Você está na página 1de 16

JURNAL

TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

a. Tahap Kecenderungan Inovasi dan Rantaian Nilai Inovasi

SIDANG EDITOR

1
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Ketua Editor
Dr. Hjh. Nor Hayati Fatmi Talib - Politeknik Banting Selangor

Editor
Kapt (PA) Yusni Bin Yusak Jabatan Pengajian Politeknik
En. Marzuki Bin Sepiaail Politeknik Sultan Azlan Shah
Cik Zainab Hanina Binti Abdul Samad Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Ainoor Mahfuzah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Suhaily Binti Abdullah Politeknik Sultan Azlan Shah
Ezatul Marini Binti Mohd Ghazali Politeknik Sultan Azlan Shah

Lembaga Penasihat
PM. Dr. Sarjit S. Gill - Universiti Putra Malaysia
PM. Dr Ahmad Tarmizi Talib - Universiti Putra Malaysia
Ahmad Munawar Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat
En. Mohammad Bin Abdullah, Pengarah Pembangunan Kurikulum
LT.KOL (P.A) Abdul Karem Bin Jaafar Pengarah PSAS

Pewasit
Prof. Madya Asmawati Suhib Universiti Putra Malaysia
Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib Universiti Putra Malaysia
Dr. Noraini Binti Omar IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan
Dr. Nurhanani Binti Hussein SMK Desa Serdang Seri Kembangan
Dr. Khadijah Binti Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Hj. Bani Hidayat Bin Mohd Shafie IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Dr. Hjh. Nor Hayati Fatmi Talib Politeknik Banting Selangor
Dr. Nurul Asiah Fasehah Muahmad Universiti Sains Islam Malaysia

Pembaca Pruf
En. Marzuki Bin Sepiaail Politeknik Sultan Azlan Shah

2
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Hubungan Media Sosial Dengan Penampilan Akhlak Pelajar


Politeknik Malaysia

Wan Norina Wan Hamat


Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar
Zaharah Hussin
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan media sosial dalam
kalangan pelajar politeknik serta menganalisis hubungan antara kekerapan penggunaan media
sosial dengan penampilan akhlak pelajar Islam politeknik. Kajian ini telah dijalankan secara
kuantitatif ke atas 397 orang pelajar politeknik Malaysia yang terpilih dengan menggunakan set
borang soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan
Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 20.0 for Windows. Secara keseluruhannya,
analisis data deskriptif mendapati tempoh kekerapan penggunaan pelajar kepada laman sosial
Facebook berada pada tahap yang tinggi (min=4.74) dan terdapat hubungan yang signifikan
antara kekerapan penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak dari aspek berhibur
pelajar politeknik (r =.321). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelajar perlu peka dengan
pengaruh yang dibawa oleh media sosial agar mereka dapat memilih rancangan yang bersesuaian
serta dapat menguruskan masa bersama media tersebut dengan sebaiknya.

Kata kunci : Media Sosial, Penampilan Akhlak, pelajar Politeknik

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the linkages between social media attitudes and behavior
patterns of Malaysian Polytechnic students. Questionnaires were administered to a non-random
sample of 397 Malaysian Polytechnic students. Descriptive and inference random samplings were
used to select the sample. Data were analyzed using windows SPSS version 20.0. The result shows
that correlation exists between the patterns of media usage among students in terms of their
media preferences and active leisure participation. There is a high frequency of Facebook usage
among students. (min=4.74) and a significance between frequency of social media usage and
influence on polytechnic students leisure attitudes and behavior. (r = .321). Implication of this
study is that students should be aware and be alert of the negative influence of social media and
make a wise choice of appropriate and suitable posts to manage their time well and in a positive
manner.

Keywords: social media, behavioural patterns and Polytechnic students.

68
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

PENDAHULUAN

Sejajar dengan perkembangan internet, media sosial kini menjadi aplikasi internet yang semakin
popular. Perkembangan media ini telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh
pelusuk dunia. Kaplan dan Haenlein (2010) mendefinisikan media sosial sebagai sekumpulan
aplikasi internet yang dibina berasaskan ideologi dan teknologi Web 2.0 yang membenarkan
perkongsian dan penghasilan bahan-bahan yang dibina oleh para pengguna. Kepopulariti media
sosial banyak bergantung kepada penglibatan golongan remaja. Hal ini bersesuaian dengan
pandangan Wardrip Fruin dan Montfort (2003) menyatakan bahawa golongan remaja yang
terdedah kepada teknologi maklumat pada usia muda lebih terdorong untuk melibatkan diri
dalam perkongsian maya, khususnya melalui media sosial. Remaja ini juga turut dikategorikan
sebagai pelajar IPT.

Sehubungan itu, perkembangan media sosial ini telah memberi banyak manfaat kepada
pelajar untuk menambahkan pengetahuan dan perkongsian ilmu dengan rakan di alam maya. Ini
kerana perkongsian maklumat melalui pendigitalan yang terdapat di dalam media sosial seperti
Facebook dan Twitter memenuhi selera pengguna internet serta memudahkan mereka
mengakses mana-mana elemen media seperti berita online, youtube dan juga video klip
(Rosmawati, 2011). Kenyataan ini turut diakui oleh Zaidatun, et al. (2011) media sosial boleh
membina satu komuniti dalam talian dimana individu dapat berkongsi hobi, aktiviti, gambar dan
sebagainya.

