Você está na página 1de 4

ANAEMIA

Pengenalan
Sebab - sebab anaemia
Tanda dan gejala
Komplikasi
Rawatan
Pencegahan

Pengenalan
Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang
matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan
berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang
dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud
haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin
yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk
perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

[Atas]

Sebab-sebab anaemia
1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
o Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya
atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml
biasanya memerlukan gentian darah.
o Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang
berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh :

Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan
erythropoietin.
Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan
penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras
penyerapan zat besi.
Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat
besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
o Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
o Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
o Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
o Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan
o

Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.


Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
o
o

Anemia disebabkan kekurangan zat besi.


Talasemia

[Atas]

Tanda-tanda dan gejala


Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.
Gejala-gejala termasuk:

Keletihan setiap masa


Pening

Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal

Kulit pucat

Kadar denyutan jantung yang cepat

Kurang daya ingatan

Kurang berat badan

[Atas]

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :

Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan
pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

[Atas]

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau
tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.

Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan


khusus perlu dilakukan.

Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan
seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.
Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk
membantu penyerapan zat besi.

Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan

Makanan

Saiz Hidangan

Zat Besi
(mg)

Hati, Ayam

2 keping,105g

12.8

Peha ayam

1 ketul kecil,125g

1.0

1 keping,268g

5.9

Daging lembu tanpa lemak

Hati, Lembu

1 keping,283g

11.1

Tuna

1 ketul,73g

1.1

Kerang

10 Biji,86g

2.0

paru

Cawan,2g

7.7

cawan

1.8

Tauhu

1 keping,107g

3.4

Kacang

1 cawan,154g

4.5

Bayam

1 cawan dicincang,64g

2.4

Kismis

39g, cawan

1.4

Roti

1 keping,25g

0.8

Nasi

128g

0.3

Oats di proses

Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical
Research, 1997.
[Atas]

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan.
[Atas]
___________________________________________________________________
Semakan terakhir : 25 Januari 2006

Você também pode gostar