Você está na página 1de 38

AS A S - A S AS PERANCANGA N

PERANCANGAN STRATEG IK SEKOLAH RENDAH

T U E S D A Y, N O V E M B E R 2 2 , 2 0 0 5

Perancangan Stretegik
ASAS-ASAS PERANCANGAN STRATEGIK
1. Kekuatan

1. Sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan


program-program yang melibatkan bilangan murid yang ramai.
2. 95% tenaga pengajar sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah.
Kesemua dari kalangan mereka merupakan generasi pendidik yang bermotivasi
tinggi dan berusia diawal 40an.
3. Hampir 100% pelajar sekolah ini tinggal dikawasan perumahan bertaraf
sederhana yang ada disekeliling kawasan sekolah.
4. Kebanyakan ibubapa penjaga murid sekolah ini mempunyai latar belakang
pendidikan yang sederhana dan tahap sosio-ekonomi yang baik.
2. Kelemahan
2.1 Pentadbir dan Tenaga Pengajar sekolah ini mempunyai kurang pengalaman dari
aspek pengajaran dan pembelajaran kerana ramai dikalangan mereka baru menceburi
dunia pendidikan.
2.2 Murid-murid sekolah ini kurang mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek
pembelajaran, seperti kurang memahami Bahasa Inggeris.
3. Peluang
3.1 Tahap pencapaian akademik sekolah ini, InsyaAllah boleh dipertingkatkan dari
masa ke semasa, sekiranya ada program yang terancang dan bersistematik.
3.2 Pihak Pentadbiran dengan kerjasama yang erat dan padu dari tenaga pengajar
mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang, berdasarkan pencapaian sedia ada
pelajar-pelajar ini tidaklah terlalu kritikal.

4. Halangan
4.1 Tenaga Pengajar yang kurang, mengikut keperluan opsyen. Pentadbiran tidak
mampu menyusun agihan tugas mengajar sepertimana yang diperlukan.
4.2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar, yang boleh mengganggu penumpuan
atau penyertaan pelajar dalam aktiviti atau program-program sekolah.
4.3 Faktor kewangan, dimana sekolah terpaksa membelanjakan separuh daripada
peruntukan LPBT bagi menampung bayaran bil-bil letrik dan air yang tinggi,
disebabkan kepincangan sistem pendawaian letrik.
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan.
Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi
akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah
mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.
DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut : Opsyen pengkh-ususan mereka.
Pengetahuan dan kepakaran.
Pengalaman bertugas.
1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut : Mata pelajaran opsyen
Dua mata pelajaran elektif
1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan
mempertingkatkan tahap : Kelayakan akademik dan ikhtisas
Pengetahuan
Pengalaman
Kemahiran
1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses
pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan : Minat pelajar
Pencapaian pelajar

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui : Idea-idea individu
Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.
DASAR 2 : PENEMPATAN PELAJAR
2.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di
sekolah.
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
2.2 Semua pelajar Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi
seimbang dari aspek : Jantina
Bangsa dan agama
2.3 Semua pelajar Tahun Dua hingga Tahun Lima akan ditempatkan ke kelas seperti
berikut : Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan
kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya.
Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai
tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan
perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.
2.4 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke
kelas mengikut criteria : Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. ( Ke
arah Pencapaian Kualiti )
Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah
Pencapaian Kuantiti )
Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan
untuk membantu pencapaian kuantiti )
2.5 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke
kelas berdasarkan kriteria berikut : Pencapaian akademiknya
Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas
DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

3.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru
berdasarkan kriteria berikut :

Kepakaran yang dimiliki setiap guru

Keperluan strategi sekolah

Pengalaman mengajar setiap guru

Minat atau permintaan seseorang guru

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


DASAR 3 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR
4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini,
meliputi perkara berikut :

Butiran Peribadi

Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan Pengajaran Harian

Senarai Buku Rujukan

Senarai Nama Pelajar

Maklumat Aktiviti Penilaian

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut :

Hendaklah ditaip.

Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran /


Catatan ).

Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan

Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga bulan Januari.

Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.

Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan April. Diserahkan
kepada Guru Besa untuk pengesahan.

