Você está na página 1de 12

APA DAH JADI DENGAN PELABURAN TH?

1. Bonus

Tahun 2016 memang tahun yang mencabar untuk pasaran ekuiti sedunia
terutama pasaran Malaysia apabila indeks FBM KLCI mencatatkan rendah
bagi tahun ketiga berturut-turut sejak 2014. Untuk rekod, bagi pasaran FBM
KLCI menurun sebanyak 3 peratus atau 51 mata daripada 1692.51 mata
pada 31 Disember pada 1.641.73 pada 31.12.2016. Bagi indeks Emas
Shariah pula mencatatkan penurunan sebanyak 6 peratus di mana daripada
12, 800.65 mata kepada 12,014.42 daripada tempoh satu tahun.

Perlu diketahui penurunan ini berlaku akibat perkembangan harga minyak


mentah dunia yang semakin melemah apabila mencatatkan penurunan
sebanyak 15 peratus, disamping masalah-masalah politik dunia yang seperti
referendum Brexit dan juga penabalan Presiden Trumph sebagai POTUS USA.

Seperti mana institusi lain di Malaysia, TH juga tidak ketinggalan terkena


impak sentiment pasaran ini. Namun sedemikian, pujian datang daripada
saya memandangkan TH tetap berjaya menghasilkan pulangan yang tidak
mengambarkan keadaan pasaran ekonomi duinia. Lagi-lagi pada saat ketika
subsidi untuk menunaikan haji di Mekah pula semakin meningkat.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku pada pelaburan TH seperti mana yang
didakwa setengah pihak?

Sebelum kami mengulas tentangnya, saya lebih suka untuk menceritakan


serba sedikit tentang jenis pelaburan TH. TH banyak melabur dalam
Strategic Asset Location yang melibatkan pasaran equity, hartanah, dan
banyak lagi sektor lain. Pelaburan TH pula bersifat pelaburan jangka panjang
dengan kadar risiko yang sederhana berdasarkan konsep Al-Wadiah Tad-
Dhamanah yang pernah dijelaskan dalam artikel mereka sebelum ini yang
melibatkan TH sebagai pemegang amanah kepada simpanan para
pendeposit, tetapi tidak terikat untuk memulangkan hibah sentiasa.
Walaupun sedemikian, para pendeposit tetap menerima pelbagai faedah jika
menyimpan bersama TH. Antaranya ialah simpanannya berdasarkan Shariah,
zakat telah dibayar, pulangannya adalah berdasarkan pelaburan patuh
Shariah dan dikecualikan daripada cukai, mendapat jaminan kerajaan dan
tidak ada sekatan ke atas jumlah simpanan atau pengeluaran.

Oleh itu, menilai kejayaan sebuah syarikat pelaburan tanpa melihat


gambaran keseluruhan adalah sesuatu yang salah. TH mengisytiharkan
bonus sebanyak 4.25%, iaitu 0.75% lebih rendah berbanding tahun lepas
sebanyak 5%. Perlu diingatkan bahawa penurunan sebanyak kira-kira 0.7%,
berbanding dengan pulangan pasaran -3% tidak boleh dianggap sebagai
sesuatu yang ketara.

Pengisytiharan bonus oleh TH bergantung kepada pulangan yang dijana


daripada pelaburan serta keperluan untuk mengekalkan tahap rizab yang
baik. Pulangan seterusnya pula bergantung kepada pelbagai faktor termasuk
keadaan ekonomi makro dan mikro yang khusus untuk setiap pelaburan.

Dari perspektif ekonomi makro, kadar pulangan rendah menjadi kebiasaan


yang baru dengan beberapa kawasan seperti Jepun, Amerika Syarikat dan
bahagian-bahagian tertentu di Eropah mengalami pulangan yang rendah,
sifar dan juga negatif ke atas interest-bearing deposits. Mereka
menjangkakan bahawa tahun-tahun semasa dan tahun yang mendatang
akan terus mencabar.

Walau bagaimanapun, TH berada di landasan yang tepat dengan rangka


kerja pelaburan, dasar dan prosedur yang mencukupi bagi memastikan serta
berusaha ke arah menjana pulangan yang sesuai dengan sasaran pelaburan
TH dan approriate risk profile.

