Você está na página 1de 2

KETENTERAAN

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq R.A.


Beliau menubuhkan 11 pasukan tentera untuk menghapuskan pemberontakan di hampir seluruh
Semenanjung Tanah Arab sehingga penduduk berjaya disatukan. Selain itu, beliau memberi
sebanyak 80% daripada harta rampasan perang kepada tentera islam yang berkhidmat secara
sukarela dan bakinya disimpan untuk negara dan rakyat.
(Mohd Hapiz bin Mahaiyadin, Siri Buku Akademik Kolej, Politeknik, IPTA dan IPTS Pengantar
Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, suntingan Ramawan bin ab. Rahman, Penerbitan
Alambaca Sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2011, Cetakan Kedua 2012, hlm. 160, 161.)
2. Khalifah Umar bin al-Khattab R.A.
Beliau telah menubuhkan Jabatan Tentera. Beliau memberi perhatian serius kepada Jabatan
Tentera kerana sebahagian besar masyarakat Islam terlibat dengan aktiviti ketenteraan sama ada
secara tetap atau sukarela. Unit-unit tentera terdiri daripada pasukan berkuda, berjalan kaki,
perkhidmatan peninjau dan peninjau sayap belakang.
(Mohd Hapiz bin Mahaiyadin, Siri Buku Akademik Kolej, Politeknik, IPTA dan IPTS Pengantar
Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, suntingan Ramawan bin ab. Rahman, Penerbitan
Alambaca Sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2011, Cetakan Kedua 2012, hlm. 165.)

3. Khalifah Uthman bin Afffan R.A.


Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan R.A. banyak berlaku pembukaan daerah
dan negeri. Seluruh tanah Parsi, Tarbistan, Azerbaijan dan Armania berjaya ditakluki. Pada masa
pemerintahannya juga armada laut Islam yang pertama ditubuhkan bertujuan untuk menyerang
Rom Timur. Angkatan laut tersebut berjaya menakluki beberapa negeri di Asia Kecil, di Pesisir
Laut Hitam, Pulau Cyprus dan Rhodus (Wan Abdullah & Wista, 1997). Panglima Laut Islam
yang pertama ialah Abdullah bin Qays Harith yang pernah melancarkan perang sebanyak 50
serangan ke atas beberapa sasaran tentera Rom (Mustafa, 1987)
(Mohd Hapiz bin Mahaiyadin, Siri Buku Akademik Kolej, Politeknik, IPTA dan IPTS Pengantar
Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, suntingan Ramawan bin ab. Rahman, Penerbitan
Alambaca Sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2011, Cetakan Kedua 2012, hlm. 165.)

4. Khlifah Ali bin Abi Talib K.W.


Beliau telah menubuh dan menyusun pasukan polis yang diberi nama al-syurtah. Tugasnya
adalah mengendalikan perkara berkaitan jenayah yang berlaku di tempat umum terutama di pasar
besar. Beliau juga melengkapkan angkatan bersenjata dengan menubuhkan beberapa pasukan
bersenjata seperti angkatan berkuda, angkatan berjalan kaki, angkatan perisik yang terdiri
daripada ankatan perisit sayap kanan, kiri dan belakang. Rakyat yang berkhidmat dalam
angkatan bersenjata ini diberi peruntukan gaji sebanyak 600 dirham ditambah dengan wang
kebajikan untuk keluarga masing-masing (Wan Abdullah & Wista, 1997).
(Mohd Hapiz bin Mahaiyadin, Siri Buku Akademik Kolej, Politeknik, IPTA dan IPTS Pengantar
Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, suntingan Ramawan bin ab. Rahman, Penerbitan
Alambaca Sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2011, Cetakan Kedua 2012, hlm. 165, 166.)

RUJUKAN
Mohd Hapiz bin Mahaiyadin, Siri Buku Akademik Kolej, Politeknik, IPTA dan IPTS Pengantar
Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, suntingan Ramawan bin ab. Rahman, Penerbitan
Alambaca Sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2011, Cetakan Kedua 2012, hlm. 160, 161, 165, 166.

Você também pode gostar