Você está na página 1de 8

2.

0 ANALISIS JURNAL

Tajuk Jurnal : Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah
Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor

Penulis : Mohd Rizal B. Mohd Said dan Muallimah Bt Arshad

Penerbit : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (2012).

2.1 Analisis Jurnal 1

Jurnal yang saya analisis ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu dan trenda
pendidikan khas ialah bertajuk Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah ,
Daerah Kota Tinggi, Johor yang ditulis oleh Mohd Rizal B. Mohd Said dan Muallimah
Bt Arshad dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Walaupun skop
kajian jurnal ini terlalu spesifik iaitu hanya berkaitan dengan masalah guru
Pendidikan Khas mengajar mata pelajaran kemahiran hidup sahaja. Namun,
dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan yang umum dan boleh dikaitkan dengan
masalah guru-guru pendidikan khas bagi mengajar mata pelajaran lain yang
memerlukan pengajaran teori dan pengamalian dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti mata pelajaran pengurusan diri, kemahiran manipulatif,
pendidikan seni dan juga sains.

Sesungguhnya, kajian sebegini amat penting dan berguna kerana boleh


dijadikan sumber rujukan kepada guru-guru pelatih serta guru-guru yang baru
dilantik untuk mengendalikan kelas Program Integrasi Pendidikan Khas di dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi panduan
kepada pihak-pihak terlibat seperti Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia di dalam mengenalpasti dan menyiasat bagi penyelesaian
kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas di dalam
melaksanakan Program Integrasi di sekolah.

Hasil analisis daripada jurnal ini, saya mendapati terdapat tiga permasalahan
utama yang dialami oleh guru Pendidikan Khas untuk mengajar mata pelajaran
yang mengutamakan pengamalian seperti kemahiran hidup ini, , terutamanya

2
dalam permasalahan yang berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali, diikuti
masalah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup, kesukaran mendapat kerjasama daripada ibubapa murid dan
permasalahan yang akhir berkaitan kemudahan fizikal dan bahan pengajaran untuk
matapelajaran kemahiran hidup. Dalam jurnal ini juga, terdapat beberapa cadangan
yang dikemukakan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Khas.

` Melalui penganalisisan data yang dilakukan, saya mendapati bahawa peratus


keseluruhan guru yang menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali adalah tinggi. Guru perlu berusaha
mencuba teknik pengajaran yang baru agar dapat mencapai objektif pengajaran-
pembelajaran. Teknik pengajaran yang membolehkan pelajar mengikuti sesuatu
pelajaran dengan mudah serta menyeronokkan merupakan teknik yang sangat
diharapkan oleh murid. Kepelbagaian teknik pengajaran ini boleh memberikan
kesan yang positif dalam diri murid. Abdul Karim Desa (1994), juga berpendapat
bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran guru boleh memberi kesan positif kepada
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada pendapat saya pula, dalam pengajaran mata pelajaran yang


memerlukan pengamalian seperti kemahiran hidup ini, memahami teori pengajaran
merupakan tajuk yang amat penting. Ini adalah kerana kepelbagaian kategori murid
di dalam kelas serta masalah kesukaran murid mengingat teori pengajaran yang
telah diajar oleh guru. Oleh itu, guru haruslah memastikan murid dapat
mengekalkan penumpuan bagi membentuk konsep yang betul. Kefahaman teori
yang salah akan terbentuk jika guru sahaja yang bercakap secara kuliah tanpa
melibatkan penyertaan murid dalam pembelajaran tanpa menggunakan media
pengajaran (Abu Zahari, 1987).

Daripada maklumat yang terkandung dalam jurnal ini juga, didapati guru
menghadapi masalah untuk menarik tumpuan murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung serta semasa memberikan latihan kepada murid selepas
pengajaran teori. Hal ini mungkin didorong oleh beberapa faktor terutama faktor
guru itu sendiri. Semasa mengajar, guru perlulah memberikan perhatian yang
penuh ke atas setiap individu di dalam kelas dan peka terhadap masalah yang

3
dihadapi oleh murid. Selain itu, guru juga perlu mengajar dengan menggunakan
kaedah berpusatkan kepada murid. Pemerhatian yang begitu tinggi mewujudkan
rasa kasih sayang dan mesra di kalangan murid. Dengan itu guru boleh
mendapatkan perhatian murid mereka. Pendapat ini sejajar dengan pendapat Abu
Zahari (1992), iaitu suasana yang riang dan selesa serta bersih menjadi dorongan
kepada murid-murid untuk mengekalkan penumpuan terhadap pembelajaran bilik
darjah.