Tambahan lagi, TH dalam proses mengubah strategi perniagaannya dengan


lebih memberi tumpuan kepada beberapa cabang(pillar) yang akan memberi
kestabilan, pendapatan berulang yang mapan dan bukannya pergantungan
kepada tawaran transaksi sekali sahaja. TH juga merancang untuk
meningkatkan pendedahan pelaburan di luar negara "pada masa yang betul
dengan peluang yang betul".
Walaupun tahun 2017 akan menjadi satu lagi tahun yang tidak menentu dan
mencabar, pendapatan korporat dijangka lebih baik on lower earnings base
pada tahun sebelumnya dan pertumbuhan KDNK masih positif.

[Nota: Bonus Pendeposit sentiasa bergantung kepada pendapatan yang


dijana daripada pelaburan TH dalam sebuah portfolio pelbagai kelas aset.
Walaupun mereka sentiasa berharap untuk pertumbuhan, mereka sentiasa
sedar berkenaan dengan perubahan dinamik yang pantas di pasaran
kewangan. 2017 akan menjadi tahun yang lebih mencabar untuk semua
pengurus dana global dan domestik, termasuk TH.

Terdapat banyak isu yang boleh memberi kesan kepada pasaran kewangan
sekaligus memberi kesan kepada pulangan daripada pelaburan mereka.
kebimbangan utama pasaran adalah pertumbuhan global yang perlahan,
ketidaktentuan dasar di Amerika Syarikat, perkembangan geopolitik di
Eropah, kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, Ringgit yang
lemah dan aliran keluar dana asing dari pasaran baru muncul termasuk
Malaysia. Di samping itu, syarikat Malaysia menghadapi penyusutan margin
keuntungan atas sebab kenaikan bahan mentah dan kos operasi, permintaan
yang semakin berkurang dan persaingan yang sengit. Semua ini akan
memberi kesan kepada pulangan daripada pelaburan; keuntungan modal,
pendapatan dividen dan juga hasil Sukuk.

2. Dasar Rizab TH

TH hanya membayar bonus daripada rizab boleh diagihkan yang terdiri


daripada Realised nett income. TH tidak dibenarkan untuk membayar
daripada rizab yang tidak boleh diagih, seperti seperti unrealised gain atau
kehilangan pelaburan.

TH telah menubuhkan dua peringkat rizab iaitu Rizab Berkanun yang


mematuhi Akta 535 Tabung Haji dan Rizab kedua untuk persediaan pada
masa akan datang dan mana-mana kelembapan ekonomi yang tidak
dijangka. Rizab Berkanun akan dikekalkan mengikut keperluan Akta 535
Tabung Haji dan the Rizab keduaitu boleh digunakan untuk diedarkan,
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta.
3. Pendeposit dan Simpanan

TH meyakinkan pendeposit mereka dengan mengatakan bahawa simpanan


mereka dengan mereka adalah selamat dan dijamin oleh kerajaan, seperti
yang dinyatakan dalam Akta Tabung Haji.

Tabung Haji ditubuhkan untuk memberi peluang kepada umat Islam di


Malaysia untuk menyimpan wang mereka secara sikit demi sedikit untuk
melaksanakan haji. Oleh itu, tujuan utama untuk menyimpan di TH adalah
untuk menunaikan haji dan jika mempunyai simpanan yang lebih, mereka
boleh menggunakannya untuk tujuan pendidikan dan lain lain.

Berhubung dengan maksud tersebut, konsep simpanan dalam TH adalah


simpanan yang berasaskan syariah dikenali sebagai Al-Wadiah Yad
Dhamanah, di mana tiada pulangan dijanjikan tetapi simpanan dijamin
sepenuhnya 100% oleh Kerajaan (pihak ketiga), dan mereka juga
memastikan bahawa zakat dibayar untuk simpanan.

Secara hipotesis, TH perlu untuk mencairkan semua asetnya untuk


memenuhi liabiliti termasuk dana pendeposit, jumlah realisable asset value
sebanyak RM [*] adalah lebih tinggi daripada hasil liabiliti sebanyak RM[*]
pada [ anggaran tarikh terbaru boleh diletakkan ] - kewangan perlu
dipastikan dan diisi dalam kenyataan ini. ]

Orang ramai dan pendeposit harus sedar bahawa nilai aset TH mesti
mengambil kira portfolio pelaburan secara keseluruhannya. Apa yang anda
lihat di dalam penyata kewangan, terdapat beberapa aset masih dinilai pada
kos dan beberapa lagi pada nilai saksama. Nilai aset yang dinyatakan tidak
mengambil kira portfolio pelaburan seperti anak-anak syarikat dan syarikat-
syarikat berkaitan, serta property assets yang dimiliki oleh TH.

