Você está na página 1de 17

ASING

MOHD.HUSSIN AL-HAKIM BIN MOHD.NORDIN AZMAIN


PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(IJAZAH SARJANAH MUDAH SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN SEJARAH)

Isi Kandungan
Perkara Halaman

Penghargaan 1

1.0 Pendahuluan 2-3

2.0 Tujuan Kajian dijalankan. 4-5

3.0 Pandangan Masyarakat Terhadap Golongan LGBT. 6-7

4.0 Pengalaman Selama Enam Bulan. 8-10

5.0 Adakah Golongan ini Boleh Berubah? 11-12

6.0 Rumusan 13

Rujukan

Penghargaan
Assalamualaikum, syukur kehadrat illahi kerana limpah kurnianya dapat saya

selesaikan kajian ini dengan selamat tanpa melibatkan pergaduhan dan perkara-

perkara yang tidak diingini. Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya

kerana telah mendidik saya sehingga saya mencapai tahap pengajian di

Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Ijazah sarjana mudah sains sosial

dengan kepujian Sejarah. Walaupun kajian ini hanya dijalankan dalam skop yang

kecil, namun ianya merangkumi kemasyarakatan global.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada mahasiswa Universiti

Malaysia Sabah yang secara tidak langsung telah menjadi bahan kajian saya

selama kajian ini di jalankan iaitu bermula dari September 2016 hingga Febuari

2017. Mahasiswa yang terlibat tanpa disedari menjadi bahan saya untuk

mendapatkan maklumat yang lengkap bagi menjawab semua persoalan

berkaitan gejala LGBT yang giat berleluasa. Saya juga memohon kemafaan

diatas tindakan yang telah saya lakukan kepada mahasiswa terutamanya yang

tinggal bersama dalam satu blok asrama begitu juga dengan rakan-rakan sebilik.

Akhir sekali, dengan adanya kajian ini diharapkan dapat membantu serba

sedikit bagi kajian depan dalam memungut maklumat-maklumat yang penting

terhadap gejala ini.


1.0 PENDAHULUAN
Perkataan asing mempunyai banyak makna tersendiri berdasarkan konteks

atau keadaan. Merujuk kepada konteks asing dalam kajian ini adalah berkaitan

dengan alam persekitaran kehidupan manusia berhubung dengan

kemasyarakatan. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan

asing dari segi kemasyarakatan boleh diertikan terasing atau terpisah dari

komuniti masyarakat atas sebab-sebab sesuatu perkara yang tidak dapat

diterima oleh masyarakat setempat mahupun dunia.

Merujuk kepada konteks kemasyarakatan yang terasing kajian ini berfokus

kepada aktiviti LGBT iaitu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Secara

umumnya aktiviti ini dapat di fahami oleh masyarakat berkaitan hubungan

sejenis sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.

Selain itu, terdapat juga golongan yang mana lelaki ingin menjadi perempuan

dan perempuan yang ingin menjadi lelaki. Pernahkah kita terfikir kenapa

terdapat dalam kalangan masyarakat yang berbuat demikian sedangkan Allah

SWT telah mencipta setiap makhluk itu secara berpasangan iaitu adanya lelaki

dan wanita. Sebenarnya kegiatan ini telah lama wujud dalam dunia ini sejak azali

lagi sekiranya kita mengkaji peristiwa sejarah pada masa lampau. Perkara ini

juga dapat dirujuk di dalam Al-Quran yang mana terdapat satu kaum yang telah

dilakhnat oleh Allah SWT di atas dosa mereka yang melakukan hubungan

sesama jenis iaitu Homoseksual.

Dalam kajian ini, hanya meliputi ruang lingkup kawasan Universiti Malaysia

Sabah yang secara tak langsung menjadikan beberapa orang pelajar sebagai

sasaran bahan kajian dalam membuat penelitian tanpa mereka sedari. Kajian ini

juga dijalankan dalam university disebabkan unversiti merupakan tempat

terkumpulnya masyarakat dari pelbagai tempat dan merupakan kawasan yang


amat strategik dalam mendapatkan maklumat secara terperinci terhadap

pandangan masyarakat berkaitan dengan gejala LGBT ini. Kajian ini juga telah

saya jalankan tanpa pengatahuan dari mana-mana pihak bagi mendapat

maklumat yang ingin saya kumpul dan bertepatan dengan kajian yang telah

saya jalankan. Dalam kajian ini juga saya secara langsungnya meletakkan diri

saya dalam kalangan golongan yang terasing ini agar memudahkan saya bagi

memahami dan menilai tindakan-tindakan serta perubahan masyarakat

disekeliling. Pengumpulan maklumat serta data-data penting telah saya lakukan

selama enam bulan kerana kaedah kajian bukanlah secara temu bual tetapi

dilakukan secara penilaian dan pemerhatian. Selain itu, saya dengan sukarelanya

meletakkan diri ditempat golongan yang terasing seperti yang telah saya

nyatakan.
2.0 Tujuan Kajian Dijalankan

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui pandangan

masyarakat terhapad golongan LGBT. Penilaian secara pemerhatian dilakukan

setiap hari bagi melihat perubahan dari semasa ke semasa oleh masyarakat

sekeliling. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan dapat dipastikan