Dalam jurnal ini juga menyatakan bahawa kebanyakan guru pendidikan khas
menghadapi masalah kemudahan fizikal dan bahan pengajaran. Permasalahan
berkaitan dengan bahan pengajaran, guru-guru pendidikan Khas ini bemasalah
untuk membina alat bantu mengajar dengan menggunakan kreativiti sendiri tanpa
bantuan orang lain. Perkara ini mungkin disebabkan kebanyakkan guru-guru ini
tidak mempunyai pendedahan yang cukup untuk membuat alat bantu mengajar
yang sesuai dan berkesan mengikut kemahiran yang ingin diajar serta kurangnya
alat bantu mengajar yang disediakan oleh pihak sekolah. Menurut Mat Nor Husin
(1988), yang menyatakan jika alat bantu mengajar digunakan dengan cara yang
betul dan sesuai di dalam sesuatu situasi pengajaran, objektif ini boleh dicapai iaitu
menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan boleh menghasilkan
pembelajaran yang kekal.

Kemudahan fizikal bengkel yang lengkap adalah merupakan faktor terpenting


bagi mencapai matlamat pelaksanaan mata pelajaran kemahiran hidup. Pernyataan
ini adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Bakar (1991), yang
menyebut bahawa selain daripada kaedah penyampaian guru dan alat bantu
mengajar, kemudahan fizikal merupakan faktor penting dalam memberi kesan
kepada pelaksanaan mata pelajaran kemahiran hidup. Begitu juga dengan mata
pelajaran lain. Kemudahan fizikal seperti bilik kemahiran manipulatif, makmal sains,
bilik multimedia dan interaktif yang dilengkapi bahan bantu mengajar sangat
diperlukan oleh guru untuk memastikan pengajaran sesuatu mata pelajaran dapat
berlangsung dengan berkesan dan selesa.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengetahuan dan kemahiran guru


merupakan faktor utama dalam proses Pengajaran dan pembelajaran. Guru
pendidikan khas yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi

4
akan dapat melahirkan murid pendidikan khas setaraf dengan murid-murid normal.
Dalam jurnal yang saya analisis ini mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran
guru Pendidikan Khas berada pada tahap sederhana. Dalam jurnal ini juga ada
menyatakan bahawa responden amat memerlukan latihan dan bengkel tambahan
untuk memajukan diri dalam pengajaran Kemahiran Hidup. Hal ini mungkin
disebabkan kebanyakkan responden tidak mempunyai kelulusan ikhtisas dalam
bidang Pendidikan Khas dan sukar untuk menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran untuk murid Pendidikan Khas ini. Menurut Girard (1972), guru yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran akan dapat melakukan pengajaran yang
berkesan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
sistematik, dapat menerangkan sesuatu fakta dengan jelas dan mendapat latihan
yang secukupnya.

Daripada keseluruhan hasil analisis jurnal ini, dapatlah disimpulkan bahawa


guru Pendidikan Khas haruslah bijak menangani segala masalah yang dihadapi
semasa mengajar di dalam kelas mahupun masalah-masalah lain. Walaupun
cabaran guru untuk mengajar murid Pendidikan Khas berbeza dengan guru-guru
lain, namun, ia bukanlah suatu yang menjadi halangan atau alasan untuk
meneruskan mengajar bagi insan teristimewa ini. Setiap masalah yang timbul tidak
akan menjadi isu jika seorang guru itu bijak untuk memilih jalan penyelesaiannya.

2.2 Analisis jurnal 2

Tajuk : Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya
Terhadap ProsesPengajaran.

Penulis: Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani
Bari, Siti Nur Nadirah Ibrahim dan Rozniza Zaharudin

Penerbit: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2013)

Jurnal yang telah saya analisis ialah bertajuk Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada
Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran yang ditulis oleh Mohd
Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur Nadirah
Ibrahim dan Rozniza Zaharudin dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

5
Malaysia dan diterbitkan pada tahun 2013. Walaupun jika dilihat pada tajuk jurnal
ini hanya membincangkan isu berkaitan dengan kemudahan bilik darjah Pendidikan
Khas, namun, hasil kajian ini juga turut membincangkan tentang isu-isu kemudahan
fizikal yang lain seperti tandas, laluan bagi pelajar kurang upaya fizikal, perabot dan
ruang menyediaan serta penyimpanan alat bantu mengajar (ABM) yang
bersesuaian. Dalam jurnal ini juga, penulis ada menyatakan cadangan mengatasi
bagi isu ini. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 319 orang guru yang mengajar
di sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi bagi masalah
penglihatan, masalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran dari sekolah di
seluruh Malaysia meliputi Sabah dan Sarawak serta menggunakan kaedah temubual
serta soal selidik untuk mendapatkan data.

