Você está na página 1de 16

Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 55

BAB A4

PERBANDINGAN DI ANTARA
TAKAFUL DAN INSURANS

PENGENALAN

Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang


timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang
boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium
kepada syarikat insurans.

Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu


yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan.
Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga
bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang
kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang
tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan
menggunakan dana berkenaan.

Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko.


Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yang
dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang
terdedah kepada risiko yang sama.

A4.1 DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS

Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali


sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang
dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada
individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan,
sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam
tempoh tertentu.
56 Amalan Asas Takaful

Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalah
kontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihak
yang Diinsuranskan, dengan janji untuk membayar ganti rugi
sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas
sumbangan/bayaran premium.

Insurans telah wujud sejak berabad lamanya. Para sejarawan


mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE,
iaitu apabila kerajaan Romawi diminta oleh angkatan tenteranya agar
menanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut dengan
menggunakan kapal laut, disebabkan ancaman dan serangan musuh,
ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal
kontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana Kod
Perundangan Babylon mencatatkan peraturan-peraturan mengenai
insurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untuk
menangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga-
peniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dari
perlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawa
sehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawai-
pegawainya.

Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untuk
bersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah
insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabila
pedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafe
berhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's.
Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungan
dan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (Omar
Fisher, 2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungi


juga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani dan
Eropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England
pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama
William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri
insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halley
dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 57

kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat dan


berwibawa.

Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18


dan ke-19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumah-
rumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikat
insurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai
kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans
tempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikat
insurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripada
syarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh
dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan dan


memperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini,
pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan di bawah
kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan.

A4.2 ASAS-ASAS INSURANS

Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh


segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangan
sekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri
insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran di mana
beban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yang
diinsuranskan kepada Syarikat Insurans. Konsep di sebalik insurans
ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupa
saling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan
dana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko
kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan.
Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individu
yang berkongsi risiko yang sama di mana sumbangan tersebut dikutip
oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan


kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta,
maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan di bawah suatu
58 Amalan Asas Takaful

kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan


harta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugian
kewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yang
sah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang
berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang
Diinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran
premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh
tertentu, ia akan membayar ganti rugi / indemniti kepada pihak yang
diinsuranskan sejumlah amaun yang telah dipersetujui berdasarkan
nilai harta yang diinsuranskan, sekiranya harta berkenaan mengalami
kerosakan disebabkan peril yang dilindungi.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti (tidak termasuk insurans


hayat dan insurans kemalangan diri) berdasarkan kepada prinsip yang
diguna pakai iaitu untuk meletakkan pihak yang diinsuranskan dalam
kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum beliau ditimpa
musibah. Jumlah yang diinsuranskan perlu ditetapkan di peringkat
permulaan perlindungan dan penanggung insurans bersetuju
menyediakan jumlah pampasan yang mencukupi sekiranya berlaku
kerugian. Untuk insurans hartanah, susut nilai sentiasa perlu diambil
kira. Kos insurans akan bergantung kepada skop perlindungan yang
diperlukan dan perlindungan tambahan memerlukan premium
tambahan. Secara amnya, hanya kerugian yang tidak dijangka dan
berlaku secara kebetulan sahaja yang boleh diinsuranskan. Oleh itu,
musibah atau kerugian yang boleh diramalkan secara umumnya tidak
boleh diinsuranskan (kecuali insurans hayat).

A4.3 JENIS-JENIS INSURANS

Seksyen 4 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa:

1. Bagi tujuan Akta ini, perniagaan insurans dibahagikan kepada


dua kelas utama iaitu;-

a) Perniagaan Insurans Hayat iaitu selain dari perniagaan


polisi insurans hayat biasa, sebagai tambahan kepada semua
perniagaan insurans yang berkaitan dengan polisi insurans
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 59

hayat, ia hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan


insurans yang ditawarkan sebagai produk sampingan sahaja
di bawah perniagaan penanggung insurans hayat; dan

b) Perniagaan Insurans Am iaitu semua perniagaan insurans


yang bukan perniagaan insurans hayat.

