Você está na página 1de 11

1.

DEFINISI

Definisi Iklan mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi ke tiga adalah

pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen,

radio dan lain-lain. Dengan kata lain, iklan merupakan satu cara

penyebaran maklumat kepada masyarakat umum tentang sesuatu

perkara melalui berbagai-bagai saluran media massa dan juga media

cetak yang disediakan oleh rangkaian syarikat-syarikat penerbitan dan

pengiklanan pada masa sekarang. Setiap iklan yang dihasilkan dan

ditayangkan seharusnya mempunyai keunikan dan berupaya dalam

menarik perhatian penonton atau pembaca terhadap terhadap apa yang

ditonton dan dibaca oleh mereka agar setiap mesej yang dibawa dapat

difahami dengan jelas. Pada masa sekarang dalam era modenisasi ,

anjakan paradigma telah berlaku terhadap media massa dan juga media

cetak. Kedua-dua bahan ini media massa dan media cetak telah bertukar

menjadi bahan komersial yang diperdagangkan kepada khalayak ramai.

Melalui media massa dan media cetak bukan sahaja memberikan

informasi informasi terkini mengenai negara dan juga dunia , malahan

elemen iklan banyak telah diselitkan oleh syarikat penerbitan dan

syarikat pengiklanan.

Pada dasarnya, iklan biasanya digunakan sebagai satu strategi

pemasaran oleh sesebuah syarikat pengeluar atau mana-mana badan

yang memerlukan liputan dan juga sebagai mengkomersikan tentang

sesuatu produk serta perkhidmatan mereka diketahui umum. Ini

1
dijalankan bagi meningkatkan kuantiti jualan bagi produk-produk dan

juga perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan Ada orang suka

melihat iklan tapi ada juga yang tidak suka. Iklan yang menarik, unik dan

kreatif pasti menarik perhatian dan minat sesiapa sahaja untuk

melihatnya. Ia tidak perlu menulis cerita yang berjela-jela yang hanya

mendatangkan kebosanan dan kurangnya daya tarikan. Iklan yang

kreatif kadang-kala hanya memerlukan sebuah gambar sahaja, melalui

gambar ini ia mampu menarik minat dan perhatian serta dapat

menyampaikan maksud dengan tepat dan jelas. . Pengiklanan yang

terbaik adalah iklan yang menggunakan bahan sedia ada untuk

dijadikannya sebahagian daripada iklan yang ingin disampaikan kepada

orang ramai. Iklan perlu kreatif, unik dan mudah diterjemah agar dapat

menarik pengguna dan orang ramai untuk melihat dan seterusnya

berminat dengan produk atau mesej yang ingin di sampaikan. Biasanya

ianya tidak menyampaikan maksud dan produk itu secara terus tetapi

bermain dengan gambar-gambar yang simbolik yang menjadi perhatian

dan menarik minat tetapi jelas maksudnya.

2. PENGENALAN

Di antara Iklan yang menarik , kreatif , unik dan mudah di fahami

bagi kami adalah Iklan Kemerdekaan daripada Pertonas pada tahun

2006. Dengan bertemakan Pahit Manis Sama dirasa . Satu arah satu

Negara . Iklan ini menceritakan mengenai perpaduan di antara kaum di

2
Malaysia. Iklan perpaduan ini dapat memberikan gambaran kepada

masyarakat mengenai tahap perpaduan kaum di negara kita. Iklan

Pertonas ini menceritakan mengenai tiga orang yang berkawan baik iaitu

Lim , Atan dan Param. Mereka terdiri dari pelbagai kaum. Walaupun

mereka berbeza kaum, mereka hidup berbahagia dan saling membantu.

Mereka berkawan baik semenjak kecil lagi tetapi terpisah apabila telah

dewasa dengan kerana membawa haluan hidup masing-masing. Cerita

iklan bermula apabila Atan yang ditemani anaknya telah bertemu semula

dengan kawan lamanya Lim yang juga ditemani anaknya secara tidak

sengaja disebuah hospital.

