Você está na página 1de 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

RBT 1044

ASAS TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

TUGASAN PROJEK

NAMA : KENNY YEOH KAI XIANG

ANGKA GILIRAN : 2015292310098

NO. KAD PENGENALAN : 960926-14-5755

OPSYEN : REKA BENTUK & TEKNOLOGI (KUMPULAN 2)

KURSUS/ AMBILAN : PPISMP JUN 2015

NAMA PENSYARAH : TUAN KAMARUN BIN ISHAK

TARIKH HANTAR : 6 MAC 2016

1
SENARAI KANDUNGAN
BI PERKARA MUKA SURAT
L
1 PENGHARGAAN
2 SINOPSIS
3 CARTA ALIR PROSES KERJA
4 CARTA GANTT
5 PERNYATAAN MASALAH
6 PENCETUSAN IDEA
7 PERKEMBANGAN IDEA
8 LUKISAN KERJA LAKARAN
9 SENARAI BAHAN
10 SENARAI PERALATAN
11 LANGKAH MENGHASILKAN PROJEK
12 STRATEGI PEMASARAN DAN REFLEKSI
13 RUJUKAN
14 LAMPIRAN

2
PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Sepanjang penglibatan saya di dalam penghasilan tugasan ini, saya telah mendapat
kerjasama, sumbangan dan bantuan dari segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan
bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada Tuan Kamarun Bin Ishak, pensyarah mata pelajaran RBT 1044 Teknologi
Bahan Dan Pembuatan yang telah sudi memberikan peluang untuk saya menyiapkan
tugasan ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada
beliau kerana dengan sabar menyelia dan memberikan bimbingan kepada kami tanpa jemu.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua
rakan-rakan yang telah berkerjasama sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan kelas saya yang lain kerana
mereka juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua
ahli keluarga saya dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan, sekali lagi saya
mengucapkan jutaan terima kasih.

1
SINOPSIS

Menurut Laman Web Wikipedia, reka bentuk biasa diterjemahkan sebagai seni
terapan, seni bina, dan berbagai pencapaian kreatif lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata
"reka bentuk" boleh digunakan baik sebagai kata nama mahupun kata kerja. Sebagai kata
kerja, "reka bentuk" memiliki erti "proses untuk membuat dan menciptakan objek baru".
Sebagai kata nama, "reka bentuk" digunakan untuk menyebut hasil akhir dari sebuah proses
kreatif, sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau
berbentuk objek nyata. Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi,
estetika dan berbagai macam aspek lainnya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian,
pemikiran, perah otak, mahupun dari reka bentuk yang sudah ada sebelumnya.

Tugasan projek ini adalah untuk menghasilkan satu reka bentuk projek iaitu RAK
CERMIN MUKA HIASAN DINDING mengikut kreativiti dan imaginasi sendiri. Rak cermin
muka hiasan dinding adalah sejenis produk yang mana ia letak di atas dinding dan
merupakan tempat untuk meletakkan barang kekemasan atau kecantikan dan ia mempunyai
cermin untuk memudahkan individu ketika berurusan dengan seluruh bahagian muka untuk
tujuan bersolek. Rak cermin muka hiasan dinding ini boleh diletakkan sama ada di tandas
ataupun di ruang besen cuci tangan. Selain itu, Rak ini diperbuat daripada kayu dan papan
yang berkualiti.

2
Carta Alir Proses Kerja

3
Mengenal pasti masalah

Mendapatkan maklumat dan


mengumpul idea

Idea penyelesaian masalah

Melakar projek

Menilai dan memilih idea


yang terbaik

Sambungan

4
Perancangan pembinaan projek

Pemotongan, pemasangan,
pengujian dan pengubahsuaian
projek

Dokumentasi

Persembahan

Carta Gantt

Jadual kerja ini disediakan untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa
yang ditetapkan.

Bil Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7


.
1 Mengenal pasti masalah /

2 Mengumpul maklumat dan data /

3 Menjana idea, melakar dan memilih projek /

5
4 Perancangan pembinaan projek /

5 Pemasangan, pengujian dan / /


pengubahsuaian projek
6 Dokumentasi / / / / /

7 Persembahan /

Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk
sedia ada. Menyatakan masalah mampu membantu seseorang individu mengeluarkan
produk yang berkualiti dan mesra alam. Pemikiran kreatif dan inovatif yang terhasil dari
pernyataan masalah merupakan sesuatu yang sangat baik dan bagus.

