Você está na página 1de 5

ESEI

Menurut hasil forum Carnegie yang membincangkan secara mendalam tentang


pendidikan dan ekonomi (Arend et al., 2001), Dalam abad ke-21 ini, seorang guru haruslah
mempunyai kemampuan yang merangkumi pelbagai jenis aspek. Profesion sebagai seorang
warga pendidik sememangnya bukan suatu kerja yang mudah, kerana tugas seorang guru
bukan sahaja sekadar dalam bidang akademik untuk mendidik murid-murid untuk
menguasai sesuatu ilmu pengetahuan, tetapi seorang guru biasa juga mempunyai
tanggungjawab sebagai pembimbing yang berupaya untuk mengenalpasti murid yang
memerlukan bimbingan dari segi emosi, psikologi mahupun sosiologi. Guru biasa harus
membantu menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh kalangan murid sekolah. Bukan
sahaja para guru pembimbing mahupun kaunselor yang bertanggungjawab dalam
membimbing murid-murid di sekolah. Semua warga pendidik di sekolah samada guru mata
pelajaran ataupun guru kelas wajar memainkan peranan sebagai guru pembimbing
sekiranya terdapat murid-murid yang memerlukan bimbingan dan sokongan. Guru-guru
telah dilengkapkan dengan teknik-teknik atau kemahiran yang dipelajari dari institusi
perguruan dan oleh sebab itu, warga pendidik wajar mengaplikasikan apa yang dipelajari
sekiranya diperlukan.
Pengasas teori humanistik Maslow (1943), Setiap individu mempunyai keperluan
asas yang perlu dipenuhi supaya dapat lebih maju ke depan. Selain itu beliau juga telah
menyatakan bahawa setiap keperluan dalam hierarki keperluan perlu dipenuhi supaya
seseorang individu dapat dimotivasikan. Jika keperluan asas tidak dicapai, maka akan
wujudnya ketidakseimbangan dalam seseorang individu. Ini merupakan salah satu
sebabnya masalah disiplin yang semakin serius dalam sekolah rendah lagi. Murid-murid
bertindak tidak rasional untuk dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam sekolah.
Pada masa yang sama, kes disiplin yang semakin meningkat, bukan tanggungjawab guru
pembimbing dan kaunseling sahaja. Malahan ia juga telah menunjukkan betapa pentingnya
bimbingan dan kauseling yang patut dilakukan oleh guru biasa untuk membantu atau
mengurangkan beban guru bimbingan dan kaunseling. Selain itu, guru biasa yang
menghabiskan banyak masa bersama dengan murid-murid mempunyai hubungan yang
lebih mesra dengan murid-murid. Ini telah menyingkatkan proses kaunseling yang diberikan
oleh guru bimbingan dan kaunseling. Ini berlaku kerana murid-murid terutama murid sekolah
rendah lebih mudah mempercayai orang yang biasa mereka jumpa, oleh itu guru biasa
mempunyai kelebihan dariapda segi keyakinan murid terhadap guru biasa yang
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap mereka.

Menurut

Otman (2005) dalam buku Pedagogi Bahasa, kemahiran mendengar

adalah kemahiran bahasa yang paling umum dan penting yang perlu diamalkan secara
intensif. Salah satu teknik bimbingan yang paling umum ialah seorang guru pembimbing
untuk mendengar dan melayan murid. Seorang guru biasa yang prihatin seharusnya
mempunyai upaya untuk menunjukkan minat dalam mengetahui tentang kehidupan muridmurid yang memerlukan bimbingan. Sebagai seorang guru biasa, kami bertindak sebagai
jentera yang penggerak terutama di sekolah, maka kami perlulah sentiasa peka terhadap
emosi dan tingkah laku yang di lakukan oleh murid. Kami perlulah mengambil berat
terhadap murid-murid yang mempunyai masalah, selepas itu kami perlulah bertanya kepada
murid yang bermasalah tersebut, apa yang telah berlaku. Sekiranya murid yang bermasalah
itu sanggup memberitahu guru apa masalah mereka, masa inilah kami perlu menggunakan
kemahiran mendengar.Kemahiran mendengar boleh membangkitkan keyakinan diri
seseorang klien atau murid kerana mereka akan berasa dihargai dan dihormati. Murid pada
hari ni, menghabiskan masa yang lebih banyak dengan guru di sekolah kalau berbandng
masa yang dihabiskan bersama ibubapa atau penjaga mereka berdasarkan kajian (OECD,
2012), ini telah jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya peranan guru biasa dalam
kehidupan seharian murid. Sekiranya murid menyuarakan atau memberitahu guru masalah
dia, maka guru perlulah menjadi seorang pendengar yang sabar dan memberikan panduan
kepada untuk murid membuat keputusan. guru yang berperanan sebagai kompas untuk
membawa murid ke arah yang betul melalui proses membuat keputusan yang bermakna
atau mengamalkan tingkah laku yang positif. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Arbuckle, (1965) yang juga menyatakan bahawa kaunseling merupakan
suatu proses yang berupaya untuk membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, berani
berdepan dengan kesukaran yang dihadapi serta membuat perubahan yang sewajarnya .
Peranan seorang guru biasa bukan sahaja mengajar dan membimbing murid
daripada segi akedemik, malahan guru biasa juga perlu sentiasa berwaspada dan sensitif
terhadap perubahan tingkah laku dan emosi seorang murid yang menujukkan tanda-tanda
awal tertekan. Hal ini memberi penekanan kepada kemahiran menginteprasikan tingkah laku
klien atau murid yang memberi fokus terhadap tingkah laku sahaja ataupun gabungan emosi
yang menyumbang kepada sesuatu tingkah laku. Matlamatnya adalah untuk membantu
individu mengadaptasi tingkah laku yang baru dan positif yang akan menghapuskan isu
yang dihadapinya (Anthony and Roemmer, 2003). Oleh kerana setiap klien atau murid
mempunyai masalah tertentu dan watak tersendiri, guru biasa haruslah memberi perhatian
yang spesifik kepada setiap kes. Setiap individu mempamerkan tahap yang berlainan dalam
keperluan asas yang perlu dipenuhi supaya dapat lebih maju ke depan dalam kehidupan
masing masing. Setiap keperluan tergolong dalam hierarki tersendiri yang memerlukan

