Você está na página 1de 18

With This Wedding Dress, Will You Marry Me?

WHAT?!!! Najwa sudah terjerit dibuatnya. Terkebil kebil dia memandang


kawannya yang seorang itu. Biar betul minah ni! Eh chop! Kejap! Kau cakap kau
nak kahwin dengan Aiman tu? Kau biar betul Amni ooi! Jangan buat lawak dengan
aku Najwa sudah menggaru garu kepalanya yang tiba tiba gatal bila
mendengar berita yang dikhabarkan oleh Amni itu. Punya syok bercinta dengan
Ayden, lepas tu break up. Lepas tu, kau kata kau ada crush dengan mamat Aiman tu,
tapi sampai nak kahwin?! Apakah?! Setakat crush, sudahlah! Hish! Sampai nak
kahwin bagai, apa ni?
Amni tersengih sahaja. Nak buat macam manaDah jodoh aku dengan
dia. Mulut Najwa mengherot ke kiri dan kanan. Jodoh konon! Pegidah!
Kau mesti datang tauKalau tak aku merajuk!
Ada aku kisah kalau kau merajuk?
Hish, kejamlah kau ni! Tak sayang aku ke? Aku kahwin ni, bukan nak main pondok
pondok ke apa
Najwa menjulingkan mata. Kalau kau nak main pondok pondok pun, belum
tentu aku nak join sekali. Fine, whatever! Najwa mengibas ngibaskan
tangannya, sudah malas mahu bertekak dengan si Amni tu.
Dah dia nak kahwin, takkan aku nak halang pulak! Damn, mesti aku bertembung
balik dengan mangkuk hayun tu! Hish! Niaya! Macam hidup aku tak cukup masalah
aje Najwa mengomel geram di dalam hati.
***
NAJWA memandang sekilas jam di tangan apabila tiba tiba sebuah kereta
melintas laju di hadapannya. Terus dia menekan pedal brek dengan mengejut.
Terkejut!
Tercungap cungap dia mengambil nafas tetapi hatinya cepat sahaja menjadi panas.
Kurang asam punya kereta! Tak reti tengok sign board ke? Berhentilah kat simpang
tu! Hish! Sengal! Memang nak kena maki! Najwa melangkah keluar dan
menghempas pintu keretanya. Laju sahaja langkahnya menuju ke kereta yang
tersangat biadap tu. Ambik kau! Najwa menendang tayar belakang kereta tu,
melepaskan rasa geram yang berbuku di hati.
Eh cik! Jangan ditendang kereta tu, kalau marah, rasa nak tendang, tendang saya.
Kesian kereta ni, dia tak bersalah
Najwa menarik nafas dalam dalam. Cakap banyak pulak mamat ni. Dia mengepal
tangan dan terus berpaling.
Kau!
Satu wajah yang berseri seri dan bercahaya menyapa pandangannya. Najwa
terpaku! Wah! Rasa macam nak terbang aje. Handsomenya dia! OMG! Adakah ini
cinta pandang pertama aku?!
Rizqie tersenyum melihat wanita di hadapannya itu. Cantik tapi garang!
Cik tak apa apa? Tanya Rizqie semula.
Najwa, nama saya Najwa Balas Najwa sambil berdehem dehem. Cuba
menghilangkan getar pada suaranya.
Saya minta maaf pasal tadi. Saya nak cepat. Ni kad saya, kalau ada apa apa, do
call me. Rizqie mengeluarkan kad dari dompetnya dan menghulurkannya pada
Najwa.
Najwa mengambil kad itu dan membaca nama yang tertera di atasnya. Ahmad
Rizqie Razlan, city development engineer. Fuyoo, engineer tu and wow! Nama dia
pun best!
I like! AiseyhIbu, Naj dan jumpa bakal menantu ibu! Yahoo!!!