bahawa masyarakat tidak boleh menerima golongan sebegini kerana ianya

mencacatkan komuniti. Walau bagaimanapun, persoalannya adalah apakah

tindakan yang diambil oleh masyarakat? Bahagian ini akan saya jelaskan pada

bahagian yang lain.

Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui dan memahami perasaan

seseorang yang terkait dengan LGBT terhadap pengasingan dirinya dari

masyarakat sekeliling. Perkara ini hanya dapat kita jelaskan dengan cara kita

sendiri yang menjadi bahan kajian iaitu seperti mana dalam kajian ini saya

sendiri meletakkan diri sebahagian dari golongan ini dengan cara menonjolkan

diri sebagai seorang yang berada dalam golongan LGBT. Disamping itu juga

kajian ini turut berfokus kepada kemungkinan untuk kembali pulih dalam

kalangan golongan ini. Perkara ini telah saya lakukan sendiri dan hasil yang saya

perolehi amat membantu dalam menjawab semua persoalan dalam kajian ini.

Tambahan pula sejak kebelakangan ini dapat kita ketahui aktiviti ini kian

menular dalam kalangan masyarakat sama ada dalam mahupun luar negara.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan ini telah mula berjuang demi

meletakkan diri mereka setaraf dengan masyarakat yang lain dan perkara ini
telah pun berlaku di negara-negara Barat. Mengapakah perkara sedemikian

berlaku walaupun ramai masyarakat yang menentang perjuangan golongan ini.

Keadaan ini dapat kita ketahui apabila kita melihat sendiri bagaimana

masyarakat menangani isu ini.

Akhir sekali, kajian ini juga dijalankan kesan daripada perkenalan saya

dengan seorang rakan (Facebook) yang identitinya dirahsiakan bagi mengelak

daripada pengecaman nitizen. Beliau merupakan orang yang menetap di Kuala

Lumpur dan berumur dalam lingkungan 25 tahun. Beliau sendiri telah berkongsi

dengan saya perasaan apabila menjadi salah seorang dalam golongan LGBT.

Setelah saya mengetahui bahawa dia seorang yang berlainan iaitu terkait dalam

golongan LGBT saya terus menyoal kenapa dia menjadi seperti itu. Namun beliau

tidak dapat memberikan jawapan yang sebenarnya. Beliau hanya berkata

sekiranya kamu ingin mengetahui perasaan kami dalam kehidupan

bermasyarakat, kenapa kamu tidak sendiri mencari jawapannya setelah

beberapa soalan yang telah saya ajukan kepadanya akhirnya beliau telah

memadam akaun facebooknya dan sehingga kini saya tidak lagi dapat

berhubung dengannya bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Oleh itu,

dengan kajian ini saya berharap agar dapat mengetahui jawapan sebenar

mengapa mereka tidak mahu berubah untuk menjadi seperti masyatakat yang

normal.
3.0 Pandangan Masyarakat.

Pada hasil kajian saya, sememangnya masyarakat tidak dapat menerima

golongan seperti ini dalam sesuatu komuniti disebabkan mereka berasa takut

dan melihat orang yang sedemikian sangat hina. Tindakan memulaukan turut

dilakukan oleh masyarakat sekeliling yang mengetahui seseorang itu adalah

LGBT antara satunya. Tindakan seperti ini seharusnya tidak dilakukan oleh

masyarakat kerana tindakan sebegini menyebabkan orang-orang sebegini malu

dan tidak lagi mahu untuk kembali dalam kehidupan normal mereka. Keadaan ini

juga akan menyebabkan golongan ini menghadapi risiko psikologi. Dalam

kehidupan bermasyarakat haruslah ada sifat saling menegur antara satu dengan

yang lain agar tidak wujud masyarakat yang terasing. Namun, golongan ini

sentiasa menerima tekanan dari masyarakat sehingga menggangu kesihatan

mental. Berdasarkan kajian lepas membuktikan golongan muda LGBT

mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi kepada masalah kesihatan mental,

kecelaruan psikologi dan cubaan membunuh diri. Pada pandangan saya,

golongan sedemikian mempunyai peluang yang amat cerah dalam mengubah

kembali kehidupannya melalui dorongan masyarakat. Peluang untuk berubah


juga boleh dilakukan secara berperingkat dengan memberi kesedaran serta

pendadahan keagamaan.