Walaubagaimanapun, media sosial turut mendapat persepsi negatif masyarakat apabila


wujudnya perkara-perkara negatif dan buruk akibat berleluasanya penyalahgunaan dalam
kalangan remaja (Rosmawati, 2011). Ini kerana mereka merasakan bebas melakukan apa-apa
aktiviti tanpa pemantauan daripada ibu bapa. Sehubungan itu, salah satu penyebab berlakunya
keruntuhan akhlak remaja masa kini adalah hasil daripada bahan dan rancangan media yang
dipaparkan dalam negara (Samsudin A. Rahim, 2008; Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail 2009;
Buerah Tunggak, Maznah Ali, Nurafzan Muhamad & Md. Hamzaimi Azrol Md Baharuddin, 2012).
Hal ini turut diakui oleh Bushman & Heusman (2001) bahawa hasil penelitian para pengkaji
menunjukkan bahawa paparan media elektronik boleh mempengaruhi tingkah laku golongan
remaja yang juga dikategorikan sebagai pelajar.

Selain itu, masyarakat Islam juga sering didedahkan dengan pelbagai maklumat yang
kurang tepat, palsu, menyeleweng seterusnya merosakkan minda serta menjadikan sejumlah
anggota masyarakat kita hilang jati diri dan keperibadian akhlak yang mulia (Hamidah, 2005;
Ahmad Syukri, 2008; Fariza & Muhammad Faisal, 2010). Selain itu, hasil daripada rancangan dan
kekerapan penggunaan media sosial yang melampau juga menyebabkan pelajar menjadikan
personaliti dalam media sebagai idola mereka. Contoh dalam penampilan diri aspek berpakaian.
Menurut Rokiah, (2003) remaja masa kini lebih memilih pakaian jenis ranggi seperti mana
terdedahnya fesyen-fesyen yang dipakai oleh artis-artis dalam dan luar negara yang dipaparkan
melalui media massa dalam negara. Berikutan pendedahan cara hidup seperti ini menjadi ikutan
bagi pelajar yang tidak memahami konsep ajaran agama sebenar-benarnya serta kurangnya
penghayatan agama dalam diri individu (Zaharah, 2005). Kesannya banyak mempengaruhi
pelajar terhadap penampilan akhlak yang bertentangan dengan syariat.

Perkara-perkara seperti yang diterangkan di atas telah menarik minat pengkaji untuk
merungkaikan masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar masa kini. Oleh itu, pengkaji

69
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

mengambil inisiatif untuk mengkaji adakah terdapat hubungan antara media sosial dengan
penampilan akhlak pelajar Politeknik Malaysia.

TUJUAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat jenis akaun media sosial yang dimiliki
oleh pelajar politeknik, untuk melihat tahap kekerapan penggunaan media sosial dalam kalangan
pelajar Islam Politeknik, melihat adakah media sosial mempengaruhi dalam penampilan akhlak
mereka serta untuk melihat adakah terdapat hubungan antara kekerapan penggunaan media
sosial dengan penampilan akhlak pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, kajian ini akan melihat empat objektif berikut:

1. Mengenal pasti akaun media sosial pilihan pelajar Islam Politeknik.


2. Menilai tahap kekerapan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar Islam
Politeknik.
3. Menilai tahap pengaruh media sosial terhadap penampilan akhlak pelajar Islam
Politeknik.
4. Menganalisa hubungan antara tahap kekerapan penggunaan media sosial dengan
penampilan akhlak pelajar tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan set borang
soal selidik yang telah diubah suai daripada instrumen kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim et
al. (2005) dan juga daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan. Dalam kajian ini media sosial
yang terlibat adalah seperti Facebook, Twitter dan My Space. Jenis media sosial ini dipilih kerana
ia merupakan rangkaian media sosial yang menjadi pilihan utama pengguna internet Malaysia
(Rosmawati 2009; Kee Man 2013) juga Facebook merupakan media yang paling popular di
Malaysia (Mohd Zaidi & Bahiyah, 2013; Jauhariatul & Jamilah, 2012). Penampilan akhlak pelajar
pula adalah dari aspek berpakaian, berhibur, pergaulan dan berkomunikasi.

Kajian ini menggunakan set borang soal selidik di mana borang ini mengandungi tiga
bahagian utama yang melibatkan soalan berbentuk 5 skala Likert. Bahagian A berkaitan dengan
latar belakang responden kajian. Bahagian B berkaitan dengan kekerapan penggunaan media
sosial dan Bahagian C tentang pengaruh media sosial terhadap penampilan akhlak pelajar.
Responden diperlukan memberi jawapan berdasarkan kepada penyataan-penyataan mengikut
bahagian-bahagian yang disediakan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) for Windows versi 20.0. Datadata ini
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Bagi tujuan interpretasi data
deskriptif, dapatan analisis berpandukan kepada jadual skor min Jainabee & Jamil (2009) seperti
yang dinyatakan dalam jadual 1.

