Você está na página 1de 3

Aurat Wanita Rambut

"Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang


seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094).
Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur
rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza rambut, menyambung rambut dan
mewarnainya. Rebonding juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi
hukumnya perlu diperincikan.
Apakah Hukumnya Menurut Syarak?
Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram kerana dua
sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu. Hukum rebonding adalah haram
kerana ia termasuk dalam proses mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah ) yang telah
diharamkan oleh nash-nash syara. Dalil keharamannya adalah keumuman firman
Allah yang bermaksud:
Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan
Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya" an-Nisaa` (4):
119].
Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak
menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa. Mengubah ciptaan Allah (taghyir
khalqillah) didefinisikan sebagai proses mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan
ia menjadi sesuatu yang lain (tahawwul al-syai` an shifatihi hatta yakuna ka`annahu
syaiun akhar ), atau bermakna menghilangkan sesuatu yang asal itu sendiri (al-izalah).
[Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syariyah li al-Amaliyat al-Tajmiliyyah,
halaman 9].

Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk dalam perbuatan
mengubah ciptaan Allah ( taghyir khalqillah ), kerana rebonding telah mengubah struktur
protein dalam rambut secara kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli
menjadi sifat atau bentuk rambut yang lain. Dengan demikian,hukum rebonding adalah
haram.
Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga
mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas , iaitu mengharamkan segala
perbuatan yang memenuhi dua unsur illat hukum, iaitu mengubah ciptaan Allah dan
untuk tujuan kecantikan.
Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan.
Muawiyah
berkata:
"Sesungguhnya
Rasulullah
saw
menamakan rambut palsu sebagai penipuan ." [Hadis sahih
riwayat Bukhari dan Muslim.]
Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi
bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan.
Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah
struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti
menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh. Sama
juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat,
dan mendandan rambut. Malahan ini perkara yang disunatkan.
Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah
dia muliakannya (menjaga kebersihan rambutnya)." [Hr Abu
Daud - Hadis Hasan sahih]
Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi
termasuk tazayyun (berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara, dengan syarat
tidak boleh dipamerkan kepada yang bukan mahram.

Wanita juga diwajibkan memenuhi kriteria menutup aurat untuk menjaga ketenteraman
awam agar tidak terganggu secara emosi dengan aurat yang terdedah sehingga menjadi
punca berlakunya kerosakan dan maksiat. Bahagian tubuh yang didedahkan dan
menggoda kerapkali mengganggu ketenteraman jiwa lelaki dan mungkin juga wanita
yang melihat sehingga turut mengganggu kerukunan rumahtangga dan masyarakat.
Justeru itu dengan menutup aurat secara sempurna akan menyelamatkan wanita, lelaki
dan seluruh masyarakat daripada begitu banyak kerosakan yang mungkin berlaku.
Di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud: Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin,
hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih
mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu.

Você também pode gostar