4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut
kriteria :

Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran

Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan


aktiviti

Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran

4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :

Pada setiap hari Jumaat

Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari

Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku
rekodnya

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


DASAR 5 : LATIHAN MURID
5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang
boleh diperolehi dari :

Kedai Koperasi Sekolah

Dibalut dengan pembalut plastik

Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran

Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap
mata pelajaran utama berikut :

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Agama Islam / Moral

5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis :

Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris )


Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam )

Arahan Latihan

5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-

Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku


Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar

Kepelbagaian bentuk dan format latihan

Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan

Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata

pelajaran utama

Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


DASAR 5 : LATIHAN MURID
5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis
panduan berikut :

Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera

Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah

Diberikan komen yang membina

Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan

Diperiksa dengan teliti

Dicatitkan tarikh pemeriksaan

Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk
pengesahan Guru Besar atau Guru Kanan

5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-

Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar


Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja

DASAR 6 : PENILAIAN
6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti
berikut :

Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )

Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )

Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos


Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober

Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka


bagi setiap mata pelajaran utama

Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan
prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah


berikut :

Pemerhatian

Penghasilan Kerja Buku Latihan

DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori
berikut :

Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam

Bagi setiap mata pelajaran utama

Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar

Diwujudkan fail bagi setiap kelas

7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia
Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut : Matlamat dan Objektif
Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
Analisis Pencapaian
Post Mortem dan Penambahbaikan
DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN
8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap
kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.
8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik
secara keseluruhan bagi setiap aliran.
8.3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang
mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.
8.4 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan
peningkatan prestasi yang memberangsangkan.
8.5 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar yang mencapai
pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan.
8.6 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang pelajar yang aktif
dalam aktiviti persatuan dan beruniform.

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN
8.7 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang pelajar atau
pasukan yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat negeri atau kebangsaan ).
8.8 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang pelajar yang
mempunyai kriteria berikut :1. Disiplin yang tinggi
2. Berbudi bahasa
3. Rajin ke sekolah
4. Berketrampilan sebagai pemimpin
8.9 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi
keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( UPSR ).
8.10 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:1. Semua Penerima Anugerah
2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
5. Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang

8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM
Pengurusan Kurikulum Sekolah Kebangsaan ................. telahpun menggariskan
beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat berikut

adalah :-

1. Penguasaan Kemahiran Asas dalam semua mata pelajran diakhir persekolahan


Tahap Satu.
2. Pelajar berkebolehan menggunakan kemahiran belajar yang didedahkan bagi
memenuhi keperluan pencarian ilmu.
3. Menguasai seberapa banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris diakhir
Tahap Satu.
4. Menguasai sifir dengan baik diakhir Pembelajaran Tahap Satu.
5. Menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan bermula dari tahun
empat bagi semua mata pelajaran utama ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains ).
6. Mencatatkan keputusan dalam peperiksaan awam ( UPSR ) seperti berikut :-

o 80% Lulus Keseluruhan ( Semua Mata pelajaran ) pada setiap tahun.


o 20% Bilangan pelajar yang mendapat 5A setiap tahun.

7. Tiada murid yang bermasalah Buta 3M diakhir Tahun 3.


8. Semua murid lulus Penilaian Asas Fardhu Ain ( PAFA ) dan Penilaian
Kerja Amali.
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
KURIKULUM
1. Pengurusan Tenaga Pengajar

1. Memilih guru-guru yang benar-benar sesuai bagi mengajar sesuatu


kelas atau mata pelajaran.
2. Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kaedah atau

pendekatan dalam proses P&P mereka.


3. Memberikan peluang kepada guru-guru mendalami atau
mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan melalui kursuskursus, bengkel-bengkel atau penyertaan dalam seminar-seminar.
4. Mengadakan kursus dalam setiap kali balik atau selesai menghadiri
sebarang kursus.
5. Meminimakan bilangan mata pelajaran yang mereka ajar.
6. Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada
semua guru.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


STRATEGIK KURIKULUM
2. Pengurusan Pelajar

7. Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 40 orang dalam


sesuatu kelas.
8. Pelajar dalam kelas Tahap Satu adalah seimbang dari segi tahap
pencapaian akademik.
9. Pelajar dalam kelas Tahap Dua adalah berdasarkan pencapaian
semasa mereka bagi lima mata pelajaran utama mengikut hirarki
berikut :-