4. Pelaburan
Berkenaan dengan soalan pelaburan yang merugikan, dalam mana-mana
portfolio pelaburan, ia adalah perkara biasa bahawa akan ada beberapa
pelaburan yang mungkin tidak mencapai sasaran atau lain lain disebabkan
ianya tertakluk kepada turun naik pasaran.

TH melabur mengikut peruntukan yang ditetapkan Strategic Asset Allocation,


iaitu: Equity, pendapatan tetap, real property dan pasaran wang / tunai.
Sebagai sebuah dana dengan horizon pelaburan jangka panjang, TH
mensasarkan peluang pelaburan yang boleh menjana pendapatan
berterusan dan berulang dengan risk tolerance yang boleh diterima dan
sesuai melalui portfolio pelaburan mereka yang pelbagai. Kepelbagaian
portfolio itu membolehkan TH untuk mengurangkan situasi ketidaktentuan ini
manakala majoriti pelaburan akan menghasilkan pulangan yang baik.

Dalam mana-mana portfolio pelaburan, semestinya akan ada sebilangan


kecil pelaburan yang mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik pada
satu titik atau yang lain kerana ianya tertakluk pada turun naik pasaran,
sewaktu majoriti pelaburan menghasilkan pulangan yang baik. Oleh itu,
menilai kejayaan sebuah syarikat pelaburan tanpa melihat gambaran
keseluruhan kedua-dua pelaburan iaitu yang menguntungkan dan tidak
menguntungkan adalah salah.

[NOTA: Terdapat banyak pelaburan yang memiliki prestasi yang baik


termasuk yang berikut:-

BIMB Holdings Berhad (BHB) dengan sokongan daripada TH sebagai


pemegang saham terbesar dalam BHB sejak 2009, BHB telah muncul
sebagai institusi perkhidmatan kewangan Islam yang terkemuka di
Malaysia.

TH Plantations Berhad (THPB) dengan 104.770 hektar estet


perladangan di bawah pengurusannya, THPB telah berkembang
menjadi antara pemain utama dalam negara dan rantau ini dalam
industri perladangan.
TH Properties Sdn Bhd (THPSB) THPSB telah berkembang daripada
sebuah entiti yang pada asalnya menyokong operasi TH, untuk
menjadi pemaju hartanah, dan kemudian kepada pemain estet
hartanah sepenuhnya dengan pengembangkan aktiviti perniagaan
tempatan dan luar negara

[NOTA: Di samping itu, dalam tempoh 5 tahun yang lalu TH juga membuat
pelaburan hartanah antarabangsa yang berjaya terutamanya di UK dan
Australia. Pelaburan yang dibuat di negara-negara ini adalah pelaburan
hartanah langsung yang mempunyai hasil yang baik dan peningkatan modal.
pelaburan hartanah yang ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini
termasuk:

i) 10 Queen Street Place, London, United Kingdom


ii) Unilever UK Headquarters, Surrey, United Kingdom
iii) Centrica Global HQ, Windsor, Berkshire, United Kingdom
iv) 3 Collins Square Building, 747 Collins Street, Melbourne, Australia.]

Selain anak-anak syarikat TH, beberapa syarikat lain lagi yang


memberi pulangan dividen yang munasabah untuk TH termasuk:

i) Sime Darby;
ii) Axiata;
iii) Malakoff;
iv) Maxis;
v) SP Setia;
vi) Digi;
vii) Tenaga;
viii) IJM;
ix) Gamuda; and
x) Boustead Plantation.
Pelaburan TH dalam anak-anak syarikatnya mempunyai tempoh pelaburan
jangka panjang dalam sektor dilihat sebagai strategik untuk rangka kerja
pelaburan TH. Sememangnya, pelaburan jangka panjang juga tertakluk
kepada dinamik pasaran jangka pendek dan pertengahan serta turun naik.
Secara keseluruhan, pelaburan TH dalam subsidiari-subsidiari telah menjana
pulangan yang cemerlang sepanjang tempoh setiap pelaburan.

