Você está na página 1de 4

PROGRAM INTERVENSI LINUS 2017

ANJUNG LINUS
SK PERMATANG TO KANDU

1.0 Pengenalan

Anjung LINUS merupakan satu ruang belajar yang disediakan khusus untuk murid-
murid Tahun 1,2 dan 3 berpeluang untuk melakukan pembelajaran kendiri dengan
pengawasan guru-guru LBM,LBI dan NUMERASI selain berpotensi untuk membantu
murid-murid menjadi lebih berautonomi, proaktif dan gemar akan suasana
pembelajaran kasual.

2.0 Matlamat

Usaha mewujudkan Anjung LINUS adalah bagi memudahkan para murid tahap 1
menguasai kesemua konstruk bagi LBM,LBI dan Matematik dengan mengakses sendiri
tanpa mengira waktu walaupun tanpa kehadiran guru.

3.0 Objektif

3.1 Mempamerkan kesemua konstruk bagi LBM,LBI dan Numerasi yang perlu dikuasai
oleh murid-murid Tahun 1,2 dan 3.

3.2 Melahirkan murid-murid yang sedar akan kepentingan melakukan pembelajaran


kendiri.

3.3 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, kondusif dan selamat.

3.4 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dalam menjayakan Program
LINUS.
4.0 Tarikh Pelaksanaan

18 Mac 2017

5.0 Tempat / Lokasi

Sudut PAK, diantara Blok B dan Blok C.

6.0 Sasaran

Murid Murid Tahap 1 SKPTK.

7.0 Anjuran

PIBG SKPTK dan Guru-guru LBM,LBI dan Numerasi

8.0 Jawatankuasa Program

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : En. Ismail B. Abdullah

YDP PIBG SKPTK

Penasihat : En Jabri B. Hasan

Guru Besar SKPTK

Pengerusi : Pn Faridah Bt Md Zin

Pen Kanan 1 SKPTK

Timb.Pengerusi: En Basri B. Saidi

Pen Kanan HEM

Setiausaha : Pn Hasfariza Bt Abu Hassan

Peyelaras LINUS SKPTK


9.0 Pelan Tindakan

Langkah Aktiviti
1. Mencari maklumat berkaitan yang akan dipamerkan pada sudut
Anjung LINUS
Menentu maklumat maklumat yang akan dipamerkan.
Mengukur saiz sudut yang sedia ada.
Merangka persembahan sudut.
2. Menyediakan bahan-bahan bagi menyiapkan sudut Anjung LINUS
3. 18 Mac 2017 (Sabtu)
Mula menyiapkan kerja keceriaan dan penaiktarafan sudut secara
berperingkat.
4. Membuat kerja-kerja memperkemaskan sudut Anjung LINUS.

10.0 Peralatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan

Bil. Perkara Kuantiti Anggaran Harga (RM)


1. Plywood 3 keping 300.00
2. Plastik meja lutsinar 3 meter 30.00
3. Kertas A4 bewarna 1 plastik 10.00
4. Double-sided tape 3 10.00
5. Riben 2 10.00
6. Thumbtack beraneka warna 2 10.00
Jumlah Keseluruhan 370.00

11.0 Sumber Kewangan

Sumbangan PIBG dan Badan Korporat.


12.0 Penutup

Perancangan kertas kerja program ini dihasilkan bagi memudahkan pengurusan yang
akan dikendalikan oleh guru-guru yang terlibat. Diharapkan Program Anjung LINUS ini
dapat dilaksanakan dengan lancar sepertimana yang dirancang.

Disediakan oleh:

(HASFARIZA BT ABU HASSAN)


Setiausaha Program Anjung LINUS
SK Permatang To Kandu

Você também pode gostar