70
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi


1.00 1.80 Sangat Rendah
1.81 2.60 Rendah
2.61 3.40 Sederhana
3.41 4.20 Tinggi
4.21 5.00 Sangat Tinggi
Sumber: Jainabee & Jamil (2009)

Untuk menginterpretasikan dapatan analisis inferensi yang di perolehi, pengkaji memilih


skala Mohd Majid (2005) sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah sebagai
pengukur menentukan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah yang diuji dalam kajian ini.

Jadual 2: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Korelasi

Nilai Indeks Korelasi Interpretasi Hubungan


0.00 0.20 Sangat Lemah
0.21 0.40 Lemah
0.41 - 0.70 Sederhana
0.71 0.90 Kuat
0.91 1.00 Sangat Kuat
Sumber: Mohd Majid (2005)

Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan semua pelajar Islam semester akhir
peringkat diploma politeknik Malaysia. Untuk menentukan jumlah sampel dalam kajian ini,
pengkaji mengguna pakai jadual penentuan sampel yang telah dicadangkan oleh Krejcie dan
Morgan, (1970). Oleh itu berdasarkan kepada jadual berkenaan bagi populasi seramai 24,154
orang maka jumlah sampel yang dicadangkan dalam kajian ini ialah seramai 331 orang. Namun
sebagai langkah berjaga-jaga berhubung dengan kedapatan semula borang soal selidik juga
sekiranya terdapat pelajar yang tidak memberikan jawapan yang lengkap dalam borang soal
selidik yang diedarkan maka pengkaji menetapkan jumlah sampel yang dipilih dalam kajian ini
ialah seramai 400 orang. Cara ini bertepatan dengan penyataan Mohamad Najib Abdul Ghaffar
(1999) saiz sampel yang lebih besar adalah lebih baik kerana pengkaji mempunyai lebih
kemungkinan untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Pandangan ini turut
disokong oleh Mohd Majid Konting (2005) menyatakan saiz sampel yang besar dapat
mengurangkan ralat sampel yang tidak dipilih.

Namun begitu, hanya 397 borang soal selidik yang telah lengkap dan dikembalikan untuk
dianalisa. Justeru, sampel kajian yang terlibat adalah seramai 397 orang pelajar semester akhir
peringkat diploma dari 10 buah politeknik Malaysia. Pemilihan pelajar semester ini kerana
mereka merupakan pelajar tahun akhir dan telah lama belajar di politeknik dan juga akan

71
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

menamatkan pengajian dalam masa terdekat, secara tidak langsung sebagai pelajar senior
mereka dianggap telah menghayati kehidupan sebenar sebagai pelajar politeknik. Pemilihan
politeknik dan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah two-stage random
sampling yang menggabungkan kaedah cluster sampling dan stratified random sampling.

DAPATAN KAJIAN

Analisis demografi responden menunjukkan sejumlah 397 orang responden yang terlibat dalam
kajian ini, iaitu seramai 189 orang pelajar lelaki (47.6%) dan 208 orang pelajar perempuan
(52.4%).

Objektif Kajian 1: Mengenal Pasti Akaun Media Sosial Pilihan Pelajar Islam Politeknik.

Seterusnya berdasarkan jadual 3 di bawah, menunjukkan jenis akaun media sosial yang dimiliki
oleh responden, Facebook adalah media sosial yang paling banyak dimiliki oleh pelajar politeknik
iaitu sebanyak 98% seramai 389 orang responden dan hanya 2% sahaja pelajar yang tidak
memiliki akaun tersebut, diikuti akaun Twitter sebanyak 72.3% iaitu seramai 287 responden
yang memiliki akaun tersebut manakala akaun Myspace pula kurang dimiliki oleh responden
hanya 142 orang sahaja (35.7%) yang memiliki akaun tersebut selebihnya tidak memiliki akaun
iaitu 64.3% seramai 255 orang responden. Ini jelas menunjukkan majoriti pelajar politeknik
memiliki akaun Facebook.

Jadual 3: Responden yang memiliki akaun Media Sosial

Media Sosial Memiliki akaun Tidak ada akaun


Facebook 389 8
(98%) (2%)
Twitter 287 110
(72.3%) (27.7%)
Myspace 142 255
(35.7%) (64.3%)

Objektif Kajian 2: Menilai Tahap Kekerapan Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan
Pelajar Islam Politeknik.

Tahap kekerapan penggunaan media sosial dalam kajian ini merujuk kepada tempoh pelajar
menghabiskan masa bersama media sosial dalam sehari. Hasil dapatan ini adalah seperti jadual
berikut:

72
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Jadual 4: Jumlah Kekerapan Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Pelajar

Item Kekerapan & Peratusan (%) (N=397) Min


Perkara 1 2 3 4 5 6 Min Int
(N=397) <30* 1* 1.30* 2* 2.30* >3*
Facebook 8 30 45 66 72 176 4.74 ST
(2.0) (7.6) (11.3) (16.6) (18.1) (44.3)
Twitter 112 81 86 12 56 50 2.92 S
(28.2) (20.4) (22) (3.0) (14.1 ) (13.2)
Myspace 257 58 38 11 25 8 1.77 R
( 64.7) (14.6) (9.6) (2.8) (6.3) (2.0)
Petunjuk:

Int: Interpretasi. * Jam dalam sehari

Berdasarkan Jadual 4 di atas menunjukkan dapatan kekerapan penggunaan media sosial


yang menjadi pilihan pelajar dalam sehari. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan
sebahagian besar responden menghabiskan masa untuk melayari Facebook dengan skor min 4.74
iaitu berada pada tahap yang sangat tinggi daripada melayari Twitter (min= 2.92) pada tahap
sederhana diikuti Myspace min 1.77 berada pada tahap rendah.

