Você está na página 1de 4

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert,

skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman. ( Gay &
Airasian, 2000 )

Kaedah Soal Selidik :


Kedua-dua kaedah di atas memerlukan alat; iaitu kertas soalselidik
dan ujian. Kaedah ini sering digunakan untuk mengutip data dalam
Kajian Tindakan secara formal dan sistematik. Sebaiknya alat-alat itu
dapat memenuhi ciri-ciri berikut:
Memenuhi objektif dan persoalan kajian.
Mempunyai keesahan alat ukur (validity)
Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)
Praktikal (boleh dilaksanakan).
Dua jenis soal selidik yang biasa digunakan ialah:
Butiran bentuk tertutup:
Butiran bentuk terbuka.
Butiran bentuk tertutup:
Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berkehendakkan jawapan
pendek seperti `Ya atau `tidak; atau memilih pilihan-pilihan yang
disediakan. Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh
maklumat tertentu sahaja. Kebaikan menggunakan butiran bentuk
tertutup ialah:
Boleh dijawab dengan mudah
Mengambil masa yang pendek
Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk yang
disoalkan
Berbentuk objektif
Mudah disusun dan dianalisis.

Butiran bentuk terbuka :


Butiran bentuk terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada
responden. Tidak ada `petunjuk dibekalkan.
Butiran ini yang bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang lebih
mendalam termasuk motif-motif yang tersembunyi di belakang sikap,
minat, `kecenderungan dan cadangan-cadangan responden.
Jawapan-jawapan seperti ini agak sukar sedikit untuk ditafsirkan,
disusun dan dijadualkan dalam laporan. Walau bagaimanapun jawapan
ini mempunyai kebaikan sendiri bergantung pada jenis maklumat yang
diperlukan.
Panduan membina butiran soal selidik
1. Beri takrifan kepada sebutan-sebutan yang boleh disalah ertikan.
2. Elakkan penggunaan adjektif dan adverb yang mengelirukan.
Perkataan-perkataan seperti `biasanya, kadang-kadang, `jarang-
jarang memberi pengertian yang berbeza antara seorang dengan
seorang lain. Frasa seperti berapa kali dalam sehari dan
sebagainya boleh digunakan.
3. Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang tidak benar.
Misalnya, Adakah anda tidak bersetuju supaya pelajar tidak disebat
di khalayak ramai? Ya, tidak.
4. Pilihan-pilihan yang diberi mestilah lengkap. Pilihan Ya, tidak
kepada soalan Adakah anda berkahwin? Tidak lengkap sebab
mungkin ada penjawab yang berstatus duda atau janda.
5. Bariskan perkataan yang hendak ditekankan.
6. Elakkan soalan yang mempunyai dua maksud. Soalan seperti,
Adakah anda bersetuju supaya pelajar yang cerdas diletakkan dalam
satu kumpulan dan dihantar ke sekolah yang khas? sepatutnya
dipecahkan kepada dua bahagian.
7. Jika responden diperlukan memberi pemeringkatan atau
bandingan satu poin rujukan harus diberikan . Soalan seperti,
Apakah pendapat anda tentang pengajaran guru A? Baik,
sederhana, lemah dianggap tidak jelas. Responden harus diberitahu
dengan siapa guru A harus dibandingkan, adakah dengan guru pelatih
, guru berpengalaman atau guru yang dianggap unggul?
8. Soalan mestilah sesuai denga Berapa harikah dalam semingggu
pihak kolej menghantar guru pelatih ke sekolah? dianggap tidak
sebab kebanyakan kolej mengendalikan latihan mengajajar secara
berterusan
9. Bekalkan poin tertentu bagi setiap pilihan jika responden
membuat pilihan mengikut darjah pilihan mereka. Misalnya:
Pilihan I . 5 poin
Pilihan II . 4 poin
Pilihan III . 3 poin

