Você está na página 1de 13

INTERNATIONAL DIPLOMA PHYSICAL EDUCATION

AND SPORT COACHING


2014
CEEM 588 ETHNIC RELATIONS : ASSIGMENT 7 AND ASSIGNMENT 8

NAMA : NUR FIRDAUS BINTI ABD RAHIM


NRIC : 831207045220
TEL NO : 016-9267097
EMEL : arachis_nur@yahoo.com

LEARNING CENTRE : ASTON,NILAI, NEGERI SEMBILAN.


LECTURER : MUNAH BT MUSA

SMK DANG ANUM


JALAN JASIN, 77300, MERLIMAU MELAKA

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP


2015

DISEDIAKAN OLEH:
SETIAUSAHA RIMUP
SMK DANG ANUM

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID


UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2015

1. Pendahuluan
Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah
satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang berbilang
kaum. Program ini melibatkan semua badan-badan beruniform .
2. Tarikh
6, 7 dan 8 februari 2015
3. Hari
Jumaat, Sabtu dan Ahad
4. Tempat
Kem Pengakap Bukit Katil
5. Rasional
Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila
sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secera bersama-sama.
Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan
persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu
daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang
bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya.

6. Objektif

Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk

menghadapinya.
Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang

dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak
dan menguruskan diri.
Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.
Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa.
Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan,
undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

7. Kumpulan Sasaran
80 orang peserta / 5 orang setiap badan beruniform
8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform
Penasihat

: Tuan Haji Abu Bakar B Ahmad ( Pengetua SMKDA)

Pengerusi

: Puan Salmi B Abas ( GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi

: Puan Suhana Mahsuri ( S/u KoKurikulum)

Setiausaha

: Pn Nur Firdaus Abd Rahim ( Setiausaha)

9. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2015


Kem Komandan

: En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail

Keselamatan/Disiplin

: Pn. Syaelbidiya Azizon

Hadiah/Cenderahati

: Pn. Rosmayanty bt. Rosly


Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi

Quatermaster

: Pn. Hjh. Sarina bt. Yahya


Pn. Seri Pawati bt. Kasrol
Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Buku Program

: Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Sijil

: En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi

Juru Acara

: En. Mohd. Norsani b. Mahat

Tempat Ibadat

: Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Aktiviti

Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat :


Cik Nur Salhan Bibi bt. Ismail
Pn. Noraliza bt. Yahid
En. Zamri b. Yahya
Pn. R. Tamil Selvi

Bengkel Tarian Asli


Cik Zuraidah bt. Aluwi
Pn. Idyuwati bt. Mohd. Poly
Cik K. Vanitha

: Bengkel Selera Tradisional


Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP)
Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2)
Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

Giliran Bertugas Malam

Bengkel Permainan Etnik


En. Khairil Anuar b. Mohd. Razi
En. Md. Zolman b. Che Man
En. Zulkepli b. Zakaria
Cik K. Vanitha

Jumaat
Pn. Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz
Cik Zuraidah bt. Aluwi
En. Khairil Anuar
Pn. Rosmayanty
Cik Norhafizah