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Bahasa Melayu Penulisan


Bahasa Melayu Pemahaman

Pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan ke dalam kelas Cemerlang, Lulus


dan Potensi Lulus setiap kali selepas diadakan penilaian pada MAC, MEI
dan OGOS. Jadual Kedatangan tidak diubah.
3. Sistem Penilaian
3.1 Sekolah melaksanakan penilaian secara formal sebanyak 4 kali setahun
iaitu seperti jadual berikut :3.1.1 Penilaian Satu ( MAC ) Menentukan TOV dan Sasaran
3.1.2 Pertengahan Tahun ( MEI ) . Melihat pencapaian pelajar
3.1.3 Penilaian Dua ( OGOS ) .. Melihat pencapaian pelajar
3.1.4 Akhir Tahun ( OKTOBER ) Pencapaian pelajar sebenar
bertujuan penganugerahan
3.2 Mewujudkan unsur-unsur penilaian berterusan dan daya saing yang
sihat dikalangan pelajar melalui kaedah :3.2.1 10% markah dari penilaian satu dicampurkan 90% markah dari
pertengahan tahun bagi tujuan Pelaporan Pertengahan Tahun.
3.2.2 10% markah dari penilaian dua dicampurkan 90% markah dari
penilaian akhir tahun bagi tujuan Pelaporan Akhir Tahun.
3.3 Guru-guru dipertanggungjawab sepenuhnya bagi menggubal soalansoakan bagi setiap peringkat penilaian dengan peranan penting dimainkan
oleh setiap Panitia yang terlibat.
3.4 Analisa Keputusan Penuh perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata
pelajaran.
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
KURIKULUM
4. Pengurusan Pelajar
4.1 Memastikan guru melaksanakan proses P&P secara maksimum.
4.2 Memastikan proses P&P tetap berjalan walaupun ketiadaa guru,
dengan cara melaksanakan jadual guru ganti.
4.3 Proses P&P tidak diganggu dengan mesyuarat-mesyuarat.

4.4 Menggalakkan guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam


melaksanakan proses P&P.
4.5 Menggalakkan guru menetapkan kuantiti latihan yang diberikan
kepada murid bagi setiap mata pelajaran utama.
4.6 Menyediakan rancangan pengajaran tahunan mengikut peringkat
penguasaan murid.
4.7 Melaksanakan Konsep Pembelajaran Masteri dan Minimum Adequate
Slybus.
5. Melaksanakan Pelbagai Program Berterusan
5.1 Melaksanakan Program Pemantauan Head Count bagi kelas tahun 4, 5
dan 6.
5.2 Melaksanakan program Walking Dictionary bagi membolehkan
murid menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
5.3 Melaksanakan Program HELP bagi pengajaran Pendidikan Jasmani,
Muzik dan Pendidikan Seni. Program ini melibatkan arahan-arahan yang
mudah dalam P&P dituturkan dalam Bahasa Inggeris oleh guru.
5.4 Melaksanakan Program Pembelajaran Berbantukan Pusat Sumber
Sekolah.
5.5 Melaksanakan Program Talking Board semasa proses P&P dikelas
bagi kebanyakan mata pelajara.
5.6 Melaksanakan Program Kelas Bimbingan bagi membimbing murid
yang lambat menguasai kemahiran, diluar jadul waktu.
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
KURIKULUM
6. Menambah Kemudahan Fizikal Dan Peralatan Pembelajaran
6.1 Berusaha mewujudkan bilik-bilik pembelajaran khas untuk Bahasa
Inggeris ( SAL ) dan Bilik Matematik.
6.2 Menambah bahan-bahan pengajaran & pembelajaran melalui
perancangan dan maklumat dari Panitia Mata Pelajaran.

6.3 Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran bukan formal melalui


Program Keceriaan Sekolah seperti :6.3.1 Lukisan Mural
6.3.2 Pelabelan Peralatan Dan Sudut-Sudut
6.3.3 Penulisan Kata-kata Hikmat di kelas atau sudut-sudut tertentu.
7. Program Penetapan Sasaran Pencapaian
7.1 Konsep
Semua pelajar yang belajar di sekolah ini telah ditetapkan sasaran tertentu
untuk mereka capai bagi semua mata pelajaran utama untuk semua aliran
dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.
7.2 Matlamat
Supaya semua pelahar berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap
yang ditetapkan.
Sebagai satu Sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan harapan
guru sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan
proses P&P.
Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebik baik
dimasa-masa akan datang.
Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau penjaga supaya
lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran
anak-anak mereka.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK


KURIKULUM
8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Kurikulum
Bulan
1
2
3
4

