Você está na página 1de 34

Lampiran A kepada Bab 1

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA NO. 5 TAHUN 1954


Kesalahan-kesalahan Oleh Seseorang
3. (1) Seseorang yang:
(a)

dengan diketahuinya membuat sesuatu penyataan palsu dalam atau


berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk dimasukkan dalam
sesuatu daftar pemilih,

(b)

memalsukan atau secara fraud mencacatkan atau secara fraud


memusnahkan sesuatu kertas penamaan, atau menyerahkan kepada
seseorang Pegawai Pengurus sesuatu kertas penamaan dengan
mengetahuinya sebagai telah dipalsukan,

(c)

Memalsukan atau melencung atau secara fraud mencacatkan atau


secara fraud memusnahkan sesuatu kertas undi atau tanda rasmi dalam
mana-mana kertas undi,

(d)

tanpa kuasa yang sepatutnya memberi sesuatu kertas undi kepada


seseorang,

(e)

menjual atau menawar menjual kertas undi kepada seseorang atau


membeli atau menawar membeli sesuatu kertas undi daripada
seseorang,

(f)

sebagai seorang yang tidak berhak memiliki sesuatu kertas undi yang
telah ditanda yang dibenarkan ada sesuatu kertas undi itu dalam
miliknya,

(g)

memasukkan ke dalam sesuatu peti undi apa-apa jua, lain daripada


kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dimasukkan
olehnya,

(h)

tanpa kuasa yang sepatutnya membawa keluar dari tempat mengundi


sesuatu kertas undi atau didapati ada memiliki sesuatu kertas undi di luar
sesuatu tempat mengundi,

(i)

tanpa kuasa yang sepatutnya memusnahkan, mengambil, membuka atau


dengan lain mengganggu sesuatu peti undi, kertas undi atau bungkusan
kertas-kertas undi yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan bagi
maksud-maksud sesuatu Pilihan Raya,

TERHAD

(j)

tanpa kuasa yang sepatutnya mencetak sesuatu kertas undi atau apa
yang berupa atau yang boleh digunakan sebagai kertas undi dalam
sesuatu Pilihan Raya,

(k)

bagi maksud-maksud sesuatu Pilihan Raya, membuat, membina,


mengimport, ada memiliki, membekal atau menggunakan, atau
menyebabkan dibuat, dibina, diimport dibekal atau digunakan, apa-apa
perkakas, alat atau pesawat dengan mana sesuatu kertas undi boleh
dicabut, dimudarat atau dimanipulasikan selepas dimasukkan ke dalam
suatu peti undi dalam masa mengundi dalam sesuatu Pilihan Raya,

(l)

mengundi dalam sesuatu pilihan raya manakala ia tidak berhak mengundi


dalam Pilihan Raya itu, atau

(m)

mencetak apa-apa iklan, surat-sebaran, plakad atau poster berkenaan


dengan sesuatu Pilihan Raya dan yang mengandungi sesuatu salinan
kertas undi atau salinan apa yang berupa sebagai suatu kertas undi,
untuk digunakan atau mungkin digunakan dalam Pilihan Raya itu.

Kesalahan Pegawai Pilihan Raya


4.
Seseorang pegawai, kerani, jurubahasa atau orang-orang lain ada mempunyai
apa-apa kewajipan untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang bertulis
berhubung dengan sesuatu Pilihan Raya dan yang:
(a)

membuat, dalam sesuatu rekod, penyata atau lain-lain dokumen yang


dikehendaki disimpan olehnya atau membuat di bawah undang-undang
bertulis itu, apa-apa catatan yang ia ketahui atau sebab yang munasabah
bagi mempercayai sebagai palsu, atau yang ia tidak percaya sebagai
benar,

(b)

membenar seseorang yang ia ketahui atau ada sebab yang munasabah


bagi mempercayai sebagai bukan orang buta atau bukan seorang tidak
berdaya mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang buta
atau orang-orang tidak berdaya, mengikut mana-mana yang berkenaan,

(c)

enggan membenarkan seseorang yang ia ketahui atau ada sebab yang


munasabah bagi mempercayai sebagai seorang buta atau seorang yang
tidak berdaya untuk mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi
orang-orang buta atau orang-orang tidak berdaya mengikut mana yang
berkenaan,

(d)

bersengaja menghalang seseorang daripada mengundi di tempat


mengundi di mana ia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai bahawa orang itu berhak mengundi,

(e)

bersengaja menolak atau enggan mengira mana-mana kertas undi yang


ia ketahui ada sebab yang munasabah bagi mempercayai telah dibuang
TERHAD

dengan sah untuk seseorang calon mengikut peruntukan undangundang,


(f)

bersengaja mengira mana-mana kertas undi sebagaimana dibuang untuk


seseorang, yang ia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai telah tidak dibuang dengan sah untuk seseorang calon
mengikut peruntukan undang-undang bertulis itu,

(g)

tanpa sebab yang munasabah melakukan apa-apa perbuatan atau


ketinggalan dengan kewajipan jawatannya.

Memelihara Kerahsiaan Dalam Pilihan Raya


5.

(1)
Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon ejen dan mana-mana orang
lain (kemudian daripada ini disebut orang yang dibenarkan dalam seksyen ini)
yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan
pengeluaran atau penerimaan kertas-kertas undi pos atau di sesuatu tempat
mengundi, atau pada masa pengiraan undi hendaklah, sebelum hadir
sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya
mengikut Borang A dalam Jadual Pertama.
(2)
Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang
dibenarkan dan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara,
dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat mengundi
itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang
dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa
maklumat mengenai nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar
pemilih, yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan sesuatu kertas
undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau mengenai tanda
rasmi kepada mana-mana orang, tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah
mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian
ditutup boleh, menurut budi-bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada
seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan
hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu.
(3)
Tiada seseorang pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis
atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seseorang jua pun boleh cuba
mendapatkan di tempat mengundi maklumat mengenai calon yang baginya
seseorang pengundi di tempat itu akan atau telah mengundi, atau
menyampaikan pada bila-bila masa kepada seseorang apa-apa maklumat yang
didapati di sesuatu tempat mengundi mengenai calon yang baginya seseorang
pengundi di tempat itu akan atau telah mengundi, atau mengenai nombor kertas
undi yang diberi kepada seseorang pengundi di tempat itu.
(4)
Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis dan
orang yang dibenarkan, yang hadir pada masa pengiraan undi hendaklah
TERHAD

memelihara dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian itu dan


tidak boleh cuba menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati dalam
pengiraan itu tentang calon yang baginya apa-apa undi telah diberi oleh manamana kertas undi tertentu.
(5)
Tiada seseorang pun, kecuali ketua tempat mengundi yang bertindak
bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis
berhubungan dengan mana-mana pilihan raya atau seseorang yang dibenarkan
oleh ketua tempat mengundi dan yang bertindak bagi maksud yang disebut
terdahulu, boleh berhubung atau mencuba berhubung dengan mana-mana
pengundi selepas pengundi itu menerima sesuatu kertas undi dan sebelum ia
memasukkannya kedalam peti undi.
(6)
Tiap-tiap orang yang menghadiri sesuatu urusan berkenaan dengan
pengeluaran atau penerimaan kertas undi untuk orang yang mengundi melalui
pos hendaklah memelihara dan membantu dalam memelihara kerahsiaan
pengundian itu dan tidak boleh tanpa sebab yang sah:
(a)

Menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati dalam urusan itu


tentang apa-pa pertindikan, cap atau tanda rasmi yang akan digunakan
berkaitan dengan mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang
sebelum pengundian ditutup,

(b)

Menyampaikan kepada seseorang pada bila-bila masa apa-apa yang


didapati dalam urusan itu tentang nombor kertas undi yang dihantar
kepada mana-mana orang pada bila-bila masa,

(c)

Cuba menentukan dalam urusan berkenaan dengan penerimaan kertaskertas undi, nombor pada mana-mana kertas undi, atau

(d)

Cuba menentukan dalam urusan itu, berkenaan dengan penerimaan


kertas undi, calon yang baginya sesuatu undi telah diberi dalam sesuatu
kertas undi tertentu atau menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan
dengannya yang didapati dalam urusan itu.

(7)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini
boleh disabitkan dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara dan didenda keduaduanya.

Kesalahan-Kesalahan Terhadap Bahagian ini

TERHAD

6.

(1)
Tiap-tiap yang bersubahat melakukan atau yang cuba melakukan sesuatu
kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh dikenakan hukuman dan
hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu.
(2)
Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini adalah suatu kesalahan yang
boleh ditangkap dalam erti Kanun Prosedur Jenayah.
(3)
Dalam sesuatu pendakwaan atas kesalahan berhubung dengan kertas
penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu Pilihan Raya,
hak kepunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat
penanda itu dan juga hak kepunyaan terhadap kaunter foil mana-mana kertas
undi, bolehlah dikatakan sebagai ada pegawai pengurus dalam Pilihan Raya itu.
(4)
Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu kesalahan di
bawah Bahagian ini tidak boleh diambil tanpa saksi Pendakwa Raya.

