Você está na página 1de 9

Analisis Sebab dan Akibat Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan

Bahasa Inggeris

Pengenalan
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2011, mengikut Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 bagi menggantikan PPSMI. Matlamat melahirkan
masyarakat yang berupaya menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dengan
baik adalah antara fokus baharu dalam sistem pendidikan negara. Selaras dengan pelaksanaan
PPPM 2013-2025, dasar MBMMBI memfokuskan usaha memartabatkan BM dan memperkukuh
BI bagi melahirkan masyarakat yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, bersatupadu serta
dapat menjana daya saing hingga ke peringkat antarabangsa. Strategi utama memartabatkan
bahasa Malaysia melibatkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah serta penambahbaikan terhadap
pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Manakala strategi utama
memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa
Inggeris, penyediaan guru dan bahan yang mencukupi lagi berkualiti bagi melaksanakan
kurikulum tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil. 4/2010 yang dipengerusikan
oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyidin
Yasin pada 28 September 2010 telah memutuskan supaya pemantauan pelaksanaan Dasar
MBMMBI dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011.

Matlamat Dasar
Matlamat Dasar MBMMBI adalah untuk mewujudkan masyarakat yang menguasai BM
dan BI dalam sistem pendidikan negara. Fokus kepada BM dan BI bertujuan melahirkan
masyarakat yang bersatu-padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing di
peringkat dunia. Matlamat ini selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI untuk melahirkan
murid yang fasih dan yakin menggunakan BM dan BI.
1

Perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI


Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan
pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina/Tamil dan sekolah menengah. Manakala, dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil.

Analisis Dasar
Antara isu atau masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan dasar ini dibuat ialah:
1. Pihak sekolah boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran bagi sains dan matematik
berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing.
2. Kesediaan guru sedia ada di sekolah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.
3. Peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditambah.
4. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, lamansembang dan laman web
@ ICT.
5. Makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong dasar
MBMMBI.
6. Kos yang tinggi untuk import guru pakar Bahasa Inggeris dari luar negara.
7. Memerlukan masa untuk melaksanakan strategi dasar.

Bagi menyelesaikan isu atau masalah yang dihadapi ini, saya menggunakan rajah tulang
ikan (fish bone) atau dikenali juga sebagai rajah Ishikawa (rujuk Rajah 1.0). Melalui rajah tulang
ini, dapat dikenalpasti antara sebab-sebab dan akibat kepada pembentukkan dasar MBMMBI.

Rajah 1.0

1. Pihak sekolah boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran bagi sains dan
matematik berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah
masing-masing
Sebab:
a)

pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik boleh


menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia sahaja
di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah
bahasa Inggeris dan bahasa Cina atau bahasa Cina sahaja di Sekolah Jenis

b)

Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa Inggeris dan bahasa Tamil atau bahasa Tamil
sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT).
Akibat:
a) tiada kesepakatan dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran.
b) murid berlainan kaum tidak menggunakan bahasa Melayu yang seharusnya
menjadi alat perpaduan sebagai kayu ukur keberkesanannya.

2. Kesediaan guru sedia ada di sekolah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris
Sebab:
a) Guru opsyen tidak mengcukupi
b) Guru kurang berpengalaman
Akibat:
a) Guru kurang bermotivasi dalam p&p
b) Murid tidak berminat belajar dalam kelas
c) Guru terpaksa bersusah-payah dalam penyampaian bahasa Inggeris bagi yang
bukan opsyen/ kurang pengalaman

3. Peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditambah
4

Sebab:
a) Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit
hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan
ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu.
b) Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan
ditambah antara 30 minit hingga 90 minit seminggu.
c) Pertambahan bilangan guru mengajar mata pelajaran BI
Akibat:
a)
b)
c)
d)

Keperluan guru opsyen meningkat


Guru bukan opsyen diambil untuk mengajar bagi memenuhi keperluan
Bertambah beban kerja guru
Prestasi murid mungkin terjejas

4. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, lamansembang dan laman


web @ ICT
Sebab:
a) Akses kepada internet yang tidak memuaskan terutama dikawasan pendalaman
b) Kurang prasarana yang lengkap
c) Kurang pengetahuan dalam mengendalikan alatan ICT
Kesan:
a) Guru tidak dapat mengaplikasi pengetahuan penggunaan ICT sebaik mungkin
b) P&p terganggu

5. Makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong


dasar MBMMBI
Sebab:
a) merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam
pelaksanaan dasar MBMMBI

b) kemudahan infrastruktur makmal bahasa yang tidak lengkap dengan alat pandang
dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris
c) kemudahan sedia ada yang tidak mengcukupi dan bersifat sementara
Akibat:
a) guru tidak dapat menggunakan program makmal bahasa yang dicanangkan oleh
KPM
b) guru tiada sumber rujukan yang boleh memudahkan proses p&p
c) murid hanya mengharapkan ilmu daripada guru dan tidak berupaya merujuk pada
sumber lain

6. Kos yang tinggi untuk import guru pakar Bahasa Inggeris dari luar negara.
Sebab:
a) Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa di
peringkat global
b) Pakar Bahasa Inggeris dilantik sebagai mentor kepada kepada guru-guru Bahasa
Inggeris yang terlibat mengajar bahasa Inggeris di sekolah
Kesan:
a) Tidak semua sekolah menerima pakar bahasa Inggeris sebagai mentor. Terhad
kepada sekolah yang terpilih sahaja.
b) Berlaku ketidakpuasan pada sesetengah pihak.
7. Memerlukan masa untuk melaksanakan strategi dasar
Sebab:
a) Kerajaan perlu menyediakan 13,000 guru baru yang terlatih khususnya dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik dalam tempoh setahun.
Kesan:
a) Kekurangan tenaga pengajar
6

b) Menambahkan beban tugas guru sebelum kemasukan tenaga pengajar baru

Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Dasar MBMMBI di Sekolah


1. Kerajaan harus memberi penerangan kepada masyarakat tentang kepentingan bahasa
inggeris dan perkembangan pendidikan semasa
2. Kerajaan harus menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana
sekolah terutamanya menaiktaraf makmal komputer sebagai makmal bahasa yang
lengkap mekanisme peralatannya.
3. Pentadbir sewajarnya duduk semeja bersama guru bagi mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh guru BM dan BI termasuk guru bukan opsyen yang mengajar
matapelajaran tersebut.
4. Guru perlu sentiasa sedia dan peka dalam melahir dan menggunakan situasi-situasi
pembelajaran secara cekap dan berkesan agar murid-murid dapat digerakkan untuk
berfikir secara kreatif dan kritikal.
5. Setiap guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tertentu supaya mereka
dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah
untuk mengajar.

Kesimpulan
Dasar ini memberi ruang yang cukup luas dalam usaha Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Bakal guru dan guru-guru yang sedang berkhidmat
berperanan besar dalam melaksanakan dasar ini sesuai dengan matlamat pelaksanaannya. Usaha
ini diharapkan dapat melonjakkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Semoga setiap usaha
yang dilakukan membuahkan hasil seterusnya melahirkan modal insan yang seimbang, holistik
dan berperanan besar dalam menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Usaha ini
merupakan satu cabaran besar. Kementerian Pendidikan Malaysia harus bekerjasama dengan
7

pertubuhan-pertubuhan bahasa dan seluruh institusi dan pergerakan sivil bagi merancang satu
gerakan kesedaran dan pembudayaan dasar ini. Ia boleh dirancang antaranya dengan
menyemarakkan kegiatan seperti penganjuran program pendidikan lanjutan di peringkat dewasa,
belia, remaja dan kanak-kanak bagi memberi peluang kepada mereka mendalami bahasa Melayu
dan Inggeris secara tidak formal dan berterusan. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita
berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, perlu mampu
untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Peranan sekolah amat penting
dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Rujukan

Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Memartabatkan Bahasa Melayu &


Memperkukuh Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Laporan Awal. Putrajaya: Penulis.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Kuala Lumpur: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
8

Sufean hussin. 2009. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori & Analisis. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Surat Pekeliling Ikhtisas BIL.2/2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Você também pode gostar