Você está na página 1de 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TEMBAGA

06300 KUALA NERANG , KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT UNIT PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


KALI PERTAMA TAHUN 2106
TARIKH: 28 JANUARI 2016
MASA : 1:30
TEMPAT : PUSAT SUMBER

AGENDA MESYUARAT
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT
2.0 UCAPAN GURU BESAR SKBT
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.0 PENGISIAN PBS OFFLINE TAHUN 2015
5.0 PELAKSANAAN DAN PENGISISAN PAJSK DAN PSIKOMETRIK
6.0 PEMANTAUAN PBS
7.0 PENERAPAN KBAT/ HOTS DALAM PENGAJARAN
8.0 HAL-HAL LAIN.

KEHADIRAN GURU

1. EN MOHD AZHAR BIN AHMAD


2. EN ZOLKEPLI BIN ISMAIL

- GURU BESAR SKBT


- PENOLONG KANAN

PENTADBIRAN
3. EN NOR AZMAN BIN ISHAK
- PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
4. PN SITI YUHANIS BINTI AHMAD
- PENYELARAS
5. PN SITI NOOR ADWA BINTI MAHMUD
- SETIAUSAHA
6. PN HARYATI BT MOHD TAHARIM
7. PN HAMIDAH BT MOHD NOOR
8. PN RUZAIHAN BT ABDUL RAZAK
9. PN SYAMIMI BT MD KHAMIS
10.
PN NUR ZAIBUN BT MD YAZID
11.
PN ASMA BT BAHAROM
12.
PN SARINAH BT AKOB
13.
PN NOOR AZURA BT AHMAD
14.
PN MAHANI BT ABDULLAH
15.
PN ROS IDAYU BT ABAS
16.
PN NORHAYATI BT HARUN
17.
PN OMMI KALSOM BT HASSAN
18.
PN OLI OSMIMI BT OTHMAN
19.
PN ZULWAHIDA BT ABDULLAH
20.
PN KHATIFAH BT HUSSAIN
21.
PN INTAN FATIMAH BT MAD TAIB
22.
PN NORAISHAH BT ABD RAHMAN
23.
PN CHE RAHMAH BT RAMLI
24.
PN MAZAIDA ABD. MANAN
25.
PN NURUL ASYIKIN BT AHMAD

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri mesyuarat PBS kali pertama bagi tahun 2015.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat kali ini adalah
untuk berbincang tentang sejauh mana pelaksanaan PBS di peringkat

sekolah sehingga kini, mengambil tindakan keatas peringatan daripada pihak


atasan dalam melaksanakan maklum balas pengisian offline dan membuat
pemantauan bagi mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS
dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelaksanaan adalah
untuk melancarkan program dan melengkapkan maklum balas ke dalam
portal ditetapkan.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap guru perlu melengkapkan
pengisian offline tersebut dan mengigati semula subjek diajar pada tahun
2014 dan 2015 dan memudahkan SU mengumpulkan bahan.
Tindakan : Makluman
2.0 UCAPAN GURU BESAR SKBT
Perjalanan diteruskan dengan mensyuarat dan agenda seterusnya bagi
mempercepatkan waktu mesyuarat kerana guru besar mempunyai urusan di
tempat lain.
Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Guru-guru diingatkan untuk melengkapkan borang diedarkan dan
menyerahkan semula borang tersebut sebelum 3hb untuk diisi ke dalam
portal.
3.2 setiap guru perlu menyerahkan pengisian offline yang dibuat ke dalam
fail yang disediakan di dalam bilik guru sebelum cuti Tahun Baru Cina untuk
setiap matapelajaran.
3.3 Guru-guru bersetuju hanya untuk mengeluarkan keputusan secara
keseluruhan sahaja berbanding membuat salinan murid secara individu
kerana akan menelan kos yang tinggi penggunaan kertas dan akan
melibatkan penggunaan ruang yang agak banyak menyimpan rekod mereka.

Tindakan : SU dan semua guru.