Setelah berjumpa mereka mengingat kembali peristiwa semasa

mereka kecil iaitu membaling buah pelam dikampung dan dengan tidak

sengaja telah terbaling sarang tebuan. Kemudian ditunjukkan bagaimana

mereka terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri dari disengat

tebuan. Ketiga-tiganya telah disengat tebuan , Lim dan Atan menangis

hanya Param sahaja yang tidak menangis dan dia pujuk Atan. Nenek Atan

menyapu ubat ketiga tiganya tanpa mengira sesiapa. Kisah ini

menujukkan keakraban mereka bertiga. Mereka kemudiannya ketawa

sebelum Lim menegur sikap anak-anak mereka yang tidak

mengendahkan dan tidak bertegur satu sama lain dengan berkata,

Tengoklah budak budak sekarang ni. Rambut je sama, tapi masing-

masing buat hal sendiri. Makna kawanpun tak tau. Kata kata ini

membawa banyak makna dan menyentuh perasaan . Bila Lim berkata

demikian menunjukkan golongan muda tidak mementingkan untuk

3
berkawan hanya lebih menumpukan alatan canggih seperti telefon.

Memang tidak menafikan wujudnya alat telekomunikasi yang semakin

maju dan canggih mendatangkan kesan buruk . Iklan ini secara tidak

langsung menujukkan kesan buruk penggunaan alatan telekomunikasi

iaitu ia boleh mendatangkan kelekaan dan keseronokkan seorang diri.

Cerita seterusnya Lim bertanya kepada Atan di mana dan

bagaimana dengan keadaan Param. Atan memberitahu Param sudah

meninggal dunia dan kelihatan Lim sedih. Iklan ini diakhirnya peristiwa

Atan semasa berkhatan. Walaupun Lim dan Atan tidak terlibat dengan

berkhatan tetapi mereka sanggup menunggu Atan dan Param membawa

pulang Atan dengan menggunakan basikal tiga roda. Pengarah

menunjukkan kreativitinya dalam mewujudkan perpaduan antara 3 kaum

utama di negara kita dengan kemesraan dan kasih sayang antara Lim ,

Atan dan Param.

3. NILAI MORAL

Iklan ini juga menyelitkan sedikit unsur lucu atau lawak . Di mana

rombongan pengantin juga terpaksa terjun ke sungai untuk

menyelamatkan diri daripada serangan tebuan. Kami tergelak melihat

aksi ini . Selain daripada itu ia juga menyelitkan dialog yang agak lucu

4
iaitu Aku sepak kang di akhir cerita . Dialog ini disampaikan secara

sengaja dan membuat penonton tersenyum. Pengarah sememangnya

kreatif dalam menghasilkan iklan ini , ini kerana unsur lucu atau lawak ini

boleh menarik minat penonton.

Pemaparan mesej iklan perlulah diterangkan dengan jelas supaya

mesej yang hendak disampaikan dapat dirasai dan difahami oleh

penonton. Mesej pada iklan ini jelas dan mudah untuk difahami. Kelainan

mesej yang berjaya diterapkan dalam iklan menyebabkan penonton dan

pengguna bahasa sedar, belajar dan mengerti bahawa sesetengah nilai

kemanusiaan tersebut hampir dilupakan. Oleh sebab itu iklan memainkan

peranan penting dalam menyampaikan mesej yang positif seperti dalam

iklan ini yang mesej utamanya adalah perpaduan. Selain daripada itu , ia

juga menyelitkan beberapa mesej sampingan yang lain iaitu salah satu

cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan tebuan dengan terjun

ke sungai serta diselitkan juga amalan bersunat di kalangan masyarakat

Melayu yang bertujuan untuk kesihatan.

Mesej utama iklan ini adalah perpaduan kaum di negara kita. Kisah

ini memaparkan kepada masyarakat umum tentang realiti perpaduan

yang masih lagi kabur maknanya bagi rakyat Malaysia. Ia membuatkan

kita berfikir sama ada perpaduan kaum di Malaysia benar-benar muhibah

sebagaimana yang sering diwar-warkan ataupun sebaliknya. Jika dilihat

dari sudut yang lain, ia juga mempamerkan tentang sikap prejudis

sesuatu kaum terhadap kaum yang lain yang menghalang mereka

daripada membina hubungan yang positif sesama mereka. Situasi ini

5
akan membantutkan kelancaran misi kerajaan dalam mengintegrasikan

masyarakat berbilang etnik di Malaysia menjelang 2020. Melalui

pemerhatian terhadap budaya dan juga pergaulan masyarakat yang

dipraktikkan di sekeliling kita, dapat dilihat bahawa iklan-iklan yang

berunsurkan perpaduan kaum ini sebenarnya hanyalah sekadar satu

hiburan bagi mereka. Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat

yang peka dan sedar tentang mesej yang dibawa, namun lebih kecil

jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjurus kepada

penyatuan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa penerimaan

masyarakat terhadap mesej perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini

tidak mendapat sokongan yang penuh.

