Você está na página 1de 3

Kawan baru saya ialah Jessica Ngu Ying Ying

Kawan baru saya ialah Jessica Ngu Ying Ying

Kawan baru saya ialah

Kawan baru saya


Rajah 1

Apabila berbicara tentang struktur ayat, aspek yang penting ialah aspek urutan.
Aspek urutan ayat terbahagi kepada dua iaitu susunan biasa dan juga susunan
songsang. Murid tersebut telah menulis menggunakan susunan songsang. Menerusi
analisis yang telah dibuat, ayat yang dibuat oleh murid tersebut tidak mengalami
sebarang kesalahan. Ayat kawan baru saya ialah bertindak sebagai predikat
manakalah Jessica Ngu Ying Ying pula menjadi subjek kerana ayat tersebut merujuk
kepada Jessica.

Ini menunjukkan bahawa murid ini telah memperoleh pengalaman yang


secukupnya daripada masa lampau menerusi penerokaan untuk membolehkannya
menulis dengan baik. Penerokaan adalah satu penjelajahan untuk mengetahui sesuatu
yang tidak diketahui untuk menyelidiknya dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pengalaman meneroka bidang bahasa ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan
belajar kanak-kanak. John Holt ( 1995 ) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar
paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung ( Seperti yang dipetik oleh
Noriati A. Rashid, 2012 ).

Oleh itu, dalam penulisan karangan, guru perlu bertindak sebagai fasilitator atau
pembimbing. Penerokaan ini memerlukan seorang guru berfikir secara kritis untuk
menjadikan murid lebih imaginatif iaitu dengan membuat eksperimen, memanipulasi,
mencari pengetahuan dan mencipta sesuatu yang baru ( Mastuti Isa , Permainan yang
Berkesan, 1997 ). Penerokaan yang mendalam dalam aspek bahasa melayu akan
menjadikan murid fasih dalam aspek bahasa. Maka, tidak akan wujud sebarang
masalah untuk murid ini menulis dalam penulisan.

Você também pode gostar