Secara lebih khusus lagi, hasil kajian mendapati seramai 125 orang responden (31.4%)
menyatakan yang mereka telah menghabiskan lebih dari 3 jam sehari melayari Facebook,
seramai 72 orang responden (18%) pula menghabiskan masa selama 2 jam 30 minit sehari dan
hanya (12%) responden menghabiskan tidak lebih daripada 1 jam sehari untuk tujuan yang sama.
Mengenai kekerapan penggunaan media sosial Twitter pula seramai 50 orang responden (13.2%)
menghabiskan lebih dari 3 jam sehari, manakala seramai 56 orang responden (14.1%)
menghabiskan masa 2 jam 30 minit, hanya sejumlah (3%) dengan 12 orang responden
menghabiskan masa selama 2 jam sehari dan majoriti (28.2%) responden menghabiskan masa
tidak lebih daripada 1 jam sehari bagi tujuan yang sama. Di ikuti dengan Myspace, dimana
majoriti responden hanya menghabiskan masa kurang dari 30minit untuk melayari median sosial
tersebut iaitu seramai 257 orang, manakala hanya 8 orang responden (2.0%) yang menggunakan
media sosial ini lebih dari 3 jam. Ini menunjukkan responden kurang menggunakan media sosial
ini, secara tidak langsung dapatan menunjukkan kebanyakan responden tidak memiliki akaun
Myspace.

Objektif Kajian 3: Menilai Tahap Pengaruh Media Sosial Terhadap Penampilan Akhlak
Pelajar Islam Politeknik.

Jadual 5: Pengaruh Media Sosial Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Dari Aspek
Berpakaian, Pergaulan, Hiburan Dan Komunikasi

Bil. Perkara Min Int.


1G Bersangka buruk dengan sesiapa sahaja* 3.74 Tinggi
2G Saya berjabat tangan dengan bukan mahram* 4.03 Tinggi
3G Mengamalkan sikap mesra dengan sesiapa sahaja. 4.02 Tinggi
4G Biasa bergosip-gosip tentang seseorang 3.13 Sederhana

73
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

5G Berpandangan pergaulan antara lelaki dengan perempuan 3.98 Tinggi


tidak perlu disekat pada masa kini*
6P Saya berpakaian yang jarang dan nipis.* 1.74 Sangat
Rendah
7P Pakaian artis pujaan menjadi pilihan saya. 1.81 Rendah
8P Pemakaian baju dan seluar yang ketat memudahkan 4.11 Tinggi
pergerakan saya.*
9P Berfesyen mengikut tren masa kini tanpa mengikut 2.43 Rendah
kehendak syariat.*
10P Saya lebih selesa mengenakan pakaian yang menutup aurat. 4.25 Sangat Tinggi
11H Mendengar lagu-lagu cinta memberi inspirasi kepada saya. 3.48 Tinggi
12H Lagu-lagu berunsur dakwah menghiburkan saya. 3.85 Tinggi
13H Saya bermain Games hingga mengganggu tugasan.* 2.80 Sederhana
14H Berkaraoke bersama kawan-kawan dapat menenangkan 3.51 Tinggi
fikiran saya.
15H Mengunjungi pusat hiburan untuk menghilangkan stress.* 2.97 Sederhana
16K Meluahkan masalah dalam media (facebook) sebagai satu 2.82 Sederhana
cara untuk menyatakan perasaan.
17K Suka berkongsi pandangan terhadap isu-isu dalam media 3.52 Tinggi
massa
18K Bercakap dengan lelaki dengan perempuan apabila 3.77 Tinggi
diperlukan.
19K Meniru bahasa kurang elok, contoh cantik giler * 2.98 Sederhana
20K Menggunakan kata-kata kurang sopan apabila dalam 2.49 Rendah
keadaan marah.*
Min Keseluruhan 2.90 Sederhana
*Item negatif

Analisis statistik deskriptif yang seterusnya adalah berkaitan dengan penampilan akhlak
pelajar politeknik dan kaitannya dengan pengaruh media sosialmedia sosial. Ini dapat dilihat
dalam Jadual 5, daripada sejumlah 20 item yang akan dibincangkan, item 1-5 merupakan
penampilan akhlak pelajar dari aspek pergaulan, manakala item 6-10 adalah penampilan akhlak
dari aspek pakaian, dari aspek hiburan pula adalah item 11-15 dan penampilan akhlak dari aspek
komunikasi pelajar pula pada item 16-20.

