Você está na página 1de 2

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang
tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin
berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-
partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran
cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata
kasar.

Punca - Punca Jerebu


Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

Pembakaran Secara Terbuka

Asap Dari Kilang

Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)


IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis
gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida
dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya
terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nasihat Kesihatan Mencegah Kemudaratan Jerebu

KENYATAAN AKHBAR
YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah merujuk kepada kenyataan akhbar Y.A.B Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat
mengenai situasi berjerebu di Muar pada 20 Oktober 2010. Berikut adalah nasihat kesihatan mencegah
kemudaratan jerebu terutama kepada orang ramai di Muar dan lain-lain kawasan yang sedang dilanda jerebu:

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.

2. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup
hidung dan mulut (mask) yang sesuai.

3. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.

4. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

5. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

6. Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

7. Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

8. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-
paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit
bertambah teruk.

9. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan
akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web http://www.infosihat.gov.my.

Você também pode gostar