Cik Najwa, kalau tak ada apa apa, saya gerak dulu ye Teguran Rizqie terus
mengejutkan Najwa dari lamunannya. Terangguk angguk sahaja dia.
Nice to meet you Rizqie menghulurkan tangan dan Najwa menyambutnya tanpa
sedikit pun rasa ragu ragu. Dia melihat lelaki idamannya itu masuk semula ke perut
kereta dan menghantar kereta Mazda S, NCB 2101 itu berlalu pergi dengan
pandangan mata yang langsung tidak berganjak sehinggalah bayangan kereta itu
hilang dari pandangannya.
Najwa melihat semula kad di tangannya. Dia tersenyum sambil tangannya
mengetuk lembut kepalanya. Jangan beranganlah, Naj. Its been nice to dream but
its time to be real, Nia. Kau takkan jumpanya lagi mamat tu. Today is just a very
nice coincidence, and that was it! Bebel Najwa sendirian. Dia perlu bergerak semula
menuju ke butik pengantinnya untuk appoinmentnya pukul dua nanti.
***
OH MY GOD! Biar betul! Najwa cepat cepat membuka seat beltnya dan terus
melangkah keluar. Qirana juga laju mengikut Najwa, pelik bila kawannya itu tiba
tiba sahaja ribut.
Babe, kenapa weyh?!
Qirana, cuba kau tengok kereta ni! Kereta ni, Qirana Kereta ni!
Qirana mencemik! Kenapa dengan kereta ni?
Najwa menepuk bahu Qirana. Hish, kau ni! Ingat tak cerita yang aku nyaris nyaris
nak kena langgar dulu tu! Kereta nilah, yangWah! Aku excited!
Oh my god! Ni kereta mamat Rizqie tu?
Najwa mengangguk laju laju. Excited sangat sangat!
Maknanya dia ada jugak kat kenduri ni. Entah entah dia kawan Amni
kot? Tak kot, aku rasa maybe dia kawan Aiman kot. Balas Qirana
pulak.
Argh! Tak kisah! Wah! Untung aku datang kenduri Amni hari ini. Kalau dah
jodoh tu, tak ke mana kan? Jom cepat! Najwa merangkul lengan Qirana dan mula
berjalan masuk ke dalam rumah Amni.
***
AMBOI! Merahnya mak ngah! Tutur Najwa sambil mencuit bahu Amni.
Naj, kau datang! Amni bangun dan terus memeluk erat Najwa.
Haruslah aku datang, kata kau nak kahwin kan. Duh Eh, macam mak ngah
ke aku pakai baju warna ni? Buruk ke? Tak sesuai ek? Amni sudah mula
membebel, bertanya soalan kepada Najwa.
Najwa menjengilkan mata. Mula dah! Hallooo! Anda tempah baju ni dari
siapa? Sengaja Najwa bertanya sambil telunjuknya menghala ke arah dirinya
sendiri. Aku kan?! So, tak ada istilah mak ngah ke, mak usu ke, mak cik Tipah
jual telur keBaju I bagi you, memang tip top okey? So, jangan nak buat kalut!
Aku pukul kang! Amni tersenyum. Sayang kau!
Eh, mananya keronsang yang aku minta kau bawakan tadi? Yang asal ni dah
tercabut hah Amni tiba tiba teringat. Kerongsang untuk kebarungnya sudah
tercabut pinnya. Mujur dia sempat menelefon Najwa dan Najwa sempat membawa
yang lain dari butiknya sebelum sampai ke sini.
Oh, ada kat dalam box kat dalam kereta, biar aku pergi ambil Balas Qirana
namun Najwa cepat cepat menghalang Qirana dari meninggalkan bilik pengantin.
Tak apa, biar aku pergi ambil. Kau duduk sini aje
***
NAJWA mencari kotak aksesori yang diletakkan belakang bonet sambil matanya
sempat melirik melihat kereta di belakangnya. Di dalam hati dia berharap empunya
badan akan menunjukkan muka. Dia masih belum sempat masuk ke dewan utama
kerana dia terus sahaja ke bilik pengantin apabila sampai tadi. Tidak ada masa lagi
mahu mula mencari wajah itu.