Pengarah bagi iklan ini sedar bahawa untuk menjalin hubungan

teruatamanya apabila melibatkan pelbagai kaum , ia hendaklah bermula

daripada kecil lagi. Setelah dewasa jika tidak diamalkan ia akan jadi

seperti anak Lim dan Atan yang tidak bertegur sapa malahan hampir

bergaduh hanya kerana terlanggar antara satu sama lain. Iklan ini

memberi kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum serta

perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah yang penting dalam

menentukan kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita . Oleh

demikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah

mencerminkan tentang pentingnya penyatuan di antara satu kaum

dengan kaum yang lain agar pembangunan sosial, ekonomi dan

insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud dalam diri

6
setiap rakyat Malaysia agar konflik di antara kaum dapat dielakkan dan

ini berupaya merapatkan sebarang jurang yang wujud.

Penggunaan bahasa di dalam iklan ini mudah jelas . Bahasa adalah

elemen yang paling penting dalam iklan. Ini disebabkan bahasa yang

akan membentuk persepsi bakal pengguna , mengubah sikap dan

akhirnya mempengaruhi tindakan mereka. Dalam erti kata yang lainnya

iklan akan cuba mengubah pandangan pengguna dan memberi

kesedaran terhadap sesuatu niali murni, dari tidak sedar kepentingan

perpaduan kepada kesedaran perpaduan. Jelas menunjukan bahasa yang

digunakan dalam iklan ini kreatif dan dapat menarik semua penonton.

Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani Iklan-iklan yang

membawa mesej perpaduan di Malaysia seringkali mempunyai

pengajaran tentang nilai-nilai positif yang seharusnya di pupuk di dalam

hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Iklan ini dipamerkan

dalam suasana yang cukup harmoni dan santai . Antara lain yang

menarik di dalam iklan ini adalah penggunaan muzik latar . Apa yang

cuba untuk disampaikan dalam iklan ini ialah dalam erti berkawan,

perbezaan etnik bukanlah menjadi halangan. Jika diamati dengan teliti,

iklan ini dapat memberi impak yang positif kepada penontonnya iaitu

nilai persahabatan yang ditonjolkan.

4. NILAI KREATIVITIF

7
Di dalam pembikinan sesuatu iklan peranan latar belakang dan

warna juga amat penting. Ia perlu di ambil kira agar ia ditonton dengan

perasaan ingin ditonton dan ingin menonton lagi. Dengan ini mesej yang

hendak disampaikan akan mudah difahami dan dihayati , akhirnya

tercapai objektif bagi iklan tersebut. Bagi iklan ini pemilihan latar sebuah

kampung amat sesuai sekali kerana perpaduan di kampung masih lagi

kukuh berbanding di bandar.

Iklan yang berunsurkan perpaduan kaum di negara kita ni

memang menarik kerana banyak elemen-elemen budaya dari pelbagai

kaum ditonjolkan kepada masyarakat umum. Jika dilihat dari aspek

kesedaran terhadap pentingnya perpaduan kaum, malangnya kesan itu

hanya sedikit sahaja dan tidak mendalam. Iklan ini yang berteraskan

perpaduan kaum ini dapat membuat kami berasa bangga dengan

kepelbagaian kaum yang wujud di negara kita. Iklan perpaduan memang

penting untuk mengingatkan dan meningkatkan kesedaran semua

masyarakat. Pada pendapat kami , ada la sikit kesedaran tentang

perpaduan kaum daripada menonton iklan-iklan perpaduan ni. Ia

membuatkan kami sedar tentang kepentingan perpaduan. Daripada

iklan ini meunjukkan bahawa ada pihak-pihak yang mengambil berat

mengenai masyarakat Malaysia . Kami rasa ia sangat bagus sebab kami

dapat belajar sesuatu dengan cara yang seronok dan dapat memberi

kesedaran tentang pentingnya perpaduan. Banyak nilai-nilai yang baik

yang dapat kita contohi sperti persahabatan dan kesedaran tentang asal-

usul kita.

