Você está na página 1de 5

ASAS-ASAS PORT

Definasi: Port yang terdapat pada komputer adalah peranti penyambung luaran yang
digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis persisian ke komputer. Secara asas
ianya adalah soket dan plug yang membolehkan peranti luaran disambungkan ke
komputer (biasanya ke papan induk dan kad tambahan).
Port luaran komputer mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti dan memberi
perbezaan untuk setiap jenis port.
Bentuk

dan

saiz:

Setiap

port

mempunyai

bentuk

yang

spesifik

untuk

mengenalpastinya. Ada yang berbentuk bulat (PS/2), trapezoid (LPT, COM, SCSI) dan
bersegi empat (USB dan FireWire). Mereka juga mempunyai pelbagai saiz; dari saiz
sebesar syiling (untuk port yang bulat) hingga yang bersaiz sebesar plug elektrik (untuk
bentuk trapezoid).
Simbol: Terdapat komputer yang mempunyai simbol di belakangnya untuk dikenalpasti
seperti USB, COM, FireWire atau SCSI. Sebagai contoh untuk pencetak ialah port LPT atau
untuk papan kekunci atau tetikus ialah port PS/2. Walaupun begitu, tidak ada ikon yang
unik untuk port-port yang lain.
Selalunya simbol tersebut tertera di sebelah kanan lokasi port tersebut berada (selalunya
di belakang sistem unit).
?Gender?: Untuk port juga mempunyai jantina atau dikenali sebagai ?gender?. Ianya
samada ?female? ataupun ?male?. ?Male biasanya mempunyai pin manakala ?female?
hanya

mempunyai

lubang

sesekali cuba memadankan

untuk

plug?

dimuatkan

male?

dengan

oleh
soket

pin

tersebut.

?male?

kerana

Jangan
ini

akan

merosakkan port anda.


Bersiri dan Selari: Terdapat dua jenis port yang biasa dikenali dengan nama LPT =
selari dan COM = bersiri. Sebenarnya bersiri dan selari ini merujuk kepada cara port-port
ini berkomunikasi dengan data yang akan dihantar. (Ingat bahawa port adalah peranti
komunikasi!)
Dalam terjemahan teknikalnya, port bersiri bermaksud pengantaramuka berkomunikasi
dengan menghantar data sebanyak satu bit dalam satu masa tanpa penyegerakan
(serentak). Ini bermaksud port bersiri berkomunikasi dengan maklumat (masukan atau
keluaran) sebanyak satu siri dalam satu masa.
Port selari pula secara teknikalnya bermaksud pengantaramuka berkomunikasi dengan
menghantar data sebanyak beberapa bit dalam satu masa dengan cara apabila sesuatu
data itu diterima atau dihantar, sebahagian nya pula akan menerima data yang lain
dalam satu masa.

Untuk port selari, kita hanya akan membincangkan bahawa port selari (LPT) adalah untuk
pencetak atau port SCSI (skuzzy). Port-port yang lain adalah jenis port bersiri.
Kebaikan

&

keburukan:

Setiap

jens

port

pasti

mempunyai

kebaikan

dan

keburukannya. Ada yang pantas (komunikasi), murah (port dan persisian, kabel, adapter
dll).
Jenis persisian: Setiap port boleh digunakan untuk persisian tertentu sahaja, ada yang
boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian dan ada pula yang hanya boleh
digunakan untuk satu atau dua persisian sahaja.
Perlu diingatkan bahawa keadaan ini dinamakan ?kondisi dinamik?. Sebagai contoh
ketika port COM mula-mula diperkenalkan, ianya digunakan secara meluas tetapi apabila
PS/2 muncul, penggunaannya semakin lama semakin kurang (untuk tetikus) dan
sekarang terdapat juga tetikus yang menggunakan port USB.
LPT
Definasi: LPT biasanya dikenali dengan nama port selari dan digunakan untuk
sambungan peranti pencetak. Jaraknya lebih kurang 20 kaki atau kurang. Lebih laju dari
port COM selari tetapi harganya agak mahal. Secara tipikalnya, port LPT boleh
mempunyai kelajuan 150kb/sec. Port COM ini ada kemungkinannya terdapat dua atau
lebih pada papan induk dan dibezakan dengan nombor yang terdapat selepas
perkataan ?LPT?. Biasanya untuk pencetak, port ini dikenali dengan nama LPT1. Ianya
berbentuk seperti trapezoid dan mempunyai dua barisan pin; barisan pertama
mempunyai 13 pin manakala sebelah lagi mempunyai 12 pin.
Gambar dan simbol: * Sila rujuk nota tambahan * Di belakang komputer anda, terdapat
simbol ini. Ianya bermakna ?anda boleh menyambungkan kabel pencetak anda disini?
Kelebihan: Lebih laju dari port bersiri dan sesuai untuk semua jenis komputer. Juga
sejenis port yang standard untuk kegunaan pencetak yang disambungkan ke komputer.
Jenis persisian: Biasanya pencetak menggunakan port LPT1.
FireWire
Definasi: Sejenis port terbaru dan terlaju untuk port jenis bersiri dan juga dikenali
dengan nama i.Link (Sony) atau IEEE-1394. Dibangunkan oleh Apple dan Texas
Instrument dan digunakan untuk kegunaan video dan audio samada untuk PC ataupun
Mac. Juga boleh digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis peranti. Kelajuannya
boleh mencapai sehingga 400mbit/saat atau mungkin lebih laju lagi untuk versi terbaru.
FireWire dikatakan sebagai trademark untuk Apple tetapi bakal digunakan dengan
meluas dan dikenali dengan nama IEEE-1394. Mempunyai 6 pin dan untuk soket ?
female? di dalam komputer, berbentuk empat segi manakala penyambungnya pula
berbentuk bulat. Mempunyai kemampuan ?hot plugging? iaitu kebolehan untuk ?plug?

dan ?unplug? tanpa suis diOFFkan. Bakal menggantikan SCSI sebagai port luaran. Masih
terdapat papan induk yang mempunyai port FireWire dan kebanyakannya dari jenis
komputer Mac.
Kelebihan: FireWire menghantar data dengan kelajuan 400mbit/saat atau lebih.
Mempunyai kemampuan ?hot plugging?.
Jenis persisian: Biasanya disambungkan untuk kegunaan kamera video digital kepada
komputer. Dan berkemungkinan media audio dan video akan menggunakan FireWire
pada masa akan datang.
COM
Definasi: Singkatan kepada ?communications?. Dikenali dengan nama port bersiri
kerana ianya adalah port pertama yang digunakan untuk komunikasi. Meluas digunakan
sejak PC menjadi keperluan semasa. Berharga murah dan boleh digunakan dengan kabel
yang panjang berbanding dengan port selari. Berbentuk seperti port LPT iaitu ?trapezoid?
tetapi kecil dengan penghujungya yang pendek dan mempunyai dua barisan pin; 5 pin
barisan pertama dan 4 pin di barisan kedua (jangan keliru dengan port monitor yang
hampir sama bentuk dan saiznya tetapi mempunyai lebih banyak bilangan pin dan hanya
digunakan untuk monitor shaja). Biasa digunakan untuk tetikus, papan kekunci, modem
kamera dan PDA terutamanya sebelum USB diperkenalkan. Terdapat lebih daripada satu
port COM dan dibezakan dengan nombor yang tertera selepas perkataan COM. Biasanya
terdapat COM1 dan COM2. COM yang tipikal berkelajuan 115Kb/saat.
Kelebihan: Port COM mempunyai kelebihan tersendiri dimana pelbagai jenis persisian
(peripheral) boleh menggunakan port. Tetapi dengan munculnya port USB, maka
kegunaan port COM semakin kurang.
Jenis persisian: Digunakan secara meluas untuk tetikus, papan kekunci, modem,
kamera dan PDA
USB
Definasi: USB atau Universal Serial Bus adalah sejenis port bersiri dan gendernya
adalah ?female? dan boleh digunakan untuk kegunaan samada PC dan Mac. Sejenis
teknologi terbaru dan pantas. Walaupun ianya perlahan dari FireWire tetapi ianya
memadai untuk jenis-jenis persisian yang direka untuknya.
Boleh menggantikan penggunaan port LPT (selari) dan port COM (bersiri) termasuklah
pencetak, papan kekunci dan tetikus. Lebih pantas dan berkelajuan melebihi
12mbit/saat. Soketnya berbentuk empat segi dan leper (dipanggil Siri A) dan berukuran
inci x 1/8 inci dan diletakkan di belakang sistem unit. Ada juga terdapat port USB
yang diletakkan di hadapan sistem unit (komputer Mac di dalam). Jika anda diberi
pilihan, gunakan dahulu port di belakang dengan itu port yang terdapat di depan boleh
digunakan untuk peranti mobil seperti kamera.
Kelebihan: Mempunyai kelebihan ?hot plugging?. Pada hari ini terdapat papan induk
yang mempunyai 2 port USB samada untuk PC ataupun Mac. Port USB senang dikenali

kerana sifat PnPnya (Plug and Play) iaitu proses ?install? dan konfigurasi persisian USB
menjadi mudah.
Kabel USB juga mempunyai kuasa jadi tidak perlu penambahan kabel dan transformer. Port ini
juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian USB. Adalah ?hot-swappable? iaitu
pemasangan dan pengeluaran peranti tanpa suis OFF.

