Você está na página 1de 1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.


2. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.


Yang Berusaha En Ahmad Hashim bin Yasin , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temin
Yang dihormati Puan Sopiah binti Salleh Penolong Kanan Pentadbiran.
Puan Hasnah binti Mat Ludin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Intan Suryati binti Ishak Penolong Kanan Kokurikulum.
Encik Sulaiman bin Zakaria Penolong Kanan Pendidikan Khas
Seterusnya guru-guru dan rakan-rakan sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah
NYA, maka dapat kita berkumpul pada pagi yang indah ini.

BACAAN DOA
Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan ______________ untuk melafazkan
doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara________________________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

NYANYIAN LAGU
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu
Perak Excellent. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan
iringan muzik

BACAAN IKRAR
Seterusnya bacaan ikrar akan diketuai oleh ______________________.

Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi.
Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LIMA MINIT PPDa


Bagi meneruskan lagi majlis, dijemput adik __________________________________ untuk lima minit
PPDa.

LAPORAN MINGGU BERTUGAS


Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan
bertugas minggu lepas.

Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURUBESAR / PENTADBIR.


Seterusnya, saya mempersilakan Puan Guru Besar/ Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM /
Penolong Kanan Kokurikulum / Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Puan Guru Besar / Penolong Kanan itu tadi. Semoga
nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Sekolah. Semua murid dan guru diminta berdiri dan bersedia.

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada pagi ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr.

Você também pode gostar