Daripada aspek penampilan akhlak pelajar tersebut, terdapat satu item yang berada pada
tahap yang sangat tinggi (min = 4.25) iaitu berkaitan dengan aspek pakaian di mana majoriti
pelajar lebih selesa mengenakan pakaian yang menutup aurat. Hasil analisis juga mendapati lima
item yang berkaitan dengan penampilan akhlak pelajar ini berada pada tahap skor min yang
tinggi, iaitu min skor antara 3.41 hingga 4.20, item tersebut seperti item mengamalkan sikap
mesra dengan sesiapa sahaja dengan (min= 4.02) ia berkaitan penampilan akhlak pelajar dari
aspek pergaulan. Aspek hiburan pula berkaitan Lagu-lagu berunsur dakwah menghiburkan
saya (min= 3.85), Suka berkongsi pandangan terhadap isu-isu dalam media sosial (min= 3.57),
Berkaraoke bersama kawan-kawan dapat menenangkan fikiran saya (min= 3.51) dan
pernyataan Mendengar lagu-lagu cinta memberi inspirasi kepada saya (min= 3.48). Pernyataan
Bercakap dengan lelaki dan perempuan (bukan muhrim) apabila diperlukan (min = 3.77) dari
aspek komunikasi.

74
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Selain dari itu, hasil dapatan bagi kelompok skor min yang sederhana adalah antara skor
min 2.61 hingga 3.40 dan terangkum di dalamnya adalah sebanyak lima item. Pengaruh media
massa terhadap penampilan akhlak pelajar dari aspek hiburan dan komunikasi masingmasing
mempunyai du item dari kelompok skor min ini seperti saya bermain games hingga mengganggu
tugasan (min= 2.80) dan pernyataan Mengunjungi pusat hiburan untuk menghilangkan stress
(min= 2.97), item-item tersebut adalah berkaitan penampilan akhlak dari aspek hiburan.
Dapatan selanjutnya berkaitan dengan penampilan akhlak dari aspek komunikasi, di mana item
tersebut adalah Meluahkan masalah dalam media sosial sebagai satu cara untuk menyatakan
perasaan (min= 2.82) dan meniru bahasa kurang elok, contoh cantik giler (min= 2.98).
Sebaliknya, kelompok min yang sederhana dalam penampilan akhlak dari aspek pergaulan hanya
satu item sahaja iaitu biasa bergosip-gosip tentang seseorang dengan min 3.13.

Kelompok min yang terakhir pula ialah antara 1.00 hingga 1.80 iaitu berada pada tahap
sangat rendah. Item yang terangkum di dalamnya hanya dua item. Di mana item tersebut adalah
Pemakaian baju dan seluar yang ketat memudahkan pergerakan saya (min= 1.75) diikuti item
Saya berpakaian yang jarang dan nipis (min= 1.74). Kedua-dua item ini adalah penampilan
akhlak dari aspek berpakaian.

Objektif Kajian 4: Menganalisa Hubungan Antara Tahap Kekerapan Penggunaan Media


Sosial Dengan Penampilan Akhlak Pelajar Tersebut.

Analisis inferensi kolerasi ini digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara dua konstruk
utama dalam kajian ini iaitu kekerapan penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak
pelajar dari aspek pergaulan, berpakaian, berkomunikasi dan berhibur. Analisis korelasi Pearson
telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat analisis hubungan antara konstruk-konstruk yang
terlibat.

Jadual 6: Hubungan Antara Kekerapan Penggunaan Media Sosial Dengan Penampilan Akhlak
Pelajar Politeknik.

Bil Pemboleh Ubah r P Aras


Signifikan
1. Kekerapan penggunaan media sosial dengan .104* .038 Tidak
penampilan akhlak dari aspek berkomunikasi. Signifikan
2. Tahap kekerapan penggunaan media sosial .321** .000 Signifikan
dengan penampilan akhlak dari aspek
berhibur.
3. Tahap kekerapan penggunaan media sosial .202** .000 Signifikan
dengan penampilan akhlak dari aspek
pergaulan
4. Tahap kekerapan penggunaan media sosial .301** .000 Signifikan
dengan penampilan akhlak dari aspek
berpakaian.

75
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

**Signifikan pada aras <0.01 (dua hujung), *p<.05

Beberapa ujian Pearsons Correlation telah dilakukan untuk melihat hubungan antara
beberapa pemboleh ubah. Dalam Jadual 6 di atas adalah ringkasan dapatan kajian yang telah
dijalankan.

H1: Hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kekerapan penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak pelajar dari aspek
berkomunikasi dengan nilai r =.104* dan nilai p=.038, p<0.05. Ini menunjukkan H01 adalah
ditolak. Sehubungan itu keputusan ujian ini menggambarkan bahawa tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah ini.

H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan media sosial dengan
penampilan akhlak pelajar dari aspek berhibur dengan nilai r =.321** dan nilai p=.000, p<0.01.
Ini menunjukkan hubungan yang wujud di antara kedua-dua pemboleh ubah ini walaupun berada
pada tahap yang lemah, ianya juga menggambarkan H02 diterima.