: Sabtu
Cik Salhan Bibi
En. Md. Zolman
En. Syed Zulkepli

10. Program Dan Aktiviti:


JUMAAT
0230tgh

: Berkumpul

: Pendaftaran
: Taklimat
: Mendirikan khemah

Semua Guru
En.Norsani/
En. Syed

0400ptg

: Minum petang
: Solat

QM

0500ptg

: Bengkel Permainan Etnik

En. Khairil

0700mlm

: Pengurusan diri dan solat

En. Norsani

QM

: Makan malam
0900mlm

: Bengkel Nyanyian

0100pg

: Tidur

Cik Salhan/Pn.Liza
Guru bertugas

SABTU

0500pg

: Pengurusan diri dan solat

: senaman pagi

En. Khairil/En. Zolman

0745pg

: Sarapan

0800pg

: Bengkel tarian tradisional 1

1230tgh
: Makan tengahari
: Pengurusan diri dan solat
0200ptg

: Latihan persembahan kumpulan

0400ptg
: Solat Asar

: Minum petang

0500ptg

: Permainan Etnik Malaysia

0700mlm
: Makan malam
: Pengurusan diri dan solat
0900mlm

: Malam Kebudayaan

1100mlm
: Minum malam
: Tidur

AHAD

En. Syed

QM
Cik. zuraidah
QM

semua guru/kumpulan
QM

En.Zolman/En.Khairil
QM

Semua guru
QM

0500pg

: Pengurusan diri dan solat

En. Norsani

0700pg

: Senaman Pagi

En.Khairil/En.Zolman

0745pg

: Sarapan Pagi

QM

0800pg

: Bengkel Selera Tradisional

Pn.Norijah

1000pg
: Membuka khemah dan
membersihkan kawasan
1100pg

: Minum pagi

Semua guru

QM

11.30pg
: Perasmian Penutup oleh PPD JJ Semua guru
: Penyampaian Hadiah
: Jamuan Makan Tengahari
Semua guru
: Bersurai

11. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA

KOS (RM) SEORANG

JUMAAT

1.20
4.00

SABTU

2.00

Minum petang
Makan malam

Sarapan
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam

1.20
4.00
1.20
4.00

AHAD

2.00
1.20

JUMLAH

20.80

Sarapan
Minum pagi

Hadiah penyertaan

RM 2.00 X 68

Cenderamata perasmi
Jamuan penutup

RM 136.00
RM 030.00

RM 4.00 X 30

RM 120.00

Backdrop

RM 030.00

Runcit

RM 050.00

JUMLAH

RM 366.00

12. PENUTUP
Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola
dan menjayakan Program Perkhemahan RIMUP 2007 amatlah diharapkan. Semoga
dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan program perkhemahan pada
tahun ini lebih cemerlang.

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program atas
kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa
aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan semua kaum
di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan persefahaman yang
terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling bantumembantu dan memahami antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik, Sukan
dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan serta
Program Khidmat Masyarakat.
Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan
bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang
mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan
Ahad).
Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak
sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk
kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai,
menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai
teknik-teknik perkhemahan
Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli yang
mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.
Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 60 orang yang
melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau tuan rumah.
Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola
oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah :

Kem Komanden
Keselamatan dan Disiplin
Tempat Ibadat
Hadiah dan Cenderahati
Buku Program
Sijil
Juru Acara
Quartermaster
PA Sistem
Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.
Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM
386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah
penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini
adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera
Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh
guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan yang
tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan
malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan bertanggungjawab
pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk guru pengiring
dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini
akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas
semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah telah
menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam.
Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti
perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan tapak
perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran.
Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempul /
Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam 12.30
tengahari.

Disediakan oleh
SETIAUSAHA RIMUP

REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program
yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di
daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya RIMUP ini menggabungkan
beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan melibatkan badanbadan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit
Merah (PBSM) dan sebagainya.
Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada
tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan Silang
Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini.
Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah sekolah
termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK
PULAPAH.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat
saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu
padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan
budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan
komunikasi yang baik.
Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktivitiaktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari
sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang
berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.
Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang
ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak
perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid
dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusanurusan tertentu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid
terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel
nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel
permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang
berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun.
Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang
dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti
ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan.
Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut
alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak

mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang
mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL).
Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk
perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerja-kerja
menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja
dibekalkan dalam bilik guru.
Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat
murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini
masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang
basah.
Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau
malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan
murid India mengamalkan menu vegetarian dalam kehidupan mereka. Ini sedikit
menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.
Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur
dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu
untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda
keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari
tersebut.
Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan
penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan
yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang
sewajarnya oleh tuan rumah.
Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik
guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan
kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti.
Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir
atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi
membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain
itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan
aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu
disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung.
Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan
cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan
bersemangat buat para peserta.
Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai
perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka
sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada
kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan
dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki.
Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang
dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti,

diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan
yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.

Você também pode gostar