Você está na página 1de 5

KEM BAKAT BOLA BALING (K3B) SMK MUDZAFFAR SHAH

TAHUN 2016
1. PENGENALAN

Bola baling merupakan satu sukan yang amat popular di negeri Perak pada
masa kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular dikalangan pelajar
sekolah sekolah rendah. Melalui sukan bola baling ini juga kita dapat
mengeratkan hubungan dikalangan para pelajar kita.

Oleh yang demikian SMK Mudzaffar Shah telah mengambil satu inisiatif untuk
menganjurkan KEM BAKAT BOLA BALING (K3B) bagi mencungkil bakat-bakat
baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling anjuran Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kerian pada tahun hadapan

2. MATLAMAT

Matlamat penganjuran K3B ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat
kesukanan dikalangan pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para
pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam
bidang sukan.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik
tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum atau sukan.

3.2 Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar


SMK Mudzaffar Shah.
3.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman
dalam menyertai sesuatu pertandingan amnya pertandingan bola baling.
3.4 Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jati diri,
mampu bersaing dalam mana-mana pertandingan.

4. SASARAN

K3B ini akan lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 dan 2.
Seramai 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan yang berminat
akan dipilih untuk menyertai K3B ini. Ini memandangkan, pelajar-pelajar
menengah atas yang pandai dan mahir bermain semakin menyusut pemain-
pemainnya. Dengan adanya, K3B ini, harapan agar dapat melahirkan ramai
pemain-pemain yang mahir dalam pemaianan bola baling.

5. TENTATIF PROGRAM

Tarikh, masa dan tempat adalah seperti di bawah

BIL TARIKH MASA TEMPAT GURU


1 13.8.2016 8.00 PAGI 12.30 TGH PADANG SMK MS EN. CHIK ZULKHAIRI
PN. AZIAH
EN. TAHA
PN KAHTIJAH
2 20.8.2016 8.00 PAGI 12.30 TGH PADANG SMK MS EN. CHIK ZULKHAIRI
PN. AZIAH
EN. TAHA
PN KAHTIJAH
3 27.8.16 8.00 PAGI 12.30 TGH PADANG SMK MS EN. CHIK ZULKHAIRI
PN. AZIAH
EN. TAHA
PN KAHTIJAH
4 24.9.16 8.00 PAGI 12.30 TGH PADANG SMK MS EN. CHIK ZULKHAIRI
PN. AZIAH
EN. TAHA
PN KAHTIJAH
5 1.10.16 8.00 PAGI 12.30 TGH PADANG SMK MS EN. CHIK ZULKHAIRI
PN. AZIAH
EN. TAHA
PN KAHTIJAH

6. GURU-GURU YANG TERLIBAT

1. EN. CHIK ZULKHAIRI B MUHAMMAD


2. PN. NOOR AZIAH BT TALIB
3. EN. TAHA B SULAIMAN
4. PN KAHTIJAH BT UMAR
5. CIK FATHEN FASEHAH BT HASHIM
6. PN ROSNITA BT RAMELI
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bola baling
a. Bola baling saiz 2 (4) RM 359.60
b. Bola baling saiz 3 (2) RM 179.80
2 Makan dan minum pelajar
a. 40 x RM 3.50 13.8.16 RM 140.00
b. 40 x RM 3.50 20.8.16 RM 140.00
c. 40 x RM 3.50 27.8.16 RM 140.00
d. 40 x RM 3.50 24.9.16 RM 140.00
e. 40 x RM 3.50 1.10.16 RM 140.00

3 JUMLAH KESELURUHAN RM 1239.40

8. PENUTUP

Adalah menjadi harapan sekolah agar program ini dapat mencapai matlamatnya
disamping dapat memberikan keseronokan kepada murid-murid sekaligus
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam sukan serta
permainan yang telah diperkenalkan. Segala kerjasama dan bantuan dari
pelbagai pihak terutamanya guru-guru dan murid-murid amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

_______________________ __________________ ________________


(CHIK ZULKHAIRI B MUHAMMAD)
KEM BAKAT BOLA
BALING (K3B)

SMK MUDZAFFAR
SHAH
TAHUN 2016

Você também pode gostar