Você está na página 1de 3

CITRA KARISMA

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
1.0

NAMA ANUGERAH
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

2.0

LATAR BELAKANG ANUGERAH


Pemberian APC kepada pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan melalui Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1993 dan diubah suai menerusi PKPA
Bil. 2 Tahun 2002 berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). APC merupakan
penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi
perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu
tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Pemberian APC diberi kepada sejumlah 8
peratus daripada pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian bagi
setiap agensi.

3.0

KATEGORI ANUGERAH
INDIVIDU

4.0

KRITERIA/SYARAT-SYARAT
1.

Tertakluk kepada kuota 8% dan memperolehi markah e-LPPT/e-LNPT 360/eLNPT sebanyak 85% ke atas;

2.

Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang


staf

yang

mutu

atau

penghasilannya

melebihi

daripada

keperluan

tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh


dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang menggerakkan
kecergasan bekerja dan daya usaha staf yang lain;

CITRA KARISMA
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM
3.

Staf semua kumpulan, gred dan kategori sama ada dilantik secara tetap,
sementara atau kontrak di bawah skim JKK, SSB dan SSM;

4.

Telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun penuh pada hari terakhir tahun
penilaian;

5.

Pemilihan juga berasaskan kepada penilaian Panel Pembangunan Sumber


Manusia (PPSM) ke atas sumbangan staf berkenaan kepada organisasi,
Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat
antarabangsa;

6.

Pemilihan hendaklah dibuat mengikut taburan lokasi tempat bekerja, kategori


jawatan dan lain-lain yang berkaitan;

7.

Keutamaan kepada staf yang dapat membina nilai-nilai bekerjasama dan


berpasukan serta dapat mewujudkan perhubungan yang baik di semua
peringkat;

8.

Bagi staf yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


layak dipertimbangkan dengan menunjukkan prestasi yang amat cemerlang. Di
antaranya ialah:-

i) Mendapat e-LPPT/e-LNPT 360/e-LNPT sebanyak 90% ke atas;


ii) Mendapat pengiktirafan dari dalam/luar negeri dan sebagainya.

9.

Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh 3 tahun


kebelakangan;

10.

Calon yang pernah dinaikkan pangkat sama ada secara hakiki, Khas Untuk
Penyandang (KUP) atau setuju menerima Opsyen dan sebagainya pada tahun
yang dinilai tidak boleh dipertimbangkan untuk Anugerah Perkhidmatan

CITRA KARISMA
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM
Cemerlang (APC) tahun semasa kecuali tiada calon lain yang layak di
fakulti/jabatan berkenaan.
5.0

KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN


4.1

Kaedah Penilaian
Diperakukan dan dinilai bedasarkan kriteria dan syarat

4.2

Kaedah Pemarkahan
Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria utama seperti berikut:
Bil.

Kriteria

TIADA

Rujuk Lampiran X untuk perincian markah.

Markah

Você também pode gostar