Menyamar
7.
Tiap-tiap orang yang memohon suatu kertas undi dalam sesuatu Pilihan Raya
atas nama seseorang lain, sama ada nama itu adalah nama bagi seseorang yang hidup
atau mati, atau nama seseorang yang diada-adakan atau yang setelah mengundi sekali
dalam mana-mana Pilihan Raya itu, memohon dalam Pilihan Raya itu juga suatu kertas
undi atas namanya sendiri, adalah bersalah atas kesalahan menyamar.
Menjamu
8.
Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendirinya atau melalui seseorang
lain, sama ada sebelum, dalam masa atau selepas sesuatu Pilihan Raya, secara
langsung atau secara tak langsung memberi atau mengadakan atau menyebabkan
diberi atau diadakan, atau yang menyertai hal memberi atau mengadakan itu, atau yang
membayar atau yang mengaku janji akan membayar kesemuanya atau sebahagiannya,
belanja bagi memberi atau mengadakan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau
bekalan, atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau tipu daya lain untuk
membolehkan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau bekalan, disampaikan
kepada atau untuk seseorang bagi maksud mempengaruhi secara rasuah orang itu atau
mana-mana orang lain supaya memberi atau jangan memberi undinya dalam Pilihan
Raya itu atau oleh seseorang itu atau seseorang lain telah mengundi atau tidak
mengundi atau mengundi atau tidak akan mengundi dalam Pilihan Raya itu, pemilih atau
pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman,
atau penyegar atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu atau yang
menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk membolehkan makanan,
minuman, penyegar atau bekalan itu didapatkan adalah bersalah atas kesalahan
menjamu.
Pengaruh Yang Tak Berpatutan

TERHAD

9.

(1)
Tiap-tiap orang yang secara langsung atau secara tak langsung, dengan
sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, menggunakan atau
mengancam hendak menggunakan apa-apa paksaan, kekerasan, atau
halangan, atau melalui seseorang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan
atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana
orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau jangan
mengundi, atau oleh kerana orang itu telah mengundi atau tidak mengundi,
dalam mana-mana Pilihan Raya, atau dengan melarikan orang, dengan dures
atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana
pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas,
atau yang dengan yang demikian itu memaksa, mendorong, atau mendesak
mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau jangan memberi
undinya dalam mana-mana Pilihan Raya, atau secara langsung atau secara tak
langsung menganggu atau cuba menganggu seseorang daripada menjalankan
hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah
atas kesalahan
mempengaruhi dengan tak berpatutan.

Penyogokan
10.
Orang-orang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan
menyogok :
(a)

Tiap-tiap orang yang secara langsung atau secara tak langsung dengan
sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya memberi,
meminjamkan, bersetuju memberi atau meminjam atau menawarkan,
menjanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk
mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk
seseorang pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk seseorang
bagi pihak seseorang pemilih atau pengundi kepada atau untuk
seseorang lain, bagi mendorong seseorang pemilih atau supaya
mengundi atau jangan mengundi, atau secara rasuah sesuatu perbuatan
sebagaimana yang tersebut diatas oleh kerana atau pengundi itu telah
mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu Pilihan Raya:

(b)

Tiap-tiap orang yang, secara langsung atau tidak langsung dengan


sendirinya melalui seseorang lain bagi pihaknya memberi, atau mendapat
atau bersetuju memberi atau mendapatkan, atau menawarkan
menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk
mendapatkan, apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan kepada atau
untuk seseorang pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk
seseorang bagi pihak seseorang pemilih atau pengundi, atau kepada
atau untuk seseorang lain, bagi mendorong pemilih atau pengundi itu
supaya mengundi atau jangan mengundi atau yang secara rasuah
melakukan apa-apa perbuatan sebagaimana yang tersebut di atas
kepada atau untuk seseorang dipilih atau untuk mendapatkan dalam
sesuatu undi seseorang pemilih atau pengundi Pilihan Raya;
TERHAD

(c)

Tiap-tiap orang yang secara langsung atau tidak langsung dengan


sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, memberi sesuatu
pemberian atau pinjaman, atau membuat sesuatu tawaran atau janji atau
mendapatkan sesuatu jawatan, kedudukan atau pekerjaan atau membuat
sesuatu persetujuan sebagaimana yang tersebut di atas kepada atau
untuk seseorang bagi mendorong orang itu supaya mendapatkan atau
berusaha untuk mendapatkan seseorang dipilih atau untuk mendapatkan
dalam sesuatu undi seseorang pemilih atau pengundi Pilihan Raya;

(d)

Tiap-tiap orang yang, apabila menerima atau oleh sebab sesuatu


pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pendapatan atau perjanjian iru,
mendapatkan atau mengakujanji, berjanji atau berusaha untuk
mendapatkan seseorang dipilih atau untuk mendapatkan undi seseorang
pemilih atau pengundi dalam sesuatu Pilihan Raya;

(e)

Tiap-tiap orang yang mendahulukan atau membayar atau menyebabkan


dibayar apa-apa wang kepada, atau untuk kegunaan, seseorang lain
dengan niat supaya wang itu atau mana-mana bahagian daripadanya
dibelanjakan sebagai sogokan dalam sesuatu Pilihan Raya atau yang
dengan diketahuinya membayar atau menyebabkan dibayar apa-apa
wang yang kesemuanya atau sebahagiannya telah dibelanjakan sebagai
sogokan dalam sesuatu Pilihan Raya itu;

(f)

Tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, sebelum atau dalam masa sesuatu
Pilihan Raya, secara langsung atau, dengan sendirinya atau secara
langsung melalui seseorang lain bagi pihaknya, menerima bersetuju atau
membuat kontrak untuk mendapatkan apa-apa wang, pemberian,
pinjaman atau balasan bernilai, jawatan, kedudukan atau bersetuju
mengundi atau kerana tidak mengundi atau bersetuju tidak mengundi
dalam sesuatu Pilihan Raya itu;

(g)

Tiap-tiap orang yang, selepas sesuatu Pilihan Raya, secara langsung


atau secara tak langsung dengan sendirinya atau melalui seseorang
lain bagi pihaknya, menerima apa-apa wang atau balasan bernilai oleh
kerana seseorang telah mengundi atau tidak mengundi atau telah
mendorong seseorang lain supaya mengundi atau jangan mengundi
dalam sesuatu Pilihan Raya itu;

(h)

Tiap-tiap orang secara langsung atau tak secara langsung dengan


sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, oleh kerana dan
sebagai bayaran kerana mengundi atau telah mengundi atau kerana
bersetuju mengundi atau telah mengundi atau kerana bersetuju
mengundi untuk seseorang calon dalam sesuatu Pilihan Raya, atau
kerana dan sebagai bayaran kerana sesuatu Pilihan Raya, memohon
Kepada calon itu, atau kepada ejen atau ejen-ejennya, untuk
mendapatkan pemberian atau pinjaman apa-apa wang atau balasan
bernilai itu, atau mendapatkan janji mengenai pemberian atau pinjaman

TERHAD

apa-apa wang atau balasan bernilai itu atau untuk mendapatkan janji
mengenai apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan; dan

11.

(i)

Tiap-tiap orang yang secara langsung atau secara tak langsung, dengan
sendirinya atau melalui seseorang bagi pihaknya, bagi mendorong
seseorang lain supaya bersetuju dinamakan sebagai seorang calon atau
supaya jangan menjadi seseorang calon atau supaya menarik diri jika ia
telah menjadi seorang calon, memberi atau mendapatkan apa-apa
jawatan, kedudukan atau pekerjaan, atau bersetuju akan memberi atau
mendapatkan atau mendapatkan atau menawar atau berjanji akan
mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa jawatan,
kedudukan atau pekerjaan kepada atau untuk orang lain, atau memberi
atau meminjamkan, atau menawarkan, atau berjanji akan mendapatkan
atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai
kepada atau untuk seseorang atau kepada atau untuk orang lain itu, atau
kepada atau untuk seseorang bagi pihak orang lain itu.

