Você está na página 1de 12

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 1/2015

MAKLUMAT, SYARAT & PERATURAN


SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015
SEMPENA HARI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN HARI WETLAND SEDUNIA
2015
DI SISIRAN TASIK PRESINT 1, DAN TAMAN WAWASAN

1 Mac 2015 (Ahad)

1.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 2013, Perbadanan Putrajaya telah menjenamakan semua


pertandingan memancing dengan nama Sirkit Pancing Putrajaya. Sistem
Pemarkahan juga telah ditambahbaik bagi memberi galakan kepada
pemancing untuk terus mengambil bahagian dalam siri pertandingan
memancing yang dilaksanakan.

Pada tahun ini, sebanyak empat (4) siri sirkit akan dilaksanakan iaitu:

i) Siri 1 : Sirkit Pancing Putrajaya sempena Hari Wilayah


Persekutuan dan Hari Wetland Sedunia.
ii) Siri 2 : Sirkit Pancing Putrajaya sempena Hari Belia
Negara
iii) Siri 3 : Sirkit Pancing Putrajaya sempena sambutan
Kemerdekaan & Hari Malaysia
iv) Siri 4 : Sirkit Pancing Putrajaya Piala Presiden

Pada setiap pertandingan hadiah menarik disediakan dan hadiah yang paling
menarik adalah untuk Johan Keseluruhan Sirkit 2015 dengan mengambilkira
rekod-rekod tangkapan bagi siri 1, 2, 3 dan 4.

Pendaftaran memancing secara atas talian (online) diperkenalkan bermula


tahun 2013. Perkhidmatan ini diteruskan untuk memudahkan para peserta
yang berada jauh dari Putrajaya untuk turut serta. Peserta 1000 terawal juga
berpeluang mendapat hadiah t-shirt percuma. Pembahagian t-shirt adalah
500 helai bagi peserta pertama yang mendaftar secara online dan 500 helai
lagi bagi peserta yang mendaftar di kaunter.

2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 1 Mac 2015 iaitu pada hari
Ahad (7:30 pg hingga 12:30 tgh).

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


1
3.0 LOKASI PERTANDINGAN

Lokasi pertandingan di Sisiran Tasik Presint 1 dan Taman Wawasan Tasik Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pertandingan.
Pemilihan lokasi ini kerana ia merupakan kawasan yang mempunyai persisiran tasik yang sesuai untuk aktiviti memancing di
samping telah sedia ada pokok yang matang dan redup. Juga dari segi kemudahan serta akses ke tapak berkenaan.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


2
4.0 PENYERTAAN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai. Penduduk Putrajaya


dialu-alukan menyertai pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti
riadah. 1000 penyertaan terawal akan mendapat t-shirt percuma (500
pendaftaran melalui online dan 500 helai pendaftaran melalui kaunter).
Peserta layak mendapat lebih dari 1 t-shirt ( tertakluk kepada bilangan
penyertaan).

4.2 Penyertaan dikira selepas bayaran dibuat oleh peserta.

4.3 Peserta perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, no.
passport dan warganegara dan no telefon yang sama setiap kali
mendaftar di setiap pusingan.

4.4 Pendaftaran untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :

i. Di kios Information Center, Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat


Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula
pada 23 27 Februari 2015.

Waktu urusan kaunter dibuka pada jam :


9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
2.00 hingga 5.00 petang

ii. Pendaftaran secara online di laman sesawang www.ppj.gov.my


dan www.putrajaya.gov.my bermula pada 9 26 Februari 2015,
jam 11.59 p.m

iii. Tapak pertandingan bermula jam 12.00 tgh, 28 Februari 2015


sehingga tamat masa pertandingan 12.30 tengahari, 1 Mac
2015)

4.5 Peserta perlu menyimpan semua resit penyertaan sehingga pusingan


akhir sebagai bukti penyertaan sekiranya berlaku kesilapan dalam
senarai pemenang yang dikeluarkan oleh penganjur.

4.6 Kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka bermula pada jam 12:00
tengah hari sebelum hari pertandingan berlangsung.

4.7 PENGESAHAN PENDAFTARAN pada jam 12:00 tengah hari, 28


Fenruari 2015 (Sabtu) sehingga ke masa pertandingan tamat. Sila
pastikan membawa kad pengenalan semasa membuat pengesahan.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


3
5.0 YURAN PENYERTAAN

5.1 Yuran penyertaan ialah RM 10.00 bagi setiap joran yang digunakan
manakala peserta antarabangsa akan dikenakan yuran penyertaan
sebanyak RM50.00.

