Você está na página 1de 3

ADAT PERTUNANGAN MASYARAKAT MELAYU

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan


diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang
hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza
pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak
perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima
umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula
segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam
nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara
pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu
anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran
tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan
mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat
merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang
demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak
itu berkahwin.
Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang
telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak
memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan
perkahwinan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai
kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut
diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib
sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan
hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh,
sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan
memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh
pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera.
Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini
dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan
daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum
majlis persandingan dijalankan.
*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*
Terbahagi kepada lima cara:
1) Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang

perempuan secara langsung.


2) Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
3) Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
4) Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
5) Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan
salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi
syarak.
*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke
rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan.
Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai
tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak
perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk
perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri
dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini
diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat
merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang


diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan
ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah
menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar
tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui
bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda
pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan.
Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah
terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan
tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan
menghadirinya adalah wajib.
WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua
pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua
(peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam
tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun

pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.


Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah.
Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2
hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling
memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan
iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam
pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang
bakal dibina.

Você também pode gostar