Você está na página 1de 2

Ada apa 14 Feb?

Pada bulan ini, media massa dan pusat hiburan memperhebatkan promosi mereka
untuk menarik perhatian remaja khususnya meraikan Hari Valentine, Hari Kasih
Sayang atau Hari Memperingati kekasih. Apapun nama yang diberikan,
kedatangannya seolah-olah dinantikan. MAka sibuklah, para remaja menyediakan
pelbagai hadiah untuk membuktikan rasa cinta dan kasih kepada insan pilihan hati.
Mungkin dengan perkembangan teknologi telefon bimbit yang canggih dan laman
sesawang yang menjadi kegilaan kini, ucapan kasih sayang disampaikan tepat detik
12 malam menjelangnya valentine Day.

Penentuan hari-hari tertentu ini dan acara menyambutnya pula merupakan satu
budaya yang tidak wajar menjadi ikutan umat islam khususnya kerana jelas
bertentangan dengan syarak dan melanggar prinsip islam itu sendiri.

Maksud dan Sejarah VD


-valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bhs itali adalah berasal
daripda nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus. Ia juga berasal
daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud kuat,aktif,sihat dan
seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dan History of First
Name).
-Menurut Sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar
Kristian pada pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa
beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan islam di Cardova, Sepanyol pada 14
Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi ratu Isabella sehingga dianggap sebagai
kekasih rakyatnya sendiri.
-Prinsip dasar VD adalah satu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan
'supercalls' bangsa Romawi kuno dimana setelah mereka masuk agama
Nasrani(Kristian) dan berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan
kematian St. Valentine.

Kesimpulannya, menyambut Valentine Day bagaikan kita bergembira dengan


kejatuhan Kerajaan Islam Cardova dan memuliakan kematian paderi St. Valentine. Ia
juga umpama kita begitu ghairah untuk mengagungkan agama lain melebihi islam.

Larangan Sambutan Valentine Day


JAwatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal ISlam malaysia yang
bersidang pada 22-24 november 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan
atau menyambut 'valentine day' adalah seperti berikut:
"Bahawa amalan merayakan VD tdak pernah dianjurkan islam. Roh perayaan itu
mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat
adalah bercanggah dan dilarang oleh islam. Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih
tidak digalakkan oleh agama Islam'

Hukum islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara
hidup orang bukan islam berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
'sesiapa mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami, maka ia akan
ditolak".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesan Menyambut VD
-menghancurkan akidah umat uslam kerana amalan ini merupakan amalan ritual
agama kristian dan bercangah dengan prinsip islam.
-mejurus kepada perkara yang tidak baik dan tidak bermoral apabila ada piahk
melakukan perbuatan menyalahi syarak semata-mata untuk membuktikan kasih
sayang.
-pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram hingga
menyebabkan kes penzinaan,pengguguran bayi, pembuangan bayi dan kelahiran
ank luar nikah.

valentine day: Budaya Mendekati Zina


Firman Allahhhh
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (al-isra' :32)
dalam agama islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang sudah akil
baligh dan bukan mahram itu dilarang keras. Segala perbuatan ini akan membuka
dan menimbulkan dorongan serta laluan kepada yang terlibat untuk melakukan
mukaddimah zina dan seterusnya melakukan perbuatan terkutuk itu.
Garis Panduan Pergaulan dalam Islam
-menundukkan pandangan
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An_Nur:30)
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nur:31)

-menutup aurat
Dari Abu Daud Said al-Khudri berkata:
Rasulullah bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu
juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita"

-Adanya batasan Antara Lelaki dan Wanita


hendaklah setiap urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram M

Você também pode gostar