Você está na página 1de 14

Analisis Data Mengenai kaji selidik berkenaan Pembelajaran tentang

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Objektif
1. Untuk mengetahui jenis teknologi dan cara penggunaan teknologi ICT dalam
kehidupan seharian mahasiswa
2. Untuk mengenal pasti tahap keberkesanan dalam kegunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran
3. Untuk mencari kekerapan penggunaan ict dan teknologi dalam kehidupan
mahasiswa
4. Untuk mengetahui kebaikan dan keburukan kegunaan ICT pada pihak
mahasiswa

Kaedah
Soal selidik ini dibuat melalui Google Forms dan telah diedarkan melalui kumpulan whatsapp.
Di dalam kaji selidik ini kami telah menggunakan pelbagai bentuk soalan bagi menarik minat
responden. Bentuk -bentuk soalan yang direka ialah pelbagai pilihan jawapan, pilihan jawapan
berdasarkan skala dan pilhan jawapan yang boleh ditanda lebih daripada satu.

Dapatan Kajian
Soal selidik mendapat responden sebanyak 70 orang yang terdiri daripada warga UKM. Berikut
merupakan ringkasan hasil kajian :

BAHAGIAN A : MAKLUMAT RESPONDEN

1. Jantina/Gender

Rajah diatas menunjukkan jumlah jantina reponden lelaki dan perempuan. Berdasarkan graf
dan chart di atas menunjukkan bahawa perempuan(49 orang) lebih ramai menjawab soalan
kajian selidik ini berbanding lelaki( 21 orang ).
2. Umur/Age

Rajah di atas menunjukkan jumlah reponden berdasarkan umur. Seramai 60% responden terdiri
daripada golongan berusia 19 tahun berbanding 20 tahun (27.1%) dan 21 tahun keatas
(12.9%).
Kaji selidik ini tidak mendapat responden yang berusia 18 tahun ke bawah.

3. Kaum/Race

Rajah di atas menunjukkan jumlah responden berdasarkan keturunan masing-masing. Kaum


melayu merupakan golongan responden teramai dalam menjawab soalan kaji selidik ini iaitu
sebanyak 75.7% berbanding cina (21.4%) dan lain-lain (1.4%). Golongan lain-lain ini terdiri
kaum iban dan india muslim.
4. Tahun/Year

Rajah di atas menunjukkan jumlah responden berdasarkan tahun pengajian semasa masingmasing.Tahun 1 merupakan golongan responden teramai dalam menjawab soalan kaji selidik ini
iaitu sebanyak 87.1% berbanding tahun 2 (7.1%) , tahun 3 (2.9%), Master/PHD(2.9%). Tiada
siapa daripada golongan tahun 4 yang menjawab kaji selidik ini.

BAHAGIAN B :JENIS DAN CARA MENGAPLIKASI TEKNOLOGI

Berdasarkan rajah di atas, pelajar UKM lebih kerap menggunakan teknologi jenis telefon pintar
(90%) berbanding komputer/komputer riba (7.1%), tablet (1.4%) dan lain-lain (1.4%).
Pengunaan lain-lain teknologi itu adalah seperti gps, kalkulator dan sebagainya yang berbentuk
komputer.

Berdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai
kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%) berbanding penggunaan microsoft
excel (62.9%), microsoft powerpoint (88.6%), emel (78.6%), melayari internet (90%) dan lainlain (8.6%). Menguasai perkara lain-lain termasuk menggunakan adobe photoshop dan
sebagainya.

Mengikut kepada hasil gambar rajah di atas, ini menunjukkan bahawa pelajar lebih kerap dan
sentiasa menggunakan ICT (41.4%) berbandingkan penggunaan kadang-kadang (37.1%) dan
penggunaan ICT secara jarang (21.4%).

Berdasarkan graf bar di atas menunjukkan bahawa pelajar UKM lebih kerap menggunakan ICT
pada waktu malam (94.3%) berbanding pada waktu pagi (50%) dan waktu petang (57.1%). Ini
mungkin kerana pelajar UKM mempunyai masa terluang hanya pada waktu malam sahaja.

Berdasarkan pada rajah di atas, pelajar UKM lebih kerap menggunakan teknologi ke arah
sosial (47.1%) berbanding penggunaan teknologi ke arah hiburan (24.3%), pelajaran (24.3%)
dan lain-lain (4.3%). Lain-lain itu bermaksud pelajar UKM mengunakan teknologi kearah
pelajaran, sosial dan hiburan.

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan bahwa terdapat segelintir bilangan pelajar UKM yang
tidak mampu perkara di atas (4.3%). Manakala kebanyakkan mereka boleh log masuk ke dalam
jaringan internet (82.9%).Selain itu, terdapat pelajar yang boleh menggunakan memory card
(58.6%), memasang aplikasi baru (71.4%), memasang printer (70%) ,menyelesaikan masalah
teknikal (24.3%), menambahkan pasangan peranti (32.9%) dan membuat informasi mengenai
jaringan (17.1%).

