Você está na página 1de 21

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

Sinopsis
Penghargaan
Pengenalan
Sejarah Perkembangan Ekonomi Sebelum Merdeka
Perkembangan Ekonomi Selepas Merdeka
Langkah-langkah Kerajaan Memperkasa Ekonomi
6.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun
6.2 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
6.3 Dasar Penswastaan
6.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
6.5 Dasar Wawasan Negara (DWN)
6.6 Model Ekonomi Baru (MEB)
7.0 Penutup
8.0 Rujukan
9.0 Lampiran

1.0 SINOPSIS

2.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana kumpulan kami telah
berjaya menyiapkan laporan dinamika yang bertajuk Langkah-langkah Kerajaan Malaysia
untuk Memperkasakan Ekonomi Masyarakat di Malaysia pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada
4 Disember 2013. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan:
Pertama, Puan Hamidah bt, Abdul Rahman iaitu pensyarah Dinamika kami yang sentiasa
ceria melemparkan senyuman manis yang ikhlas kepada pelajar-pelajar supaya lebih semangat
dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan laporan Dinamika ini pada tarikh yang telah
ditetapkan. Selain itu Puan Hamidah juga telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan panduan
kepada kami agar dapat menyiapkan laporan Dinamika ini tanpa sebarang masalah. Malah, Puan
Hamidah juga telah memberi masa kepada kami selama hampir satu semester untuk mencari
maklumat-maklumat penting untuk dimasukkan dalam laporan agar kemas dan padat dengan isiisi penting.
Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada ibu bapa kami semua kerana
telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada kami untuk menyiapkan laporan ini.
Malah, ibu bapa kami juga memberi idea-idea untuk ditambahkan dalam laporan dinamika ini
agar laporan ini lebih mantap dan padat dengan isi-isi penting.
Akhir kata, penghargaan ini diberikan kepada semua rakan kami yang terlibat dalam
menyiapkan laporan ini kerana telah bekerja keras siang dan malam dalam mencari maklumat
untuk dimuatkan dalam laporan ini.

3.0 PENGENALAN
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh
British. Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak merdeka seiring dengan
perubahan struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada perindustrian.

Strategi yang

diambil ialah melaksanakan dasar penggantian import dengan menggunakan sumber-sumber


tempatan sebagai input dalam kegiatan perindustrian tapi tidak menggalakkan. Akibatnya, dasar
tersebut diganti dengan dasar yang berorentasikan eksport mulai tahun 1970-an yang sebahagian
besarnya bergantung kepada pelaburan asing untuk menyediakan modal, kepakaran peluang
pekerjaan dan kesampaian barangan ke pasaran antarabangsa. Perubahan ini mempengaruhi
pertumbuhan pesat sektor pembuatan sehingga menjadi penyumbang utama kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1980-an dengan mengambil alih sektor pertanian.
Pertumbuhan sektor perindustrian berlaku seiring proses perbandaran yang membantu
membekalkan tenaga buruh. Proses perbandaran yang pesat menggalakkan penghijraan tenaga
buruh dari luar bandar ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor
pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan berlaku serentak dengan kemunculan sektor
perindustrian sebagai sektor utama. Pembangunan ekonomi dalam konteks masyarakat majmuk
di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan
dan pembangunan negara ini sendiri.

4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI SEBELUM MERDEKA


Penjajahan British merubah lanskap ekonomi Tanah Melayu dari pertanian sara diri
kepada ekonomi komersil. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing yang
dibawa masuk British untuk sektor ekonomi yang sedang berkembang. Perkembangan ekonomi
dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu.
Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untuk
menjajah dan membuka lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh dibawa masuk dari China
dan India untuk bekerja di sektor berkenaan. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan
serta kemudahan bekalan air dan eletrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku. Penjajah
British membiarkan orang Melayu kekal dalam kegiatan Pertanian. Penjajah British lebih
mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi dapat bergerak dengan cekap dan teratur
Dasar Pecah dan Perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan
diri dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar. Justeru, kaum bukan
Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi moden. Dasar Pecah dan
Perintah juga menyebabkan orang Melayu terpisah dari ekonomi moden dan kekal menjalankan
ekonomi tradisional. Dasar British ini melahirkan satu masyarakat majmuk dan kepelbagaian
budaya. Namun, dasar British ini tidak membantu Melayu untuk menghadapi perubahan atau
menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi moden sebaliknya meneruskan kegiatan ekonomi
secara tradisional. Kegiatan ekonomi moden seperti perdagangan, perlombongan dan
perladangan lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu. Akibatnya, jurang
kemiskinan dalam kalangan rakyat semakin meluas. Pola perbezaan ekonomi mengikut kaum ini
menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum Melayu dengan kaum bukan
Melayu. Hal ini akan mewujudkan kelembapan ekonomi pertanian dan memberi kesan kepada
perkembangan peluang-peluang pekerjaan iaitu peluang pekerjaan gagal diwujudkan. Dasar yang
diperkenalkan ini menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang
bersatupadu.