Daripada maklumat data dalam kajian ini, sebilangan besar guru di seluruh
Malaysia tidak berpuas hati terhadap infrastruktur bilik darjah bagi murid-murid
Pendidikan Khas di sekolah masing-masing. Dalam jurnal ini juga ada menyatakan
bahawa rata-rata daripada responden yang tidak berpuas hati memberikan
penjelasan bahawa keluasan bilik darjah tidak bersesuaian, sempit, tidak kondusif
dan tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai di dalam bilik darjah. Bilik-
bilik darjah pendidikan khas yang sempit disebabkan ia adalah hasil daripada
pengubahsuaian bilik darjah biasa. Menurut Eleweke (2002), bilik darjah yang
mempunyai ruang yang terhad akan mengakibatkan sama ada kanak-kanak perlu
belajar di ruang yang terbuka atau terpaksa berkongsi sehingga empat atau lebih
bilik darjah. Masalah ini bukan sahaja mengganggu keselesaan murid kerana
bilangannya yang ramai malah bilik darjah selalunya berada di dalam keadaan yang
perlu selalu diperbaiki.

. Pernyataan ini disokong oleh beberapa responden di sekolah kebangsaan di


sekitar negeri Selangor (masalah pembelajaran), mengatakan bahawa bilik darjah di
sekolah mereka mempunyai ruang yang terhad kerana saiz bilik darjah untuk aliran
perdana terpaksa dipecahkan kepada empat bilik darjah pendidikan khas. Mereka
juga menyatakan bahawa sesetengah sekolah mempunyai peruntukan kewangan
yang tidak mencukupi dan kesan daripada pengubahsuaian bilik darjah pendidikan
khas yang sempit ini secara tidak langsung mengganggu tumpuan dan fokus pelajar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

6
Selain ketiadaan bilik darjah yang benar-benar sesuai dengan ketidakupayaan
para murid Pendidikan Khas, penulis juga menyatakan bahawa bilik-bilik lain yang
digunakan untuk membantu perkembangan dan pengurusan diri juga tidak
disediakan, seperti bilik untuk
mata pelajaran pengurusan diri, bilik akses kendiri, bilik pendidikan moral dan
sebagainya. Analisis data juga menunjukkan kedudukan tandas bagi murid-murid
Pendidikan Khas tidak bersesuaian dengan keadaannya yang jauh dari bilik darjah,
sinki terlalu tinggi dan juga tiada laluan berkerusi roda khusus bagi mereka yang
kurang upaya. Dari segi Bahan Bantu Mengajar (BBM) pula, responden menyatakan
bahawa ianya masih tidak mencukupi terutama sekali yang berbentuk bahan ICT
terkini. Pada pendapat saya, penggunaan BBM merupakan satu cara untuk
meningkatkan kejayaan dan pencapaian bagi murid-murid Pendidikan Khas,
kerana tanpa bahan-bahan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan kurang
efektif dan kualiti akademik akan menurun.

Penulis ada menyatakan cadangan bahawa seharusnya pihak yang


bertanggungjawab perlu memastikan peralatan dan keperluan murid mencukupi
bagi mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu seperti yang
terdapat di sekolah yang masih kekurangan kerusi dan meja. Masalah lain yang
perlu dititikberatkan adalah dari segi kekurangan kelengkapan ICT dan makmal
komputer di beberapa buah sekolah (Masalah Pembelajaran, Labuan). Sejajar
dengan dunia yang serba canggih ini, bagi saya, ICT merupakan salah satu alat
bantu mengajar yang menjadi keperluan bagi setiap sekolah. Sebagai contoh di
dalam kajian Campbell, Milbourne, Dugan dan Wilcox (2006), kanak-kanak dilatih
untuk menggunakan alat bantu komunikasi suara selari dengan konteks kanak-
kanak khas pra sekolah semasa di dalam bilik darjah.