H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan media sosial dengan
penampilan akhlak pelajar dari aspek pergaulan dengan nilai r =.202** dan nilai p=.000, p<0.01.
Ini menunjukkan hubungan yang positif di antara kedua-dua pemboleh ubah ini walaupun berapa
pada tahap yang sangat lemah. Ini menunjukkan H03 diterima.

H4: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan media sosial dengan
penampilan akhlak pelajar dari aspek berpakaian dengan nilai r =.301** dan nilai p=.000, p<0.01.
Ini menunjukkan H04 diterima. Oleh itu terdapat hubungan yang lemah di antara kedua-dua
pemboleh ubah.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberi gambaran bahawa tahap kekerapan
penggunaan pelajar kepada media sosial tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
penampilan akhlak pelajar dari aspek berkomunikasi. Namun terdapat hubungan yang sangat
lemah antara tahap kekerapan penggunaan kepada media sosial dengan penampilan akhlak
pelajar dari aspek pergaulan dan berhibur. Sementara itu, terdapat hubungan yang lemah antara
tahap kekerapan penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak pelajar dari aspek
berpakaian. Ini menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara kekerapan
penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak dari aspek berhibur, berpakaian dan
pergaulan yang ditonjolkan oleh pelajar. Walaupun dalam keadaan hubungan yang lemah namun,
ia penting dari aspek statistik.

PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada hasil kajian, didapati Facebook merupakan media sosial yang menjadi
pilihan utama oleh pelajar-pelajar politeknik Malaysia. Dapatan ini bersesuaian dengan kajian
Mohd Zadi & Bahiyah, (2013) melaporkan satu survey daripada (MDA) Persatuan Digital Malaysia
mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi Facebook adalah 8 juta orang. Selain itu, didapati

76
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

hasil kajian mereka menunjukkan semua pelajar dalam kajiannya memiliki akaun Facebook.
Kepopularitian media sosial Facebook ini diakui oleh para pengkaji (Kee-Man, 2013; Mohd Zaidi
& Bahiyah, 2013 ; Aini Maznina & Syed Arabi, 2013 ; Jauhariatul & Jamilah, 2013; Johari & Raja
Sahrina, 2012 ; Zaidatun et al. 2011). Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan ketua
eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (2012), bahawa rangkaian halaman sosial Facebook kini
mempunyai satu billion pengguna. Di mana pengguna menghabiskan masa secara aktif, ini
bermakna kira-kira satu pertujuh penduduk dunia kini adalah ahlinya. Dapatan ini juga turut
diakui oleh Fariza et al. (2010) Facebook merupakan antara laman web yang paling popular di
Malaysia, mereka menyatakan terdapat 6 juta orang pengguna di Malaysia kebanyakannya antara
umur 12 hingga 35 tahun mempunyai akaun Facebook. Secara tidak langsung kenyataan ini
menunjukkan bahawa majoriti pelajar Politeknik memiliki akaun Facebook.

Sementara itu, Facebook juga antara media sosial yang paling lama dilayari oleh pelajar
Politeknik dengan jumlah min 4.74 berada pada tahap yang sangat tinggi. Manakala Twitter
menjadi pilihan kedua responden dengan min 2.92 diikuti Myspace berada pada tahap yang
rendah 1.77. Dapatan ini disokong dengan pendedahan oleh Info IT Semasa (2010) dalam Aini
Maznina & Syed Arabi (2013) bahawa Facobook merupakan rangkaian sosial yang paling popular
di Malaysia dengan lebih daripada 122 juta jumlah pelawat sebulan diikuti dengan Myspace
pilihan kedua dan Twitter ditangga ketiga. Namun terdapat sedikit perbezaan, dimana dapatan
kajian ini media sosial Twitter berada ditangga kedua diikuti dengan Myspace ditangga ketiga.

Berdasarkan kekerapan penggunaan media sosial majoriti responden 176 orang telah
menghabiskan masa lebih daripada tiga jam dalam sehari bagi melayari Facebook, hanya 30
orang sahaja menghabiskan masa selama satu jam, manakala seramai 50 orang responden
menghabiskan masa selama 3 jam diikuti hanya 4 orang responden menghabiskan masa dengan
Twitter dan Myspace. Kajian ini selari dengan kajian Mohd Zadi & Bahiyah, (2013) dimana dalam
kajian mereka responden yang minimum melayari media sosial selama 1 jam dan masa yang
maksimum adalah selama 210 jam seminggu. Ini menunjukkan perbezaan ketara, jurang
perbezaan ini terjadi kerana terdapat responden yang dikategorikan sebagai pengguna tegar
(heavy users) dan pengguna ringan (light users).

Dapatan kajian ini juga turut disokong dengan kajian Mohd Dahlan & Ida Shafinaz (2010)
di mana dapatan kajian mereka mendapati remaja menghabiskan masa purata 4 jam sehari untuk
melayari Internet. Begitu juga dengan hasil kajian Nazir S. Hawi (2012) pelajar peringkat tinggi
iaitu pelajar IPT menghabiskan masa untuk melayari Internet secara purata 3.38 jam sehari.
Kajian beliau juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan pelajar yang banyak
menghabiskan masa dengan media ini mempunyai pelbagai masalah.

