Você está na página 1de 2

CARTA ALIRAN PENGELUARAN

BAHAN PEMBUNGKUS PROSES JUAL


MENTAH AN BELI

PEMERIKSAAN
KUALITI PEMPROSESA KEPUASAN
BAHAN N PRODUK PELANGGAN
MENTAH

SIMPAN
DITEMPAT PENYEDIAAN
YANG SESUAI

BAHAN MENTAH
Bagi membuat pilihan untuk membeli bahan mentah seperti ayam, tepung goreng ayam,
perencah, sos yang digunakan dan minyak masak. Pengeluaran yang dapat memberikan harga
yang lebih rendah amat diperlukan. Oleh yang demikian, pembelian bahan mentah dengan
harga terendah dicari sekitar kawasan tempat perniagaan yang ingin dilakukan. Ini kerana,
dapat mengurangkan kos tambahan terhadap bahan mentah tersebut. Seterusnya, dapat
memberikan penawaran harga yang murah dalam produk tersebut kepada pelanggan.

PEMERIKSAAN KUALITI BAHAN


Bahan mentah yang berkualiti akan dipilih dalam membuat pembeliaan. Ini kerana, bahan
mentah yang berkualiti dapat menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti.
Pemeriksaan ini seperti mendapatkan ayam mentah yang disembelih dab dijamin halal
merupakan perkara yang harus diambil kira. Selain itu, tepung goreng ayam, perencah dan
sos dibeli dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

SIMPAN DITEMPAT YANG SESUAI


Penyesuaian penyimpahan bahan mentah amat penting bagi menjaga kualiti bahan tersebut.
Sebagai contoh, ayam mentah oerku disimpan dalam tempat yang bersuhu rendah bagi
menyelakkan pembiakan bakteria keatas bahan tersebut. Selain itu, tepung, perencah dan sos
perlu disimpan ditempat yang kering bagi mengelakkan pembiakan kulat ke atas bahan
tersebut. Bahan mentah perlu dielakan dari diserang bakteria kerana bakteria mampu
menyerang tubuh badan manusia seterusnya mengakibatkan penyakit.
PENYEDIAAN
Bahan mentah disediakan lebih awal sebelom melakukan proses seterusnya. Ayam mentah
dipotong mengikut saiz yang sama bagi setiap bahagia. Tepung goring ayam juga dicampur
ramuan dengan perencah bagi meningkatkan rasa tepung tersebut dan menambah
keenakannya. Dalam proses ini, setiap kuantiti bahan perlu disukat bagi mengelakkan bahan
terlebih atau terkurang rasa.
PEMPROSESAN PRODUK
Dalam proses ini, ayam mentah akan dicampurkan bersama tepung bagi memula proses
meggoreng. Setelah siap digoreng, berlaku proses pembahagian bahagian ayam bagi
memudahkan pelanggan membuat pilihan. Semasa proses ini juga, ayam akan digoreng
mengikut perisa yang disediakan seperti perisa ayam original, lada hitam dan berempah.
PEMBUNGKUSAN
Dalam proses ini, pelanggan perlu membuat pilihan ayam perisa yang mereka sukai, ayam
tersebut akan dipotong. Kemudian, pelanggan akan membuat pilihan antara pelbagai sos yang
kami sediakan seperti sos keju, sos barbeque, dan sos lada hitam. Setelah itu, berlaku proses
pembungkusan kepada pelanggan. Pelanggan boleh menikmati ayam goreng mereka dalam
beg kertas yang kami sediakan.
PROSES JUAL BELI
Proses jual beli ini melibatkan penjual dan pelanggan. Setelah berlaku pembungkusan ke atas
produk yang dikehendaki oleh pelanggan. Produk tersebut akan dijual serta berlakunya
pembayaran mengikut harga produk yang pelanggan pilih.
KEPUASAN PELANGGAN
Kepuasan pelanggan merupakan proses yang paling penting. Apabila pelanggan berpuas hati
dengan produk dan servis yang diberikan, pelanggan akan dating lagi pada kemudian hari.
Pelanggan juga merupakan satu nilai pemasaran iaitu pemasaran melalui buah mulut
pelanggan kepada orang ramai. Ini dapat menentukan prestasi perniaagan tersebut.

Você também pode gostar