BAHAGIAN C : KEKERAPAN PENGGUNAAN ICT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Berdasarkan rajah di atas, ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang hanya kadang-kadang
sahaja menggunakan ICT untuk mencari maklumat berkenaan kursus yang diambil (50%)
berbanding penggunaan ICT selalu (30%) dan penggunaan ICT secara jarang (20%).

Berdasarkan rajah di atas, ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang selalu menggunakan
ICT untuk mencari maklumat (58.6%) berbanding penggunaan ICT secara kadang -kadang
(37.1%) dan penggunaan ICT secara jarang (4.3%).

Berdasarkan gambar rajah di atas , pelajar jarang menggunakan ICT dalam melakukan
pembelajaran dengan bantuan Video conferrencing (47.1%) berbanding penggunaan ICT
selalu (12.9%), penggunaan ICT secara kadan-kadang (15.7%) dan tidak pernah langsung
(24.3%).

Berdasarkan graf dan soalan di atas, ramai yang bersetuju bahawa aplikasi komputer banyak
membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan (47.1%) berbanding mereka yang mengatakan
hanya kadang-kadang (41.4%) dan jarang (11.4%) sahaja ICT membantu dalam menyiapkan
tugasan.

Berdasarkan pada gambar rajah, ini menunjukkan bahawa ramai yang menggunakan ICT
secara kadang-kadang dalam perbincangan(45.7%) berbanding penggunaan ICT selalu dalam
perbincangan (18.6%), penggunaan ICT secara jarang alam perbincangan (30%) dan tidak
pernah menggunakan ICT dalam perbincangan (5.7%).

Berdasarkan pada rajah di atas, ramai yang menggunakan grafik atau animasi dalam
perbentangan kumpulan secara kadang-kadang (38.6%) berbanding penggunaan secara kerap
(15.7%), penggunaan secara jarang (32.9%) dan tidak pernah menggunakannya (12.9%).

BAHAGIAN D : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT

Berdasarkan rajah diatas menunjukkan bahawa ramai yang mengetahui mengenai kebaikan
dan keburukan ICT(88.6%) berbanding mereka yang tidak mengetahui kebaikan dan keburukan
ICT (11.4%)

Rajah di atas menujukkan graf bagi hasil untuk soalan 14 , soalan 15 , soalan 16 dan soalan 17.
Bagi soalan 14, ramai yang menyokong pernyataan In education, ICT can motivated students
as well as facilitating completion of work and the communications between teachers and
students sebanyak (67 orang) berbanding yang tidak menyokong (3 orang). Bagi soalan 15
pula, ramai yang menyokong In file sharing,groups of users can access the same programs,
applications and even hardware such as printers and faxes using networking and wireless
technology.sebanyak (65 orang) berbanding yang tidak menyokong (5 orang). Bagi soalan 16
pula, ramai yang menyokong In vulnerability, networks are open to abuse in the form of
hacking. Viruses spread on a network and it is open to things like email spams and
phishing.sebanyak (56 orang) berbanding yang tidak menyokong (14 orang).Bagi soalan 17
pula, ramai yang menyokong Because of over dependence on information technology, it will
makes students less active and innovative. sebanyak (53 orang) berbanding yang tidak
menyokong (17 orang).
BAHAGIAN E : KEBERKESANAN ICT

Berdasarkan carta pai di atas, ini menunjukkan bahawa ramai poelajar UKM yang
menggunakan kaedah Blending learning dan Distant learning secara serentak (51.4%)
berbanding mengunakan kaedah Blending learning sahaja (32.9%) dan menggunakan kaedah
Distant learning sahaja (15.7%).

Berdasarkan carta pai di atas, ramai yang bersetuju sahaja bahawa ICT mampu meningkatkan
keberkesanan dan kualiti pembelajaran (50%) berbanding mereka yang neutral (27.1%) dan
mereka yang benar-benar bersetuju (22.9%)

Berdasarkan rajah di atas, ramai yang menghendaki bahawa UKM perlu menambah lebih
banyak banyak ICT (78.6%) berbanding mereka yang tidak menghendaki (21.4%)

KESIMPULAN
Kebanyakan pelajar UKM menggunakan ICT ke arah pembelajaran yang lebih efektif dan
efisien.
Maka, ini menunjukkan objektif bagi kaji selidik ini sudah tercapai iaitu :
1. Pelajar UKM mengetahui jenis teknologi dan cara penggunaan teknologi ICT
dalam kehidupan seharian mahasiswa
2. Pelajar UKM mengenal pasti tahap keberkesanan dalam kegunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran
3. Pelajar UKM mencari kekerapan penggunaan ict dan teknologi dalam kehidupan
mahasiswa
4. Pelajar UKM mengetahui kebaikan dan keburukan kegunaan ICT pada pihak
mahasiswa

Você também pode gostar