Sementara itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada ketinggian tahap kekerapan
penggunaan pelajar kepada media sosial ini adalah kerana hampir keseluruhan pelajar memiliki
komputer peribadi sendiri atau laptop juga netbook. Di mana alat-alat ini telah lengkap dengan
perisian Internet tanpa wayar (wi-fi) dan penurunan harga jalur lebar oleh syarikat
telekomunikasi menarik perhatian golongan muda terutama pelajar untuk melanggannya (Wan
Yonsharlinawati et al. 2012). Selain itu, halaman di laman web sendiri merupakan komponen
yang menjadikan Internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat
mengaksesnya, terutamanya pelajar-pelajar IPT (Saharani et al. 2005). Kemajuan teknologi ini
telah menjadikan internet sebagai salah satu keperluan utama kepada pelajar IPT, di mana
mereka perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran supaya mereka

77
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Oleh itu, tidak hairanlah
pelajar lebih banyak menghabiskan masa untuk mengakses laman-laman web daripada media-
media sosial yang lain. Kenyataan ini turut disokong oleh Lai Sui Kheng (2010), di mana pelajar
juga generasi masa kini membesar bersama teknologi ini dan mereka lebih cenderung
menggunakan Internet untuk berkomunikasi, mengakses maklumat dan berhibur. Namun
begitu, perlu disedari bahawa generasi muda mudah terdedah kepada ledakan maklumat
daripada pelbagai sumber dan saluran yang pelbagai berkemungkinan memberi kesan negatif
jika tidak berupaya dikawal dengan baik (Samsudin, 2008). Berdasarkan dapatan kajian ini,
responden turut terpengaruh dengan penampilan akhlak yang dibawa melalui media sosial
tersebut, terutama dari aspek berpakaian, berhibur dan pergaulan walaupun hanya pada tahap
yang sederhana. Namun responden tidak terpengaruh dengan cara berkomunikasi yang di
paparkan dalam media sosial.

Seterusnya ujian kolerasi turut dijalankan untuk melihat hubungan antara kekerapan
penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak pelajar Islam politeknik. Hasil analisis
korelasi menunjukkan terdapat tiga aspek penampilan akhlak iaitu aspek pergaulan, berpakaian
dan berhibur yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan media
sosial. Walaupun dalam keadaan hubungan yang lemah namun, ia penting dari aspek statistik.
Perhubungan yang signifikan bererti pengguna media sosial yang lebih kerap menghabiskan
masa menggunakan media sosial cenderung akan terpengaruh dengan penampilan akhlak
mereka daripada aspek-aspek tersebut. Walaubagaimanapun tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara kekerapan penggunaan media sosial dengan penampilan akhlak dari aspek
komunikasi, ini menunjukkan walaupun semakin kerap menggunakan media sosial mereka tidak
terpengaruh dari aspek berkomunikasi.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tahap penampilan akhlak pelajar politeknik dalam kajian ini berada pada
tahap yang sederhana. Ini menunjukkan media sosial banyak memberi pengaruh positif kepada
pelajar dan mereka masih lagi dapat memilih antara yang berfaedah mahupun sebaliknya. Namun
begitu, terdapat beberapa item yang dikemukakan dalam kajian ini perlu diberi perhatian oleh
pensyarah, ibu bapa dan pelajar sendiri kerana segelintir daripada pelajar mengakui bahawa
mereka juga turut terpengaruh dengan penampilan akhlak negatif hasil daripada perhubungan
melalui media sosial. Justeru, item ini mungkin boleh mempengaruhi penampilan akhlak pelajar
terutama dari aspek berpakaian, dimana pelajar kurang memahami batasan aurat yang
sempurna, begitu juga dengan masa pelajar, dimana mereka perlu merancang masa yang
bersesuaian untuk melayari media sosial.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2005). Hubungan Media Massa Dengan Pegangan Akhlak dan
Pengajaran Pendidikan Islam. Laporan Penyelidikan UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2006). Hubungan Media Massa Dengan Pegangan Akhlak dan
Pengajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian Remaja di Sabak Bernam. Prosiding Wacana
Pendidikan Islam siri ke -5: 1-8.UKM. Bangi: Fakulti Pendidikan.

78
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2009). Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media
Massa: Tinjauan ke atas Remaja Melayu Luar Bandar. Sari 27 (2009) 199-212.

Abdullah Sulung & Mawaddah Abdullah. (2009). Pengaruh Media Elektronik Terhadap
Keruntuhan Akhlak Pelajar. pp. 1-9. (Unpublished)

Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan Anak-anak dalam Islam (jilid 1)Terj: Syed Ahmad
Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. (Buku Asal tt. Tarbiatul Aulad Fil Islam)

Ahmad Syukri. (2008). Pengaruh Media Massa dan media Elektronik dalam mensosialisasikan
Masyarakat di Provinsi riau. Jurnal Penelitian, Vol VIII No 4 September 2008, hal, 38-45.