(1)

Tiap-tiap orang orang:

(a)

Melakukan kesalahan menyamar, atau membantu, bersubahat,


menasihat atau mendapat supaya dilakukan kesalahan menyamar

(b)

Melakukan kesalahan menjamu, mempengaruhi dengan tak berpatutan,


atau menyogok;

(c)

Mencetak, menerbitkan, membahagikan atau menampalkan atau


menyebabkan dicetak, diterbitkan, dibahagikan atau ditampalkan sesuatu
iklan, surat sebaran, plakad atau poster yang berkenaan dengan sesuatu
Pilihan Raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan
alamat pencetak dan penerbitnya;

(d)

Membuat atau menerbitkan, sebelum atau dalam masa sesuatu Pilihan


Raya, bagi maksud mempengaruhi supaya seseorang calon dipilih,
sesuatu penyertaan palsu mengenai fakta berhubung dengan watak atau
kelakuan peribadi calon itu;

(e)

Membuat atau menerbit, sebelum atau dalam masa sesuatu Pilihan


Raya, bagi maksud menganjur atau mendapatkan seseorang calon
dipilih, sesuatu penyertaan palsu mengenai penarikan diri seseorang
calon lain dalam Pilihan Raya itu; atau

(f)

Sebagai seorang calon atau ejen Pilihan Raya dengan diketahuinya


membuat sesuatu akuan secara palsu mengenai belanja Pilihan Raya
yang dikehendaki oleh seksyen 23, adalah bersalah atas sesuatu
perbuatan rasuah dan boleh, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah
Sesyen mengenai hal yang tersebut dalam perenggan-perenggan (a) dan
(b), dikenakan penjara selama 2 tahun dan denda sebanyak tidak kurang
daripada satu ribu ringgit. Kesalahan-kesalahan
di bawah perengganperenggan (a) dan (b) adalah kesalahan-kesalahan yang boleh ditangkap
dalam erti Kanun Prosedur Jenayah.

TERHAD

(2)
Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam
mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan sesuatu Pilihan Raya,
tiap-tiap orang yang disabitkan atau sesuatu perbuatan rasuah tidaklah
berkebolehan, oleh sebab sabitan itu, untuk didaftar atau disenaraikan sebagai
seorang pemilih untuk mengundi dalam sesuatu Pilihan Raya atau untuk dipilih
dalam sesuatu Pilihan Raya, dan jika pada tarikh itu ia telah pun dipilih dalam
sesuatu Pilihan Raya, maka kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan
itu; Dengan syarat bahawa tak berkebolehan itu hendaklah terhenti apabila tamat
lima tahun dari tarikh sabitan atau tarikh dilepaskan dari penjara, mengikut mana
yang terkemudian.
(3)
Tindakan bagi menjalankan sesuatu pendakwaan atas sesuatu perbuatan
rasuah kecuali mana-mana perbuatan rasuah sebagaimana ditakrifkan dalam
perenggan-perenggan (d) dan (e) seksyen kecil (1) tidak boleh diambil tanpa
saksi Pendakwa Raya.
Ejen-ejen pilihan raya boleh melakukan beberapa kesalahan di bawah akta ini.
Kesalahan-kesalahan yang boleh dilakukan ternyata di bawah seksyen 12 dan13
Akta Pilihan Raya;
12.

(1)
Pada atau sebelum hari penamaan dalam sesuatu Pilihan Raya,
seseorang hendaklah dinamakan secara bertulis oleh atau bagi pihak tiap-tiap
seorang calon sebagai ejennya untuk Pilihan Raya itu;
(2)
Seseorang calon boleh menamakan dirinya sendiri sebagai ejen Pilihan
Raya, dan dengan itu, setakat mana keadaan membenarkan, ia hendaklah
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, sebagai seorang calon dan
sebagai seorang ejen Pilihan Raya kedua-duanya, dan apa-apa sebutan dalam
Akta ini mengenai seseorang ejen Pilihan Raya hendaklah ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai calon yang bertindak atas sifatnya sebagai ejen Pilihan Raya.
(3)
Pada atau sebelum hari penamaan, nama dan alamat ejen Pilihan Raya
bagi tiap-tiap seorang, calon hendaklah diistiharkan secara bertulis oleh calon itu
atau oleh seseorang lain bagi pihaknya kepada pegawai pengurus, dan pegawai
pengurus hendaklah segera memberi pemberitahuan awam mengenai nama dan
alamat tiap-tiap ejen Pilihan Raya yang diistiharkan sedemikian dengan
menampalkan satu notis di suatu tempat yang mudah dilihat di luar pejabatnya.
(4)
Hanya seorang ejen Pilihan Raya hendaklah dilantik bagi tiap-tiap
seorang calon, tetapi pelantikan itu, sama ada ejen Pilihan Raya yang dilantik itu
adalah calon itu sendiri atau tidak, boleh ditarik balik dan jika sekiranya
perlantikan itu ditarik balik atau ejen Pilihan Raya itu mati, sama ada hal itu
sebelum atau dalam masa atau selepas Pilihan Raya itu, maka seorang ejen
Pilihan Raya yang lain hendaklah segera dilantik, dan nama dan alamatnya
diistiharkan secara bertulis kepada pengurus dan pegawai pengurus itu
hendaklah segera memberi notis awam mengenainya mengikut cara yang
tersebut diatas.

TERHAD

(5)
Jika tiada nama dan alamat seseorang telah diistiharkan sebagaimana
dikehendaki oleh seksyen kecil (3) maka calon itu hendaklah disifatkan pada
masa itu sebagai telah menamakan dirinya sendiri sebagai ejen Pilihan Raya
dan sebagai menarik balik apa-apa pelantikan seorang lain sebagai ejen Pilihan
Rayanya.
(6)
Tiap-tiap ejen Pilihan Raya hendaklah ada, dalam Bahagian Pilihan Raya
di mana ianya adalah seorang ejen Pilihan Raya, suatu pejabat di mana semua
tuntutan, notis, writ, saman dan dokumen boleh dihantar dan alamat pejabat itu
hendaklah diistiharkan serentak dengan pelantikan ejen itu kepada pegawai
pengurus, dan hendaklah dinyatakan dalam pemberitahuan awam di bawah
seksyen kecil (3) bersama dengan ejen Pilihan Raya itu dan alamatnya.

Hilang Kelayakan Untuk Dilantik Sebagai Ejen Pilihan Raya, dsb


13.

(1)
Tertakluk kepada peruntukan seksyen 12(2) seseorang adalah hilang
kelayakan daripada dilantik sebagai seorang ejen Pilihan Raya ejen tempat
mengundi atau ejen mengira jika:
(a)

Ia bukan seorang warganegara;

(b)

ia berumur kurang daripada 21 tahun;

(c)

ia telah, dalam tempoh 5 tahun sebelum sahaja hari penamaan dalam


Pilihan Raya itu, disabitkan atas satu kesalahan berkenaan dengan
kekerasan atau kecurangan oleh suatu Mahkamah undang-undang di
mana-mana bahagian Malaysia dan ianya belum mendapat
pengampunan;

(d)

ia telah, dalam tempoh 5 tahun sebelum sahaja hari penamaan dalam


Pilihan Raya itu, disabit atas sesuatu kesalahan atau telah dilepaskan
dari penjara setelah menjalani hukuman penjara kerana sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini;

(e)

ia adalah seorang yang namanya adalah didaftarkan di bawah Ordinan


Pencegahan Jenayah 1959;

(f)

Ia telah, dalam tempoh 5 tahun sebelum sahaja hari penamaan dalam


hari Pilihan Raya itu, disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah
seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah peruntukan yang
bersamaan dalam mana-mana undang-undang lain berhubung dengan
pertubuhan yang kuat kuasa, mengenai sesuatu Pilihan Raya di Sabah
dan Sarawak di mana-mana bahagian Malaysia, dan mengenai sesuatu
Pilihan Raya di Malaysia Barat, di mana-mana bahagian Malaysia atau
Republik Singapura;

TERHAD

(g)

Ia adalah seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di


bawah seksyen 66(4) Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah peruntukan
yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang lain berhubung
dengan pertubuhan yang berkuatkuasa, Malaysia atau, mengenai
sesuatu Pilihan Raya di Malaysia, di mana-mana bahagian Malaysia atau
Republik Singapura; atau

(h)

Ia adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan.

(2)
Tiada seorang pun pegawai, kerani, jurubahasa atau orang-orang lain yang ada
mempunyai apa-apa kewajipan untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang
bertulis berhubung dengan sesuatu Pilihan Raya boleh dilantik sebagai seorang ejen
Pilihan Raya atau bertindak sebagai seorang ejen calon dalam menjalan atau
menguruskan sesuatu Pilihan Raya.

Kesalahan Pilihan Raya telah menentukan beberapa masalah belanja seperti


berikut;
15A.

(1)
Tiada apa-apa belanja boleh, dengan tujuan hendak menganjur atau
mendapatkan seseorang calon dipilih, dilakukan oleh seseorang melainkan oleh
calon itu, ejen pilihan rayanya dan orang-orang yang dibenarkan secara bertulis
oleh Pilihan Raya itu kerana;
(a)

Mengadakan apa-apa perjumpaan awam atau hiburan awam, atau


mengatur apa-apa pertunjukan awam;

(b)

Mencetak atau
terbitan; atau;

(c)

Secara lain mengemukakan calon itu, pendapat-pendapatnya atau takat


atau jenis penyokongnya, atau takat atau jenis pencaciannya akan
seorang calon lain, kepada pemilih-pemilih:

mengeluarkan

iklan-iklan

pekeliling-pekeliling

atau

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh:


(i)

menyekat penerbitan dalam sesuatu akhbar atau lain-lain majalah


berkala akan apa-apa perkara berhubung dengan
Pilihan Raya itu;

(ii)

Dipakai bagi belanja yang dilakukan oleh seseorang kerana


perjalanan atau kerana tidak tinggal di rumahnya atau bagi
belanja sendiri yang seumpamanya.