Dalam kajian ini juga penulis menyatakan bahawa infrastruktur multimedia


juga memainkan peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana
murid Pendidikan Khas ini mempunyai minat yang sama seperti murid biasa iaitu
mereka mudah tertarik dengan bahan-bahan pembelajaran yang bersifat interaktif.
Campbell et al. (2006) juga menyatakan bahawa, perisian komputer memberikan
kemahiran mempelajari program yang mencakupi pelbagai aspek. Murid-murid yang
menggunakan perisian mesra Pendidikan Khas akan dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan komputer. Perbandingan dapat dibuat di antara pengajaran

7
menggunakan perisian berasaskan program komputer dan juga pengajaran
pertuturan secara tradisional, di mana kanak-kanak didapati lebih mudah
mempelajari suku kata dengan mengikuti arahan berpandukan penyampaian
menggunakan komputer (O'Connor & Schery, 1986). Hal ini dipersetujui oleh Elder-
Hinshaw, Manset-Williamson, Nelson dan Dunn (2006), yang menyatakan
kemudahan multimedia memberikan peluang kepada murid untuk mengakses
pelbagai teknologi bagi mengembangkan dan menyampaikan sesebuah projek dan
juga dapat menggabungkan media lain seperti pengimbasan teks, gambar, video
dan juga internet.

Dalam jurnal ini juga ada membincangkan masalah-masalah lain yang


dihadapi dalam menguruskan infrastruktur program yang terdapat di sekolah
seperti bilik darjah yang kurang pencahayaan, sistem pengudaraan yang kurang
baik, bangunan sekolah yang uzur dan sebagainya. Menurut penulis, aspek
keselamatan adalah penting kepada murid-murid pendidikan khas. Mereka perlu
sentiasa diberi perhatian seperti menyediakan bilik darjah yang terletak di aras
bawah dan berdekatan dengan tandas khas.

Menurut Goldsmith dan Goldsmith (1998), kanak-kanak yang berkeperluan


khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran. Justeru
itu, ia penting untuk mewujudkan kesinambungan dalam persekitaran bagi
membolehkan kanak-kanak khas memberi makna terhadap dunia sekitar mereka
dan membentuk konsep tempat mereka. Walaupun secara keseluruhannya ramai
responden dalam kajian ini yang tidak berpuas hati terhadap infrastruktur bilik
darjah Pendidikan Khas di sekolah mereka, ada sebahagian kecil di kalangan
responden ini menyatakan persetujuan terhadap kemudahan dan infrastuktur yang
telah disediakan seperti beberapa buah sekolah di negeri Kelantan, Perlis, Pahang,
Pulau Pinang, Labuan dan Kedah.

Daripada maklumat dalam jurnal ini, pelbagai cadangan diterima daripada


guru-guru bagi meningkatkan kesesuaian infrastruktur bilik darjah agar sesuai
dengan kurikulum Pendidikan Khas dan juga mempertingkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Dapatan kajian ini ada menyatakan bahawa hasil daripada
ketidaklengkapan infrastruktur bilik-bilik darjah pendidikan khas, 211 responden
menyarankan agar program pendidikan khas perlu mempunyai bilik darjah di

8
bangunan sendiri yang luas dan selesa. Secara tidak langsung, cara ini akan
memudahkan murid dan guru melaksanakan program-program yang telah disusun
untuk membantu mereka membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Hal ini ternyata menunjukkan betapa pentingnya infrastruktur bilik darjah
pendidikan khas dibina berdasarkan spesifikasi standard mengikut kriteria murid
kurang upaya bagi setiap sekolah.

Sebilangan guru juga menyarankan agar pihak sekolah membina


infrastruktur berdasarkan keperluan pengajaran dan pembelajaran serta kecacatan
fizikal pelajar-pelajar. Sebagai contoh, cadangan oleh responden di sekolah masalah
pembelajaran di Pahang
iaitu menyediakan tempat riadah untuk aktiviti senaman bagi pergerakan motor
kasar dan bangunan yang mesra OKU

Secara keseluruhannya, hasil analisis jurnal ini, saya mendapati kebanyakan


guru berpendapat bahawa infrastruktur bilik darjah Pendidikan Khas di sekolah perlu
dinaik taraf dan diberi perhatian kerana rata-rata daripada murid pendidikan khas
terpaksa belajar di dalam bilik darjah yang sempit dan kekurangan kemudahan.
Penyediaan peluang-peluang pengajaran dan pembelajaran yang sama rata perlu
diadakan termasuk untuk murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka
berdikari dan memperkembangkan potensi masing-masing. Bilik darjah juga
sepatutnya tidak perlu diasingkan berjauhan dengan bilik darjah pelajar normal
kerana pergaulan di antara mereka akan terbatas dan pengasingan ini juga akan
menjejaskan keyakinan dan kepercayaan diri murid-murid berkeperluan khas. Selain
itu, pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru
memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang harmonis,
kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
memberangsangkan.