keperluan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, keperluan ini perlu dipenuhi supaya
seseorang individu akan dimotivasikan untuk terus maju (Maslow, 1943). Keperluan asas
yang tidak dapat dicapai mungkin mewujudkan ketidakseimbangan emosi dan mental bagi
seseorang individu. Contohnya, Hal ini akan membawa kesan buruk kepada murid yang
biasanya menetapkan matlamat yang tidak masuk akal untuk dirinya. Murid yang
merasakan dirinya serba kekurangan barangkali akan bertindak secara tidak rasional untuk
mencapai matlamat tersebut. Kemahiran menginterpretasi tingkah laku membolehkan guru
biasa untuk menilai perubahan atau keperluan seseorang murid yang mempunyai emosi
terganggu kerana merasakan dirinya tidak mampu mencapai jangkaan yang ditetapkan oleh
dirinya ataupun orang di persekitarannya, contohnya, para guru, ibu bapa atau rakan
sebaya.
Gabungan maklumat yang dikumpul melalui kemahiran yang dinyatakan di atas
(kemahiran mendengar dan mengintepretasikan tingkah laku) adalah memadai untuk maju
selangkah ke depan bagi mengenal pasti masalah yang oleh sesorang klien atau murid.
Kemahiran seterusnya yang boleh digunakan ialah kemahiran mengenal pasti masalah
untuk memastikan fokus klien adalah untuk fokus akan masalah yang paling utama dan
bukan terperangkap dalam pemikiran negatifnya sendiri (Yeo, 1993). Kajian yang dijalankan
untuk mengenal pasti punca gejala ponteng sekolah di antara murid sekolah mempamerkan
beberapa punca utama sebelum kesimpulan terakhir dibuat (Mustaffa dan Jamil, 2012).
Kajian tersebut bertujuan untuk mengenal pasti beberapa faktor yang berkemungkinan
menyumbang kepada gejala ponteng sekolah contohnya, faktor diri, hubungan keluarga,
pergaulan rakan sebaya, sikap guru atau prasana sekolah (Mustaffa dan Jamil, 2012).
sekiranya murid berada dalam keadaan sentiasa mengantuk, tidur semasa proses
pengajaran dan pembelajran sedang dijalankan, maka seorang guru biasa yang juga
berperanan sebagai seorang pembimbing harus menggunakan kemahiran megenalpasti
punca murid mengeluarkan tingkah laku yang negatif. Sekiranya punca masalah dapat
dikesan, maka barulah boleh membantu murid mengubah tingkah lakunya secara lebih
berkesan. Contohnya, murid tahun dua yang selalu tidur di dalam kelas, guru haruslah
mengambil tahu sebab murid tersebut berbuat termikian. mungkin murid itu daripada
keluarga miskin, selalu tidur dalam kelas kerana terpaksa menolong ayah berniaga di pasar
malam pada waktu malam, masa yang tidak cukup untuk untuk berehat menyebabkan murid
tersebut berehat dan tidur dalam kelas. maka guru perlu cari jalan untuk mendapatkan
punca masalah ini.
Guru biasa yang baik merupakan seorang yang prihatin. Para murid habiskan
kebanyakkan masa mereka di sekolah dengan guru biasa. Mereka mempunyai kepercayaan
dalam guru biasa jika berbanding guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.guru biasa

