Você está na página 1de 12

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

SAINS

PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIT SAINS MENENGAH


SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

PENGENALAN
Pentaksiran sekolah adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti
kerja rumah, pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu kayu
pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai
kemahiran

dan

mengamalkan

nilai

di

samping

menilai

keberkesanan

PdP

guru.Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang
berguna kepada pihak berkepentingan seperti pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga
tentang perkembangan murid.

JENIS PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam KSSM terdiri daripada empat komponen:

Pentaksiran Sekolah; (Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Pentaksiran Pusat; (Lembaga Peperiksaan)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, (Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian)

Pentaksiran Psikometrik.(Bahagian Kaunseling)

PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid.
1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta
autentik.
2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya membantu guru
menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam mencapai sesuatu Standard
Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran.
3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara
berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.

PENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan SK bagi
sesuatu mata pelajaran.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian
murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut:
pelbagai bentuk.
adil kepada semua murid.
mengambilkira pelbagai aras kognitif
membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.
mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan
mentaksir sejauh mana mereka fahami

Pentaksiran bagi mata pelajaran sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Bagaimana mentaksir Domain Pengetahuan?


Pentaksiran domain pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan pengintegrasian proses
kemahiran sains bertujuan melihat sejauh mana murid memahami SK tertentu secara
menyeluruh dan holistik.

1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap tema dalamDSKP Sains
Tingkatan 1.
2. Guru boleh menggunakan atau merujuk kepada contoh soalan pentaksiran semasa
melaksanakan PdP atau selepas tamat PdP.
3. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di mana-mana
peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau mana-mana strategi inkuiri
yang digunakan.
4. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP
5. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap bidang
pembelajaran.ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum seperti di bawah.
6. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap penguasaan masingmasing.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

7. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada dalam
bentuk Hard copy dan soft copy untuk memantau pembelajaran murid dan juga
untuk rujukan pihak yang berkepentingan.

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi pengetahuan ditunjukkan dalam Jadual 1.


Jadual 1: Rubrik Pengetahuan
TAFSIRAN

TAHAP PENGUASAAN

1
2

Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains.


Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat
menjelaskan kefahaman tersebut.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk
melaksanakan tugasan mudah.
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks
penyelesaian masalah.
Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks

penyelesaian

masalah

dan

membuat

keputusan

untuk

melaksanakan satu tugasan.


Merekacipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains
6

dalam

konteks

penyelesaian

masalah

dan

membuat

keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi


baru secara kreatif dan inovatif.

2017

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

Bagaimana

mentaksir

Domain

Penyiasatan

Saintifik

atau

Eksperimen?
1. Semua eksperimen dalam ruang catatan DSKP KSSM Sains Tingkatan 1 WAJIB
dilaksanakan.

Jadual 9: Senarai penyiasatan saintifik/eksperimen

TEMA
Kaedah Saintifik

EKSPERIMEN
1.6

Eksperimen bagi menggunakan langkah dalam


penyiasatan saintifik

Penyenggaraan dan

2.2

Eksperimen menunjukkan keperluan fotosintesis.

Kesinambungan

3.1

Eksperimen

Hidup

untuk

menunjukkan

bagaimana

tindakan biologi memberi gerak balas kepada


perubahan untuk menstabilkan badan.
4.7

Eksperimen

untuk

menentukan

syarat

percambahan biji benih.


Penerokaan Unsur

5.2.3 Eksperimen menentukan kadar resapan.

Dalam Alam

5.2.5 Eksperimen menyiasat takat suhu didih semasa


perubahan fizikal air.

Tenaga dan

8.3

Eksperimen untuk membuktikan Hukum Pantulan.

Kelestarian Hidup

8.4

Eksperimen untuk mengkaji hubungan sudut tuju,


i dan sudut biasan, r apabila cahaya melalui
medium yang berlainan ketumpatan.

2. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan.
3.

Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka surat 31 DSKP Sains
Tingkatan 1)

4. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Penyiasatan Saintifik ditunjukkan dalam Jadual 2.


Jadual 2: Rubrik Penyiasatan Saintifik

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN
Merancang strategi dan prosedur yang kurang tepat dalam
penyiasatan saintifik.
Menggunakan bahan dan peralatan sains yang kurang sesuai
untuk menjalankan penyiasatan saintifik.
Tiada data dikumpul dan direkodkan.
Tiada penerangan atau penerangan sukar difahami.
Merancang strategi dan prosedur yang betul dalam
penyiasatan saintifik dengan bimbingan.
Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai.
Mengumpul dan merekod data yang tidak lengkap atau tidak
relevan.
Membuat interpretasi dan kesimpulan yang tidak bersandar
kepada data yang dikumpul.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

