Você está na página 1de 8

PUSAT PEMBANGUNAN KORPORAT & PENGURUSAN KUALITI

ANUGERAH TOKOH MASYARAKAT


HARI KUALITI & INOVASI UMP
ANUGERAH TOKOH MASYARAKAT

1.0 LATAR BELAKANG

Anugerah Tokoh Masyarakat merupakan satu hadiah sanjungan kepada


individu dalam kalangan warga universiti yang berkecimpung secara aktif
dan berterusan dalam membangunkan masyarakat di luar universiti dalam
pelbagai kegiatan kemasyarakatan seperti kesukanan, bantuan
kemanusiaan, kebudayaan, pembangunan fasiliti, PIBG, keselamatan dan
keagamaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan warga UMP menjadi warga yang berperanan


aktif dalam pembangunan masyarakat.

2.2 Untuk memberi pengiktirafan kepada warga UMP yang telah


menyumbang kepada nama baik Universiti melalui khidmat
masyarakat.

3.0 KATEGORI HADIAH

Kategori Anugerah Tokoh Masyarakat ini secara individu sahaja.

4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1 Telah berkhidmat dengan UMP selama 3 tahun ke atas.


4.2 Terbuka kepada staf bukan akademik dan akademik.
4.3 Borang penyertaan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan.
4.4 Pencalonan :
- Staf boleh mencalonkan diri sendiri atau staf lain.
- Pencalonan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan yang
disediakan.

Mukasurat 2|
5.0 PENILAIAN

5.1 Panel Penilai / Jawatankuasa

5.1.1 Pendaftar
5.1.2 Pengarah PIMPIN
5.1.3 Ketua Jabatan Kemahiran Insaniah
5.1.4 Pengarah Pusat Ko-Kurikulum
5.1.5 Panel luar/Wakil NGO

5.2 Kriteria Penilaian

5.2.1 Sumbangan sangat memberi kesan kepada


masyarakat setempat.

5.2.2 Usahanya diperakukan oleh Badan Berkepentingan.

5.2.3 Merupakan pelopor kepada sesuatu usaha atau


projek baru di sesuatu tempat.

5.2.4 Nilai peribadi yang baik dan sangat dikenali di


kalangan masyarakat.

5.2.5 Beliau mampu mendapatkan sumbangan luar bagi


membantu usaha yang dijalankan.

5.2.6 Beliau terlibat dengan kepimpinan komuniti.

Mukasurat 3|
5.3 Kaedah Penilaian

BIL KRITERIA PEMARKAHAN


1 SUMBANGAN
1. Sukan & Kebudayaan
2. Bantuan Kemanusiaan & Kesukarelawan
3. Pembangunan Fasiliti
4. PIBG 40%
5. Keselamatan
6. Keilmuan
7. Keagamaan

2 PERAKUAN OLEH BADAN KEPENTINGAN


1. Media - Media Cetak, Media Elektronik
2. Sijil Penghargaan
3. Adun/Ahli Parlimen 10%
4. Ahli Persatuan
5. Penghulu/ Ketua Kampung

3 MEMPELOPORI PROJEK BARU


1. Sukan
2. Bantuan Kemanusiaan
3. Kebudayaan
4. Pembangunan Fasiliti 15%
5. PIBG
6. Keselamatan
7. Keilmuan

4 NILAI PERIBADI

1. Penulisan
2. Pendidikan
20%
3. Hubungan dengan masyarakat
4. Kecemerlangan Kekeluargaan
5. Keagamaan

5 MENJANA SUMBANGAN LUAR


- Menjana sumbangan daripada syarikat /
badan-badan/ perseorangan kepada sesuatu
organisasi atau pertubuhan.
10%
- Contoh : Membantu pembiayaan rumah anak
yatim, membantu projek air sekolah,
membantu mangsa banjir, membantu mangsa
rumah terbakar/kemalangan

Mukasurat 4|
6 KEPIMPINAN KOMUNITI / KETERLIBATAN
- Penyelaras,pengurus, penasihat program
5%
seperti imam/bilal/JK Sekretariat/Sukan dll.

Jumlah keseluruhan 100%

6.0 NILAI IMBUHAN

6.1 RM3000.00 (tiga ribu ringgit sahaja)


6.2 Diberi penghormatan dalam majlis-majlis rasmi/utama UMP.
6.3 Gambar beliau dipamerkan di Galeri UMP atau di tempat-
tempat yang sesuai.
6.4 Sijil Penghargaan

Maklumat Lanjut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:


Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat
Pejabat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PPKPK)
Universiti Malaysia Pahang

No. Telefon : 09-5493202


Faks : 09-5493203

Mukasurat 5|
BORANG PENYERTAAN ANUGERAH TOKOH MASYARAKAT
(KATEGORI INDIVIDU)
TAHUN _______

NAMA CALON :
JABATAN :
JAWATAN HAKIKI :

BIL KRITERIA
1 SUMBANGAN

1.
2.
3.

2 PERAKUAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

1.
2.
3.

3 MEMPELOPORI PROJEK BARU

1.
2.
3.

4 NILAI PERIBADI

1.
2.
3.

5 MENJANA SUMBANGAN LUAR

1.
2.
3.

6 KEPIMPINAN KOMUNITI / KETERLIBATAN

1.
2.
3.

Mukasurat 6|
Saya mengesahkan segala maklumat yang dilaporkan dan dilampirkan adalah
benar.

Tandatangan dan cop :___________________________

Tarikh :____________________

Mukasurat 7|
7.2 Proses Kerja

CARTA ALIR PROSEDUR PENILAIAN

Mula

Perbincangan calon
berdasarkan kriteria.
Tidak Ya Panel Penilai :
- Pendaftar (Pengerusi)
Panel Penilai -Pengarah PIMPIN
UMP - Ketua Jabatan Kemahiran
Insaniah
- Pengarah Pusat Ko-
Kelulusan oleh
Kurikulum
Pendaftar
- Panel luar/Wakil NGO

Tamat

Mukasurat 8|

Você também pode gostar