Você está na página 1de 2

YOK WEI LIANG

PISMP1B1

Soalan Tutorial ke-15

Apakah bentuk kebimbangan rakyat Malaysia apabila menyertai TPPA (10 Markah)
Selepas kegagalan mencapai kata sepakat dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas
(FTA), Malaysia mencuba nasib semula dalam TPPA. TPPA merupakan perjanjian
multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, Amerika Syarikat,
New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA merupakan
perjanjian yang berkaitan liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di
pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi. Namun, masalahnya
dengan TPPA ini iaitu semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks
perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Hal ini
bermakna perjanjian TPPA ini kemungkinan besar meletakkan rakyat dalam kegelapan.
Perjanjian TPPA dikatakan telah menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia. Antara
bentuk kebimbangan rakyat Malaysia apabila menyertai TPPA iaitu tentang Harta Intelek
dan Paten Perubatan. Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubatubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah.
Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit
kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan
penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin yang digunakan untuk kanser pada masa
kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan.
Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar
AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubatubatan ini semakin berkurang terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga
yang terlalu tinggi. Ketika akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA
kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.
Dengan kata lain, Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan
perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Perjanjian itu antaranya
akan melibatkan peraturan ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini iaitu ubat tiruan
seperti panadol umpamanya yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan
yang sama dengan ubat asli. Ubat-ubatan yang digunakan di Malaysia kebanyakannya
adalah ubatan generik, harga ubatan generik ini adalah lebih murah berbanding ubat-ubatan
asli yang telah dipatenkan. Harga ubat yang telah dipatenkan boleh mencapai harga lebih
tinggi daripada harga ubatan generik. Hal ini jelas akan memberi kesan kepada semua
masyarakat terutamanya pesakit-pesakit yang bergantung hidup sepenuhnya terhadap ubat.
Hal ini sebenarnya akan menjejaskan setiap orang awam kerana uba-ubatan adalah satu
keperluan. Hal ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi
asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Hal ini berlaku kerana dalam
perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi
syarikat gergasi Farmakeutikal antarabangsa. Ubat generik yang lebih murah tidak boleh
dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan
syarikat famarkeutikal dari luar negara. Ini akan menyukarkan pesakit berpendapatan
rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubat menjadi sangat tinggi dan
mereka tidak mampu untuk membeli ubat tersebut.
Dari kaca mata yang lain, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima
musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat
dicadangkan. Hal ini termasuklah digital commons atau harta umum digital seperti sumber
maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya

YOK WEI LIANG

PISMP1B1

Soalan Tutorial ke-15

daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia
akademik diterhadkan kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.
Hal ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan
menjadi terhad kepada pengguna. Hal ini akan memberi kesan yang amat ketara kepada
pelajar kerana segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa sekali gus
mengehadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu. Sebagai contoh, buku
untuk tujuan pembelajaran yang kini percuma tidak lagi boleh dibuat salinan. Hal ini akan
memaksa para pelajar untuk membeli buku tersebut dengan harga yang mungkin mencecah
ratusan ringgit terutamanya mahasiswa yang memerlukan buku untuk membuat rujukan.
Kebimbangan yang seterusnya iaitu tentang SME dan Pertanian. TPPA bertujuan
untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif di mana boleh menyebabkan
kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Kesan langsung ialah tekanan
terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar
sekarang. Mexico ialah contoh terbaik apabila hasil daripada pemeteraian Perjanjian
Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta
daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan. Pengurangan tarif akan
memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian. Walaupun niat TPPA sihat
tetapi niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90% syarikat
Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian merupakan syarikat kecil dan sederhana
(SME).
Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikatsyarikat gergasi pertanian seperti Amerika, Kanada dan Jepun di mana kerajaan tidak
menurunkan subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan
bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45%, kacang
soya 32% dan kapas sebanyak 52%. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras
mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM 1.40/ kg. Lebih merisaukan lagi
ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA
yang menerima subsidi yang lebih tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu
keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah
diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal. Petani tempatan terpaksa bersaing dengan
hasil pertanian luar negara.
Kebimbangan yang terakhir iaitu Bidang pelaburan dan perundangan terpaksa
bersaing di pasaran terbuka. Sekiranya perjanjian ini dimeterai, negara-negara TPPA akan
bebas berniaga di dalam negara kita. Sebagai contoh perniagaan beras di dalam negara
kita. Beras yang dibekalkan dari Amerika mempunyai jumlah subsidi yang sangat tinggi.
Jadi, bagaimanakah pengusaha tanaman padi mampu menyaingi Amerika dalam
pemerdagaan beras? Selain itu, peniaga - peniaga kecil terutamanya orang Melayu tidak
mungkin mampu menandingi pasaran beras yang dibawa dari luar. Hal ini akan menjejaskan
taraf hidup sesetangah orang awam. Bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan
pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain juga akan berhadapan dengan persaingan
pasaran terbuka. Pendek kata, industri perkhidmatan kita tidak bersedia untuk berhadapan
dengan kemasukan syarikat gergasi dari luar negara.