Berbahas berkaitan dengan dorongan masyarakat dapat saya katakan

bahawa masyarakat sekeliling adalah tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat

dibuktikan apabila hasil kajian mendapati masyarakat disekeliling tidak pernah

menegur dan memperbetulkan keadaan dan tiada sebarang tindakan positif

diambil. Kini dapat saya fahami, mengapa ramai dalam kalangan masyarakat

yang terlibat dalam gejalah LGBT sukar untuk berada dan duduk bersama dalam

kalangan masyarakat sehinggakan mereka terasing adalah disebabkan sikap

masyrakat itu sendiri yang tidak mahu membantu dalam memperbetulkan

mereka.

Bertitik tolak daripada perbincangan diatas masyarakat seharusnya tidak

hanya berharap pihak kerajaan ataupun badan-badan NGO iaitu badan sukarela

yang berusaha untuk memulihkan seseorang yang terlibat dalam gejala LGBT.

Perkara ini perlu kita fahami secara mendalam agar masyarakat kita dapat

berkembang dengan baiknya dalam pembinaan sesuatu bangsa yang harmoni.

Sekiranya kita teliti secara terperinci sememangnya masyarakat sekeliling

merupakan kunci utama dalam menangani masalah ini, namun daripada hasil

kajian mendapati bahawa masyarakat tidak begitu berusaha untuk membantu

dalam memulihkan orang-orang LGBT. Malahan masyarakat sering kali

bergantung kepada usaha pihak-pihak seperti kerajaan dan NGO walaupun

secara hakikatnya masyarakat merupakan orang yang kedua paling hampir

selepas keluarga.

Oleh itu, merujuk kepada hasil kajian yang telah dijalankan secara

persendirian mendapati masyarakat sekeliling sememangnya tidak mengambil


berat terhadap sesetengah orang yang tersasar dari jalan mereka, malah

masyarakat lebih kepada sifat pentingkan diri sendiri. Unsur dan sifat seperti ini

seharusnya dihindari dalam kalangan masyarakat agar golongan LGBT

berpeluang besar untuk berubah. Tindakan masyarakat memulau seseorang

yang terlibat dengan gejalah ini menyebabkan mereka berasa kurang selesa

untuk duduk bersama-sama dengan masyarakat yang lain. Tegasnya kita sesama

manusia yang hidup dalam bermasyarakat seharusnya saling bantu-membantu

antara satu sama yang lain dalam memberi kesedaran dan menuntun ke arah

yang lebih baik.

4.0 Pengalaman Selama Enam Bulan.

Berdasarkan kajian ini yang telah saya nyatakan dan dilakukan secara

senyap-senyap tanpa pengetahuan daripada mana-mana pihak memberi

pengalaman yang amat pedih serta tersisih dari masyarakat walaupun saya

hanya berpura-pura untuk tergolong dalam kalangan LGBT. Kini dapat saya

fahami mengapa golongan seperti ini sukar untuk dipulihkan kerana sentiasa

mendapat bebanan yang berat dari masyarakat. Oleh itu, saya akan berkongsi

segala pengalaman yang telah saya lalui selama enam bulan berada di Universiti

Malaysia Sabah dengan berlakon sebagai golongan LGBT.

Dalam membuat sesuatu kajian sememangnya mengambil jangka masa

yang amat lama dan panjang. Tiada kajian yang dilakukan bermula hari ini dan
keesokannya segala maklumat dapat kita perolehi semuanya. Setiap kajian juga

mempunyai metodologi tersendiri iaitu kaedah pengumpulan maklumat.

Pengalaman yang akan saya kongsikan dalam kajian saya ini adalah golongan

yang terkait dengan gejala LGBT disisihkan dari masyarakat. Perkara ini dapat

saya katakan penularan khabar angin dan tindakan yang saya ambil untuk

memperlihatkan bahawa saya antara golongan LGBT menjadi buah mulut dan

tersebar secara meluas. Pada pertama kalinya saya tidak menjangkakan

keadaan ini akan terjadi dan berasa bahawa kajian ini tidak akan berjaya.

