Você está na página 1de 2

ALIRAN PEMIKIRAN MORAL: RASIONALIS

YOGEN: Apa itu rasionalis? Dari manakah perkataan tersebut berasal? Perkataan rasionalis
berasal daripada perkataan ratio yang membawa maksud reason atau sebab. Bagaimanakah
pemikiran seseorang rasionalis saudari?

SYALINI: Pemikiran!!..Pemikiran aliran rasionalis menekankan nilai seperti kebenaran,


kegunaan dan mempunyai logiknya sendiri. Ahli falsafah menekankan penaakulan dan
pemikiran sebagai faktor utama dalam pemikiran aliran rasionalis. Golongan rasionalis
mempunyai pandangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa
fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Pengetahuan diperolehi
dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea yang lain. Pengetahuan itu diperoleh
daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum- hukum, bukan daripada deria fizikal
sahaja.

3: Pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera seperti penglihatan, pendengaran,


sentuhan bau dan rasa hanya merupakan bahan mentah pengetahuan.

YOGEN: Ya betul saudari. Pengalaman ini akan disusun dalam pemikiran kita untuk
membentuk satu sistem yang bermakna sebelum menjadi pengetahuan.

KALAI: Contohnya!! jika anda telah menyiapkan kerja kursus bagi subjek Pendidikan Moral
dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Apakah perasaan saudara
saudari? Sekiranya anda seorang yang rasionalis. Anda perlu bertanya soalan- soalan berikut,

Apakah sebab tugasan saya diberikan markah yang rendah? Adakah tulisan saya kurang elok?
Adakah gambar yang saya gunakan itu kurang elok? Elok saya tanya pensyarah supaya saya
tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang. INGAT saudara saudari. Aliran
pemikiran rasionalis bergantung kepada penaakulan dan dengan itu pemikiran kita adalah
waras dan rasional. Pemikiran ini akan menghasilkan tindakan yang rasional.

YOGEN: Antara ciri- ciri pemikiran rasionalis ialah

Rasionalis menekankan fikiran sebagai sumber utama pengetahuan manusia


Akal pemegang autoriti terakhir bagi penentuan kebenarannya.
Sikap atau pemikiran yang mempercayai bahawa kepercayaan agama seharusnya
ditolak jika ia didirikan tanpa asas rasional.
Setiap benda hanya boleh dijelaskan melalui satu sistem sahaja iaitu ketaakulan
Optimis bahawa kesejahteraan umat manusia akan ditunjang oleh kemajuan sains dan
teknologi.

SYALINI: Bukan itu sahaja saudara. Rasionalis. rasionalis mempunyai kaitan dengan moral dan
tingkah laku manusia. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional
yakni sentiasa memikir sesuatu dengan waras dan logik. Contohnya.. jika saudari melihat
seorang nenek tua hendak melintas jalan raya. Sebagai seorang yang berfikiran rasionalis,
saudari akan menolong nenek tersebut kerana perkara tersebut dirasakannya logik dan waras.

KALAI: Rasionalis menitikberatkan penggunaan sebab yang munasabah dalam membuat


keputusan dan melakukan sesuatu perkara. Tambahan pula, orang yang rasionalis berpendapat
bahawa walaupun mematuhi peraturan moral itu penting sebagai tabiat yang baik tetapi apabila
seseorang itu berupaya untuk berfikir secara kritikal, dia hendaklah memastikan kerasionalan
peraturan tersebut. Bagi seorang rasionalis, peraturan moral harus dikaji menurut logik akal
sebelum dia menerima atau menolak prinsip atau peraturan moral tersebut.

YOGEN: Rasionalis juga berpendapat bahawa emosi atau perasaan yang bersesuaian dengan
sesuatu situasi akan merangsang seseorang bertindak terhadap keputusannya. Pendidikan
moral!! Moral dapat mengembang aspek autonomi moral iaitu berfikir dan bertindak sendiri
bukan secara bebas tetapi secara berdisiplin iaitu secara waras dan objektif.

Sekian Terima kasih kami ucapkan kepada semua...

Você também pode gostar