Walau bagaimanapun, dalam mana-mana portfolio pelaburan, terdapat


sebilangan kecil pelaburan yang mungkin tidak menunjukkan prestasi yang
baik pada satu titik atau yang lain kerana ianya tertakluk kepada turun naik
pasaran sewaktu majoriti pelaburan menghasilkan pulangan yang baik. Oleh
itu, menilai kejayaan sebuah syarikat pelaburan tanpa melihat gambaran
keseluruhan kedua-dua pelaburan yang menguntungkan dan tidak
menguntungkan adalah salah.

Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tidak ada yang dapat dihapuskan
sepenuhnya. pendekatan pelaburan KWSP adalah berdasarkan foresight
perspective dan bukannya perspektif pandang ke belakang seperti
beberapa pengkritik. Pendekatan pelaburan ini membolehkan TH untuk
mengenali kesilapan yang dijangkakan dan seterusnya mengubah keputusan
untuk masa depan. Melalui pengalaman, langkah berhemah dan pematuhan
dengan pelbagai langkah-langkah perlindungan, mereka dapat menguruskan
tahap risiko dan mengurangkan sebarang actualisation of risk events.

Sejak 2014, sektor Minyak dan Gas global telah terjejas teruk akibat
penurunan mendadak harga minyak mentah dan kemudiannya telah
menjejaskan perbelanjaan CAPEX dalam Industri. Hal ini telah menjejaskan
aliran kontrak baru kepada syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas.
Akibatnya, harga saham syarikat-syarikat Minyak dan Gas susut termasuk
syarikat-syarikat yang TH dan semua institusi pelaburan yang lain melabur.

TH merupakan pelabur jangka panjang dalam industri minyak dan gas.


Pelaburan pertama TH dalam sektor ini pada tahun 2001 dan telah
mencatatkan purata pendapatan RM1.06 bilion daripada semua pelaburan di
dalamnya. Banyak pelaburan telah dibuat dalam syarikat-syarikat milik
Bumiputera tempatan yang kukuh dan menyediakan perkhidmatan kritikal
kepada syarikat-syarikat petroleum negara, yang dimana membantu
mengurangkan kebergantungan negara TH kepada syarikat-syarikat minyak
asing dan gas. Jangka masa pendek dan sederhana marked-to-market
unrealised losses tidak akan mengubah matlamat dan komitmen mereka
dalam sektor yang dinyatakan.

5. Perlaburan THHE

Tinjauan prestasi entiti tersenarai sentiasa tertakluk kepada keadaan


ekonomi dan keadaan industri. kelembapan ekonomi global yang
disumbangkan oleh pelbagai faktor seperti harga komoditi minyak yang
rendah iaitu sawit dan petrol, ketidak stabilan pertukaran asing dan kenaikan
kadar faedah AS sudah pasti akan memberi kesan ke atas perniagaan itu.

Sebagai pelabur bijak, TH tidak membuat keputusan yang tergesa gesa


kerana TH ialah Kumpulan Wang dengan tempoh pelaburan jangka panjang.
TH melihat asas-asas dan potensi untuk pertumbuhan syarikat-syarikat yang
TH melabur. Mereka tidak membuat keputusan semata-mata berdasarkan
cerita atau khabar angin mahupun mereka melakukan perkara yang sama
seperti apa yang lain lain lakukan apabila prestasi syarikat-syarikat
pelaburan mereka jatuh.

Setiap keputusan mengenai strategi pelaburan perlu melalui pelbagai proses


pelaburan termasuk pasukan penilaian risiko dan kemudianya melalui panel
pelaburan serta proses keseluruhan yang telah dimasukkan untuk
melindungi pelaburan mereka. Hal ini dilakukan demi kepentingan TH dan
pendeposit.