5.2 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan


penyertaan.

5.3 Semua peserta perlu memastikan perkara-perkara berikut diperolahi


selepas pengesahan pendaftaran:

Tag joran;
Tag pancang;
Gelang peserta;
Resit pendaftaran peserta;
Kupon cabutan bertuah (bersama-sama dengan no resit);
Salinan syarat-syarat dan lokasi pertandingan;
Plastik sampah;dan
Goodies (jika ada)

5.4 Peserta yang kehilangan tag joran dan resit pertandingan akan
dikenakan denda RM 20.00 sebagai bayaran kepada pihak penganjur
bagi mengeluarkan tag joran dan resit yang baru kepada peserta.

6.0 ACARA SAMPINGAN

Acara sampingan yang akan diadakan semasa pertandingan memancing :

i. Bengkel dan Pertandingan Fotografi Apresiasi Ekohidrologi Tasik dan


Wetland sempena Sirkit Pancing Putrajaya 1/2015 (28 Feb 1 Mac
2015)
ii. Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar.
iii. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori iaitu 7 - 9 tahun
dan 10 -12 tahun).
iv. Memancing Udang untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan
bayaran RM 3.00/10 minit.

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Hadiah menarik dan lumayan disediakan oleh Perbadanan Putrajaya


sebagaimana berikut :

i. Tempat Pertama : RM 7,000.00


ii. Tempat Kedua : RM 5,000.00
iii. Tempat Ketiga : RM 3,000.00
iv. Tempat 4-13 : RM 200.00
v, Tempat 14 20 : Saguhati

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


4
7.2 Bagi sirkit 2015, iaitu semasa berlangsung siri terakhir, di samping
hadiah sebagaimana yang dinyatakan di atas. Hadiah Grand Prix juga
akan disediakan sebagaimana perincian:

i. Tempat Pertama : Sebuah Kereta MyVi


ii. Tempat Kedua : Sebuah Motosikal Modenass
iii. Tempat Ketiga : TV LCD 32 inci

7.3 Hadiah Istimewa

Peserta pertandingan yang berjaya memancing dan memperolehi


ikan yang bertagging akan menerima hadiah khas. Selepas
maklumat ikan direkodkan, ikan tersebut perlu dilepaskan semula.

8.0 CABUTAN BERTUAH

Bagi memeriahkan lagi Pertandingan Memancing ini, PPj turut menyediakan


60 hamper Cabutan Bertuah bagi setiap siri pertandingan. Di samping itu,
peserta juga akan berpeluang membawa pulang sebuah motosikal
Modenas Kriss yang merupakan Hadiah Bonanza.

9.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03-8887 7443 dan 03-8887
7146 atau email: tmi@ppj.gov.my atau email: liza@ppj.gov.my.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


5
10.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

10.1 PESERTA

i. Peserta yang mempunyai rekod menipu atau cuba menipu


dalam pertandingan sebelum ini tidak dibenarkan menyertai
pertandingan;

ii. Peserta yang didapati menipu atau cuba menipu semasa


pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan tidak akan
dibenarkan untuk menyertai Pertandingan Memancing di
Putrajaya pada masa akan datang;

iii. Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20 meter dari tebing


tasik mulai 28 Februari 2015 pada pukul 12.00 tengah hari.

iv. Peserta wajib memakai gelang peserta yang diberikan


penganjur.

v. Peserta hanya boleh mendaftar sebanyak 5 rod (maksimum)


sahaja bagi satu nama dengan kadar bayaran RM 10.00/joran

vi. Peserta hendaklah membuang sampah di tong sampah yang


disediakan menggunakan plastik yang dibekalkan

vii. Semua perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah


tanggungan sendiri dan pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab di atas semua kehilangan, kemalangan atau
kecelakaan yang menimpa peserta;

viii. Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar


dari kawasan yang ditetapkan; dan

ix. Peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang


selepas mendapat Waran Marsyal.