dapat memberikan tindak balas yang paling sesuai diambil dalam situasi berkenaan. Hal ini
memerlukan guru biasa untuk mengaplikasikan kemahiran bertindak balas yang
memberikan huraian berdasarkan apa yang dilihat dan bukan sekadar tafsiran berdasarkan
perasaan sahaja. Sebagai contohnya masalah murid tidur dalam kelas, kerana terpaksa
bekerja kerja sambilan pada waktu petang dan malam untuk menampung pembelanjaan
keluarga. Guru haruslah menggunakan kemahiran menyoal untuk mendapatkan lebih
banyak maklumat, mengapakah murid tersebut berbuat demikian. Pada masa yang sama,
guru perluah melambungkan lebih banyak soalan terbuka, supaya murid tersebut boleh
kemukakan lebih banyak maklumat yang diperlukan. Misalnya, murid yang selalu ponteng
sekolah , guru perlulah mengaplikasikan kemahiran memberi bertindak balas semasa sesi
kaunseling diberikan. Guru perlu menyoal soalan terbuka seperti apa yang menyebabkan
kamu ponteng sekolah? mengapakah anda tidak mencari jalan untuk selesai masalah
ini ? supaya guru jelas dengan apa masalah yang dihadapi murid..
Kemahiran intervensi krisis bertujuan untuk menghulurkan bimbingan kecemasan
untuk jangka masa yang pendek bagi memulihkan keseimbangan seseorang inividu dari
segi psikologi, mental, fizikal mahupun tingkah laku (Jackson-Cherry, L.R., & Erford, B.T.,
2010). Kemahiran ini juga boleh mengurangkan kebarangkalian sesorang murid atau klien
dalam menghadapi potensi trauma psikologi. Kaunselor atau guru pembimbing digalakkan
untuk sensitif terhadap tanda-tanda klien yang sedang berdepan dengan trauma. Klien
tersebut mungkin cenderung untuk menyalahkan diri sendiri atas malapetaka atau trauma
yang sedang dialaminya. Tanda-tanda awal yang biasa dipaparkan adalah keliru, menjadi
hipersensitif, mempunyai daya penumpuan yang lemah, tidak menentu, dan lemah dalam
penyelesaian masalah. Model Assessment Crisis intervention Trauma system (ACT) yang
dicadangkan oleh Roberts, A. (2006) merupakan panduan yang paling asas bagi teknik ini.
Contohnya , murid tahun lima yang menjadi anak yatim piatu apabila ibu-bapa dia terlibat
dalam kemalangan. Ini menyebabkan dia rasa keseorangan dan tidak ingin bergaul dengan
orang lain. Guru harus mengaplikasikan kemahiran ini dengan cuba minta murid kongsi apa
masalah dia, seterusnya membimbing murid menghadapi realiti dan membina keyakinan
murid tersebut.
Untuk mencapai sesi kaunseling yang efektif di antara guru biasa dan muridnya,
kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam memberi masa, tenaga serta usaha untuk
mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan situasi atau trauma kliennya. Adalah tidak
dapat dinafikan bahawa kaunseling bukan merupakan usaha yang senang, tetapi ia boleh
dijayakan sekiranya ia diusahakan sebagai jalan dua hala di antara kaunselor dengan
muridnya. Secara kesimpulannya, teknik- teknik kaunseling yang diamalkan oleh guru biasa
juga dapat membawa murid-murid ke arah yang betul untuk mendapatkan semula rasa

kawalan, kebahagiaan dalam kehidupan, dan pengalaman yang lebih luas yang dan paling
penting sekali, kematangan emosi.

RUJUKAN
Antony, M.M., & Roemer, E. (2003). Behavior therapy. In A.S. Gurman & S.B. Messer (Eds.), Essential
psychotherapies (2nd ed., pp. 182-223). New York: Guilford.

Arends, R. I., Wenitzky, N. E., & Tannenboum, M. D. 2001. Exploring teaching: An


introduction to education. New York: McGraw-Hill Companies.
Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kaunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Maslow, A.H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50, 372-375.
OECD

(2012),

Education

at

a glance

2012: Highlight,

OECD

Publishing

from

http://www.keepeek.com/
OTHMAN, Y. B. (2005). Pedagogi Bahasa. Bentong: PTL Publisher & Distributor.
Muhammed Sharif Mustaffa 1 & Suria Abd Jamil. Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes Journal of
Educational Psychology & Counseling, Volume 6 June 2012, Pages 50-73 / ISSN:
2231-735X
Yeo (2013). Counselling: A Problem-solving Approach. Armour Publishing Pte Ltd, 1993
Roberts, A. (2006). Assessment, crisis intervention, and trauma treatment: the integrative
act intervention model. Brief Treatment and Crisis Intervention, 2(1), 1-22.
Jackson-Cherry, L.R., & Erford, B.T. (2010). Crisis intervention and prevention. NJ: Pearson
Education, Inc.
Paul van Schaik (2008). The Art of Giving and Receiving Feedback. Academy for
Counselling and Coaching.

Você também pode gostar