Dalam kes THHE, syarikat menghadapi keadaan operasi yang mencabar


dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Setelah berjaya pulih daripada
keadaan PN17 pada tahun 2012, THHE telah terjejas teruk oleh kelembapan
industri berikutnya termasuk kemelesetan teruk sejak tahun 1990-an yang
menyaksikan harga minyak menjunam lebih daripada 70% pada akhir 2016
daripada paras harga pertengahan 2014 itu. Industri ini menunjukkan tanda-
tanda pemulihan. Tambahan pula, THHE juga mengambil langkah yang perlu
untuk meningkatkan prestasinya. TH sedang memantau usaha-usaha yang
dijalankan oleh syarikat untuk pulih daripada keadaan ini.
[NOTA: Syarikat-syarikat yang terlibat terpaksa berhadapan dengan realiti
yang tidak menyenangkan seperti mengurangkan bilangan pekerja,
pemotongan kos dan penstrukturan semula aktiviti teras. Seperti yang lain,
kejatuhan harga minyak mentah dan tinjauan sektor yang negatif juga telah
meletakkan tekanan pada kewangan THHE dan aktiviti perniagaan yang
berkaitan menjadi perlahan.]

Kos pelaburan TH @ December 2016 (Link: http://imgur.com/a/KY6Zg)

I. * Islamic Irredeemable Convertible Preference Shares

II. Tanpa mengambil kira pengurangan nilai dibuat untuk FY2014, jumlah
perlaburan TH dalam THHE adalah RM655 million.

III. THHE bukannya anak syarikat TH tetapi hanya salah satu daripada
syarikat-syarikat pelaburan TH yang tersenarai di Bursa Malaysia dan TH
tidak mempunyai kawalan pengurusan ke atas syarikat itu. Sebagai syarikat
awam yang tersenarai, THHE mempunyai Lembaga Pengarah dan struktur
tadbir urus sendiri.

Berikutan Isu penangkapan yang itu adalah berdasarkan siasatan terhadap


individu atas kapasiti peribadi. Individu berkenaan telah meletak jawatan
dari kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif THHE sejak 30 Jun 2015.
Beliau juga tidak lagi menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Mengaitkan cabaran perniagaan yang dihadapi oleh THHE dengan


penahanan itu, ianya jelas mengelirukan dan satu percubaan untuk
mengelirukan orang ramai. Prestasi dan cabaran yang dihadapi oleh THHE
sebahagian besarnya hasil tekanan harga minyak mentah dunia sejak 2014
yang memberi kesan kepada industri minyak dan gas Malaysia. Tambahan
lagi dengan keadaan ekonomi masa ini yang membawa kepada kelembapan
aktiviti penerokaan dan pengeluaran

Syarikat-syarikat yang terlibat terpaksa berhadapan dengan realiti yang


tidak menyenangkan seperti pembuangan pekerja, pemotongan kos dan
penstrukturan semula aktiviti teras. Sama seperti lain yang terjejas,
kejatuhan harga minyak mentah dan tinjauan sektor yang negatif juga telah
meletakkan tekanan pada kewangan THHE dan aktiviti perniagaan yang
berkaitan lembab.

[nota: rasuah adalah mengenai penipuan, sesetengah individu yang menipu


dan tidak sepatutnya diletakkan kepada suatu organisasi lengkap yang
terdiri daripada golongan yang bekerja keras, jujur, dan rakyat yang
mematuhi undang undang dengan penuh integriti. Cubaan untuk
memburukkan imej keseluruhan organisasi disebabkan perbuatan
sesetengah individu yang menyalahi undang undang dan menipu adalah
sangat tidak bertaggungjawab. Berbuat demikian demi kepentingan politik
adalah satu tindakan terdesak dan dengan sendirinya menipu dan jugak
boleh dianggap satu bentuk amalan rasuah.]

6. Pelaburan dalam Perisai Petroleum

TH telah melabur dalam Perisai Petroleum kerana syarikat tersebut


mempunyai aset penerokaan pelantar cari gali yang baik dan prospek
perniagaan yang menarik.Walaubagaimanapun, kekurangan kontrak baharu
adalah disebabkan oleh potongan dalam Petronas CAPEX yang mana
memberi impak negatif terhadap keadaan kewangan Perisai Petroleum.
Kesan daripada itu, Perisai Petroleum gagal membayar balik bayaran pokok
dan faedah yang dihutang oleh mereka, berjumlah SGD 125 juta. Oleh itu,
Bursa Malaysia mengklasifikasikan syarikat tersebut sebagai PN17.

