Você está na página 1de 7

PENGENALAN

Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah

kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13

Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan

mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada

13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia

Sebelum Mei 1969

Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman

British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar Divide and Rule

(pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China

dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sector

ekonomi berbeza.

Sistem pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan

ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya

penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu

mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina.

Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan

menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.


Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku

di Georgetown(1957), Pangkor(1959), Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat

lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak.

Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21

Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia

pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yew melalui PAP yang mempertikaikan

keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964.

Perjuangan PAP dengan slogan Malaysian Malaysia diteruskan DAP.


Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin

Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya

diconteng dengan cat merah dan ditulis Jangan Mengundi Dalam Pihanraya.

Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze

Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan

rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas

kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.

9 Mei 1969 Perarakan Mayat/Keranda

Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap

fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei

1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda

Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi.

Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti

sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya.

Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb.

Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang

dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org

terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan

bendera komunis dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata

Malai- Si (Matilah Melayu).Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis

diarahkan untuk berhati-hati.


Perarakan mayat Lim Soon Seng oleh Parti Buruh. Kelihatan sepanduk

yang melaungkan ajaran komunis Mao.

10 Mei 1969 Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969

Keputusan pilhanraya menyaksikan perikatan dinafikan majority mudah di parlimen

oleh pembangkang. Gerakan menguasai pulau pinang, pas di kelantan dan dap-ppp-

gerakan hampir menumbangkan perikatan di selangor dan perak. (di selangor

perikatan=14 dap=9 gerakan=4 manakala di perak perikatan=19 ppp=12 dap=6

gerakan=2 pas=1). Walaubagaimanapun gerakan tidak berhasrat untuk bergabung

dengan mana-mana pembangkang membolehkan perikatan dapat membentuk

kerajaan negeri di selangor dan perak.


Keputusan pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang majority mudah 2/3 di

Parlimen apabila hanya memperoleh 66 kerusi dari 104 yang dipertandingkan

di semenanjung.

11 Mei 1969 Perarakan Kemenangan DAP

DAP membuat perarakan kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5

petang, 5 kereta dan 15 motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai

di Balai Polis Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan apa polis

boleh buat- kita raja dan buang semua polis melayu.


Goh Hock Guan ada dalam perarakan tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP

di jalan Bukit Bintang. 10 mlm, perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur.

Di hadapan Balai Polis Jalan Travers mereka melaungkan Mati Melayu- Sakai pergi

masuk hutan.

Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara

Pudu dengan kereta dan skuter sambil berteriak Kuala Lumpur sekarang Cina

punya. Tengah malam, perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan

Balai Polis Brickfields dan melakukan perkara sama.

12 Mei 1969 Perarakan Kemenangan GERAKAN

GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan

Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan

Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina

seperti Melayu balik kampong dan melayu sekarang tak ada kuasa lagi.

Perarakan mengandungi 500 skuter.

Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti Melayu keluar-apa lagi duduk

sini dan kita hentam lu, sekarang kita besar telah dihemburkan. 4.00 petang Balai

Polis Pudu dihujani teriakan Kasi halau semua polis. 7.30 mlm, 5 pemuda cina

sambil berteriak semua melayu kasi habis cuba memukul seorang anggota polis

sebelum lari apabila polis mengeluarkan pistolnya.


Jam 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama DAP-GERAKAN telah

memekik Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan melayu

punya dan Mata-mata(polis) lanchau. 9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di

hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin besi dan memekik MARA butoh,

MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN) bocor MARA 5 tahun lagi akan

jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat, Melayu boleh balik kampong. Saksi

terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.

Você também pode gostar