Namun, hari demi hari perubahan dalam kalangan rakan-rakan mahasiswa dapat

saya lihat sendiri iaitu mereka mula untuk menghindari daripada saya. Perasaan

ini dapat saya katakan yang sering bermain dalam fikiran golongan LGBT

sehinggakan mereka hilang komunikasi dan interaksi dengan masyarakat yang

membuatkan mereka lebih cenderung ke arah tersebut.

Dalam kajian ini yang telah dijalankan dalam jangka masa panjang membuat

saya berasa sangat kecewa kerana orang sekeliling tidak pernah menegur

kenapa saya berlaku sedemikian. Malah terdapat dalam kalangan mereka yang

berusaha untuk menyebarkan maklumat berkaitan gejala ini. Saya faham

perasaan mereka sukar untuk menerima golongan sedemikian, namun saya

dengan kerasnya mengkritik orang-orang yang berbuat demikian kerana tidak

pernah memberi nasihat dan bertanyakan soal keadaan tersebut. Oleh yang

demikian, dapat saya pastikan bahawa perkara ini merupakan perkara yang

sama seperti mana rakan saya alami walaupun kami hanya berkawan dalam

laman sesawang facebook.

Seterusnya beralih kepada pengalaman saya yang mana penularan khabar

angin ini sehingga sampai ke telinga rakan-rakan saya. Apa yang dapat saya

lihat adalah perubahan reaksi wajah mereka seolah-olah tidak dapat menerima

kenyataan, walaupun mereka hanya mendengar perkhabaran tersebut. Mereka


turut tidak bertanya sama ada perkhabaran tersebut benar atau salah, malah

mereka turut mengecam saya. Sekali lagi pengalaman yang mengecewakan dan

perkara ini telah menjadi tanda tanya mengapa orang sekeliling segan untuk

bertanya serta memberi nasihat. Pengecaman dapat dipastikan melaui sindiran-

sindiran dan gurauan yang amat menyakitkan hati. Walaupun kajian ini

mengambil masa yang panjang, namun saya amat teruja kerana disaat-saat

akhir kajian ini saya menemukan jawapan kepada persoalan yang telah saya

peroleh dari rakan saya. Kehilangan rakan-rakan cukup membuatkan seseorang

itu putus harapan kerana tiada sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan.

Setelah saya sedar bahawa khabar ini semakin menular dalam kalangan

mahasiswa, saya dengan yakinnya mengandaikan kajian ini akan berakhir

dengan dapatan kajian yang amat memuaskan dan sememangnya persoalan

yang telah diberikan kepada saya daripada rakan saya tersebut telah pun

terjawab. Tindakan ingin tahu ini telah mendorong saya untuk meneruskan lagi

kajian ini sehinggakan saya sendiri berhadapan dengan pengalaman yang

berada di luar jangkaan saya.

Pengalaman yang saya maksudkan diluar jangkaan adalah wujudnya unsur

gangguan seksual. Perkara ini amat membuatkan saya berasa kecewa kerana

tiadanya tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh masyarakat atau orang

sekeliling untuk membantu dalam memulihkan atau memberi nasihat kepada

golongan ini. Tindakan yang dilakukan oleh segelintir orang yang berada di

sekeliling ketika itu boleh saya katakan sebagai tindakan yang tidak sepatutnya

dilakukan kerana ianya seolah-olah mendorong kepada orang yang terlibat

dalam golongan LGBT ini untuk terus berada dalam keadaan tersebut.

Sepatutnya tindakan yang positif harus diambil agar rakan yang dalam masalah

seperti itu dapat kita bantu mereka untuk keluar dari kepompong LGBT agar

kehidupan mereka lebih baik.


Daripada kajian ini juga saya mendapati bahawa seseorang yang terlibat

dalam LGBT akan hilang kepercayaan daripada orang sekeliling mereka.

Masyarakat sekeliling akan sentiasa segan dan takut untuk berjumpa dengan

orang sebegini serta pelbagai andaian yang negatif. Keadaan ini dapat kita lihat

sendiri daripada reaksi wajah serta emosi yang di sampaikan kepada kita.

5.0 Adakah Golongan Ini Boleh Berubah?

Setelah dibincangkan segala yang berkaitan dengan gejala LGBT ini, kini tiba

masanya untuk kita bincangkan berkaitan dengan persoalan Adakah Golongan

Ini Boleh Berubah?. Sebelum itu, kita bincangkan dahulu bagaimana boleh

wujudnya golongan LGBT ini dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan kajian


lepas menunjukkan wujudnya golongan sedemkian adalah disebabkan oleh

ketidak patuhan gander. Perkara ini dapat dijelaskan dengan peranan ibu bapa

dalam membentuk suasana kehidupan anak-anak mereka seperti pendedahan

kepada anak lelaki terhadap layanan sebagai seorang anak perempuan akan

menyebabkan mereka hidup dengan gaya seorang perempuan. Tambahan pula

ketiadaan larangan anak lelaki bermain permainan perempuan juga akan

menyebabkan kecenderungan mereka kepada dunia LGBT. Kajian lepas juga

telah membuktikan bahawa sebahagian besar kanak-kanak yang mengalami

ketidak patuhan gender berkemungkinan untuk menjadi gay atau lesbian.