10.2 KAWALAN KAWASAN

i. Dilarang membuang sampah di kawasan memancing;

ii. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan sama sekali


memasuki kawasan memancing;

iii. Peserta adalah di LARANG SAMA SEKALI masuk ke dalam


tasik Putrajaya;

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


6
iv. Dilarang merosakkan pokok dan tanaman di kawasan
memancing. Pemancing yang ditangkap merosakkan pokok &
persekitaran akan dikenakan kompaun oleh Perbadanan
Putrajaya dan penyertaan akan dibatalkan. Undang-Undang
Kecil Pengawalan Aktiviti Di Tasik (Wilayah Persekutuan
Putrajaya) 2004, Undang-undang Kecil Taman (Perbadanan
Putrajaya) 1999 dan Akta Perbadanan Putrajaya 1995,
Peraturan-Peraturan Wilayah Persekutuan Putrajaya
(Perlesenan dan Pendaftaran Aktiviti di Tasik) 2004 adalah
terpakai.

10.3 Peserta boleh menggunakan umpan seperti dedak, cacing, cengkerik,


roti, pellet, ikan hidup, lipas, lipan, ulat gendon, jenis-jenis ulat hidup,
bahan-bahan daripada buah-buahan seperti pisang, betik, buah kelapa
sawit, marshmallow telor kerengga. Semua pemancing wajib
menggunakan batu ladung.

10.4 Peserta ADALAH DILARANG menggunakan umpan tiruan(Rapala),


organ dalaman haiwan, umpan TAPA. katak, anak itik, anak ayam dan
umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir. Dan
meloyakan, cicak dan kuning telor.

10.5 Pelampung, mata dua, mata spider dan mata tiga adalah dilarang.

HANYA YANG
TIDAK DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN
DIBENARKAN

10.6 Pengunaan mata bom dan rambai adalah dibenarkan.

10.7 Selepas mendapat waran tangkapan ikan daripada marsyal, peserta


perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang dengan
membawa bersama joran yang menaikkan ikan, resit dan waran
tangkapan.

10.8 Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan


tamat dengan setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM150.00.
Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.

10.9 Joran yang digunakan mesti mempunyai tag yang disediakan oleh
penganjur. Jika joran patah, peserta perlu memaklumkan kepada
penganjur untuk mendapat tag joran yang baru. Joran tanpa tag
dibatalkan penyertaannya.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


7
10.10 Pancang yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah tertakluk
kepada syarat-syarat berikut;

i. Pancang dibenarkan dipasang pada jam 5.00 petang sehari


sebelum pertandingan;
ii. Hanya pancang berbentuk Y sahaja yang dibenarkan;.
iii. Pancang yang diikat dengan tali akan dipotong;.
iv. Pancang yang tidak mempunyai tag akan dicabut dan
ditanggalkan. Pancang tersebut boleh dituntut di khemah urus
setia;.
v. Pancang menggunakan ranting , buluh , paip PVC dan kayu
tidak dibenarkan; dan.
vi. Keselamatan pancang adalah tanggungjawab peserta.

10.11 Tag joran yang dibekalkan perlu dilekatkan secara memanjang


bermula dari tempat pemegang reel sehingga gelang pertama joran
masing-masing. Rujuk gambar di bawah.

10.12 Ikan yang berjaya dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan tag joran,
maka ikan tersebut tidak akan ditimbang.

10.13 Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Sekurang-


kurangnya satu mata kail perlu kena di bahagian dalam mulut sahaja
untuk layak dipertandingkan (mata bom/rambai). Jika semua mata kail
terkena ekor atau badan, ikan tidak layak dipertandingkan.

10.14 Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur.

10.15 Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja. Walau
bagaimanapun, lain-lain tangkapan akan dikira bagi Johan keseluruhan
Sirkit Pancing Putrajaya 2015.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


8
10.16 Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah mata bagi seekor ikan
yang ditimbang serta masa tangkapan ikan yang dicatat oleh marsyal.

10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat
dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di
dalam air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak
dipertandingkan.

10.18 Bagi mengekalkan konsep tangkap dan lepas maka saiz ikan yang
berjaya dinaikkan perlu dilepaskan semula ke Tasik Putrajaya
sebagaimana jadual berikut.

Jenis dan Saiz Ikan Yang Perlu Dilepaskan


Spesies Saiz
Sebarau Kurang 10 inci/25cm
Jelawat Kurang 10 inci/25cm
Belida Kurang 10 inci/25cm
Ketutu Kurang 10 inci/25cm
Lampam Sungai Kurang 7 inci/18cm
Tenggalan Kurang 14 inci/30cm
Kelah Semua Saiz
Temoleh Semua Saiz
Tengas Semua Saiz
Bujuk Semua Saiz
Kerai Semua Saiz

10.19 Semua ikan mestilah dihantar ke meja hakim bersama joran dan mata
kail masih melekat di mulut ikan

10.20 Semua spesis ikan keli tidak dipertandingkan.

11.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI SETIAP SIRI PERTANDINGAN