4.0 PENGISIAN PBS OFFLINE TAHUN 2015
4.1 Setiap guru memaklumkan matapelajaran yang telah diajar pada tahun
2014 dan 2015 , dan memaklumkan seandainya pengisian offline telah
dilengkapkan kepada setiausaha PBS untuk tujuan perekodan.
4. 2 Setiap guru perlu membuat simpanan bahan pentaksiran atau bahan
penilaian dalam rekod masing-masing sebagai bukti membuat pentaksiran
terhadap murid kerana sistem fail peribadi murid sudah dihapuskan.
4.3 Mengingatkan guru mengisi dengan lengkap setiap bahagian dalam PBS
masing-masing bagi melancarkan perjalanan program.
4.5 Terdapat guru yang mencadangkan supaya satu contoh perisian diambil
daripada sekolah lain untuk membuat keputusan individu pentaksiran
dijadikan seperti slip peperiksaan dengan menyatakan semua pencapaian
subjek dalam satu slip keputusan sahaja untuk diedarkan kepada murid dan
ibubapa.
Tindakan : Semua guru.
5.0 PELAKSANAAN DAN PENGISIAN PAJSK DAN PSIKOMETRIK
5.1 Guru yang terlibat dalam mengisi PAJSK dan PSikometrik diingatkan
untuk melengkapkan rekod tersebut dan mengeluarkan satu salinan untuk
tujuan perekodan.
5.2 Guru juga diingatkan untuk meneruskan perekodan pengisian markah
dan ujian ini pada setiap tahun.
Tindakan : guru pentaksiran PAJSK
6.0 PEMANTAUAN PBS

6.1 Surat peringatan mengenai pengisian markah PBS secara offline telah
sampai ke sekolah dan mengingatkan sekolah melakukan tindakan
selanjutnya.
6.2 Pemberitahuan bahawa pemantauan terhadap PBS juga telah dibuat
namun tiada satu tarikh pasti yang dinyatakan dan mungkin akan berlaku
dalam lingkungan April atau pada awal tahun ini. Semua guru diminta
bersedia menghadapi pemantauan dengan mewujudkan bahan yang lengkap
dan telah dikemaskini.
Tindakan : Semua guru Pentaksiran
7.0 PENERAPAN KBAT/ HOTS DALAM PENGAJARAN
7.1 Semua guru diingatkan untuk melakukan penambahan dalam setiap
pengajaran yang dilaksanakan dengan menambahkan soalan atau aktiviti
melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau High Thinking Skills. Aktiviti
yang dijalankan pula perlu direkodkan dalam penulisan RPH masing- masing.
Tindakan : Semua guru.
8.0 HAL-HAL LAIN.
8.1 Mengingatkan guru-guru untuk membuat Headcount yang terkini untuk
semua subjek dengan meletakkan tahap pencapaian baru yang telah
dipastikan seperti berikut:
80 - 100
65 - 79
50 - 64
40 - 49
0 - 39

A
B
C
D
E

8.2 Guru yang sudah mendapat dan belum mendapat APC perlu mencatat
dan memaklumkan pihak pentadiran tarikh mereka memperolehi anugerah

tersebut bagi menghargai semua guru yang berkerja keras menjalankan


tugasan masing-masing supaya tiada yang keciciran daripada memperolehi
anugerah tersebut.
8.3 Harapan PK sekolah agar tiada lagi berlaku perubahan terhadap jumlah
guru di sekolah kerana hal ini akan menganggu proses melakukan tugas dan
jadual individu setiap guru.
8.4 Setiap guru akan cuba disemak semula kemampuan mengajar subjek
lain agar kemahiran guru dapat dimaksimumkan dan melengkapkan
kekosongan dan kepadatan jadual guru dalam panitia yang kekurangan guru.
Tindakan : Semua guru.
9.0 Ucapan Penangguhan.
Mesyuarat PBS kali pertama tahun 2016 ditangguhkan pada jam 3
petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........

.....................................

(Siti Noor Adwa Mahmud)

(EN MOHD AZHAR BIN

AHMAD)
Setiausaha PBS

Guru Besar SKBT

Você também pode gostar