2. Bagi tujuan Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah sesuatu


polisi adalah dianggap sebagai perniagaan insurans di bawah
kelas dan perihalan yang berkaitan dengannya di mana polisi
tersebut telah pun dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

Perniagaan insurans dibahagikan kepada insurans hayat, insurans


am dan insurans semula.

A4.4 RESOLUSI SYARIAH MENGENAI INSURANS

Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan


menyeluruh daripada para ulama sama ada ia dibenarkan (halal) atau
dilarang (haram). Memandangkan insurans konvensional
sebagaimana yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman
Nabi Muhammad s.a.w., ijtihad atau pertimbangan menggunakan akal
digunakan untuk menentukan sama ada ia adalah halal atau
sebaliknya.

4.4.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam


mesyuaratnya pada 15 Jun 1972 telah membincangkan secara
mendalam mengenai perkara yang berkaitan dengan insurans
hayat.
60 Amalan Asas Takaful

Diputuskan:

Produk insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat


insurans hari ini merupakan transaksi perniagaan yang boleh jadi
tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip perniagaan
Islam, dimana kontrak tersebut mengandungi unsur-unsur Gharar
(ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan Riba (riba).

Oleh yang demikian, berdasarkan dari perspektif Syariah,


insurans adalah haram. Satu jawatankuasa yang dikenali
sebagai 'Badan Petugas Khas' telah dibentuk oleh kerajaan pada
tahun 1982 untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan Insurans
Islam di Malaysia. Badan Petugas Khas telah membuat
kesimpulan bahawa kontrak insurans konvensional adalah fasid.
Walau bagaimanapun, bantahan itu tidak menentang penerapan
konsep insurans secara keseluruhan, tetapi terhadap kewujudan
kelemahan tertentu dalam kontrak insurans. Akta Takaful 1984
telah digubal dan seterusnya syarikat Takaful yang pertama iaitu
Syarikat Takaful Malaysia Bhd telah ditubuhkan pada tahun
1984.

Akademi Fekah Islam, OIC

Akademi Fekah Islam yang diilhamkan penubuhannya oleh


Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), telah mengadakan
mesyuarat Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 22 himgga 28
Disember 1985. Selepas mengkaji semula laporan perbincangan
para ulama yang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan
mengenai subjek Insurans dan insurans semula, dan selepas
dibincangkan bersama dan selepas meneliti semua jenis dan
bentuk insurans serta mendalami prinsip asas, objektif dan
matlamat, dan setelah meneliti pendapat / keputusan yang
dikeluarkan oleh Akademi Fekah dan badan-badan pemikir lain
mengenai perkara yang sama; para ulama mengambil ketetapan
berikut;
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 61

Diputuskan:

Kontrak Insurans Komersil dengan bayaran premium tetap


berkala yang biasanya dipasarkan oleh syarikat insurans komersil
adalah kontrak yang mengandungi unsur utama risiko terlarang
yang membatalkan kontrak dan oleh itu ia adalah dilarang
(Haram) dibawah Syariah Islam.

Kontrak alternatif yang mematuhi prinsip-prinsip urus niaga


Islam adalah kontrak koperasi insurans yang diasaskan atas dasar
kebajikan dan kerjasama. Begitu juga dengan urusniaga insurans
semula yang mengamalkan urusniaga berdasarkan prinsip-prinsip
koperasi insurans.

Pihak Akademi telah menjemput perwakilan dari negara-negara


Islam untuk bekerjasama mewujudkan institusi insurans koperasi
dan koperasi insurans semula. Ia adalah bertujuan untuk
membebaskan ekonomi Islam daripada dieksploitasi dan terang-
terangan melanggar hukum Allah yang dicipta untuk seluruh
umat manusia.