Perlahan Najwa menutup but keretanya. Oh Ya Allah, terkejut aku! Najwa
beristighfar panjang sambil mengurut dada apabila dia berpaling tadi. Terkejut
melihat ada punggung berjoget joget di di kereta yang sudah ditandanya itu.
Najwa meneliti lagi, sambil cuba menjengah melihat gerangan lelaki yang seakan
sedang mencari sesuatu di dalam kereta itu. Telinga Najwa dapat menangkap bait
bait lagu yang dinyanyikan lelaki itu. Dia mencebik.
Suara tak sedap, ada hati nak nyanyi. Siap siap joget pulak! Ceh! Rosak imej
lelaki pakai baju Melayu Getus Najwa pada dirinya sendiri.
Naj?!
Najwa berpaling semula apabila mendengar namanya dipanggil. Dia mengundur
beberapa langkah ke belakang apabila lelaki itu berpaling. Kotak di tangannya
terlepas. Kenangan lima tahun lalu kembali berputar di ingatan.
***
BABE! Kau gila?! Kejadahnya kau ambil lauk banyak macam tu? Ni kau nak
makan ke, nak mentekedarah? Mata Qirana sudah membulat melihat Najwa terus
menceduk daging masak hitam ke dalam pinggan nasinya walhal sudah ada dua ketul
ayam masak merah di dalamnya. Itu belum nak kira dalca dengan jelatah yang
diambil, sudah menimbun isi di dalam pinggannya itu.
Najwa memekakkan telinga. Dia mencari meja yang kosong dan segera
melabuhkan punggung. Budak kecil di meja sebelah memandang pelik padanya.
Najwa menjeling budak itu. Apa? Tak pernah tengok orang makan banyak ke?!
Soal Najwa dengan nada yang begitu garang sekali.
Qirana menepuk lengan Najwa. Apa kau ni?! Menangis budak tu nanti Qirana
sekadar senyum dan mengganggukkan kepala apabila emak kepada budak itu tadi
menarik anaknya itu menjauhi mereka.
Kisah apa aku! Aku stress! Hish, kalau bukan sebab mak cik Kiah tu punya kahwin,
aku dah lama blah tau!
Mak cik Kiah? Qirana sudah naik pelik.
Si Amni la, siapa lagi! Hish, kau ni! Dah tu pulak, nak kahwin dengan si Aiman tu,
macam tak ada orang lain. Kang tak pasal aku dapat bala dah sekarang! Najwa terus
membebel tanpa diam.
Qirana sudah tersenyum. Tahu sangat akan bala yang dimaksudkan Najwa itu. Alergik
tak sudah! Nasib kaulah labu.
***
RIZAL mengusap pipinya perlahan lahan, teringat kenangan lima tahun yang
lalu sambil matanya mencuri curi menatap wajah yang sudah lama tidak dilihatnya.
Dia sanggup ditampar lagi jika itu yang mampu membuat Najwa bercakap
dengannya.
Tetapi, saat pertemuan mereka tadi, berlalu begitu sahaja. Najwa terus
meninggalkannya tanpa langsung bertegur sapa.
Kau tengok siapa tu, bro? Nazmi menepuk bahu kawannya yang kelihatannya
begitu jauh termenung.
Rizal tersenyum. Aku tengah tengok bakal isteri aku Balas Rizal semula sambil
jarinya menuding ke arah Najwa.
Bakal isteri? Eh, kau kenal ke dia? Tanya Nazmi semula sambil mengambil tempat
duduk di sebelah Rizal.
Lebih dari kenal. Kenapa? Kau kenal ke?