Aini Maznina A. MAnaf & Syed Arabi Idid. (2013). Dakwah melalui media baru: Membentuk
tingkah laku positif (Pengalaman Malaysia). Kertas Kerja Jabatan Komunikasi, Kulliyah
Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM Diakses daripada http://www.religious-
affairs.gov.bn/index.php?ch=144&pg=986&ac=1761&bb=132319

Andreas M Kaplan .; Michael Haenlein, 2010. Users of the world, unite, The challenges
andopportunities of Social Media. Business Horizons 53(1): 5968.

Baron, R. A., Bryne, D., & Suls, J. (1991). Aggression and heat: Mediating effects of prior
provocation and exposure to an aggressive model. Journal of Personality and Social
Psychology, 31, 825 832.

Bandura, A. (2002). Sosial Cognitive Theory off Mass Communicatin. In J.Byant & D. Zillman (eds),
Media Effec6: Advance in Theory and Research (hal.121-153) Hillsdale, New Jersey:
Lawrence Erlbaum Associates.

Buerah Tunggak, Maznah Ali, Nurafzan Muhamad & Md. Hamzaimi Azrol Md Baharuddin. (2012).
Delinkuensi pelajar dan Cadangan Penyelesaiannya menerusi Model Pembangunan
Sahsiah Remaja/ Pelajar Muslim Bersepadu. Seminar Antarabangsa Perguruan&
Pendidikan Islam: Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Baru. 08-09 Mac 2012.

Bushmann, B. J., & Huesman, L. R. (2001). Stability of aggression over time and generations.
Journal of Developmental Psychology, 20, 1120 1134.

Fariza Md Sham dan Muhammad Faisal Ashaari. (2010). Media sebagai Tarikan Psikologi Dalam
Dakwah. Kertas Kerja Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam 2010.31 Mei 2010.
Perak: Pejabat SUK Negeri Perak.

Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot. (2000). Dakwah Dan Perubahan Sosial. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Hamidah Sulaiman. (2005). Pendidikan Islam dan Pengaruh Persekitaran dan Kemajuan: Kesan
Kepada Pembentukan Sahsiah. Jurnal Masalah pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.

Jainabee Kassim & Jamil Ahmad. (2009). Kualiti Kepimpinan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah
Kebangsaan Zon Selatan, Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan ke-16 pada 21 24 Julai 2009 di Auditorium Dato Razali Ismail, Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands.

79
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Jauhariatul Akmal & Jamilah Ahmad (2012). Penggunaan Facebook oleh badan bukan Kerajaan
Alam Sekitar (engo) dalam menyampaikan mesej alam sekitar. Journal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 161-182.Di akses daripada
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2011/V27_2_9.pdf

Johari Hassan & Raja Shahrina Raja Abdul Rashid. (2012). Ketagihan Penggunaan Internet Di
Kalangan Remaja Sekolah Tingkatan 4 di Bandaraya Johor Bahru. Journal of Technical,
Vocational & Engineering Education, Volume 6, Pages 23-43/ ISSN: 2231-7376.

Kee-Man Chuah. (2013). Aplikasi media sosial dalam pembelajaran bahasa inggeris: persepsi
pelajar universiti. Issues in language studies (Vol. 2 No. 1-2013)

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychological Measurements, 30, 607-610.

Lai Sui Kheng. (2010). Penggunaan Internet dan Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Satu Di Sebuah Sekolah Menengah, Puchong: Projek Penyelidikan, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mark Zuckerberg. (2012, 15 September). Pengguna Facebook Kini 1 Billion. Berita Harian. hal. 18.

McQuail, Denis & Windahl, Swen. (1993). Communication models. London: Longman.

Mohd Dahlan A. Malek & Ida Shafinaz Mohamad Kamil. (2010). Jenayah Masalah Sosial Dikalangan
Remaja: Cabaran dan Realiti Siber. Eprint. Ums. Edu.my / 117/1/ CONF2010004.pdf.

Mohd Zaidi Mahmud & Bahiyah Omar. (2013). Motif Dan Kekerapan Penggunaan Facebook Dalam
Kalangan Pelajar Universiti. Journal Komunikasi Malaysian Journal of Communication.
Jilid 29(1) 2013: 35-54.

Nor Azah Abdul Aziz & Che Zarina Saari. (2011). Menangani Permasalahan Web Ponografi: Antara
Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undan-undang dan Amalan Spritual. Journal of Islamic
and Arabic Education 3(1), 29-46.

Rosmawati Mohd Rasit. (2011). Mediamorphosis melalui laman web sosial: Dari Perspektif sasaran
dakwah remaja. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Media & dakwah
(SMED 2011), USIM.

Wardrip Fruin, N., & Montfort, N. (2003). The new Media reader. Cambridge: MIT Press.

Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. (2011). Penggunaan Alat rangkaian Sosial
di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia, Jil1: No1. Diakses daripada http://www.jtpm-
meta.com/resources/113%20-%20JTPM%20V1N1%20-%202011%20-
%20Zaidatun.pdf.

80
JURNAL
TEKNIKAL & SAINS SOSIAL Jun2015 Bil:3 Jilid:1

Biodata Pengarang:

1. Wan Norina Wan Hamat

Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ungku Omar
e-mel:

2. Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff

Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ungku Omar
e-mel:

3. Zaharah Hussin
Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya
e-mel:

81

Você também pode gostar