11.1 Kaedah penentuan pemenang berdasarkan Sistem Mata bagi


Pertandingan Memancing ini dibuat bagi memberi peluang ikan
tempatan berkualiti tinggi seperti Temoleh dan Tenggalan bersaing
dengan ikan lain untuk muncul juara.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


9
11.2 Kaedah ini dilakukan dengan memberikan pemberat bagi setiap
kumpulan ikan seperti jadual di bawah:

Sistem Mata Pertandingan Memancing Putrajaya

Mata/kg Spesis Ikan


10 Temoleh, Kerai, Tenggalan, Jelawat, Kelah,
Tengas, Ketutu
7 Sebarau, Belida, Baung, Patin, Haruan, Kalui,
Bujuk
5 Lampam, Tilapia, Kap Rumput, Rohu, Lee
Koh
3 Toman, Pacu dan lain-Lain

Nota: Ikan KELI tidak dipertandingkan

11.3 Kaedah ini dapat menggalakkan pemancing menghantar tangkapan


masing-masing ke meja Hakim untuk ditimbang, sekaligus membantu
pihak PPj mengenal pasti jumlah spesis ikan yang ada di dalam Tasik
Putrajaya.

11.4 Kaedah ini boleh mengurangkan risiko berlaku penipuan (membawa


ikan dari luar - contohnya ikan Keli dan sebagainya).

11.5 Penerangan bagi konsep ini adalah seperti berikut:

11.5.1 Bagi konsep ini, tiada kategori spesis dipertandingkan.


Sebaliknya, penganjur akan memilih 20 pemenang dengan mata
tertinggi bagi setiap seekor ikan yang ditimbang.

11.5.2 Setiap ikan akan ditimbang dan di darab dengan mata yang
telah ditetapkan seperti dalam jadual bagi mendapatkan jumlah
mata ikan berkenaan.

Contoh:

Pemancing 1 mendapat Temoleh 3 kilogram: 3 x 10 = 30 mata


Pemancing 2 mendapat toman 8 kilogram: 8 x 3 = 24 mata

Dalam kes di atas, Pemancing 1 adalah pemenang dengan 30


mata walaupun berat ikan Temoleh hanya 3 kilogram,
berbanding ikan toman dengan berat 8 kilogram.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


10
11.5.3 Bagi menggalakkan peserta menghantar ikan untuk ditimbang,
penganjur tidak akan mengisytiharkan had berat ikan yang perlu
didaftarkan sepanjang tempoh pertandingan.

11.5.4 Kaedah mata ini adalah cara terbaik bagi mengurangkan


kemungkinan ikan Toman muncul juara keseluruhan berikutan
kedua-duanya diberi pemberat yang rendah.

12.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI SIRKIT PANCING PUTRAJAYA

12.1 Kaedah penentuan pemenang berdasarkan Sistem Mata yang


terkumpul bagi setiap siri pertandingan memancing.

12.2 Sebagai tanda penghargaan, untuk peserta ulangan (penyertaan kali


kedua, ketiga dan keempat), tiga mata bonus akan diberikan bagi
setiap siri.

12.3 Peserta yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai Johan
Keseluruhan Sirkit Pancing Putrajaya.

12.4 Peserta tidak dibenarkan memberi ikan atau mata kutipan kepada
peserta lain yang sudah memiliki mata Sirkit. Mata Sirkit ini tidak boleh
dipindah milik.

12.5 Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan


pemberian mata yang disebabkan kesilapan peserta menggunakan no
kad pengenalan yang berbeza.

12.6 Pembetulan yang dibuat selepas pertandingan tamat (di setiap


pusingan) tidak akan dilayan.

12.7 Semua tangkapan yang diperolehi bagi setiap siri pertandingan akan
mendapat mata dan akan dikira bagi keseluruhan mata Sirkit.

12.8 Hadiah barangan tidak boleh ditukar kepada bentuk lain kecuali
dengan persetujuan di antara pemenang dan penganjur.

Nota:
Jika dua atau lebih peserta mendapat jumlah mata Sirkit yang sama,
penentuan pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah mata
tertinggi bagi seekor ikan yang di tangkap. Sekiranya masih sama,
pemenang akan ditentukan kepada masa tangkapan terawal.

Disediakan oleh :
Sekretariat
SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 2015

--- SEKIAN ---

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 1/2015


11

Você também pode gostar