Itu roommate Amni dulu, merangkap pereka baju pengantin dia. Macam mana kau
kenal? Memang kau orang nak kahwin ke? Sejak bila lagi kau orang dua? Asal aku
boleh tak tahu ni?
Pereka baju pengantin? Erm, menarik! Bukan dia ambil engineering ke dulu?
Sengaja Rizal mengubah cerita. Dia mahu mengorek sebanyak mungkin cerita
tentang Najwa, kemudian barulah dia boleh memulakan rancangannya.
Dia join venture dengan best friend dia tu, Qirana lepas tiga tahun dia kerja
dengan ExxonMobile. Dia kata bosan kerja asyik pergi laut, so sengajalah dia nak
ubah angin, and alhamdullillah, memang rezeki dia orang murah. Business is good
for them. Rizal memandang kawannya, pelik. Banyak pulak perkara yang kau
tahu pasal dia orang
Kali ini, giliran Nazmi pula yang tersenyum. Katalah aku tunang si Qirana
tu kan Terbaiklah! Dua orang kawan aku, sama ada bertunang atau dah
berkahwin dengan dua orang kawan dia. Rizal, kau kena teruskan tradisi
cemerlang ni! Rizal berbisik sendirian. Dia tau tak yang kau ni kawan aku?
Tanya Rizal lagi.
Erm, tak kot. Mana pernah aku bercakap pasal kau. Lagipun, aku kan kawan
sekolah rendah kau aje, bukan macam Aiman. Dia tu kawan MRSM sampai ke
universiti kau. Haruslah Najwa kenal Aiman, tapi dia takkan tahu pasal kaitan aku
dengan kau, betul tak? Nazmi cuba menebak.
Naz, kau nak tengok aku kahwin tak?
Erk! Apa jenis soalan luar alam kau bagi ni, dude?! Haruslah aku sentiasa doakan
yang baik untuk kau broAnd for that, mestilah aku nak tengok kau kahwin
Okey, kalau gitu, kau kena tolong aku. Aiman sekali
Tolong apa?
Rizal memandang Najwa lagi dengan hatinya mula memasang tekad. Tolong
aku dapatkan Najwa!
***
NAJ, kau pergi tak majlis BBQ Amni weekend ni?
Najwa mula membuat muka. Mulutnya mengherot ke kiri dah kanan. Kalau aku tak
pergi, boleh tak?
Kau ni kenapa Naj? Susah sangat. Kenapa? Kau takut Rizal ada kat situ? Qirana
cuba menebak, namun dia sudah dapat meneka apa jawapannya yang akan diberikan
Najwa nanti.
Motif aku nak takut kat dia?! Balas Najwa semula dengan nada suara yang
meninggi. Hish! Pantang betul dengan nama mamat tu, memang aku angin satu
badan!
Eleh, konon! Kalau kau tak alergik dengan dia, apa kes kau susah sangat bila Amni
buat apa apa function kat rumah dia? Sebab kau tahu yang si Rizal tu kawan rapat
Aiman. And for sure dia akan ada jugak kat situ. And kau tak nak jumpa dia sebab
kau sendiri tak pasti dengan hati kau tu kan? Kau yang tinggalkan dia dulu kan? Kau
pasti ke yang dia curang dengan kau? Mana tahu kalau itu semua bayangan kau aje.
Besides, you never give him a chance to explain himself. You just pulled a
disappearance act on him. Kau cakap dia yang musnahkan hubungan kau orang tapi
macam mana kalau kau sebenarnya yang musnahkan hubungan kau sendiri? Hidung
Najwa kembang kempis mendengar bebelan panjang Qirana itu. Memang betul apa
yang Qirana katakan itu tapi Qirana tak perlu tahu! Tak ada siapa yang perlu tahu!
Memang dia ada memikirkan kemungkinan itu selepas fikirannya kembali waras
tetapi lelaki mana yang siap memeluk dan cium bagai perempuan lain kalau dia orang
tak ada apa apa hubungan istimewa? Lagipun, aku sendiri nampak dengan mata
kepala aku ni sendiri! Argh! Dia memang penipu! Dasar lelaki!