Perisai Petroleum adalah salah satu daripada syarikat-syarikat dalam


portfolio pelaburan Ekuiti TH. Dalam mana-mana portfolio pelaburan, akan
ada sebilangan kecil pelaburan yang mungkin tidak menunjukkan prestasi
yang baik pada satu titik atau yang lain kerana mereka adalah tertakluk
kepada turun naik pasaran manakala majoriti pelaburan menghasilkan
pulangan yang baik.

Penurunan harga saham Perisai Petroleum berlaku dengan pantas akibat


daripada status PN17 itu. TH telah memutuskan untuk menjejaskan
sepenuhnya pelaburan apabila syarikat itu telah disenaraikan sebagai PN17.
Penjualan saham Perisai Petroleum telah pun diumumkan oleh TH di Bursa
Malaysia.
7. Proses TH dalam membuat keputusan pelaburan

Semua prospek dan cadangan pelaburan akan melalui proses yang ketat
sebelum keputusan pelaburan dibuat. pemeriksaan awal dan penilaian
terperinci dijalankan oleh pasukan Pengurusan berpandukan polisi pelaburan
ditetapkan dan prosedur yang meliputi semua sudut yang perlu termasuk
perdagangan, kewangan, undang-undang, risiko dan aspek-aspek Syariah.

Cadangan yang lulus kriteria penilaian dibentangkan kepada Jawatankuasa


Pengurusan (Jawatankuasa Semakan Portfolio). Cadangan yang lulus
Jawatankuasa Pengurusan dibentangkan kepada Panel Pelaburan TH yang
terdiri daripada individu yang dipilih berkaliber dan berintegriti dengan
pengetahuan yang pelbagai dan mempunyai kepakaran untuk pertimbangan
dan kelulusan. Cadangan disokong oleh Panel Pelaburan TH ini kemudiannya
dikemukakan kepada Lembaga Pengarah TH untuk perbincangan, sokongan
dan cadangan sebelum dikemukakan kepada YB Menteri di Jabatan Perdana
Menteri untuk kelulusan.

TH melalui rekod yang ada telah menjalankan Pemantauan dan Penilaian


Prestasi Pelaburan secara menyeluruh terhadap portfolio pelaburan mereka.
Latihan ini menilai pematuhan dasar dan prosedur sedia ada, untuk
mengurus portfolio pelaburan dan memantau prestasi pelaburan dengan
lebih efektif.

Perlu diingatkan bahawa aset TH diuruskan selaras dengan dasar Alokasi


Aset Strategik. Dasar ini telah digubal dan diuji teguh oleh perunding
profesional, dinilai oleh panel pelaburan bebas, diakui oleh Lembaga
Pengarah dan akhirnya diluluskan oleh Menteri.Dasar Alokasi Aset Strategik
berfungsi sebagai panduan mengenai hala tuju pelaburan TH dan akan dikaji
semula dari semasa ke semasa sebagaimana dan apabila dikehendaki.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan aset bersih sentiasa tertakluk kepada
keadaan ekonomi semasa.

pasaran ekuiti dalam negeri telah memberi pulangan negatif untuk 3


tahun yang lalu - TH telah mengatasi penanda aras pasaran.
Portfolio Sukuk - walaupun turun naik, TH telah dapat menjana
pulangan yang sejajar dengan pasaran.

pelaburan Hartanah (Local) - hartanah mereka memberikan TH hasil


sewa yang baik - secara purata hasil bersih tiga kali ganda sebanyak
6%.

pelaburan Hartanah di luar negara - TH mempunyai hasil dan


keuntungan modal yang baik].

8. Kuota dan Kos Haji

Hasil daripada pelaburan yang pelbagai TH dalam pelbagai sektor telah


membolehkan TH untuk menampung peningkatan kos operasi haji serta
terus memberi subsidi kos haji bagi jemaah haji Malaysia setiap tahun, yang
dijangka meningkat kepada kira-kira RM200 juta pada tahun ini (2017). TH
memberi subsidi kos haji lebih daripada RM1 bilion dalam tempoh sepuluh
tahun yang lalu. TH yakin bahawa pulangan daripada pelaburan yang
pelbagai akan terus mengukuhkan kewangan mereka dan membolehkan
mereka untuk menguruskan kenaikan kos haji.

Você também pode gostar