(2)
Jika seseorang melakukan apa-apa belanja yang dikehendakki
dibenarkan oleh seseorang ejen Pilihan Raya di bawah seksyen kecil (1), ia

TERHAD

hendaklah dalam tempoh 14 hari selepas keputusan Pilihan Raya itu disiarkan
dalam warta menghantar kepada ejen Pilihan Raya itu suatu penyata, disertai
dengan suatu akuan yang dibuat olehnya (atau mengenai sesuatu persatuan
atau kumpulan orang, oleh pengarah, pengurus besar, setiausaha atau lain-lain
pegawai atau kumpulan orang yang seumpamanya) mengesahkan penyata itu
dan member butir-butir mengenai perkara yang baginya belanja itu telah
dilakukan:
Dengan syarat bahawa seksyen kecil ini tidak boleh dipakai bagi seseorang yang
diambil bertugas atau diambil bekerja dengan bayaran atau dengan janji akan
diberi bayaran oleh calon itu atau ejen Pilihan Raya.
(3)
Belanja yang ditunjukkan dalam penyata yang tersebut dalam seksyen
kecil (2) hendaklah dimasukkan dalam penyata yang dibuat oleh ejen Pilihan
Raya itu mengikut seksyen 23(1), dan kebenaran yang diterima daripada ejen
Pilihan Raya itu hendaklah dilampirkan kepada penyata itu dan disifatkan
sebagai menjadi sebahagian daripadanya.
(4)
Seseorang yang melakukan apa-apa belanja berlanggaran dengan
seksyen ini, atau yang membuat apa-apa akuan yang dikehendakki oleh
seksyen kecil (2) yang palsu dan yang ia sama ada ketahui atau percayai
sebagai palsu atau tidak percaya sebagai benar, bersalah atas perubatan yang
menyalahi undang-undang.
21.

(1)
Tiada seorang pun boleh, bagi maksud menganjur atau mendapatkan
seseorang calon dipilih dalam sesuatu Ppilihan Raya, diambil bertugas atau di
ambil bekerja kerana bayaran atau janji akan diberi bayaran bagi apa-apa
maksud atau atas apa-apa sifat jua pun, kecuali bagi maksud atas sifat-sifat
yang berikut;
(a)

seseorang ejen pilihan raya dan tidak lebih;

(b)

tidak lebih daripada seorang ejen tempat mengundi pada sesuatu masa
bagi tiap-tiap satu kawasan mengundi atau daerah mengundi;

Dengan syarat bahawa jika lebih daripada satu tempat mengundi diadakan di
sesuatu kawasan mengundi atau daerah mengundi, seseorang lagi ejen tempat
mengundi boleh diambil bekerja bagi tiap-tiap satu tempat mengundi; dan
(c)

Sebilangan yang munasabah kerani-kerani dan pengutus-pengutus


memandang kepada luasnya Bahagian Pilihan Raya atau kawasan
Pilihan Raya dan kepada bilangan pemilih-pemilih dalam daftar atau
senarai pemilih-pemilih bagi bahagian Pilihan Raya atau kawasan Pilihan
Raya itu.

(2)
Tertakluk kepada apa-apa kecualian yang dibenarkan menurut Akta ini,
jika seseorang diambil bertugas atau diambil bekerja berlanggaran dengan
seksyen ini, sama ada sebelum, dalam masa atau selepas sesuatu Pilihan Raya,

TERHAD

orang yang mengambil bertugas atau mengambil bekerja orang itu adalah
bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Seksyen 25 Akta Pilihan Raya menentukan majikan dikehendakki memberi masa
untuk pekerja-pekerja keluar mengundi. Adalah menjadi kesalahan di bawah
seksyen ini jika:
(3)
Seseorang majikan yang secara langsung atau tidak, enggan memberi
atau menakutkan dengan pengaruh yang tak berpatutan atau dengan apa-apa
cara lain, menganggu pemberian suatu tempoh yang berpatutan untuk
seseorang pemilih yang bekerja dengannya mengundi, sebagaimana yang
diperuntukkan dalam seksyen ini, boleh apabila disabitkan secara terus
dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara selama satu tahun.
(4)
Seksyen ini tidak meliputi mana-mana kategori pekerja yang ditetapkan
dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui pemberitahuan
dalam Warta.
(5)
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan tiap-tiap satu Negeri adalah terikat
kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini.

Kempen Pilihan Raya Dan Batasan Mengenainya


24B

(3)

Seseorang calon atau ejen Pilihan Raya boleh semasa tempoh


berkempen:
(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan
awam terbuka, perhimpunan awan terbuka, pertunjukkan awam
terbuka atau hiburan awam terbuka, atau
(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam
terbuka,
di dalam Bahagian Pilihan Raya yang baginya calon itu bertanding tetapi
hanya jika ia memegang sesuatu permit (Lampiran A) untuk berbuat
demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga
daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan atau hiburan itu
hendaklah diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

Limitation On Polling Day


26.

(1)

No person shall on polling day-

TERHAD

(a)

hold, convene or organize in any place any form of meeting, rally, display
or entertainment or give any form of address or lecture is open to or
involves members of the public or otherwise;

(b)

furnish or supply any musical instrument or loud speaker to any person


with intent that it shall be used by any person in any way or used in or
upon any vessel, animal, motorcar, truck or other vechile as, or for the
purpose of, political propaganda or use in or upon any vessel, animal,
motorcar, truck or other vehicle any such musical instrument or loud
speaker;

(c)

open or establish or maintain an office or a booth within the constituency


in which a candidate seeks election for any purpose connected with an
election other than the offices opened or established or maintained
pursuant to section 24B (2) or committee-room hired pursuant to section
14(1)(b);

(d)

use any dwelling house, shop house, hut, hall or any premises as an
office or a centre of any political party in the constituency;

(e)

within a distance of fifty metres from the limits of any polling station(i)

endeavour to establish the identity of any person entering a polling


station

(ii)

Check on any list the name of any person entering or leaving a


polling station

(ii)

solicit or persuade or attempt to persuade any person to abstain


from voting at the election, or to vote or to abstain from voting for
any candidate at the election

(iv)

(f)

wait or loiter except for the purpose of gaining entry to the polling
station to cast his vote but nothing in this paragraph shall prevent
the proper officer or any person authorized by the proper officer
from carrying out his duties inrelation to the conduct of an
election; or

on behalf of any candidate, canvass for the vote of electors in any


constituency for against any candidate or political party at an election by
whatever means including visiting electors at their homes or places of
work or interviewing members of the public.

26.

(2)
Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall
be liable, on conviction, to imprisonment for a term not exceeding one year or to
a fine not exceeding five thousands ringgit or to both such imprisonment and fine.

26.

(3)
An offence under subsection (1) shall be a seizable offence within the
meaning of the Criminal Procedure Code.
TERHAD

Booth to provide by Election Commission


26A.

(1)
The election commission shall on polling day, provide such number of
booths situated at such places as it thinks necessary for the purpose of assisting
electors to ascertain their electoral numbers in the electoral roll.
(2)
The election agent of a candidate shall appoint not more than four
persons to act as booth observers on behalf of the candidate and shall before the
opening of the poll inform the presiding officer at each polling station in writing of
the name and address of the booth observers appointed to be present at the
booths in respect of the polling station.
(3)
Every booth observer of a candidate appointed under subsection (2) shall
be present at the booth for at least two hours and his replacement shall only be
admitted to the booth on the expiration two hours period.

Hukuman Bagi Sabitan Kerana Perbuatan Yang Menyalahi undang-undang


(pindaan P.U. (A) 357/80
27.

(1)
Tiap-tiap orang yang melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi
undang-undang boleh, apabila disabitkan oleh sesuatu mahkamah seksyen
dikenakan denda sebanyak lima ratus ringgit dan, tertakluk kepada sesuatu
peruntukan tertentu yang berlawan dalam mana-mana undang bertulis
berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ia tidaklah berkebolehan, oleh kerana
sabitan didaftar atau disenarai sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam
sesuatu Pilihan Raya di bawah Akta ini atau dipilih dalam sesuatu Pilihan Raya
sehingga tamat 5 tahun tarikh-tarikh sabitan itu, dan jika pada tarikh itu ia telah
pun dipilih dalam mana-mana Pilihan Raya, maka kerusinya hendaklah
dikosongkan dari tarikh sabitan itu.
(2)
Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu perbuatan yang
menyalahi undang-undang tidak boleh diambil tanpa saksi Pendakwa Raya.

