Você está na página 1de 2

PERSPEKTIF STAF AKADEMIK KOLEJ PROFESIONAL MARA

TERHADAP PERANCANGAN PROSES LATIHAN MARA


BAGI MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME

Anida Binti Ismail


anida@kpmb.edu.my
Mohd.Izham Bin Mohd Hamzah
izham@ukm.my
Kolej Profesional MARA Beranang

ABSTRAK

Semua organisasi mengharapkan impak yang positif hasil dari mengikuti latihan. Untuk
merialisasikan matlamat ini strategi yang perlu dipandang serius oleh organisasi ialah dengan
mengadakan perancangan proses latihan secara jelas dan sistematik. Proses latihan ini
bermula dengan Menentukan Keperluan Latihan, Menetapkan Objektif Latihan, Memilih
Penyampaian Latihan, Melaksanakan Latihan dan Menilai Latihan. Terdapat isu
ketidakpuasan tentang latihan yang telah disertai oleh staf akademik Kolej Profesional
MARA (KPM). Justeru kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan mereka tentang
tahap perancangan proses latihan oleh pihak Pengurusan Latihan MARA. Kajian dijalankan
adalah berbentuk kaedah tinjauan secara kuantitatif. Hasil analisis deskriptif menunjukkan
yang tahap keseluruhan perancangan proses latihan adalah Sederhana Tinggi dengan min
3.91. Namun begitu, proses pertama iaitu Merancang Menentukan Keperluan latihan Pekerja
mempunyai nilai min yang terendah iaitu 3.35. Manakala untuk analisis inferensi, tiada
terdapat perbezaan yang signifikan persepsi staf akademik terhadap aspek merancang
berdasarkan tempoh perkhidmatan dan pengkhusususan. Kesimpulannya, staf akademik
kurang berpuashati terhadap cara penentuan latihan dijalankan terutama kepada Analisis
Keperluan Pekerja. Implikasi kepada kajian ini ialah pihak Pengurusan Latihan MARA perlu
menjalankan Analisis Keperluan Latihan secara jelas supaya dapat mengenal pasti latihan
yang bersesuaian agar dapat memantapkan ilmu, kemahiran dan sikap serta meningkatkan
tahap profesionalisme dalam kalangan staf akademik Kolej Profesional MARA.

Kata kunci : Merancang, Proses Latihan, Menetapkan Objektif, Memilih Penyampaian,


Melaksana Latihan, Menilai Latihan

Você também pode gostar