Você está na página 1de 3

perjanjian rumah sewa

Assalamualaikum, Disini saya ingin menceritakan mengapa perjanjian


penyewaan adalah sangat penting & bagaimana ia dilakukan dengan ringkasnya
Cara Lama
Buat perjanjian penyewaan. Beli Stamp Hasil COP Matikan di pesuruh jaya
sumpah.
Cara Sebenar
Buat perjanjian penyewaan. Pergi ke LHDN dan minta mereka daftarkan
perjanjian. Selepas itu mereka akan keluarkan Sijil Setem & Notis Taksiran sewa.
Maka barulah hasil pendapatan sewa akan dikira dalam pengiraan DSR. Kerana
sejak tahun 2014 syarat hartanah semakin diketatkan dan kerajaan semakin
serius membendung kegiatan manipulasi gaji untuk pembelian hartanah.
Selepas selesai anda akan mempunyai notis Adjustifikasi & No Sijil Setem yang
membuktikan penyewaan secara sah dilakukan.
CONTOH SEBENAR CARA MENDUTIKAN SETEM,
Saya tahu ramai otai hartanah yang mengatakan suruh ke commisioner of oath
jer untuk matikan setem. Saya pasti pendapatan dia kurang dari 100k dan tidak
pernah diaudit oleh LHDN. Jadi saya nasihatkan untuk pergi lebih jauh sila ke
LHDN untuk kepastian. Ia juga memudahkan anda untuk mendapatkan loan
untuk pembelian rumah seterusnya. Di bawah adalah salah satu contoh hartanah
saya .

download perjanjian

PENGIRAAN DUTI STAMP pENYEWAAN

Harga Duti Setem = (Sewa setahun - RM2400) / 250 x A


A=1 (Bagi 1 tahun sewa)
A=2 (Bagi 2 tahun sewa)
A=3 (Bagi 3 tahun sewa)
Contoh : sewa RM1,000, 1 Tahun sewa
RM1,000 x 12bln = RM12,000 - RM2400
RM9,600 / 250 = RM38.40, katakan RM39
RM39 x 1( Bagi 1 tahun sewa)
Jadi, Duti setem yg dikenakan keatas perjanjian sewa Original adalah RM38. Bagi
setiap copy perjanjian sewa seterusnya adalah RM10.
# RM2400 tu pengecualian yg diberi..
# Sekiranya sewaan tahunan kurang dari rm2400 maka kadar nominal stamping
adalah RM10.
1. annual rental below rm2400, nominal rate for stamping is rm10 for original n
rm10 for opy
2. Bagi annual rental yang melebihi RM2,400, duti setem adalah RM1 untuk
setiap RM250 (perjanjian sewa 1 tahun)
3. Untuk agreement selama 2-3 tahun, duti setem yang dikenakan adalah RM2
untuk setiap RM250.
4. Manakala untuk agreement melebihi 4 tahun, RM4 dikenakan untuk setiap
RM250.
- kiraan ini adalah sebagai anggaran / budget yg perlu disediakan. perlu ke
pejabat LHDN utk stamping sbb perlu isi 2 borang
MAKLUMAT LANJUT RUJUK LHDN.

Você também pode gostar