Seterusnya kita masuk kepada perbincangan utama kita iaitu adakah

golongan ini boleh berubah untuk menjadi normal kembali. Merujuk kepada satu

kajian kes yang telah dijalankan di Kota Bahru, Kelantan menunjukkan keinginan

untuk kembali pulih dalam golongan ini sememangnya ada tetapi tidak dapat

ditetapkan tempoh dan masanya untuk mereka berubah disebabkan rasa

seronok yang di alami dalam menjalinkan hubungan ini. Untuk kembali pulih juga

mengambil masa yang amat panjang kerana memerlukan kaunseling dan

dorongan dari keluarga, masyarakat dan rakan-rakan.

Dalam kajian kes yang dijalankan juga menunjukkan bahawa peranan agama

amat penting dalam membantu mereka untuk kembali menjadi normal seperti

biasa. Hal ini dapat dibuktikan dengan ajaran setiap agama yang melarang

umatnya untuk menjalinkan hubungan sejenis iaitu homoseksual. Pendedahan

agama amat penting dalam memberi kesedaran kepada golongan ini

terutamanya ajaran yang melarang mereka kepada tindakan ini. Oleh itu,

dengan adanya pendedahan sebegini golongan ini akan terdorong untuk

berubah dan kembali semula dalam kehidupan normal mereka.


Kemungkinan untuk kembali pulih juga boleh dilakukan berdasarkan aktiviti

kesukarelawan kemasyarakatan dan kemanusiaan dalam membantu golongan

yang tersisih meningkatkan kembali semangat diri mereka untuk berubah.

Aktiviti sedemikian sememangnya wajar untuk dilaksanakan kerana ianya akan

membantu golongan yang memerlukan perkhidmatan kaunseling dan dorongan

dalam menghadapi kehidupan seharian.

Akhir sekali, peranan masyarakat juga amat penting dalam membantu

golongan ini untuk kembali normal kerana masyarakat merupakan ancaman

utama dalam kehidupan mereka. Sekiranya masyarakat mengambil inisiatif

dengan memberi tekanan seperti cemuhan dan kutukan akan menyebabkan

golongan ini lebih juah dari masyarakat sehingga menyebabkan perkara yang

tidak diingini seperti bunuh diri. Oleh itu, kita sebagai manusia yang hidup dalam

kemasyarakatan seharusnya mengambil tindakan yang positif dalam menengani

isu masyarakat setempat mahupun dunia.

6.0 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, golongan seperti ini sememangnya berpeluang

besar untuk kembali pulih seperti masyarakat yang normal sekiranya kita

mengambil tindakan yang positif. Daripada kajian ini juga diharapkan dapat

membuka minda masyarakat terhadap golongan ini untuk diberi peluang

berubah kepada kehidupan yang normal. Kajian ini juga tidaklah bermakna untuk

menyokong kepada gejala sosial ini tetapi sekadar penambahan ilmu

pengetahuan terhadap golongan ini. Oleh itu, tindakan untuk menangani isu

sejagat ini haruslah dimulakan dengan tindakan yang positif agar masalah ini

dapat diatasi dengan mudah.

Rujukan
Azrina Mazlin Alias dan Vishalache Balakvishnan (PHD). Impak Kesukarelawanan
Dalam Kalangan Belia di Kuala Lumpur: Satu Kajian. Umijms.um.edu.my. 12
Januari 2017.
Ahmad et.al. Faktor dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih
Dalam Kalangan Lesbian: Satu Kajian Kes. Orca.cf.ac.uk. 5 Desember 2016.
Dini Bella Dariniti. Orentasi dan Perilaku Seksual Pada Komunitas Gay di
Banyuwangi. repository.unej.ac.id. 15 Januari 2017.
Nasirudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad, Lokman Hamid. Potensi Konflik di
Antara Pegangan Islam dan Identiti Seksual: Simptom Psikologikal Dalam
Kalangan Mak Nyah. spaj.ukm.my. 10 Januari 2017.
Pemaknaan Kaum Gay Tentang Relasi Sosial Homoseksual. Eprint.umm.ac.id. 15
Januari 2017.

Você também pode gostar