5
6
7
8
9
10
11
12
PERSEDIAAN
Agihan Tugas Mengajar
Pembinaan Jadual Waktu
Persediaan Rancangan Mengajar
MESYUARAT
J/Kuasa Kurikulum Sekolah
J/Kuasa Pusat Sumber
J/Kuasa Kecemerlangan UPSR
J/Kuasa Program Akademik
J/Kuasa Penilaian & Peperiksaan
J/Kuasa Jadual Waktu
Panitia Mata Pelajaran
J/Kuasa ICT
PELAKSANAAN /
PEMANTAUAN PROGRAM
Pelaksanaan Proses P&P
Penyediaan Head Count
Pemeriksaan Buku Latihan
Penilaian & Peperiksaan

Pencerapan Proses P&P


PELAKSANAAN PROGRAM SOKONGAN AKADEMIK
Minggu Bahasa Melayu
Minggu Bahasa Inggeris
Minggu Sains & Teknologi
Minggu Matematik
Minggu PSS
Kelas Tambahan
Kelas Bimbingan
PROGRAM KEMAJUAN STAF
(BENGKEL & KURSUS )
Pemeriksaan Kertas BI
Pemeriksaan Kertas BM
Pemeriksaan Kertas M3
Bengkel Pembinaan JPU
Orientasi Perubahan Sukatan
X
Kursus Kemahiran ICT
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
KURIKULUM
10. Pemantapan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Panitia Mata Pelajaran merupakan elemen penting dalam pengurusan

kurikulum yang berkesan.Oleh itu peranan panitia mata pelajaran perlu


digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti-aktiviti atau
perancangan berikut :10.1 Mengadakan mesyuarat secara berkala. Sama ada secara formal atau
tidak formal.
10.2 Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan kepada aktiviti
pemantapan keilmuan guru-guru.
10.3 Menyelaraskan aktiviti-aktiviti utama dan program-program
berterusan yang dirancang.
10.4 Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes-kes yang dialami.
10.5 Mengesyorkan apa-apa program baru yang perlu dilaksanakan untuk
peningkatan minat dan kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran.
11. Penghargaan
Memberikan penghargaan kepada murid merupakan satu aspek motivasi
yang berkesan dalam usaha memupuk semangat murid-murid. Oleh itu
pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan oleh guru atau sekolah.
Diantaranya adalah :11.1 Penghargaan berbentuk kata-kata perangsang ditulis dalam buku
latihan murid.
11.2 Pemberian barang-barang kepada murid yang menunjukkan
peningkatan prestasi boleh dilaksanakan oleh guru-guru.
11.3 Penghargaan berbentuk keistimewaan tertentu diberikan kepada
murid yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran
mereka.
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru dan kakitangan disekolah ini adalah merupakan ibubapa
kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua
bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama,
bertimbang rasa dan kasih sayang.
DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum, tanpa
sekatan.
2.2 Setiap pelajar disekolah ini akan didaftarkan ke dalam buku rekod
pendaftaran.
2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi
akademik.
2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku Peraturan Sekolah
pada setiap masa.
2.5 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari Pendaftaran Sekolah.
DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR
3.1 Pelajar yang sering atau selalu melanggar Peraturan Sekolah akan
dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin
akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan Nasihat dan Bimbingan
dalam menangani permasalahan disiplin.
3.4 Ibubapa atau penjaga, pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
diperlukan menulis surat kepada Guru Kelas.
DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR
4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang
mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi
persekolahan.
4.2 Semua pelajar akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful.
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR


5.1 Sekolah akan mempastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik
melalui program-program yang dirancang seperti : Pemeriksaan Gigi dan Mata
Pemeriksaan Kesihatan Sekolah
Program RMT
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Ceramah dan kempen
5.2 Kebenaran diberikan kepada penjaga untuk membawa pelajar-pelajar
yang sakit mendapatkan rawatan di hospital.
5.3 Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan
dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan. Penjaga akan dihubungi.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa
menghubungi penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang
kronik.
5.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya akan
sering dilaksanakan.
5.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah kesihatan.
DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR
6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba
dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk diperingkat
sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada
mana-mana individu, kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk
bantuan kepada pelajar di sekolah ini.
6.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak
dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap
individu pelajar di sekolah ini.
6.4 Pihak sekolah akan cuba membantu pelajar-pelajar yang cemerlang
untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat belajar yang
lebih sempurna.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