Kekurangan: Hanya menyokong sistem pengoperasian Windows 98 keatas dan


Windows NT tidak boleh digunakan.
Jenis persisian: Walaupun port ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian,
biasanya digunakan untuk pencetak, kamera digital dan tetikus.
PS/2
Definasi: Sejenis port yang direka khusus untuk digunakan oleh tetikus dan papan
kekunci. Dikenali sebagai port tetikus yang standard. Portnya berbentuk bulat dngan
ukuran inci dan mempunyai 6 pin metal didalamya (jangan keliru dengan pin untuk
papan kekunci yang lama; 5 pin dan besar). Jenis penyambung ini biasa digunakan
untuk semua jenis komputer sejak tahun 1995.
Kelebihan: Port PS/2 biasanya boleh digunakan untuk pelbagai jenis komputer.
Murah jika dibandingkan dengan harga port yang lain. Direka untuk kegunaan tetikus
dan papan kekunci.
Jenis persisian: Biasanya disambungkan dengan tetikus dan papan kekunci.

SCSI
Definasi: SCSI bermaksud Small Computer System Interface dan dipanggil skuzzi
(scuzzy). Port ?male? dan port bersiri boleh digunakan untuk menyambungkan pelbagai
jenis peranti ke komputer. Sejenis port yang pantas sebelum kemunculan USB dan
FireWire. Digunakan dengan pemacu CD-ROM dan pengimbas. Biasa terdapat pada
komputer Mac yang lama. Seandainya anda mahu menggunakannya pada PC,
penambahan kad diperlukan kerana ianya jarang didapati pada PC.
Port SCSI biasanya berkelajuan antara 5 hingga 10mbit/saat. SCSI biasanya digunakan
untuk komputer yang besar seperti server dan kerangka utama (mainframes).
Memandangkan sekarang terdapat banyak port yang fleksibel seperti USB dan FireWire,
port SCSI sudah jarang digunakan lagi.
Kelebihan: Port SCSI sangat pantas dan boleh digunakan bersama peranti-peranti lain
dalam satu masa. Walaupun begitu, kebanyakan digunakan untuk pencetak dan pemacu
luaran terutamanya pada komputer Mac dan server yang besar.
Kekurangan: Tiadanya standard yang tetap untuk pihak pengeluar jadi ini
menyebabkan terdapatnya pelbagai jenis port skuzzi di pasaran. Tambahan pula ianya
sangat mahal, begitu juga dengan kabel, persisian dan adapternya. Sebab itu ianya
tidak banyak digunakan untuk kediaman.

Jenis persisian: Walaupun port ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian,
biasanya digunakan untuk pencetak dan pemacu luaran.

Port

Port ialah soket penyambung.Kabel menghubungkan peranti input dan output


ke port.
Port ialah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem.
Port bersiri digunakan untuk pelbagai tujuan.ia menyambung tetikus,papan
kekunci,modem,dan peranti lain ke unit sistem.port bersiri menghantar data
pada satu bit pada satu masa dan amat sesuai untuk menghantar maklumat
pada jarak jauh.
Plot selari digunakan untuk menyambung peranti luaran yang menghantar
atau menerima data yang banyak pada jaraj yang dekat.port ini biasanya
menghantar serentak lapan bit data melalui lapan wayar selari.port selari
digunakan untuk menyambung pencetak ke unit sistem.
Port grafik terpecut ( AGP ) digunakan untuk menyambung monitor.Ia boleh
menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain.
Port bas bersiri universal ( USB ) dijangka akan menggantikan port bersiri dan
selari.Ia laju dan satu port
USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke unit sistem.
Port wayar api ialah jenis port yang terbaru.Ia lebih laju dari port USB dan
digunakan untuk menyambungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera
video ke unit sistem.

Você também pode gostar