5.0 PERKEMBANGAN EKONOMI SELEPAS MERDEKA


Selepas merdeka, kerajaan menekankan pembangunan negara di kawasan luar bandar.
Kerajaan mengambil langkah dengan mempelbagai asas ekonomi seperti kelapa sawit, koko,
lada hitam dan kayu balak. Kerajaan juga memberi tumpuan kepada eksport barang pembuatan,
tekstil, makanan yang diproses dan keluaran hasil getah. Pada peringkat awal, pembangunan
ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan
industri gantian-import. Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada
pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri
berorientasikan eksport.
Perubahan yang dilakukan selepas tahun 1970-an bertujuan mengubah struktur
sosioekonomi yang diwarisi dari zaman penjajahan dengan melaksanakan dasar-dasar dan
langkah-langkah yang lebih bersifat radikal untuk mencapai perpaduan kaum demi mewujudkan
sebuah masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi
di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8%-9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an. Ukuran
pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi
juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah
baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Menjelang 2000an,
Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.
Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.
Integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti
Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Modal Ekonomi Baru dan lainlain.

6.0 LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN MEMPERKASA EKONOMI


6.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan pembangunan lima tahun ini dilaksanakan sejak 1950 bagi memperbaiki
kedudukan ekonomi yang terjejas akibat perang dunia kedua. Rancangan lima tahun ini
merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas
Perang Dunia Kedua. Ia bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956
hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga
1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar
kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun
1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan
untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Rancangan Lima Tahun Malaya yang Pertama (1956-1960)


Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas
mencapai kemerdekaan. Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar
terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan. Dua
matlamat utama ialah membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang
perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar serta mengurangkan kadar
kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas
dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar menekankan matlamat mengurangkan
jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di
luar bandar, menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan
perumahan untuk penduduk di luar Bandar, dan mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan
menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.

Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970)


Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh
yang meliputi semua bidang ekonomi. Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan
kebergantungan kepada getah dan bijih timah, mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha
untuk mengurangkan penggangguran, meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam
rakyat berpendapatan rendah serta mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri
di Malaysia.
Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak
seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei
1969. Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB.
Usaha-usaha membasmi kemiskinan adalah dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kaum dan wilayah, meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan
kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar di samping memperbaiki
taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan
infrastruktur serta mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)
RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali rancangan pembangunan
wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara. Tujuan utama diberikan kepada
penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian
utama dalam pembangunan ekonomi.

Rancangan Malaysia Keempat (1981 1985)


Rancangan Malaysia Keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai
sosioekonomi DEB. Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan
kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat
berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja
yang mahir.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui
penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan
menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta. Usaha
mempercepatkan pembangunan perusahaan diperkenalkan dengan cara meningkatkan peranan
sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan serta mempergiat
perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad.
Rancangan Malaysia Keenam (1991 1995)
Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan
kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif
yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional. Strategi yang digariskan untuk mencapai
matlamat RMK ke 6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara,
mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia
ada sektor swasta, melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber
manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang
produktif. Selain itu ialah mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undangundang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara, menggalakkan pertumbuhan sektor
swasta dan pelaburan asing, menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan
menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk
memenuhi keperluan pasaran di negara maju, dan mengukuhkan perkembangan pasaran
kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 2000)


Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan
struktur dan pembangunan seimbang. Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk
dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
Menekankan unsur kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang
masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara. RMK 8 merupakan rancangan
pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Rancangan Malaysia Kelapan
menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar
Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi
negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama. Dasar Wawasan Negara
menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan
Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional dan
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Rancangan
ini menggariskan beberapa cabaran seperti mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi
negara dan meningkatkan kegiatan inovasi, meningkatkan daya pengeluaran dan tahap
pengetahuan dalam ekonomi, membangunkan sumber manusia serta memperhebat langkah
pembasmian kemiskinan.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang
berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. RMK10 menggariskan lima
teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Lima teras tersebut ialah eningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara, meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama, menangani
ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti
hidup, mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

6.2 Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat
tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah
digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya
membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang
pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga dapat mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan
ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan
melalui Rancangan Malaysia Kedua. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang
seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka
DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta
dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang
Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga
orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain
walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu
program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga
tahun 1990.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga
miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan
tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan
awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,
keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program
bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak

serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk
membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan
bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun
1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan
telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua
dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga

buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;


Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan

memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.


Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika

dibandingkan dengan kaum-kaum lain;


Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan
Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

6.3 Dasar Penswastaan


Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun
1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah
menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan
adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang
menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, penswastaan
melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti mengurangkan
bebanan kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan
pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara, pembahagian sumber serta kecekapan, dan
mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan memberi lebih
banyak peluang kepada pihak swasta, kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak penyertaan
syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi
kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di
wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara.
Di samping itu, pihak kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai
pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.