LAMPIRAN A

PERMIT BAGI MENGADAKAN, MEMANGGIL ATAU MENGATURKAN APA-APA


*PERJUMPAAN AWAM TERBUKA / PERHIMPUNAN AWAM TERBUKA /

TERHAD

PERTUNJUKKAN AWAM TERBUKA / HIBURAN AWAM TERBUKA / UCAPAN AWAM


TERBUKA / SYARAHAN AWAM TERBUKA DI BAWAH SEKSYEN 24B(3) AKTA
KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 BAGI PILIHAN RAYA *UMUM / KECIL BAGI
KERUSI *PARLIMEN / DUN

Saya

Ketua Polis Daerah (KPD) . Dengan ini


mengeluarkan Permit di bawah Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
kepada . *(calon / ejen
calon), No. Kad Pengenalan untuk mengadakan
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam
terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka)
di .. bagi tujuan kempen
pilihan raya *(umum / kecil) bagi kerusi *(Parlimen / DUN) .
pada . dari jam . hingga .
tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berikut:
1.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam
terbuka / syarahan awam terbuka) dikehendaki mematuhi semua arahan yang
diberikan oleh pihak Polis pada setiap masa bagi menentukan suasana
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) menjadi aman dan keadaan keselamatan terjamin bagi semua
peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka /
pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka
/ syarahan awam terbuka)
dan juga lain-lain orang yang mempunyai
kepentingan.

2.

Ucapan yang diberikan oleh penceramah atau mana-mana orang pada masa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang membawa
kepada KECENDERUNGAN MENGHASUT semasa *(perjumpaan awam
terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam terbuka /
hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka)
atau ketika syarahan sedang berlangsung.

3.

Ucapan yang diberikan oleh penceramah atau mana-mana orang pada masa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka)
tersebut tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang
MEMBAWA KEPADA MEMFITNAH semasa *(perjumpaan awam terbuka /

TERHAD

perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam


terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka) atau ketika
syarahan berlangsung.

4.

Ucapan yang diberikan oleh penceramah atau mana-mana orang pada masa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut tidak boleh MENGEMBANGKAN PERASAAN JAHAT,
TIDAK PUASHATI ATAU PERMUSUHAN sebagaimana yang ditegah di bawah
Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

5.

Penganjur, peserta dan penceramah *(perjumpaan awam terbuka /


perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam
terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah
menahan diri daripada berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan
kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka).

6.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) dikehendaki menentukan tidak
berlaku PERBUATAN KHIANAT / BENCANA KE ATAS HARTA AWAM di
kawasan perhimpunan.

7.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) dikehendaki berhimpun SECARA
AMAN dan tidak boleh MEMBAWA APA-APA SENJATA ATAU BARANG YANG
BOLEH MENDATANGKAN KEMUDARATAN ATAU BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK
MENIMBULKAN
KETAKUTAN
ATAU
MENYEBABKAN
KECEDERAAN KEPADA ORANG ATAU KEROSAKKAN KEPADA HARTA.

8.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) HANYA BOLEH BERHIMPUN
ATAU MEMBERI SYARAHAN DI TEMPAT YANG DITETAPKAN dan PADA
MASA YANG DITETAPKAN.

TERHAD

9.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah memastikan supaya tidak
melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

10.

Penganjur *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka /


pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka
/ syarahan awam terbuka) hendaklah melantik apa-apa bilangan orang yang
difikirkannya perlu yang akan bertanggungjawab bagi mengendalikan
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) dengan teratur.

11.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah MEMASTIKAN
PEMBERSIHAN
TEMPAT
PERHIMPUNAN
DILAKUKAN
ATAU
MENANGGUNG KOS PEMBERSIHAN TEMPAT PERHIMPUNAN selepas
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut telah selesai.

12.

Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam


terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah memastikan bahawa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) itu tidak akan menyebabkan apa-apa KESUSAHAN YANG
SIGNIFIKAN kepada orang awam dan juga lain-lain orang yang mempunyai
kepentingan.

13.

Syarat-syarat tersebut di atas telah saya baca dan terangkan secara satu
persatu kepada Penama ..
No. Kad Pengenalan .. pada tarikh .
Jam . dan telah dipersetujui.

TERHAD

..
Nama :
No. KP :
Tarikh :

Nama :
No. KP:
Tarikh :

Nota:
1.

* Potong mana yang tidak berkenaan dan jika kedua-dua berkaitan tidak perlu
dipotong

2.

Akuan penerimaan hendaklah diambil daripada calon, wakil calon atau pemohon
permit ceramah.

Lampiran B kepada Bab 1

AKTA 336
AKTA KESALAHAN-KESALAHAN KECIL 1955

TERHAD

13.

(1)

Bising-bising yang Keterlaluan

(a)

Sesiapapun yang diantara had mana-mana pekan atau kampong diantara


masa tengah malam dan 6 pagi atau pada sebatang jalan awam atau
tempat awam pada sebarang masa, memukul gendang atau tong-tong
atau meniup tanduk atau nafiri atau memukul atau membunyikan
sebarang alat atau perkakas dengan cara yang boleh mengganggu atau
kurang menyenangkan kepada penghuni-penghuni mana-mana tempat
kediaman yang berdekatan: atau

(b)

Memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan


sebarang alat peti nyanyi atau alat pembesar suara atau pianola atau
sebarang bentuk muzik yang dihasilkan dengan cara mekanik atau
elektrik dengan cara yang boleh menyebabkan gangguan atau kurang
menyenangkan kepada penghuni-penghuni mana-mana tempat
kediaman yang berdekatan: atau

(c)

Memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan di atau


dekat sebarang jalan awam atau tempat-tempat awam atau dalam
sebarang kedai, tempat-tempat kediaman bangunan atau tempat yang
menyebelahi sebarang jalan awamatau tempat-tempat awam, sebarang
alat peti nyanyi atau alat pembesar suara atau sebarang alat lain yang
menghasilkan bunyi atau muzik dengan cara yang boleh mengganggu
atau kurang menyenangkan penghuni-penghuni mana-mana tempat
kediaman yang berhampiran.

(2)

Boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit

Mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak kurang dari Inspektor, atau
aduan seorang tuan rumah tentang bunyi sebarang alat yang berkenaan adalah
membahayakan seorang pesakit yang tinggal berdekatan dengan tempat dimana
alat yang berkenaan adalah dipasang, atau untuk sebarang sebab yang baik dan
memadai, boleh memasuki tempat-tempat kediaman atau mana-mana tempat
dimana alat yang berkenaan sedang dipasang, dan telah memberi amaran
memberhentikannya, sama ada dengan menanggalkan alat yang berkenaan
atau dengan cara yang lain yang berpatutan.
Kelakuan Aib
14.
Sesiapapun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan,
mengugut, aib atau menghinakan atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau
menghinakan atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas
bertulis atau lukisan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghinakan dengan
tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau dimana

TERHAD

keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus
ringgit.

Kemudaratan-kemudaratan Lain
15.

(2)
Sesiapapun yang tanpa kuasa dalam kes harta benda awam atau tanpa
izin tuanpunya atau penghuni dalam kes harta benda persendirian:
(a)

Melekatkan atau menyebabkan sebarang iklan, bil atau notis atau


sebarang kertas atau sepanduk kepada atau pada sebarang harta benda,

(b)

Menulis, membuat tanda-tanda, merosakkan atau mencontengkan


dengan kapur atau cat atau dengan sebarang cara harta benda,

(c)

Merosakkan, mengubah atau menanggalkan sebarang harta benda.

Boleh dikenakan penjara yang tidak melebihi setahun atau denda yang tidak
melebihi seribu ringgit atau kedua-dua sekali.
(Dalam seksyen kecil ini rangkaikata Harta Benda termasuklah mana-mana
bangunan, dinding, jalan, pagar, pokok, lampu, tiang lampu atau telefon, lampu
isyarat lalulintas dan papan notis kenyataan.)

Berkelakuan Kurang Sopan di Perjumpaan-perjumpaan Awam


20A.

(1)
Jika seorang Pegawai Polis mengesyaki dengan munasabah sesiapapun
dalam satu perjumpaan awam yang sah berkelakuan atau menghasut orangorang lain untuk berkelakuan dengan cara yang boleh mengganggu keamanan
atau berulang kali mengganggu perjalanan perjumpaan (mesyuarat) berkenaan
dengan cara yang boleh menahan perjalanan urusan yang mana perjumpaan
tersebut diadakan, dia boleh , jika dikehendaki oleh Pengerusi perjumpaan
(mesyuarat) tersebut, menghendaki orang yang berkenaan meninggalkan tempat
dimana perjumpaan itu diadakan sehingga selesai perjalanan urusan tersebut.

(2)
Sesiapaun yang gagal untuk mematuhi kehendaki seorang Pegawai Polis
seperti yang dibuat di bawah Seksyen kecil (1) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit atau
dipenjarakan untuk masa yang tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya
sekali.