6
Terhad
Kepenggunaan

Besar dan
Harga mahal
berat

Pernyataan
Masalah

Kelemahan
Tiada di
dalam proses
pasaran
pembuatan

Susah
dikendalikan

7
Sambungan

8
Mengapa
produk
dikeluarkan?

Mengapa Bagaiamana
produk itu produk itu akan
dikeluarkan? dibuat?

Pernyataan
Masalah

Adakah produk
Siapakah dikeluarkan
pasaran produk dapat
itu? menyelesaikan
masalah?

Pencetusan Idea

9
Pencetusan idea-idea diperolehi daripada pelbagai sumber:

Bil Sumber Penjelasan


.
1 Pembacaan dan penyelidikan Maklumat diperolehi daripada bahan-bahan
bacaan seperti akhbar, buku-buku, majalah, jurnal,
cakera padat, mikro filem dan sebagainya.

2 Melayari internet Menggunakan komputer dan pembekal


perkhidmatan internet ataupun Wifi kampus.
Melayari internet untuk mengetahui contoh reka
bentuk rak cermin muka hiasan dinding dan
membuat survey pasaran luar dengan melihat
komen-komen yang diberikan oleh pengguna
terhadap rak cermin muka.

3 Lawatan Melihat sendiri keadaan dan kawasan di mana rak


cermin muka hiasan dinding boleh diperolehi,
mendapatkan pelbagai maklumat seperti reka
bentuk rak cermin muka, bahan-bahan yang
digunakan, pasaraan produk dan cara pemasaran
yang digunakan.

4 Bimbingan pensyarah Pensyarah sebagai pembimbing untuk


memudahkan proses mendapat maklumat, idea,
khidmat nasihat dan pembimbing semasa
pemotongan, pemasangan, pengujian dan
pengubahsuaian projek dijalankan.

5 Pemerhatian Memerhatikan rak cermin muka hiasan dinding di


pasaran dan di rumah bagi mendapatkan
maklumat tentang kesesuaian saiz dan reka
bentuknya.

Perkembangan Idea

10
Untuk menghasilkan projek yang berkualiti, kita perlu meneliti kelebihan dan
kelemahan idea yang telah dikemukakan. Setiap aspek penting perlu diketahui seperti:

Keupayaan kendiri perlu diambil kira supaya berupaya serta mampu dari segi fizikal
dan kemudahan sedia ada untuk menghasilkan rekacipta tersebut.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan
projek ini.
Pilihan produk hendaklah praktikal dari segi cara pembuatan, penggunaan,
penyimpanan dan pengangkutan.
Pilihan produk hendaklah menggunakan bahan dan komponen yang sesuai dan
mudah didapati di pasaran.
Mengambil kira faktor kos supaya tidak membebankan.
Faktor saiz, bentuk, fungsi, kegunaan, keselamatan juga perlu dititikberatkan supaya
bersesuaian dengan pengguna.
Mesra alam iaitu produk yang dihasilkan tidak mendatangkan kesan negative kepada
persekitaran.

Selain itu, kita perlu juga memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria
bentuk dan saiz yang dilakarkan. Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang
dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor iaitu:

Fungsi Projek yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan


Rupa bentuk Projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk bersesuaian
Kesesuaian bahan Menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah diperolehi
Kaedah binaan Menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah
Ketahanan Projek yang dihasilkan mempunyai ketahanan penggunaannya.
Kos Kos pembinaan projek tidak terlalu tinggi hingga membebankan
Keselamatan Projek mestilah selamat digunakan
Nilai komersial Projek berpotensi untuk dipasarkan

11
LAKARAN

12
LAKARAN YANG
DIPILIH

SENARAI BAHAN

Bahan yang digunakan mestilah mudah didapati dan kosnya tidak membebankan.

Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan projek ini adalah seperti berikut:

13
1) Papan Lapis

Papan lapis dibuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil vernier.