4.4.2 Elemen yang Diharamkan dalam Amalan Insurans

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang


dilindungi oleh kontrak atau timbul ketidakpastian di mana
kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau
tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju
untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa
pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan
melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil
yang akan diperolehi kelak.
62 Amalan Asas Takaful

o Justifikasi Larangan

Seseorang itu dilarang menjual sesuatu barangan tanpa


memberitahu dengan jelas keadaan sebenar barangan
tersebut, dan juga tidak dibenarkan seseorang yang
mengetahui kecacatan sesuatu barangan tetapi tidak
memberitahunya - Al-Hakim dan Al-Bayhaqi.
Ketidakpastian dalam kontrak insurans berlaku apabila
satu pihak mendapat apa yang dikehendaki tetapi pihak
yang satu lagi tidak menerima haknya - Ibn Taymiyah

o Jenis-jenis Gharar

Al-Gharar al-Kathir: Gharar yang keterlaluan, dan


menyebabkan kontrak terbatal.
Al-Gharar al-Yasir: Gharar yang remeh, boleh
dipertimbangkan dan dibenarkan.
Al-Gharar al-Mutawassit: Gharar yang sederhana, iaitu
berada di antara keduanya.

o Gharar dalam amalan insurans:

Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans


tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dan
tanggungjawab mereka antara satu sama lain. Kedua-dua
pihak samada syarikat insurans atau pihak yang
diinsuranskan tidak mengetahui hasil atau kesan kontrak
tersebut.
Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah
pampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlaku
kemalangan kerana dia sendiri tidak pasti samada akan
ada pampasan dibayar kepadanya kerana akibat atau
kesan kontrak insurans berkenaan juga tidak
diketahuinya.
Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril /
kecelakaan akan berlaku.
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 63

Tidak ada keadilan dalam insurans kerana pihak yang


diinsuranskan perlu membayar premium tetapi sekiranya
peril yang dilindungi / kecelakaan tidak berlaku, tiada
sebarang bayaran yang akan dibuat.
Insurans adalah kontrak janji untuk membayar pampasan
yang kadang-kadang dipenuhi dan kadang-kala tidak
dapat dipenuhi. Oleh kerana tiada kepastian mengenai
peril yang dilindungi ketika kontrak mula berkuat kuasa,
hasil atau manfaat yang diperolehi juga tidak dapat
dipastikan.

o Riba (faedah / bunga)

Perkataan riba secara literal bermaksud 'menaikkan' atau


'tambahan' kepada sesuatu. Islam melarang pinjaman wang
bagi mendapatkan keuntungan kerana ia akan menyusahkan
peminjam dan pada masa yang sama ia akan menjadikan
pemberi pinjaman sebagai seorang yang perengus dan dibenci
orang ramai.

o Justifikasi Larangan

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan


riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu
takut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan (Al-
Quran, 3: 130)

o Jenis-jenis Riba

Riba al-Duyun (riba daripada hutang)


Riba al-Qard - Iaitu sebarang manfaat tambahan yang
disyaratkan ke atas pinjaman pokok dan syarat ini dibuat
pada awal kontrak pinjaman.
Riba al-Jahilliyah iaitu kadar atau sebarang manfaat
tambahan lebih dari jumlah pokok akibat si peminjam
gagal atau lewat membayar pada tempoh yang telah
dipersetujui.
64 Amalan Asas Takaful

o Riba al-Buyu - muncul daripada jual beli barangan ribawi

Riba al-Fadl berbeza kadar berat dan kuantiti.


Riba al-Nasiah berbeza masa.

o Riba dalam amalan insurans;

Syarikat insurans mengutip premium dan melaburkannya


dalam pelaburan yang mempunyai elemen faedah /
bunga.
Syarikat insurans membayar faedah / bunga atas produk-
produknya.
Syarikat insurans mengenakan kadar faedah akan datang
dalam pengiraan premiumnya.
Kontrak insurans mengandungi unsur-unsur riba apabila
ia berjanji untuk membayar amaun yang lebih dari
premium yang dibayar.
Kadar faedah dikenakan sekiranya premium lewat
dibayar.
Kadar faedah dikenakan atas pinjaman polisi.

o Maisir (perjudian)

Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan


mudah atau memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam
melarang semua bentuk urusniaga di mana keuntungan
kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi
dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya.
Tidak seperti gharar di mana terdapat beberapa kelonggaran
dan dibenarkan, maisir tidak dibenarkan sama sekali.

o Justifikasi Larangan

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman


keras, perjudian dan daging yang disembelih dengan batu
nusub dan ramalan nasib itu semua adalah perbuatan
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 65

syaitan. Oleh itu, jauhilah ia agar kamu mendapat kejayaan


Al-Quran, 5: 90)

o Unsur Perjudian (Maisir) dalam Kontrak Insurans:

Pihak yang diinsuranskan mendapat manfaat bayaran


yang tinggi berbanding dengan caruman (premium) yang
dibayar.
Membayar premium tanpa mendapat sebarang pulangan.
Syarikat insurans akan menanggung kerugian sekiranya
terlalu banyak tuntutan.
Premium yang dikutip melebihi jumlah tuntutan dan
syarikat insurans memperolehi keuntungan besar.

A4.5 PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN


INSURANS

Item Isu-isu Takaful Insurans


Penting
1. Intipati Niat Niat adalah untuk Niat adalah untuk
mewujudkan mewujudkan
hubungan kerohanian hubungan undang-
dan hubungan undang sahaja
undang-undang.

2. Formaliti Kontrak satu pihak Kontrak dua belah


untuk Tabarru dan pihak
kontrak dua belah
pihak untuk
Mudharabah dan
Wakalah.

3. Isu Untuk Takaful Am, Untuk Insurans


Perakaunan akaun yang Am, bayaran
disediakan ialah premium
akaun Tabarru dikreditkan ke
(derma). Untuk Akaun Insurans
66 Amalan Asas Takaful

Takaful Keluarga, Am. Untuk


terdapat dua akaun Insurans Hayat,
iaitu Akaun Peserta premium
yang diuruskan dikreditkaan ke
mengikut prinsip Akaun Insurans
Mudharabah, dan Hayat.
Akaun Khas Peserta
yang diuruskan
mengikut prinsip
Tabarru.

4. Perkara Perkara pokok yang Perkara pokok


Pokok akan dilindungi yang akan
hendaklah mematuhi dilindungi
keperluan Syariah. hendaklah
mematuhi
keperluan undang-
undang lazim.

5 Jaminan Pengedali Takaful Syarikat insurans


hanya bertindak yang memberi
sebagai pengurus jaminan.
dana sahaja. Peserta
saling jamin
menjamin antara satu
sama lain.

6. Dana Dana dimiliki oleh Dana adalah milik


para peserta dan syarikat insurans.
diuruskan oleh Terdapat
pengendali Takaful. pengasingan dana
Pengendali Takaful aset iaitu dana
dibayar yuran pemegang saham
perkhidmatan atas dan dana
perkhidmatan yang pemegang polisi.
diberikan
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 67

7. Bayaran Bayaran (bahagian Bayaran premium


premium / caj Takaful) dianggap dianggap sebagai
sumbangan sebagai derma tanggungjawab
(Tabarru). pemegang polisi
atas kontrak jual
beli.

8. Elemen Berlandaskan prinsip Polisi insurans


terlarang Islam yang bebas dari diresapi elemen-
elemen yang elemen Gharar,
terlarang. Riba dan Maisir.

9. Pengawasan Akta Takaful 1984 Tiada keperluan


Syariah mewajibkan mewujudkan
pembentukan Majlis Majlis Pegawasan
Pengawasan Syariah. Syariah.

10. Keuntungan Keuntungan dikongsi Pembahagian


bersama di antara keuntungan atas
peserta dan syarikat. budi bicara
syarikat.

11. Kontrak Gabungan antara Kontrak


kontrak tabarru pertukaran (jual
(derma) dan agensi beli) antara
atau kontrak syarikat dan
berkongsi pemegang polisi.
keuntungan.