Cara Mengendalikan Soal Selidik


1. Pilih responden daripada mereka yang benar-benar berminat
untuk menjawab dan yang mempunyai ciri-ciri responden yang
dihajati.
2. Uji soal selidik kepada responden daripada sampel yang hendak
dikaji. Baiki butiran yang didapati kurang jelas supaya butiran
tersebut benar-benar dapat memperoleh maklumat yang dihajatkan.
3. Untuk memastikan soal selidik dijawab dan dikembalikan kepada
penyelidik, beri soal selidik melalui ketua jabatan responden.
4. Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden, beri
penerangan tentang tujuan penyelidikan dengan jelas dan
menjanjikan satu salinan dan sebagai laporan akan dihantar kepada
jabatan penjawab.
Menganalisis Jawapan Soal Selidik
1. Kira pekali korelasi untuk mendapatkan pertalian antara data
2. Sediakan jadual kekerapan untuk mengumpul jawapan pendek
seperti masa, umur, jantina, kumpulan, amalan dan sebagainya.
3. Bagi data kuantitatif, beberapa nilai statistik harus dihitung
diberikan. Perbandingan antara satu data kuantitatif dengan data
kuantitatif yang lain harus dilakukan.
4. Bagi data kualitatif atau naratif, data tersebut harus diringkaskan
dan dikategorikan dalam jadual tertentu.
5. Semasa membuat perumusan, pertimbangan harus diberikan
kepada peratus responden yang kecil. Peratus yang kecil membawa
kepada kebolehpercayaan yang kecil. Laporan penyelidikan harus
dinyatakan dalam peratusan.
Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik :
-sesuai dengan keadaan responden
-format instrumen yang sistematik
-arahan yang jelas
-ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan

Panduan membentuk item-item soal selidik :


-penggunaan bahasa yang mudah
-selaras dengan responden
-elakkan soalan yang sukar
-soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden
-elakkan soalan dwi-maksud
-soal selidik yang terlalu panjang
-elakkan soalan yang kabur
-elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat
-elakkan item yang negatif

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala


likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman.
( Gay & Airasian, 2000 )

Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal


selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji :
-Kos membina borang soal selidik yang murah dan masa yang
diperuntukkan singkat.
-Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah
responden yang lebih ramai dan cepat.
-Responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi
melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.
-Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden
dan ia lebih mudah untuk dianalisis.

Contoh software yang boleh digunakan untuk soal selidik ialah Survey
Monkey, Google Doc, CCSmart, dan myPelanggan.

Perisian Survey Monkey ini digunakan untuk menghasilkan satu set


survei dan di edarkan kepada responden secara atas talian. Software ini
memudahkan para pelajar dalam penganalisaan data kerana setiap
servei yang di`jawab oleh responden akan dianalisis oleh sistem
software . Hasil penganalisaan akan di paparkan dalam 2 bentuk iaitu
bentuk graf dan peratus. Ini sememangnya memudahkan para pelajar.
Pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk fotostat
helaian servei. Perisian ini juga memudahkan pelajar ketika
menganalisis data. Setelah kaji selidik dibuat, hasil dapatan kajian
hendaklah dipaparkan dalam bentuk penulisan yang kreatif.

Niswarni, 2010, Macam-macam Skala

Skala Likert menurut Djaali (2008:28) ialah skala yang dapat dipergunakan untuk
mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang
tentang suatu gejala atau fenomena pendidikan. Skala Likert adalah suatu skala
psikometrik yang umum digunakan dalam kuesioner, dan merupakan skala yang
paling banyak digunakan dalam riset berupa survei. Nama skala ini diambil dari
nama Rensis Likert, pendidik dan ahli psikolog Amerika Serikat. Rensis Likert
telah mengembangkan sebuah skala untuk mengukur sikap masyarakat di tahun
1932

Penskalaan ini apabila dikaitkan dengan jenis data yang dihasilkan adalah data Ordinal.
Selain pilihan dengan lima skala seperti contoh di atas, kadang digunakan juga skala
dengan tujuh atau sembilan tingkat. Suatu studi empiris menemukan bahwa beberapa
karakteristik statistik hasil kuesioner dengan berbagai jumlah pilihan tersebut ternyata
sangat mirip. Skala Likert merupakan metode skala bipolar yang mengukur baik
tanggapan positif ataupun negatif terhadap suatu pernyataan.

Você também pode gostar