Lapisan vernier ini ditindih dan diglu bersama-sama dengan perekat tiruan. Tebal papan
lapis adalah antara 3 mm hingga 32 mm dan dipasarkan dalam dua saiz:

91 cm x 183 cm
122 cm x 244 cm

Terdapat dua jenis papan lapis iaitu kalis air dan tidak kalis air. Antara kebaikan papan
lapis ialah:

permukaannya rata dan lebar


ringan dan mudah dikerjakan
tidak mudah mengecut atau meleding
bahagian hujung dan tepinya tidak mudah pecah jika dipaku atau diskru

2) Cermin

Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk imej. Cermin
dikenali ramai sebagai sejenis benda yang boleh memantulkan cahaya ataupun bayang-
bayang.

14
Cermin awal terdiri daripada kepingan atau helaian logam digilap, biasanya logam perak
atau tembaga apabila imej yang dipantuklan kembali adalah untuk dilihat (seperti perapian
diri) tetapi juga dari logam lain apabila hanya penumpuan cahaya terbias yang diperlukan.

3) Cangkuk

4) Kumai

15
5) Varnish

SENARAI ALATAN

1) Pita Pengukur

16
Pita ukur merupakan sejenis pembaris lentur. Ia terdiri daripada pita kain, plastik, atau
logam dengan tanda ukuran memanjang dengan unit metrik dan kadang kala dengan
tambahan unit imperial.

2) Sesiku L

Sesiku L ialah sejenis alat pengukuran yang digunakan untuk menguji sesuatu permukaan
bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu, serta menguji kepersegian kayu. Bahagian
lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan. Manakala bahagian
badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli.

3) Apit G

Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketikaproses mengglukan dua kepingan kayu
dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga
digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda
kerja yang diapit.

4) Mesin Gergaji Duduk Siku

17
5) Mesin Gergaji Lengan (Radial Arm Saw)

6) Mesin Gergaji Meja

7) Mesin Gergaji Pita (Bandsaw)

18
8) Mesin Pelelas (Sander)

9) Mesin Paku Tembak Angin (Pneumatic Brad Nailer)

19
LANGKAH
MENGHASILKAN
PROJEK

20
Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja. Pengujian dan penilaian
projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti, menepati kehendak
pengguna dan berfungsi dengan betul.

1. Proses Mengukur
Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan lakaran kertas projek dan
menggunakan alat pengukur seperti pita pengukur, pembaris keluli dan sesiku L.
Proses pengukuran mestilah tepat.

2. Proses Menanda
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong, digerudi atau
dalam proses membuat tanggam dangan menggunakan alatan seperti pensel, tolok
penanda, dan pisau penanda.

3. Proses Memotong
Alatan yang sesuai ang diperlukan dalam proses memotong bahan adallah gergaji
tangan atau gergaji putting atau mesin memotong seperti gergaji Jig, mesin gergaji
bulat dan mesin gergaji lengan. Proses pemotongan memerlukan ketelitian
terutamanya bila mengendalikan alatan memotong berskala industri.

21
4. Proses Membina dan Mencantum
Proses seterusnya ialah proses membina dan mencantum. Proses ini melibatkan
kerja memaku dan alatan yang digunakan ialah pneumatic nail gun, yang mana ia
menggunakan udara yang termampat untuk memaku pada kerja projek tersebut.

22
5. Membuat Kemasan
Proses kemasan dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan
projek.

23
Hasil Projek Rak Cermin Muka Hiasan Dinding

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

24
Strategi Pemasaran

Stategi pemasaran merupakan aktiviti merangkumi semua aspek dan perkara yang
dapat meningkatkan jualan produk. Produk yang dihasilkan mesti memenuhi kehendak
pengguna. Pemasaran berkesan dapat membantu memaksimakan keuntungan. Pemasaran
ialah proses perancangan dan pelaksanaan keseluruhan aktiviti dalam pengagihan produk
daripada pengeluar kepada pengguna.

