Você está na página 1de 3

Apa Yang Perlu Kita Buat Selepas Letih

Bermain Bola Sepak?

Kita pasti akan berasa letih selepas penat beraksi ketika bermain bola sepak atau futsal, tidak
kiralah ketika perlawanan kompetitif atau ketika mengisi aktiviti masa lapang bersama rakan-
rakan.

Jika anda bermain bersama pasukan yang teratur, anda mungkin akan melalui sesi
menyejukkan badan atau recovery bersama rakan sepasukan yang dipantau oleh jurulatih
kecergasan.

Tapi bagaimana untuk pemain amatur seperti kita?

Artikel ini akan menerangkan kepada anda 3 cara untuk menyejukkan badan selepas penat
beraksi.

Menyejukkan badan secara aktif

Pasti ada diantara anda yang biasa dengar dengan ayat ini, lepas lari jangan terus duduk,
jalan dulu.

Sebenarnya itu adalah sebahagian daripada cara untuk menyejukkan badan secara aktif.

Menyejukkan badan secara aktif terdapat beberapa cara, dan ia memerlukan anda untuk
bergerak seperti berjoging atau meregangkan badan selepas bermain.

Berikut adalah cara-cara menyejukkan badan secara aktif:

Joging perlahan selama 5 minit

Regangkan badan selama 5-10 minit

Latihan berlari dengan intesiti rendah

Latihan ringan menggunakan bola seperti menggelecek atau menimbang bola. Jangan
merembat bola atau tendang bola terlalu kuat.

Larian santai selama 5-10 minit

Joging selama 2 minit berserta dengan beberapa siri regangan.

Sesi menyejukkan badan secara aktif ini juga boleh dilakukan dengan berenang di kolam
renang, ataupun cuba berjalan di dalam kolam renang.
Selain itu, berbasikal juga digalakkan untuk proses penyejukkan badan.

Dalam masa yang sama, permakanan juga penting. Jika terasa amat letih, anda boleh makan
makanan seperti buah-buahan atau pun bijirin selepas beraksi.

Apa yang pemain bola sepak selalu buat untuk sejukkan badan?

Lazimnya, pemain bola sepak profesional akan melakukan aktiviti merendamkan diri mereka
di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan ketulan-ketulan ais.

Teknik ini adalah salah satu cara yang sesuai untuk menyejukkan badan dan dapat meredakan
badan mereka selepas letih beraksi sama ada di selepas latihan atau selepas beraksi dalam
perlawanan sebenar.

Namun begitu, ada juga pemain bola sepak yang tidak gemarkan sesi tab mandi berais ini.

Ia berkemungkinan kerana sesetengah pemain tidak gemar untuk terkena dengan kesejukan
ketulan-ketulan ais yang banyak pada badan mereka.

Ada cara lain tak selain cara aktif?

Ada. Anda boleh melakukan sesi menyejukkan badan dengan cara yang pasif atau santai.

Cara tersebut adalah dengan tidur, hal ini kerana bada memerlukan tidur yang cukup daripada
tidur.

Namun begitu, terdapat juga cara-cara lain yang boleh dilakukan seperti membaca buku,
menonton televisyen atau pergi menonton wayang bersama teman-teman.
Ia boleh dikatakan sebagai aktiviti untuk merehatkan badan dan minda dari bola sepak
seketika selepas penat berlatih di padang latihan serta beraksi di perlawanan-perlawanan
penting.

Você também pode gostar