8
Tagline yang digunakan bagi iklan ini adalah Pahit Manis Sama

dirasa . Satu arah satu Negara. Tema yang dipilih ini sangat sesuai dan

mempunyai makna yang tersirat. Ia Menunjukkan bahawa setiap apa

yang kita ada, perlu dikongsi bersama. Pahit Manis bermakna apa sahaja

keadaan dan perasaan kita ketika itu , kita sama-sama berkongsi dengan

rakan. Contohnya kita bergembira kawan yang berada disamping kita

juga berasa gembira , manakala apabila kita merasa sedih atau

kesusahan , kawan baik juga merasa sedih dan sanggup membantu

untuk meringankan kesusahan. Bukannya hanya bersama-sama kawan

bila kawan berada dalam keadaan senang gembira, apabila kita merasa

sedih dan mengalami kesusahan , kawan tersebut meninggalkan kita

dalam keadaan yang memerlukan kawan. Pengarah iklan ini

menunjukkan semangat berkawan dan sentiasa memberi sokongan

antara sama lain. Contohnya semasa disengat tebuan, mereka bersama-

sama mengharungi , Param tidak meninggalkan kawan sedangkan dia

boleh tinggalkan dengan menunggang basikal pergi jauh dari situ.

Satu arah satu negara boleh kita tafsirkan sebagai untuk

menwujudkan negara yang aman damai , semua penduduk tanpa

mengira kaum perlu bersatu padu. Salah satu untuk menyerapkan

perpaduan dengan penggunaan bahasa yang sama. Iklan ini walaupun

pelbagai kaum tetap menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa

penghantar. Penggunaan bahasa yang sama boleh mengeratkan ikatan

persahabatan antara mereka.

9
5. PENUTUP

Pada masa sekarang terdapat pihak-pihak yang prihatin dalam

mengetengahkan usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang

perlunya kita bersatu-padu di dalam sebuah negara majmuk seperti

negara kita . Iklan yang dapat menjadi satu medium penyampaian mesej

perpaduan telah digunakan di negara kita ini seringkali mengandungi

nilai pengajaran yang tinggi agar masyarakat yang menontonnya sedikit

sebanyak terkesan dengan mesej yang dibawa. Namun begitu, usaha

seperti ini hanyaakan dilihat sebagai satu hiburan yang mampu

melapangkan fikiran sahaja jika mesej yang begitu penting ini diambil

ringan oleh setiap kaum di Malaysia. Jika iklan-iklan ini ditonton tanpa

kehadiran rasa kesedaran di dalam setiap individu, maka usaha untuk

meningkatkan dan memperkukuhkan tahap perpaduan kaum tidak akan

tercapai. Oleh itu, setiap individu tanpa mengira bangsa perlulah sedar

tentang kepentingan penyatuan kaum di Malaysia. Dengan mengimbas

dan menghayati kembali rentetan sejarah kemerdekaan negara kita

tentang bagaimana tiga kaum besar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan

India bersatu demi mendaulatkan tanah air perlulah dijadikan tauladan

dalam mendepani isu perpaduan kaum di negara kita. Jika masyarakat

menghargai dan menghormati setiap usaha dan keringat yang

ditumpahkan oleh pemimpin generasikemerdekaan iaitu Tunku Abdul

Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan,maka konflik di antara

kaum tidak akan timbul.

10
Iklan yang bertujuan menyampaikan mesej perpaduan adalah

sarat dengan nilai-nilai yang murni. Antaranya ialah sikap muafakat,

saling hormat-menghormati, bantu-membantu, semangat setiakawan

serta bertolak-ansur dalam interaksi harian. Namun begitu, mesej-mesej

yang begitu bermakna ini tidak akan membawa sebarang kesan yang

positif sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang

pengamalan nilai-nilai tersebut. Jadi,dapat disimpulkan di sini bahawa

hanya individu yang benar-benar memikirkan dan mementingkan

perpaduan kaum di Malaysia yang akan mendapat kesan yang mendalam

daripada iklan-iklan seperti ini.

11

Você também pode gostar