Menceroboh Masuk

TERHAD

22.
Sesiapapun tanpa alasan yang memuaskan, sengaja menceroboh masuk ke
dalam mana-mana rumah kediaman atau penginapan atau di dalam mana-mana tanah
berhubung dengannya atau ke dalam mana-mana sampan atau kapal atau ke dalam
kawasan tanah kepunyaan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri atau
bersesuaian dengan mana tujuan awam, yang tidak termasuk mana-mana kes yang
menyebabkan kerosakan atau tidak menyebabkan pada pendapat Majistret, lebih dari
kerosakan namaan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit.

Lampiran C Kepada Bab 1


AKTA 344
AKTA POLIS 1967

20.

(3)
Tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang di atas
atau peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang lain, adalah menjadi
kewajipan Pegawai Polis menjalankan maksud-maksud yang disebutkan dalam

TERHAD

Sub Seksyen (3), Sek. 3 dan ia boleh mengambil apa-apa tindakan yang sah di
sisi undang-undang dan melakukan apa-apa perbuatan yang perlu yang sah di
sisi undang-undang berhubung dengannya termasuk:
(a)

Menangkap semua orang yang ia diberi kuasa menangkap oleh undangundang;

(b)

Memberi bantuan dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan manamana undang-undang berhubung dengan hasil eksais, kebersihan,
kerantina imigresen dan pendaftaran;

(c)

Mempamerkan maklumat

(d)

Melindungi harta yang tidak dituntut dan yang hilang dan mencari
pemiliknya;

(e)

Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta

(f)

Mengeskot dan mengawal banduan-banduan dan orang-orang lain dalam


jagaan Polis.

(4)
Pegawai Polis hendaklah, apabila melaksanakan tugas-tugas yang
disebutkan dalam perenggan 20(3)(f) disifatkan sebagai Pegawai Penjara, dan
hendaklah mempunyai semua kuasa, perlindungan dan keistimewaan yang ada
pada Pegawai Penjara.
Tugas di Jalan Awam
21.

(1)

Adalah menjadi kewajipan Pegawai Polis:

(a)

Mengatur, mengawal dan melencongkan apa-apa lalulintas;

(b)

Menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalanraya dan tempattempat mendarat dan di lain-lain tempat kunjungan orang ramai dan
tempat-tempat di mana orang ramai mempunyai akses; dan
Mencegah halangan pada masa perhimpunan dan perarakan di jalan
awam dan lebuh dan bagaimanapun ketika mana-mana jalan, lebuh dan
jalan raya, tempat mendarat atau feri mungkin dikerumuni atau terhalang.

(c)

(2)
Seseorang yang menghalang, membangkang atau engkar menurut apaapa arahan munasabah yang diberi oleh seseorang Pegawai Polis dalam
pelaksanaan tugas di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda dan penjara atau
kedua-duanya.

TERHAD

(3)
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh
ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi kepada Pegawai Polis itu nama
dan alamatanya dan selainnya ia meyakinkan Pegawai Polis itu bahawa ia akan
mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding yang mungkin
diambil terhadapnya.

Kuasa Pegawai Polis Untuk Memeriksa Lesen, Kenderaan dan lain-lain


24,

(1)

Mana-mana Pegawai Polis boleh:

(a)

Memberhentikan dan menahan mana-mana orang:


i)

Yang dilihatnya sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada


dalam miliknya apa-apa benda: atau

ii)

Yang dia ada alasan-alasan munasabah bagi mengesyaki sedang


melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa
benda:

Yang baginya lesen, permit atau kebenaran adalah diperlukan di bawah


peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa
bagi maksud menghendaki orang itu mengemukakan lesen, permit atau
kebenaran itu;
(b)

Memberhentikan dan memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan


atau vessel yang disyaki atas alasan-alasan yang munasabah sedang
digunakan dalam melakukan apa-apa kesalahan terhadap mana-mana
undang-undang yang berkuatkuasa;

Dengan syarat kenderaan atau vessel itu tidak boleh tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan Sub-Seksyen (4), ditahan lebih lama daripada
semunasabahnya perlu untuk menyempurnakan pemeriksaan itu.
(2)
Seseorang yang tidak mengemukakan lesen, permit atau kebenaran di
bawah sub-seksyen (1)(a) apabila diminta berbuat demikian oleh seorang
Pegawai Polis boleh ditangkap tanpa waran melainkan dia memberi kepada
Pegawai Polis itu nama dan alamatnya dan selainnya memuaskan hati Pegawai
Polis itu yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau
prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.
(3)
Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa syarat munasabah yang
diberikan oleh seorang Pegawai Polis, menghendaki mana-mana orang
memberhentikan apa-apa kenderaan atau vessel di bawah peruntukan subseksyen (1) atau menghalang mana-mana Pegawai Polis dalam melaksanakan
tugasnya di bawah peruntukan sub-seksyen itu, adalah melakukan suatu
kesalahan di bawah Akta ini, dan mana-mana Pegawai Polis boleh tanpa waran,

TERHAD

menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan
selainnya, memuaskan hati Pegawai Polis itu yang akan mematuhi dengan
sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil
terhadapnya.

Kuasa Mendirikan Sekatan Jalan


26.

(1)
Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undangundang lain, mana-mana Pegawai Kanan Polis boleh jika difikirkan perlu untuk
memelihara dan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman atau untuk
mencegah atau mengesan jenayah, mendirikan atau menempatkan atau
menyebabkan didirikan atau ditempatkan apa-apa sekatan di atas atau
merintangi mana-mana jalan awam atau lorong atau dimana-mana tempat awam
dengan apa cara yang difikirkannya patut, dan mana-mana Pegawai Polis boleh
mengambil segala langkah yang munasabah atau mencegah sesiapa dari
melalui atau mana-mana kenderaan daripada merempuh lalu mana-mana
sekatan itu.
(2)
Seseorang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat Polis menghendaki
orang atau kenderaan berhenti sebelum sampai ke mana-mana sekatan itu
adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama
tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau kedua-duanya, dan mana-mana Pegawai Polis boleh tanpa waran
menangkap orang tersebut melainkan ia memberi nama dan alamatnya dan
selainnya memuaskan Pegawai Polis itu bahawa ia akan memenuhi apa-apa
saman atau prosoding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

(3)
Tiada seorangpun Pegawai Polis boleh bertanggungjawab terhadap apaapa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berlaku ke atas mana-mana
orang atau apa-apa harta berbangkit daripada langkah-langkah diambil olehnya
yang tersebut dalam sub-seskyen (1).
- Pemansuhan Sek 27 Nota:
Kesemua peruntukkan undang-undang dibawah Sek. 27 Akta Polis 1967
telah dimansuhkan oleh Parlimen.

Kuasa Untuk Mengawalselia Permainan Muzik Di tempat-Tempat Awam


28.
Mana-mana KPD atau seorang Pegawai Kanan Polis dalam daerah itu boleh,
dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, mengawal selia setakat manakah alatalat muzik boleh dimainkan di tempat-tempat awam dalam Daerah Polis Itu.

TERHAD

Kuasa Untuk Membuat Kaedah-Kaedah dan Perintah Bagi Mengawal Lalulintas


29.

(1)
Seseorang PJP atau KP dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua
Menteri Negeri tersebut, mengikut mana yang berkenaan, membuat kaedahkaedah bagi:
(a)

Menjaga ketenteraman dan mencegah halangan atau kesulitan di jalan


awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat dan feri dan di tempattempat awam dan di tempat kunjungan awam (sama ada tempat-tempat
itu di atas tanah Kerajaan atau selainnya).

(b)

Melarang digunakan jalan awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat


dan feri yang tertentu sama ada dengan mutlak atau bersyarat.

(2)
Seseorang PJP atau KP boleh membuat perintah menetapkan jalan-jalan
yang dikehendaki dilalui oleh kenderaan bagi maksud menurunkan atau
mengambil naik orang-orang hingga dan apabila meninggalkan mana-mana
tempat mendarat, feri atau tempat perhimpunan atau tempat kunjungan awam,
dan tempat-tempat dimana dan tertib bagaimana kenderaan itu dikehendaki
menunggu bagi maksud yang tersebut dahulu;
Dengan syarat bahawa tiada sesuatu perintah yang menghendaki kenderaan
diletakkan di atas tanah kepunyaan pihak persendirian dibawah sub-seksyen ini
boleh dibuat kecuali dengan keizinan pemunya atau penduduk tanah itu.
(3)
Maka bolehlah dikenakan bagi pelanggaran apa-apa kaedah atau
perintah yang tersebut dahulu suatu penalti tidak lebih daripada dua ratus ringgit.

Kuasa Untuk Membuat Perintah bagi Mengawal Penunjukkan Bendera, dsb.


30.

