Você está na página 1de 5

RUMAH TERBUKA SUBURKAN NILAI PERPADUAN

Amalan Rumah Terbuka atau open house sempena perayaan Aidilfitri memberikan
pengertian betapa Islam itu indah dan tidak mengehadkan kepada penganutnya sahaja untuk
meraikannya. Meraikan Aidilfitri dengan mengadakan rumah terbuka bukanlah konsep
baharu dalam usaha menjalin persefahaman antara agama. Masyarakat Sabah sudah
menerimanya sebagai satu kaedah mengeratkan hubungan sosial yang lebih luas sehingga
melampaui sempadan kaum, agama dan budaya.

Konsep rumah terbuka ini adalah suatu yang amat baik sekiranya dilaksanakan
mengikut lunas-unas dan ajaran Islam. Namun apabila ia dilakukan tanpa mengambil kira
garis panduan agama, maka ia tidak lagi menjadi ibadah sepertimana yang diharapkan. Harus
dingat bahawa, tujuan utama penganjuran rumah terbuka adalah bagi menghidupkan amalan
ziarah-menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan rakan kaulan. Meminjam kata-kata
personaliti televisyen. Arwah Aziz Desa, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan
dan yang mesra kita serasi-serasikan. Barangkali, inilah sebab mengapa kerajaan amat
mensyorkan Rumah Terbuka bagi perayaan-perayaan utama yang diraikan.

Sebenarnya, amalan rumah terbuka menjadi platform kepada mengukuhkan hubungan


silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya
amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai
untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat
dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu,
bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan
perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi
akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah
terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat
perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang
tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Ringkasnya, hubungan
kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka
dibudayakan.

Selain itu, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan
terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam negeri ini. Penganjuran rumah
terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang
harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini
juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan
idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang
atau kerajaan. Jadi, setiap kaum seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Murut dan sebagainya boleh
berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu
dibimbangi. Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat
mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni.

Dalam suasana kemeriahan rumah terbuka ini, semangat patriotisme dan muafakat
perlu diekkalkan sebagai momentum untuk menjayakan dasar dan cita-cita murni negara.
Jangan sesekali kita biarkan diri kita sebagai virus dan perosak dalam masyarakat yang aman
ini, dek kerana mempunyai agenda yang sempit dan berkepentingan. Agenda cubaan
rampasan kuasa di Turki yang berlakuk baru-baru ini, sewajarnya di ambil ikhtibar dalam
meniup semangat kebersamaan dan patriotisme yang tinggi dalam masayarakat berbilang
majmuk seperti negeri Sabah.
cita-cita murni negara. Jangan kita biarkan diri kita menjadi
perosak, kerana kita akan dinilai nanti sumbangan sepanjang
hidup untuk kepentingan pembangunan kemasyarakatan,
keagamaan dan kesejahteraan negara.

itu hanya menjemput golongan tertentu sahaja, yang


mengakibatkan amalan ziarah-menziarahi tidak berkembang
kepada golongan yang lain. Sesetengah orang pula tidak akan
menziarahi rakan taulannya melainkan setelah dibuat rumah
terbuka. Seolahnya amalan ziarah tertakluk kepada adanya
rumah terbuka. Sekiranya tiada rumah terbuka, maka amalan
ziarah tidak akan dilakukan pada hari raya. Sedangkan apa
yang dikehendaki oleh Islam ialah, amalan ziarah-menziarahi
itu hendaklah dilakukan bagi menghubungkan ikatan
silaturrahim dan hubungan yang erat dalam kalangan umat
Islam walaupun dengan ketiadaan rumah terbuka. Apa yang
lebih penting ialah amalan saling ziarah- menziarahi di antara
satu sama lain seperti menziarahi orang tua, saudara-mara,
kaum kerabat, jiran, para guru dan sahabat-handai
sebenarnya tidak terbatas dengan adanya rumah terbuka atau
pada hari raya sahaja, tetapi ia perlulah dilakukan dari semasa
ke semasa demi mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan
persaudaraan sesama kita. Apatah lagi sekiranya rumah
terbuka yang diadakan telah menyebabkan berlakunya
pembaziran, maka ia amat ditegah oleh ajaran Islam.
Walaupun hidangan dan juadah yang disajikan semasa rumah
terbuka tentulah menyelera dan mengasyikkan kita yang
melihatnya. Ketupat, lemang, rendang, biskut, kek dan banyak
lagi merupakan nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada
kita. Namun janganlah sampai membazir! Akibat terlalu lahap
makan dan minum, 'sang penyakit' mula menyerang kita tanpa
kita ketahui. Sakit perut, darah tinggi, kencing manis dan
sewaktu dengannya adalah penyakit yang selalu kita dengar
dan perolehi sejak akhir-akhir ini. Cara pemakanan yang
kurang teratur dan stabil adalah punca utama. Pepatah Arab
ada mengatakan: "Perut itu pangkal (punca) penyakit dan
berjaga-jaga (berpantang) itu pangkal penawar."
Bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana.

AMALAN RUMAH TERBUKA

(TEMA) Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada
sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina,
Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak
lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai
lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi
amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU) Kerajaan Malaysia pada
tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau
agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di
peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan
negeri. (ARAHAN) Menyedari kesungguhan kerajaan untuk
menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang
sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-
kepentingan amalan rumah terbuka?

(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak


memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan
kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.
(MENGAPA) Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan
pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah
terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat
mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan
sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat
sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat,
perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti
politik sama ada pembangkang atau kerajaan.(BAGAIMANA) Jadi,
setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh
berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan
kekangan yang perlu dibimbangi.(KESAN) Sehubungan dengan itu,
perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan
yang lebih harmoni.(PENEGAS) Tegasnya, konsep penyatuan antara
kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota
masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga
dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain.
(MENGAPA) Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-
sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga
agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah
kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan
kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri.
(BAGAIMANA) Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan
dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan
orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat
membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta
budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat
toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang.
(PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat
dipelajari melalui amalan murni ini.

(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri,


penganjuran rumah-rumah terbuka juga merupakan persembahan
kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita.
(MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk
melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat
mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai
kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-
masing. (BAGAIMANA) Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri
berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia
semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari
Gawai, Deepavali dan Krismas. (KESAN)Pengalaman pelancong asing
meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan
menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka
sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat
merancakkan industri pelancongan negara.(PENEGAS) Izharlah
bahawa konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang
harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.

(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan


silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini
dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka ialah
amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk
memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena
seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa
wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar.
Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan
akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada
generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara
mereka. (BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka
akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping
mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula
dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan
ahli keluarga ini. (PENEGAS)Ringkasnya, hubungan kekeluargaan
dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah
terbuka dibudayakan.

(PENUTUP) Bayangan yang samar kian jelas bahawa amalan rumah


terbuka lebih banyak membawa kebaikan kepada negara dan
masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu
dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini
tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan
keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita
tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat
berbunyiapabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN) Jika
amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk
mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan
bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan
satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan
kepada mata dunia.

Você também pode gostar