TAHAP PENGUASAAN

2017

TAFSIRAN
Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang
betul dalam penyiasatan saintifik dengan bimbingan.
Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan
betul.
Mengumpul dan merekodkan data yang relevan.
Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual
dengan sedikit ralat.
Membuat interpretasi dan kesimpulan yang bersandar kepada
data yang dikumpul
Menulis laporan penyiasatan saintifik yang kurang lengkap.
Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang
betul dalam penyiasatan saintifik.
Mengendali dan menggunakan bahan dan peralatan sains
yang sesuai dan betul untuk mendapatkan keputusan yang
jitu.
Mengumpul data yang relevan dan merekodkan dalam format
yang sesuai.
Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual
dengan tiada ralat.
Membuat interpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan
tujuan penyiasatan.
Menulis laporan penyiasatan saintifik yang lengkap.
Menjalankan penyiasatan saintifik dan menulis laporan yang
lengkap.
Mengumpul, mengorganisasikan dan mempersembahkan data
dalam bentuk numerikal atau visual dengan baik.
Menginterpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan
penaakulan saintifik.
Mengenal pasti trend, pola dan hubungan data.

Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan


teori, prinsip dan hukum sains dalam membuat pelaporan.
Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah
penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu.
Membincangkan kesahan data dan mencadangkan
penambahbaikan kaedah pengumpulan data.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

RINGKASAN RUBRIK PENYIASATAN SAINTIFIK/EKSPERIMEN


Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen untuk menentukan Tahap Penguasaan

Merancang
eksperimen

PERKARA
Tujuan penyiasatan

TP 1

TP 2

Hipotesis
Semua pembolehubah
terlibat
Bahan dan radas
Kaedah atau teknik
Menjalankan
eksperimen

Mengumpul
dan merekod
data/pemerhat
ian

Mentafsir data
Membuat
kesimpulan

Menggunakan radas
mengikut perancangan
yang telah dibuat
Membersihkan dan
menyimpan radas

Membina jadual dengan


pembolehubah yang
dimanipulasi dan
pemboleh ubah yang
bergerak balas
Melengkapkan jadual
dengan data yang betul
atau pemerhatian
pembolehubah yang
bergerak balas.

TP 3

TP 4

TP 5

TP 6

Kurang
tepat

Menulis perbincangan
atau melukis graf yang
menyokong data
terkumpul

Menyatakan sama ada


hipotesis diterima atau
ditolak

Membuat rumusan
daripada eksperimen
dengan betul

Menjustifikasikan
dapatan penyiasatan
dengan mengaitkan teori,
prinsip dan hukum sains
dalam membuat
pelaporan.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM


PERKARA
Menilai dan
mencadangkan
penambahbaikan kepada
kaedah penyiasatan dan
kaedah inkuiri lanjutan
apabila perlu
Membincangkan
kesahan data dan
mencadangkan
penambahbaikan kaedah
pengumpulan data.

TP 1

TP 2

TP 3

TP 4

2017

TP 5

TP 6

Bagaimana mentaksir Domain Sikap Saintifik dan Nilai Murni?


1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan
epistemik murid terhadap sains
2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa;
Sesi pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik.
Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek.
Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa pdp.dan sebagainya.
3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.
4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni ditunjukkan
dalam Jadual 3.
Jadual 3: Rubrik Sikap Saintifik dan Nilai Murni
TAFSIRAN

TAHAP PENGUASAAN

Murid belum berkebolehan untuk.

menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk


menyelesaikan masalah.
menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.
mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.

Murid kurang berkebolehan untuk:

menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk


menyelesaikan masalah.
menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.
mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.

Murid berkebolehan:

menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk


menyelesaikan masalah.
menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk
berkomunikasi.
mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang
digunakan.
Murid berkebolehan:
menentukan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.

menentukan implikasi menggunakan sains untuk


menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.
selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi untuk
berkomunikasi.
mendokumentasikan sebahagian daripada sumber maklumat
yang digunakan.

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

TAFSIRAN

TAHAP PENGUASAAN

Murid berkebolehan:
merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu
sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi
dengan baik.
mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat
yang digunakan.

Murid berkebolehan:
merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
membincang dan menganalisis implikasi sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara konsisten
untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat
mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap.
menjadi role model kepada pelajar lain.

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning, PBL)


1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu
tujuan tertentu.
2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal untuk dilengkapkan.
3. PBL bersifat pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Murid
boleh mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis dalam standard pembelajaran.
4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun.mengambil kira daripada 20% markah akhir
tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik.
5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik, Hasil projek boleh
dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan
murid lain.
6. Guru perlu jelas perbezaan antara problem-based learning dan project-based
learning.
Problem-based learning teaches to the standards,
Project-based learning teaches student to apply the standards.

10

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM

2017

7. Guru perlu merekod DUA keputusan penilaian kerja projek yang terbaik ke dalam
borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum seperti di bawah

Tahap Penguasaan Keseluruhan


Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan
murid pada akhir sesi persekolahan.Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi
aspek kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Untuk itu,
guru perlu menilai murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa
proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian
dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja
projek berkumpulan dan sebagainya. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk
memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama rakan sejawat. Guru
boleh menyediakan rubrik bagi tahap penguasaan keseluruhan murid yang diajar.

Tamat

11

Você também pode gostar