(1)
Seorang PJP atau KP dengan perintah secara amnya atau berkenaan
dengan waktu-waktu atau tempat-tempat tertentu atau dalam hala keadaan
tertentu, melarang di negeri itu:
(a)

Dikibarkan, dipamerkan atau ditunjukkan apa-apa bendera, panji-panji,


lambang atau pelekat atau lambang lain;

(b)

Digunakan apa-apa pembesar suara, penguat suara atau apa-apa


perkakas lain, dengan cara yang mungkin membangkitkan kekacauan
keamanan, dan mana-mana Pegawai Polis boleh membuang apa-apa
bendera, panji-panji, lambang, pelekat atau lain-lain alatcara atau mana-

TERHAD

mana pembesar suara, penguat suara atau mana-mana perkakas lain


yang dikibarkan, dipamerkan, ditunjukkan atau digunakan dengan
melanggar perintah tersebut atau dalam hal keadaan yang mungkin
membangkitkan kekacauan keamanan.
(2)
Seseorang yang melanggar perintah yang dibuat di bawah sub-seksyen
(1) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Kuasa Untuk Membuat Perintah-Perintah Bagi Menghendaki Orang-Orang Berada


Dalam Rumah
31.

(1)
Seseorang PJP atau KP boleh, jika difikirkannya perlu untuk kepentingan
keselamatan Persekutuan atau keselamatan mana-mana bahagiannya atau
untuk kepentingan ketenteraman awam, dengan perintah menghendaki tertakluk
kepada syarat-syarat atau pengecualiannya itu yang difikirkannya bermanfaat,
tiap-tiap orang dalam kawasan bidang kuasanya yang ditetapkan dalam perintah
itu supaya berada dalam rumah diantara waktu-waktu yang ditetapkan
didalamnnya, dan PJP atau KP hendaklah dengan apa-apa cara yang
difikirkannya patut membawa atau menyebabkan dibawa ke pengetahuan semua
orang yang mungkin terlibat dengannya akan kandungan perintah itu.
(2)
Seseorang yang berada di luar rumah dalam waktu-waktu yang
dinyatakan dalam perintah itu adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta
ini melainkan orang itu memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu daripada:
(a)

PJP atau KP yang tersebut dahulu;

(b)

Seseorang Pegawai Polis berpangkat tidak kurang dari Sub Inspektor


yang secara langsung di bawah perintah PJP atau KP yang tersebut
dahulu atau;

(c)

Seorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh PJP atau
KP yang tersebut dahulu untuk mengeluarkan permit-permit bertulis
tersebut.

(3)

Tiada apa-apa perintah di bawah sub-seksyen (1) terpakai kepada:

(a)

Yang Di Pertuan Agong, Raja, Yang Di Pertua Negeri;

(b)

Mana-mana Pegawai Polis atau mana-mana anggota Angkatan Laut,


Tentera atau Udara yang ditubuhkan atau berkhidmat dalam Persekutuan
apabila bertugas; dan

(c)

Mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah


itu sebagai orang yang dikecualikan daripada perintah itu.
TERHAD

(4)
Tiada apa-apa perintah yang dibuat di bawah peruntukkan sub-seksyen
(1) boleh berkuatkuasa berterusan lebih daripada dua puluh empat jam dari
masa ianya dibuat;
Dengan syarat bahawa Menteri pada atau sebelum tamat tempoh perintah itu,
boleh mengarahkan supaya perintah itu hendaklah berkuatkuasa seterusnya
bagi apa-apa tempoh lanjutan tidak lebih daripada empat belas hari
sebagaimana dinyatakan olehnya dan apabila dibuat apa-apa arahan
sedemikian, perintah itu hendaklah berkuatkuasa seterusnya bagi tempoh
lanjutan itu.
(5)
Sub-seksyen (1) berhubungan dengan memberi notis kandungan
perintah yang dibuat di bawah subseksyen tersebut adalah terpakai bagi arahan
Menteri yang dibuat dibawah sub-seksyen (4).

Pegawai Polis Boleh Menangkap Tanpa waran Bagi Kesalahan-Kesalahan di


Bawah Sek. 31(2)
91.
Seseorang Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang
yang melanggar atau yang disyaki dengan munasabah telah melakukan mana-mana
kesalahan di bawah peruntukkan seksyen 31(2).

Lampiran D Kepada Bab 1


AKTA 207
AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN, LETUPAN DAN
SENJATA BERBAHAYA 1958

Definisi
Benda yang membakari maknanya apa-apa jua air dan api yang dinyatakan di
jadualkan dalam undang-undang ini termasuk segala benda-benda yang boleh
melukakan tubuh badan manusia, jika dibubuh di atasnya, kerana kuasa membakarinya.

TERHAD

Benda yang meletup termasuklah apa-apa jua benda yang boleh dijadikan manamana benda yang meletup dan apa-apa bom tangan, perkakas, jentera,alatan ataupun
perkakas yang digunakan atai bercita-cita hendak digunakan atau boleh dipersesuaikan
bagi menyebabkan ataupun menolong menyebabkan apa-apa letupan dalam atau
dengan apa-apa juga benda meletup dan apa-apa bahagian bom, bom tangan,
perkakas-perkakas, jentera atau apa-apa juga alatan itu.
Senjata Salah" termasuk apa-apa juga perkakas yang jika digunakan sebagai senjata
membuat kesalahan boleh mendatangkan luka.
Senjata yang dijadual maknanya ialah mana-mana juga senjata yang merbahaya yang
dinyatakan dalam jadual yang kedua.
Memiliki Apa-Apa Benda Yang Membakari Atau Benda Yang Meletup Dengan
Tujuan Mendatangkan Luka.
3.
Sesiapa juga orang membawa atau di dalam miliknya ataupun di dalam
jagaannya apa-apa benda yang membakari atau benda meletup di dalam keadaan yang
boleh menimbulkan syak wasangka yang munasabah yang dia berhajat menggunakan
atau membolehkan lain orang menggunakan benda-benda itu dengan tujuan
mendatangkan luka adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan itu, maka ia
bolehlah dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun, dan dirotan.
Menggunakan Benda Yang Membakari Atau Yang Meletup Atau Senjata Salah
4.
Sesiapa juga orang dengan salah dan niat jahat menggunakan atau cuba
menggyunakan apa-apa benda yang membakari atau senjata salah dengan tujuan
melukakan atau menyebabkan atau cuba menyebabkan dengan apa-apa benda yang
meletup suatu letupan secorak yang harus mendatangkan luka akan, sama ada
sebarang luka sebenarnya berlaku stau tiada, melakukan sesuatu kesalahan, dan jika
sabit kesalahannya, maka bolehlah ia dihukum penjara tidak lebih dari tujuh tahun, dan
juga rotan.
Bersubahat Dengan Orang Yang Membawa benda-Benda Yang Meletup Atau
benda-Benda Yang Membakari
5.
Sesiapa juga bersubahat dengan, atau dijumpai bersama-sama dengan orang
lain yang membawa atau ada di dalam miliknya atau di dalam jagaannya apa-apa juga
benda yang membakari atau yang meletup dengan berlawanan dengan seksyen 3 di
dalam keadaan yang boleh memberi syak wasangka yang munasabah bahawa ia
mengetahui yang orang itu ada membawa atau di dalam miliknya atau di dalam
jagaannya benda-benda yang tersebut itu, kecuali jika ia boleh memberi keterangan
yang ia ada mempunyai keterangan yang munasabah untuk mempercayai yang orang
itu membawa atau memilikinya atau ada di dalam jagaanya apa-apa juga benda yang
tersebut dengan tujuan yang sah mengikut undang-undang, dia adalah melakukan suatu

TERHAD

kesalahan dan akan dihukumkan sama juga sebagai orang yang lain itu yang mana dia
telah bersubahat atau didapati bersama-sama dengannya.

Membawa Senjata Salah Di Tempat Bebas


6.

(1)
Sesiapa juga orang di jalan raya atau tempat bebas yang mmembawa
atau ada di dalam miliknya atau di dalam jagaannya apa-apa juga senjata
dikecualikan ia ada mempunyai kebenaran mengikut undang-undang atau
digunakan mengikut undang-undang akan dikirakan salah membuat sesuatu
kesalahan dan jika sabit kesalahannya akan dihukum penjara selama tidak lebih
daripada 2 tahun dan rotan
(2)
Di dalam apa-apa pendakwaan di atas satu-satu kesalahan bersangkut
dengan seksyen kecil (1) maka beban membuktikan yang senjata itu digunakan
dengan mengikut undang-undang adalah tertanggung di atas orang yang kena
tuduh.
(3)
Sesuatu senjata adalah dipersangkakan dibawa dengan kebenaran
mengikut undang-undang jika dibawa oleh:
(a)

Seseorang ahli Pasukan Bersenjata persekutuan atau pasukan tempatan


atau pasukan Polis ataupun lain-lain pasukan luar negeri yang melawat
(dengan kebenaran mengikut undang-undang) Persekutuan di bawah
kehendak mana-mana juga undang-undang yang bersangkut paut
dengan pasukan yang melawat, atau mana-mana juga orang yang
menjalankan pekerjaan apa-apa Kerajaan atau Pegawai tempatan di
Persekutuan dan di dalam pada itu dibawa dalam atau bersangkut-paut
dengan pelaksanaan pekerjaannya, sebagai seorang ahli atau orangorang itu, atau

(b)

Oleh sebarang orang sebagai sebahagian pakaian rasmi atau istiadat


bagi apa-apa istiadat rasmi atau upacara yang beristiadat.
(4)
Sesuatu kesal;ahan di bawah seksyen kecil (1) akan dikirakan kesalahan
yang lazim ditangkap dan kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Senjata-Senjata Yang Dijadualkan
7.