Você também pode gostar

  • SJHK 3
    SJHK 3
    Documento1 página
    SJHK 3
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Saya
    Saya
    Documento1 página
    Saya
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • SJHK 1
    SJHK 1
    Documento1 página
    SJHK 1
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Kaedah Pembelajaran SJ
    Kaedah Pembelajaran SJ
    Documento1 página
    Kaedah Pembelajaran SJ
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • SJHK 1
    SJHK 1
    Documento1 página
    SJHK 1
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Saya
    Saya
    Documento1 página
    Saya
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Saya
    Saya
    Documento1 página
    Saya
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Mengadang
    Mengadang
    Documento1 página
    Mengadang
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Kemahiran Asas
    Kemahiran Asas
    Documento5 páginas
    Kemahiran Asas
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Keperluan Dan Alatan
    Keperluan Dan Alatan
    Documento1 página
    Keperluan Dan Alatan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Cara Memutuskan Keputusan
    Cara Memutuskan Keputusan
    Documento1 página
    Cara Memutuskan Keputusan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Sejarah Bola Tampar
    Sejarah Bola Tampar
    Documento4 páginas
    Sejarah Bola Tampar
    Muhamad Shakirin
    Ainda não há avaliações
  • Jenis
    Jenis
    Documento1 página
    Jenis
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Keperluan Dan Alatan
    Keperluan Dan Alatan
    Documento1 página
    Keperluan Dan Alatan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Keperluan Dan Alatan
    Keperluan Dan Alatan
    Documento1 página
    Keperluan Dan Alatan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Pengertian Pengajaran
    Pengertian Pengajaran
    Documento1 página
    Pengertian Pengajaran
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Hantaran Servi1
    Hantaran Servi1
    Documento1 página
    Hantaran Servi1
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Pengertian Pengajaran
    Pengertian Pengajaran
    Documento1 página
    Pengertian Pengajaran
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Jenis
    Jenis
    Documento1 página
    Jenis
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Persepsi Dan Penanggapan
    Persepsi Dan Penanggapan
    Documento1 página
    Persepsi Dan Penanggapan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • TP Behaviouris
    TP Behaviouris
    Documento1 página
    TP Behaviouris
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Skinner
    Skinner
    Documento1 página
    Skinner
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Konsep2 Dalam Pelaziman Operan
    Konsep2 Dalam Pelaziman Operan
    Documento2 páginas
    Konsep2 Dalam Pelaziman Operan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Persepsi Dan Penanggapan
    Persepsi Dan Penanggapan
    Documento1 página
    Persepsi Dan Penanggapan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Pengertian Pembelajaran
    Pengertian Pembelajaran
    Documento1 página
    Pengertian Pembelajaran
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Pengertian Pembelajaran
    Pengertian Pembelajaran
    Documento1 página
    Pengertian Pembelajaran
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Jenis2 Lupaan
    Jenis2 Lupaan
    Documento1 página
    Jenis2 Lupaan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Lupaan
    Lupaan
    Documento1 página
    Lupaan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Lupaan
    Lupaan
    Documento1 página
    Lupaan
    Yok
    Ainda não há avaliações
  • Jenis2 Ingatan
    Jenis2 Ingatan
    Documento1 página
    Jenis2 Ingatan
    Yok
    Ainda não há avaliações