Você está na página 1de 2

Salah lakuguruhttp://perkhidmatanawam.blogspot.

com/2007/06/dewan-rakyat-200-
aduan-salah-laku-guru.html

Berita Harian

Laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan

81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku
guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes diselesaikan dengan
mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan.

Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17
peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran
tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah
(9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius
(satu peratus).

Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes), turun gaji dan lucut
hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10 kes), selesai secara pentadbiran (lima
kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat (dua kes) dan tangguh gaji (satu kes).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mat Yasir Kasran (BN-Sabak
Bernam) yang ingin mengetahui jumlah guru yang terbabit pelbagai kesalahan dan jenis
tindakan.

Mengenai usaha kementerian memartabat profesyen perguruan, Noh berkata, menerusi Bahagian
Sumber Manusia di Cawangan Kaunseling dan Keutuhan, pihaknya mengguna pakai Program 3P
(Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan) bagi memastikan tahap profesionalisme guru.

"Sehingga 30 April lalu, 88 pegawai dan kakitangan kementerian dirujuk kepada cawangan itu
untuk tujuan kaunseling. Sesi itu membolehkan mereka membuat penyesuaian diri sebelum
dibenarkan menyertai semula sistem organisasi," katanya.

Menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai guru dari
Semenanjung yang menolak untuk mengajar ke kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan
Sarawak, Noh berkata mereka yang enggan mengikut arahan dianggap sebagai ingkar perintah.
"Guru tidak mahu bertugas apabila surat bertugas dikeluarkan dianggap ingkar perintah kerana
membabitkan arahan bertugas, oleh itu, kita sedia maklum semua kakitangan, termasuk guru
adalah penjawat awam yang perlu menurut perintah dan berkhidmat untuk negara," katanya.

Mengenai jumlah guru di sekolah yang tidak seimbang, Noh berkata, kementerian berkuasa
menentukan penempatan guru di sesebuah sekolah untuk mengajar.

"Ada negeri yang guru lebih, ada yang kurang, ada daerah kurang dan ada yang lebih, ini
mungkin disebabkan kita terlalu mengikut kehendak guru yang mahu kementerian membuat
pertimbangan semula berhubung penempatan mereka sebelum ini.

"Kementerian akan menentukan penempatan mereka kerana lebih tahu keperluan guru. Jika guru
mempunyai masalah kesihatan dan keselamatan dalam keluarga dan membuat rayuan, kita sedia
pertimbangkan," katanya.

Você também pode gostar