DAN SAHSIAH PELAJAR
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada
bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan
komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal
Ehwal Murid dan Sahsiah Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Jana telah
menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai.
Matlamat-matlamat tersebut adalah :1. Mempastikan pelajar di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi
yang lengkap dan kemaskini.
2. Mempastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi Peraturan
Sekolah.
3. Mempastikan pelajar sekolah ini mengamalkan Budaya Hidup Sihat.
4. Mempastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan
seimbang dari guru-guru.
5. Mempastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatankegiatan yang tidak bermoral seperti berikut :5.1 Ponteng Sekolah
5.2 Merokok
5.3 Terlibat Dalam Pergaduhan
5.4 Kelakuan Lucah
5.5 Kurang Ajar atau Biadap
5.6 Merosakkan Harta Awam
6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan
pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murid melalui pelbagai aktiviti yang
dirancangkan oleh sekolah.
8. Mempastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri,
keluarga dan harta sekolah.
9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan
menaikkan nama sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR
1. Sistem Pendaftaran Pelajar
1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran Pelajar secara
serentak dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.
1.2 Hari Pendaftaran Pelajar dijalankan 2 atau 3 hari sebelum sesi
persekolahan sebenar.
1.3 Para pelajar diminta membawa Borang Maklumat Murid dan Borang
Maklumat Penjaga semasa hadir ke Hari Pendaftaran pelajar.
1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran Pelajar adalah
seperti berikut :1.4.1 Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan Borang Maklumat Murid
dan Borang Maklumat Penjaga.
1.4.2 Pembayaran Yuran Persekolahan.
1.4.3 Pengagihan Buku Teks.
1.4.4 Taklimat Sistem Pentadbiran Sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.5 Menggunakan Jadual Kedatangan Sementara sehinga akhir Januari.
1.6 Memasukkan data murid ke dalam Buku Rekod Pendaftaran Sekolah
sebelum akhir bulan Februari.
2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
2.1 Semua pelajar perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.
2.2 Membuat pelantikan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid
tahun 3 hingga tahun 6.
2.3 Bilangan Pengawas Sekolah adalah 8% daripada bilangan keseluruhan
pelajar pada tahun semasa.
2.4 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :2.4.1 Pencalonan dari guru kelas
2.4.2 Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah
2.4.3 Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab
2.4.4 Tempoh Percubaan sepanjang bulan Januari

2.4.5 Majlis Watikah Pelantikan


2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering
melanggar peraturan.
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR
3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan
3.1 Mempastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan menepati
sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti berikut :3.1.1 Bilangan murid yang terlibat
3.1.2 Pemilihan murid yang tepat
3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat
3.2 Mempastikan pelajar menggunakan sepenuhnya WAKTU REHAT
secara berfaedah seperti berikut :3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera
3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan
3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya
3.2.4 Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari Pusat Sumber
3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :3.3.1 Pemeriksaan Mata
3.3.2 Pemeriksaan Gigi
3.3.3 Pemeriksaan Kuku dan Rambut
3.3.4 Pemeriksaan Kesihatan oleh Unit Kesihatan Sekolah
3.4 Mempastikan pengurusan kantin dan persekitaran sekolah sentiasa
bersih.
3.4.1 Pekerja kantin mendapatkan suntikan dari Jabatan Kesihatan
3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti
3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan
3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
3.5.2 Gotong-royong
3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan
bila menjumpainya.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-guru


4.1 Guru perlu sentiasa memberikan layanan yang adil kepada semua
pelajar dalam sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK bukan
MENGHUKUM.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR
5. Mewujudkan Sesi Kaunseling dan Motivasi
5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak
akan sentiasa diberikan kaunseling melalui aktiviti berikut :5.1.1 Perjumpaan khas dengan Guru Kaunseling
5.1.2 Lawatan khas Guru Kaunseling ke rumah.
6. Pelaksanaan Modul-Modul Dalam Program SEKOLAH SELAMAT
6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan
seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan
perkara-perkara berikut :6.2.1 Keselamatan Jalanraya
6.2.2 Keselamatan Dalam Negeri ( Kes Jenayah Juvana )
6.2.3 Keselamatan
7. Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar
7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti :7.1.1 Menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna
7.1.2 Menyertai Pertandingan Kokurikulum Akademik
7.1.3 Menyertai Rombongan atau Lawatan Belajar
7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana
menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :7.2.1 Pembacaan di Pusat Sumber

