sisa pemendapan di tapak pelupusan, yang menghasilkan metana. Metana adalah gas sangat
mudah terbakar dan boleh membentuk campuran letupan dengan udara. Metana juga
merupakan gas penyesak dan boleh menggantikan oksigen dalam ruang yang tertutup.
Asfiksia atau lemas boleh berlaki mengakibatkan jika kepekatan oksigen berkurangan kepada

kurang daripada 19.5% akibat sesaran.


Sumber tentera, seperti senjata nuklear , gas toksik , peperangan kuman dan roket.

Sumber semula jadi

Debu daripada sumber semula jadi, kawasan biasanya besar tanah dengan sedikit atau tiada

tumbuh-tumbuhan
Metana , dipancarkan oleh pencernaan makanan oleh haiwan, sebagai contoh lembu

Gas Radon dari pereputan radioaktif dalam kerak Bumi. Radon adalah tidak berwarna, tidak
berbau, yang wujud secara semula jadi, gas radioaktif yang terbentuk daripada pereputan
radium. Ia dianggap menjadi merbahaya pada kesihatan. Gas radon daripada sumber semula
jadi boleh terkumpul di dalam bangunan, terutama di kawasan tertutup seperti ruangan bawah

tanah dan ia merupakan punca yang paling kerap kedua barah paru-paru, selepas asap rokok.
Asap dan karbon monoksida daripada kebakaran hutan
Tumbuh-tumbuhan, di beberapa kawasan, mengeluarkan sejumlah besar alam VOC pada
hari-hari panas. Ini VOC bertindak balas dengan bahan pencemar utama antropogenikkhususnya, NOx, SO2, dan sebatian-kepada karbon organik antropogenik menghasilkan

jerebu bermusim pencemaran sekunder.[7]


Aktiviti gunung berapi, yang menghasilkan sulfur, klorin zarahan, dan abu.

Titik panas
Titik panas pencemaran udara adalah kawasan di mana pelepasan pencemaran udara mendedahkan
individu kepada peningkatan kesan kesihatan yang negatif. [8] Ia adalah biasa di penempatan padat
penduduk, kawasan bandar, di mana terdapat gabungan punca pencemaran tetap (contohnya
kemudahan industri) dan punca pencemaran sumber-sumber bergerak (misalnya kereta dan lori).
Pelepasan daripada sumber-sumber ini boleh menyebabkan penyakit pernafasan, asma kanak-kanak,
barah, dan masalah kesihatan yang lain. Jisim zarah halus seperti jelaga diesel, yang menyumbang
kepada lebih daripada 3.2 juta kematian pramatang di seluruh dunia setiap tahun, adalah satu
masalah yang penting. Ia adalah amat kecil dan boleh melekat dalam paru-paru dan memasuki aliran
darah. Jelaga diesel tertumpu di kawasan padat dengan penduduk, dan satu dalam enam orang di
Amerika Syarikat tinggal berhampiran titik panas tempat pencemaran diesel. [9]
Walaupun titik panas pencemaran udara memberi kesan kepada pelbagai penduduk, sesetengah
kumpulan lebih cenderung ditempatkan di titik panas. Kajian terdahulu telah menunjukkan
perbezaan pada pendedahan pencemaran menurut bangsa dan / atau pendapatan. Kegunaan tanah
merbahaya (kemudahan penyimpanan dan pelupusan toksik, kemudahan perkilangan, jalan raya
utama) cenderung untuk terletak di mana nilai hartanah dan tahap pendapatan adalah rendah. Taraf
sosio-ekonomi yang rendah boleh menjadi proksi untuk kelemahan sosial jenis lain termasuk bangsa,
kekurangan keupayaan untuk mempengaruhi peraturan kelulusan dan kekurangan keupayaan untuk
bergerak ke kawasan yang kurang pencemaran alam sekitar. Komuniti-komuniti ini menanggung

beban yang tidak seimbang pencemaran alam sekitar dan lebih cenderung untuk menghadapi risiko
kesihatan seperti barah atau asma.[10]
Kajian menunjukkan bahawa corak dalam kaum dan jurang pendapatan bukan sahaja menunjukkan
pendedahan yang lebih tinggi kepada pencemaran tetapi risiko juga lebih tinggi akibat hasil
kesihatan yang buruk. [11] Pencirian masyarakat oleh status sosio-ekonomi yang rendah dan kaum
minoriti yang lebih terdedah kepada kesan kesihatan buruk terkumpul akibat pendedahan tinggi
kepada bahan pencemar berbanding masyarakat yang lebih bernasib baik.[11] Kulit Hitam dan Latin
pada umumnya menghadapi pencemaran lebih daripada orang kulit putih dan orang Asia, dan
masyarakat berpendapatan rendah menanggung beban yang lebih tinggi risiko berbanding golongan
mewah. [10] Percanggahan kaum terutamanya yang berbeza di kawasan-kawasan pinggir bandar
Selatan dan kawasan metropolitan di Barat. [12] Penduduk di perumahan awam, yang secara
umumnya pendapatan rendah dengan akses rendah pada penjagaan kesihatan dan tidak boleh
bergerak ke kawasan yang lebih sihat, adalah sangat terjejas oleh kilang penapis berhampiran dan loji
kimia. [13]
Klasifikasi pencemaran udara
Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran
sekunder.
Pencemaran primer
Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil
daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal
Pencemaran sekunder
Pencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dengan wap-wap air di udara.
Kesan

Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas
manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari.
Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi
paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga
menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan
dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan itu akan mengganggu
keseimbangan ekosistem.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh
udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan
tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini
berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.

Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di
dalam udara.
Penipisan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang
terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini,
ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan
dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga
hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.
Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta
tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini
adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu
bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan
oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida yang terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi
panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang
tidak normal.
Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak
penglihatan akibat jerebu.

Você também pode gostar