(1)

Mana-mana juga orang, selain daripada dengan tujuan yang sah:

(a)

Membawa ataupun memiliki atau menjagai, atau

(b)

Membuat, menjual atau menyewa


atau
menunjukkannya untuk dijual atau disewa, atau

TERHAD

menawarkan

atau

(c)

Meminjam atau memberi kepada siapa-siapa orang lain

Mana-mana juga senjata yang dijadualkan akan menjadi salah, dan jika sabit
kesalahannya ia akan dipenjara selama tidak lebih daripada 2 tahun, atau dengan
didenda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, iaitu dengan
dipenjara dan didenda, dan pada kesalahan kali yang kedua ataupun terkemudiannya
akan dipenjara selama tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada 3 tahun.
(2)
Dalam mana-mana juga pendakwaan kesalahan di bawah seksyen kecil
(1) maka beban membuktikan satu-satu tujuan yang sah disisi undang-undang
tertanggunglah pada orang yang dituduh itu sendiri.
(3)
Satu-satu kesalahan di bawah seksyen kecil (1) adalah dikirakan
kesalahan yang lazim ditangkap dan tiada boleh dijamin.

Bersubahat Dengan Orang Yang membawa Senjata Salah Di Tempat Bebas


8.

(1)
Sesiapa juga yang bersubahat dengan, atau dijumpai bersama-sama
dengan lain orang yang ,membawa atau ada di dalam miliknya atau di dalam
jagaannya apa-apa jua senjata salah dengan berlawanan dengan seksyen 6, di
dalam keadaan yang boleh member syak wasangka yang munasabah yang dia
mengetahui yang orang lain itu ada membawa atauada di dalam miliknya atau
dalam jagaannya benda-benda yang tersebut itu, kecuali jika dia boleh member
keterangan yang munasabah untuk mempercayai yang orang itu membawa atau
memiliknya atau ada di dalam jagaannya apa-apa juga benda yang tersebut
dengan tujuan yang sah mengikut undang-undang adalah melakukan suatu
kesalahan akan dihukumkan sama juga sebagai orang-orang yang lain itu yang
mana dia telah bersubahat atau didapati bersama-sama dengannya.
(2)
Sesuatu kesalahan yang berlawan dengan seksyen ini akan dikirakan
menjadi kesalahan yang lazim ditangkap dan tiada boleh dijamin.

Kuasa-Kuasa Memeriksa dan Merampas


9.

(1)
Seseorang Pegawai Polis bolehlah dengan tiada berwaran dan dengan
ataupun dengan tiada pertolongan, memberhenti dan memeriksa sesiapa juga
orang atau kereta yang dijumpai di mana-mana juga jalan raya, tempat bebas
jika dia ada mempunyai keterangan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa sebarang keterangan tentang berlakunya suatu kesalahan di bawah
undang-undang ini boleh dijumpai pada orang atau di kereta itu, dan bolehlah
melucutkan daripada orang itu dan dirampasnya apa-apa juga senjata salah,
benda-benda atau perkakas ataupun apa-apa timbunannya yang boleh
digunakan untuk mendatangkan luka jika dia ad mempunyai sebab-sebab untuk

TERHAD

mempercayai bahawa itu bertujuan digunakan atau harus digunakan bagi


melakukan suatu kesalahan di bawah undang-undang ini.
(2)
Sesiapa juga Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor atau ke atas
bolehlah dengan tiada berwaran, dan dengan atau tiada apa-apa pertolongan:
(a)

Menahan dan memeriksa siapa-siapa juga orang atau kereta, sama ada
di jalan raya atau tempat bebas atau tidak,

(b)

Memasuki dan memeriksa apa-apa juga bangunan-bangunan

(c)

Menaiki dan memeriksa apa-apa juga kapal, kereta atau kapal terbang
yang bukan atau bertaraf kapal, kereta atau kapal terbang Angkatan Laut,
Darat ataupun Udara.

Jika ia ada mempunyai keterangan untuk mempercayai bahawa sebarang


keterangan tentang berlakunya atau persediaan untuk melakukan sesuatu
kesalahan di bawah undang-undang ini mungkin boleh didapati di atas orang
atau bangunan atau apa-apa juga kapal, kereta atau kapal terbang itu dan
bolehlah merampas apa-apa juga barang-barang atau perkakas-perkakas atau
timbunannya yang boleh digunakan untuk mendatangkan luka jika dia ada
keterangan yang munasabah untuk mempercayai bahawa itu bertujuan
digunakan atau harus dugunakan bagi mendatangkan luka, dan ada apa-apa
keterangan yang dijumpai itu dan apa-apa kapal, kereta-kereta atau kapal
terbang di mana benda-benda,perkakas-perkakas atau keterangan itu telah
dijumpai.
(3)
Di bawah seksyen ini seseorang perempuan tidak boleh diperiksa
melainkan oleh seseorang perempuan.

Persangkaan
11.

(1)
Jika mana-mana juga benda-benda yang membakari atau benda-benda
yang meletup dijumpai di dalam atau di mana-mana juga bangunan, maka
penduduk bangunan itu bolehlah dikirakan sebagai miliki benda-benda tersebut,
atau yang tiada mengetahui atau berpeluang mengetahui yang benda-benda itu
ada di dalam atau di atas bangunan itu dan bahawa dia telah mengambil
perhatian yang munasabah untuk menentukan yang benda-benda itu tidak
disimpan di dalam atau di atas bangunan itu.

TERHAD

(2)
Di dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen 3 atau 5 sebarang
benda adalah dipersangkakan sehingga dinafikannya, bertujuan digunakan
mendatangkan luka jika:
(a)

Banyaknya benda-benda itu yang dijumpai melebihi banyaknya yang


berpatutan dia menyimpan untuk kegunaan yang biasa dan kegunaan di
dalam rumah atau bangunannya dan sekiranya orang itu berniaga,
melebihi banyaknya yang biasa disimpan untuk perniagaan, atau

(b)

Apa-apa benda itu disembunyikan atau disimpan pada tempat selain dari
tempat yang pada biasanya untuk menyimpan itu bagi kegunaan di
rumah atau sekiranya seseorang ahli perniagaan bagi perniagaanya: atau

(c)

Apa-apa benda itu disimpan pada bekas yang lain dari jenisnya di mana
benda- benda itu biasanya disimpan untuk kegunaan di rumah atau bagi
kegunaan ahli-ahli perniagaan untuk diperniagakan.

JADUAL YANG KEDUA


(seksyen 2 dan 11)
1.
Mana-mana juga pisau yang kadang-kadangnya dikenali sebagai pisau
sepering yang matanya terbuka dengan automatic apabila ditekan dengan tangan
apabila sesuatu butang, sepering atau lain-lain alat yang terlekat pada hulunya.
2.
Mana-mana juga pisau yang kadang-kadangnya dikenali sebagai pisau gravity
yang matanya dibuka daripada hulu atau sarungnya dengan tenaga gravity atau dengan

TERHAD

menggunakan tenaga yang mengarah dari pusat (centrifugal force) apabila terbuka,
ianya dikunci dengan jalan butang, sepering atau liver, atau lain-lain lagi.
3.
Mana-mana juga rantai yang dibuat daripada rantai basikal atau motosikal atau
rantai-rantai yang seumpama itu.
4.

Semua jenis takpi.

5.
Mana-mana senjata atau lain-lain perkakas yang dipasang pada sebahagian pun
basikal, saluran atau tongkat besi, dan tersembunyi di dalamnya yang boleh digunakan
untuk memotong atau menikam.
6.
Sebarang pisau yang menyerupai satu alat yang mempunyai tiga mata tajam dan
satu hulu yang tajam, kadang-kadang dikenali sebagai bearing-scrapper.
7.
Sebarang kapak kecil yang biasa digunakan sebagai senjata dan biasanya
dikenali sebagai kapak kecil.
8.
Mana-mana pedang, keris, parang atau lain-lain di mana pada mana-mana
bahagian senjata tersebut terdapat tulisan, ukiran, cacatan yang memaparkan ayat-ayat,
perkataan atau orang yang terkenal berhubung dengan mana-mana kepercayaan atau
keugamaan.
9.
Mana-mana pedang atau parang yang pada lazimnya digunakan sebagai senjata
dan bukan sebagai alat-alat untuk pertanian atau perkakas rumah atau perkakas
perkebunan.
10.

Mana-mana lembing atau tombak.

11.

Apa-apa busur silang.

TERHAD

Você também pode gostar