7.2.2 Menghadiri Kelas Tambahan dan Tuisyen


7.2.3 Program bersama keluarga
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
KURIKULUM
8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid
Bulan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
PERSEDIAAN
Agihan Tugas
X

X
Senarai Murid ke Kelas
X

X
Pendaftaran Pelajar
X

Edaran Borang SPBT

X
Pemilihan Pengawas
Pemilihan Peserta RMT
X
Perancangan Program Transisi
X
Pemilihan Murid Layak SPBT

MESYUARAT
J/Kuasa Induk HEM
X
J/Kuasa Disiplin
X
J/Kuasa Pendaftaran
X
X
J/Kuasa RMT & Kantin

J/Kuasa Kebajikan
J/Kuasa Keselamatan

J/Kuasa Bimbingan
X

X
X

J/Kuasa SPBT
X

X
J/Kuasa Kesihatan
X

J/Kuasa Motivasi
X

J/Kuasa Aktiviti Luar


X
X

J/Kuasa Kebersihan
X

PELAKSANAAN /
PEMANTAUAN PROGRAM
Pelaksanaan RMT

Kawad Keselamatan

Pemeriksaan Mata
Pemeriksaan Gigi
Pemeriksaan Kuku & Rambut

Pemeriksaan Kesihatan
Pengisian Buku Daftar
Rekod Murid
X
X
X
Pendaftaran Tahun 1
Program Motivasi Murid

Pertandingan Kebersihan Kelas


Ceramah Keselamatan dan Kesihatan

Kempen Anti Dadah

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM


DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum
dikenali dengan gelaran Guru Penasihat.
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap
bidang berikut : Persatuan
Beruniform
Sukan dan Permainan
1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti berikut : Menggubal perlembagaan
Melantik Jawatankuasa
Merekod Kehadiran Pelajar
Melaksanakan aktiviti harian
Membuat penilaian
Menyediakan laporan
DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR
2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai
setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-

10. Persatuan
11. Beruniform
12. Sukan dan Permainan
2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin
disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.
DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN
3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada petang Khamis
secara bergilir.
3.2 Kegiatan Sukan dan Permainan dijalankan mengikut jadual berikut: Hari Isnin untuk pelajar Tahun 4 bagi kegiatan Bola Sepak, Bola Jaring,
Sepak Takraw dan Olahraga
Hari Selasa untuk pelajar Tahun 5 bagi kegiatan Hoki, Bola Baling, Ping
Pong dan Badminton
Hari Rabu untuk pelajar Tahun6 bagi kegiatan Bola Tampar, Ragbi
Sentuh, Permainan Tradisional dan Olahraga
3.3 Semua kegiatan akan bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang.
3.4 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut : Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir )
Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum
DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat
Zon Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan
sesebuah pasukan.
4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk
dijadikan Program Sasaran, iaitu : Sepak Takraw, Ping Pong dan Olahraga

Koir, Choral Speaking dan Tilawah


4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap
yang tertinggi melalui : Latihan yang bersistematik
Kelengkapan yang sempurna
Pertandingan dalaman
Penyertaan yang aktif
DASAR 5 : PENGHARGAAN
5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang
mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum
berbentuk : Barangan atau Wang Tunai
Sijil Penghargaan Sekolah
5.2 Mewujudkan Anugerah Khas Atlet Harapan kepada pelajar yang
cemerlang pencapaian dalam sukan dan permainan.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM


Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang
ditekankan dalam Sistem Pendidikan kita. Dimana murid-murid
diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga bidang yang terdapat dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai
matlamat-matlamat berikut :1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah.
2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat
dan kemahiran serta memupuk semangat juang yang tinggi.
3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah
kegiatan yang berfaedah.