Terdapat empat strategi pemasaran iaitu fungsi produk tersebut yang mana dapat
memuaskan kehendak pengguna. Rak cermin muka hiasan dinding ini amat sesuai untuk
kegunaan di bilik air mahupun di ruang cuci tangan, dengan ini, produk ini dianggarkan
dapat memuaskan kehendak pengguna kerana setiap rumah mempunyai bilik air dan rak
cermin ini dapat digunakan. Selain itu, nilai ataupun harga produk juga haruslah berpatutan.
Hal ini demikian kerana pada zaman kegiatan ekonomi ini, pengguna sememangnya akan
berhati-hati semasa membeli sesuatu produk dan akan membanding-bezakan kualiti produk
dari semasa ke semasa.

Seterusnya, kaedah menyalurkan produk kepada pengguna juga merupakan salah


satu strategi pemasaran. Dengan ini, kita haruslah memilih tempat yang paling sesuai untuk
memasarkan produk ini, contohnya rak cermin muka hiasan dinding ini seharusnya
dipasarkan di kedai perabot ataupun di mana-mana kedai penghiasan rumah. Selain
daripada itu, kaedah komunikasi antara penjual dengan pembeli juga amat penting seperti
promosi-promosi yang dijalankan. Pengedaran risalah-risalah tentang produk seharusnya
dijalankan supaya lebih banyak pengguna mengetahui dan mengenali produk ini dan secara
tidak langsung akan mengunjungi kedai dan membeli produk tersebut.

25
Refleksi

Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk
menyiapkan tugasan tentang rancangan perniagaan. Pada tarikh 14 Februari 2016, saya
dan rakan kelas telah menerima soalan tugasan Projek Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) daripada pensyarah Tuan Kamarun bin Ishak.

Seterusnya, melalui tugasan ini telah memberi kesempatan kepada saya menghayati
erti sebenar pepatah Melayu yang menyatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih serta muafakat membawa berkat. Apabila saya mula menerima tugasan ini, saya
berasa amat beban sebab keterbatasan ilmu yang ada pada diri sendiri. Namun disebabkan
saya mempunyai semangat berjuang dan komitmen yang tinggi saya sedaya upaya
berusaha untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan melalui internet dan buku
ilmiah di Perpustakaan IPG Kampus Tun Hussein Onn .Saya juga mengagihkan masa
dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tugasan individu dengan mengikut rancangan
pelaksanaan yang berkesan dan sistematik.

Melalui tugasan ini juga, saya telah mempelajari banyak ilmu daripada pensyarah
saya, seperti kaedah menggunakan mesin-mesin gergaji yang terdapat dalam bengkel dan
fungsi peralatan-peralatan. Selain itu, saya juga mempelajari ilmu pemotongan kayu dengan
betul dan tepat. Selain daripada itu, saya juga mempelajari kaedah memasang, iaitu dengan
menggunakan mesin paku tembak angin dengan mahir.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


bimbingan saya iaitu Tuan Kamarun bin Ishak dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak
berkongsi maklumat, idea-diea yang bernas serta memberi motivasi agar saya dapat
meneruskan perjuangan untuk menyiapkan tugasan dengan cemerlang.

26
Rujukan

(2013, Mac 9). Retrieved from Wikipedia:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Reka_bentuk
(2015, Julai). Retrieved from Strategi Pemasaran:
http://www.kembar.pro/2015/07/strategi-pemasaran-dan-bauran-
pemasaran.html
Farida. (2010, Oktober 11). Retrieved from Hiasan Cermin Muka:
http://www.majalah.com/?classified:frame-hiasan-dinding-cermin-muka-
cenderamata-design-terkini-dgn-harga-rendah:66NG45TRQC
Puteri Mas Puri, Mohd Azreen Reza, Peh Kok Hua, Salinah, Fuad Hanif . (2012,
April 28). Retrieved from Kemahiran Hidup:
http://groupkemahiranhidup.blogspot.my/2012/04/alatan-tangan-jenis-
mesin-kegunaannya.html
Salmiah Jaba. (n.d.). Retrieved from Reka Bentuk dan Teknologi:
http://salmiahjaba.com/kemahiran-hidup-bersepadu/bahan-bantuan-
khb/abm-tingkatan-1/reka-bentuk-teknologi/
Peter, J. P., & Bahasa, J. C. O. A. (2000). Consumer Behavior Perilaku Konsumen
dan Strategi Pemasaran, Jilid.

27
LAMPIRAN

28

Você também pode gostar