6.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000
telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu
lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP
1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi
Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu
yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang
menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic
engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah
diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah
membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari
segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang
merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan
pengagihan yang saksama;
(ii)

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari
pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan
bandar dan luar bandar;
(v)

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang
positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan
produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan
industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat;
(vii)

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan


dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi
dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
(viii)

Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka
panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa
peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan,
terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

6.5 Dasar Wawasan Negara (DWN)


Dasar Wawasan Negara (DWN) telah dilancarkan pada 3 April 2001 di Dewan Rakyat
oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Matlamat utama DWN ialah
membina negara yang berdaya tahan dengan mengekalkan usaha membasmi kemiskinan dan
membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi. DWN menggabungkan
teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi
strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan
hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas
dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang
dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani
cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut
acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan
berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan
dan kestabilan sosial.
Strategi utama yang akan dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi menangani cabaran
yang dihadapi oleh negara adalah seperti berikut:

Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar kewangan
yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan

pengetahuan;
Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi memastikan
penyertaan yang seimbang di kalangan kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta

wilayah;
Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran

dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan p&p dan sains dan teknologi (s&t);
Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan
sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai
ditambah yang lebih tinggi;

Memperluaskan penggunaan ict dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan

proses pertumbuhan;
Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang

mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi;
Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber

asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan;


Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan sosial

serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan;


Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni di
kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.

Ekonomi makro yang stabil adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi
mampan dengan berdaya tahan. Usaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi makro, termasuk
meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap, memastikan dasar kewangan dan fiskal
yang berhemat, menggalakkan pelaburan yang berkualiti dari dalam dan luar negara,
meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan dan mengekalkan
kedudukan imbangan pembayaran yang sihat.

6.6 Model Ekonomi Baru (MEB)


Model Ekonomi Baru (NEM) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010. Ia terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 bermula pada 30 Mac
2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Secara
formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain. Model
Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat
membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih
masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku. Generasi muda terpaksa menerima
liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global. Ia menjadi dasar supaya
Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada
peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. Sektor ekonomi tempatan tidak
cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar (external). Malaysia sangat
bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Oleh itu Malaysia terpaksa membuka sektorsektor ekonomi tertentu.
Amirsham A. Aziz menegaskan MEB tidak akan mempunyai kuota pemilikan
berdasarkan kaum. Semua kuota pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan
digantikan langkah-langkah meningkatkan keupayaan untuk semua. Dasar ekonomi sekarang
lazimnya mensasarkan ekuiti, pekerjaan dan sebagainya. Sasaran MEB ialah golongan bawahan
40 peratus kumpulan berpendapatan rendah. Berhubung penyertaan Bumiputera, MEB akan
meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang
pelaksanaannya. Pendekatan yang terbaik akan dikaji bagi menyokong bidang ekonomi utama
yang disasarkan dalam MEB. Teras utama MEB ialah tidak ada kuota pemilikan. Namun kapasiti
perniagaan bumiputera akan disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih
baik.Contohnya pembiayaan dan akses kepada internet

7.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi yang dirancang dan dijalankan oleh kerajaan
sejak merdeka telah membawa hasil yang sangat positif. Pihak kerajaan berusaha menangani
permasalahan ekonomi yang tidak seimbang kesan daripada dasar ekonomi penjajah. Ekonomi
yang dahulunya semata-mata berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang
beroreintasikan industri, eksport, teknologi maklumat dan K-Ekonomi. Kadar pertumbuhan
ekonomi dan kualiti hidup rakyat mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan
pembangunan ekonomi Malaysia. Di samping itu, pembangunan ekonomi Malaysia juga
mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. Secara umum, kemiskinan tanpa
mengira golongan etnik sudah dapat diatasi walaupun belum tercapai sepenuhnya. Manakala
penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik menjadi
seimbang turut mencatatkan hasil yang membangggakan. Proses urbanisasi yang berlangsung
secara seiring dengan proses pembangunan ekonomi telah menyebabkan proses perpaduan antara
kaum dapat diperkukuhkan. Sesungguhnya pembangunan ekonomi mempunyai kaitan yang rapat
dengan kesejahteraan sosial dan kestabilan politik.

8.0 RUJUKAN
1. Hamidah Abdul Rahman, (2008). Hubungan Etnik Di Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn. Bhd.
2. Wan Hashim Wan Teh, (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia, Kuala Lumpur: Attin Press
Sdn. Bhd.
3. Rais Saniman, (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian
Ekonomi Orang Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Yusof Ismail, (1996). Dasar-dasar Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit A. S
Noordeen.
5. Laman web Portal 1Klik: pmr.penerangan.gov.my

9.0 LAMPIRAN

Você também pode gostar