Você está na página 1de 1

ADIKKU ISTIMEWA

Aku mempunyai seorang adik. Adikku bernama Irfan. Irfan


merupakan seorang yang istimewa kerana dia menghidap
disklesia.
Penyakit Irfan dikenalpasti setelah dia masih sukar mengeja,
membaca, menulis dan mengira pada tahun 3. Namun Irfan tetap
mahu belajar di sekolah bersama rakan-rakannya.
Ibu bapaku tidak pernah menyalahkan takdir. Mereka tidak
berputus asa mengajar Irfan mengeja, membaca, menulis dan
mengira. Mereka selalu mendorong Irfan melukis.
Walaupun Irfan sukar menguasai kemahiran bahasa namun
dia pandai melukis. Lukisan yang dilukis oleh Irfan sangat cantik.
Irfan memberitahuku bahawa dia ingin menjadi pelukis apabila
besar nanti.
Sesungguhnya, setiap orang bercita-cita untuk berjaya. Aku
sebagai abang, menyokong cita-cita Irfan. Aku sentiasa berdoa
agar adikku akan menjadi pelukis ternama

Você também pode gostar