12. Indemniti Bayaran indemniti Bayaran indemniti


(ganti rugi) diperolehi (ganti rugi)
dari Dana Takaful. diperolehi dari
dana syarikat yang
disediakan oleh
syarikat insurans.
68 Amalan Asas Takaful

13. Prinsip- Operasi perniagaan Operasi


prinsip adalah mematuhi perniagaan tidak
Operasi keperluan Syariah. mematuhi
keperluan
Syariah.

14. Kawalan Konsep perkongsian Konsep


Risiko risiko dikalangan perpindahan risiko
peserta.

15. Percukaian Cukai dan zakat Cukai sahaja

16. Manfaat Dibayar dari dana Dibayar dari dana


khas yang yang diwujudkan
diwujudkan secara secara sah oleh
indemniti bersama di syarikat insurans.
kalangan peserta.

17. Keuntungan / Dinyatakan secara Secara umum


Bonus jelas bagaimana syarikat
keuntungan akan menyatakan
dikongsi bersama mungkin akan
antara peserta dan membayar bonus
syarikat. dan keuntungan
atas polisi
penyertaan sahaja.

18. Tanggungjaw Peserta Pemegang polisi


ab pemegang menghulurkan derma membayar
polisi / dan bersetuju untuk premium dan
peserta saling menjamin di memindahkan
bawah skim risiko kepada
perlindungan. syarikat.

19. Liabiliti Pengendali Takaful Syarikat insurans


syarikat bertindak sebagai bertanggungjawab
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 69

insurans / pentadbir skim membayar


Pengendali perlindungan dan manfaat polisi
Takaful membayar manfaat seperti yang
Takaful melalui dana dijanjikan dari aset
Takaful. yang dimiliki
(dana insurans dan
Sekiranya dana tidak dana pemegang
mencukupi, saham).
Pengendali Takaful
akan menyalurkan
pinjaman tanpa
faedah demi
mengatasi masaalah
kekurangan tersebut.

20. Pelaburan Dana aset dan dana Tiada keperluan


dana Takaful dilaburkan untuk mematuhi
dalam instrumen keperluan Syariah
pelaburan yang dalam aktiviti
mematuhi keperluan pelaburan, asalkan
Syariah. ia mematuhi
dasar-dasar
pelaburan syarikat.
70 Amalan Asas Takaful

Você também pode gostar

  • A11 - BabA TBETest PDF
    A11 - BabA TBETest PDF
    Documento22 páginas
    A11 - BabA TBETest PDF
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • Takaful
    Takaful
    Documento28 páginas
    Takaful
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A03 - Baba Tbee
    A03 - Baba Tbee
    Documento10 páginas
    A03 - Baba Tbee
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A02 - Baba Tbee
    A02 - Baba Tbee
    Documento20 páginas
    A02 - Baba Tbee
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A04 - BabA TBEE PDF
    A04 - BabA TBEE PDF
    Documento16 páginas
    A04 - BabA TBEE PDF
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A04 - Baba Tbe
    A04 - Baba Tbe
    Documento16 páginas
    A04 - Baba Tbe
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A01 - Baba Tbee
    A01 - Baba Tbee
    Documento24 páginas
    A01 - Baba Tbee
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A04 - Baba Tbe
    A04 - Baba Tbe
    Documento16 páginas
    A04 - Baba Tbe
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A04 - Baba Tbe
    A04 - Baba Tbe
    Documento16 páginas
    A04 - Baba Tbe
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • A03 - Baba Tbe
    A03 - Baba Tbe
    Documento10 páginas
    A03 - Baba Tbe
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • ASAS MU'AMALAT
    ASAS MU'AMALAT
    Documento24 páginas
    ASAS MU'AMALAT
    Fuad Latip
    Ainda não há avaliações
  • A02 - Baba Tbe
    A02 - Baba Tbe
    Documento20 páginas
    A02 - Baba Tbe
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • Akuansumpah
    Akuansumpah
    Documento1 página
    Akuansumpah
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações
  • Akuansumpah
    Akuansumpah
    Documento1 página
    Akuansumpah
    Teruna Impian
    Ainda não há avaliações