4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam


pelbagai jenis permainan.
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan
yang erat.
6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi
kehidupan seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam
aktiviti-aktiviti berikut:6.1 Sukan dan rekreasi
6.2 Kegiatan Badan Sukarela
6.3 Program-program kemasyarakatan
7. Mempastikan sekolah mempunyai identiti dalam aktiviti kokurikulum
melalui pencapaian cemerlang dalam permainan dan aktiviti berikut :7.1 Sepak Takraw
7.2 Ping Pong
7.3 Musabaqah, Tahfiz dan Bercerita Kisah Al Quran
7.4 Choral Speaking
8. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan
kokurikulum diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan.
9. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum
diperingkat zon, daerah dan negeri.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar


o 1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan
ketiga-tiga bidang kokurikulum berikut :o 1.1.1 Sukan dan Permainan

o 1.1.2 Bdan Beruniform


o 1.1.3 Persatuan / Kelab
o 1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua
guru untuk melaksanakan aktiviti.
o 1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai
sesuatu aktiviti melalui :o 1.3.1 menyertai kursus-kursus
o 1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan
2. Penyertaan Murid
o 2.1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap
bidang kegiatan kokurikulum yang ditawarkan berikut :o 2.1.1 Bidang Sukan dan Permainan
o 2.1.2 Bidang Beruniform
o 2.1.3 Bidang Persatuan / Kelab
o 2.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti
permainan dan persatuan yang ditawarkan kepada mereka.
o 2.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform.
Pilihan ini kekal sehingga tamat persekolahan rendah.
o 2.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah
dalam mana-mana aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.
o 2.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke
dalam Rekod Pelaporan Murid.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK

PENGURUSAN KOKURIKULUM
3. Penjadualan Kegiatan
3.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah ini dijalankan secara berasingan
mengikut aliran seperti berikut :o 3.1.1 Tahun Empat pada hari Selasa setiap minggu
o 3.1.2 Tahun Lima pada hari Rabu setiap minggu
o 3.1.3 Tahun Enam pada hari Khamis setiap minggu
o 3.1.4 Hari Isnin dan Jumaat diberi ruang untuk latihan Pasukan Sekolah
3.2 Masa bermula kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut :o 3.2.1 Jam 3.30 hingga 4.30 ( Aktiviti Persatuann atau Beruniform )
o 3.2.2 Jam 4.30 hingga 5.30 ( Aktiviti Permainan )
Nota : Penjadualan kegiatan di atas dibuat setelah mengambil padangan
dari Ibubapa, guru-guru dan beberapa aspek lain yang munasabah.
4. Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid
4.1 Murid Tahun Empat ditawarkan aktiviti permainan seperti berikut :o 4.1.1 Bola Sepak
o 4.1.2 Bola Jaring
o 4.1.3 Olahraga
o 4.1.4 Sepak Takraw
4.2 Murid Tahun Lima ditawarkan aktiviti permainan seperi berikut :o 4.2.1 Sepak Takraw
o 4.2.2 Badminton
o 4.2.3 Olahraga

o 4.2.4 Ping Pong


4.3 Murid Tahun Enam ditawarkan aktiviti permainan seperti berikut :o 4.3.1 Ping Pong
o 4.3.2 Hoki
o 4.3.3 Bola Baling
o 4.3.4 Olahraga
4.4 Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :o 4.4.1 Pengakap Muda
o 4.4.2 Bulan Sabit Merah
o 4.4.3 Puteri Islam
STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN KOKURIKULUM
5. Peningkatan Kemudahan Fizikal
o 5.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :o 5.1.1 Padang yang mencukupi ukuran dan baik
o 5.1.2 Gelanggang permainan yang sentiasa diurus
o 5.2 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta
memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid.
o 5.3 Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan seta
mudah diambil apabila diperlukan.
6. Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah
o 6.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua
aktiviti pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.
o 6.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang

sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan.


o 6.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan
murid atau pasukan sekolah yang cemerlang.
7. Penganugerahan

1. Bagi menarik perhatian semua murid system penganugerahan


kokurikulum perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-

Tokoh Kokurikulum Sekolah

Olahragawan dan Olahragawati Sekolah

Juara Sukan Tahunan


Pasukan Terbaik Sekolah

2. Penganugerahan in disampaikan semasa Hari Anugerah


Kecemerlangan.

P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 3 : 3 1 AM 0 C O M M E N T S

ABOUT ME

MUHAMMAD KHAIRI
KAMUNTING, PERAK

Terima kasih di atas kunjungan anda. Jangan lupa sebarkan maklumat mengenai web
ini kepada rakan-rakan anda
VIEW MY COMPLETE PROFILE

LINKS

Google News
Dasar-Dasar Negara Malaysia
Edit-Me

PREVIOUS POSTS

Perancangan Stretegik

ARCHIVES

November 2005

Você também pode gostar