Oit mak cik! Dah sampai bulan ke? Qirana menggoyangkan bahu Najwa yang
mengelamun itu. Sempat pulak dia mengelamun kan Nak pergi ke tak? Ke
memang kau takut nak berhadapan dengan Rizal tu? Tanya Qirana lagi sambil
sempat dia menduga kawannya itu. Takut apa?! Okey, aku pergi! Hah, bila BBQ
nya? Jom pergi! Najwa bingkas bangun. Tak payah dramalah Naj ooi BBQ tu
weekend ni, bukannya petang ni. Qirana tersenyum. Reverse psychology nya
menjadi! Itu, design baju nikah model gedik tu kau dah siap tak? Dia nak tengok kan
esok?
Najwa terus menepuk dahi! Aiyoo, esok ek appointment dengan model gedik
tu? Tak tidurlah aku malam ni. Najwa duduk semula. Harap dia tu saudara
important client kita, kalau tak, lama dah aku tolak job ni! Tak kuasa nak melayan!
Demand tak habis habis!
***
BUNYI loceng di pintu butik menarik perhatian mereka yang asyik berbincang
dari tadi. Serentak, Najwa dan Qirana melihat jam di dinding.
Haha, bala dah datang! Your turn! Tawa Qirana lagi sambil terus mengambil fail di
atas meja mesyuarat dan terus melarikan diri.
Najwa hanya mampu mendengus. Terpaksa dia mengadap clientnya yang seorang itu
seorang diri. Pandai kau mengelak kan, Qirana! Tak apa, nanti tengoklah aku balas!
Najwa segera menoleh apabila bunyi kuakan pintu dibuka dari luar. Dia segera
membetulkan letak bajunya dan senyuman segera ditampal di tangkai bibir.
Penampilan tetap diutamakan tetapi senyuman Najwa terus mati apabila melihat
gerangan yang beriringan masuk ke bilik mesyuarat itu.
***
RIZAL, cuba tengok design ni, you rasa macam mana? Sesuai tak dengan I? Does it
speaks Tanya Andika?
Najwa memalingkan mukanya ke tepi, cuba menahan rasa meluatnya dengan suara
clientnya yang meleret dan berjela harakatnya itu. Tak tahu pulak yang dia nak
kahwin dengan mamat ni! Erm, eloklah tu! Padan sangat sangat! Sempat Najwa
mengomen di dalam hati.
What do you think, Naj? Does your design reflects Tanya Andika? Suara lelaki itu
segera membawa Najwa ke alam realiti semula.
Najwa cuba mengawal riak wajahnya apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia cuba
untuk tidak bertentang mata dengan Rizal, cuba menumpukan perhatiannya kepada
Tanya meskipun kedua duanya tidak memberi perbezaan yang ketara dari
membuatkan orang naik meluat atau menyampah.
Macam yang semua Cik Tanya minta dulu, saya buatkan one piece dress that will
emphasize on your figure and it will have a sweep train at the back, saya juga ada
letakkan mock button dekat lengan dan belakang dress for a little elegance feeling
youre asking about together with a bold pink sash yang Cik Tanya mahukan dan
untuk your veil pula, saya gunakan tampalan lace dan some Swarovski crystal at the
end of the veil so that the veil wont be too mengembang, so basically, saya dah cuba
incorporate semua yang Cik Tanya minta dalam design saya ni.
Terangguk angguk Tanya mendengar penerangan panjang lebar dari pereka
yang diperkenalkan oleh makciknya. Setakat ini, memang dia berpuas hati. What do
you think dear?
Najwa cuba lagi mengawal gelombang perutnya. Mukanya cuba dibuat
selamba. You okay, Naj? Rizal bertanya bila melihat Najwa yang seperti
mahu muntah itu.
Oh, Im fine! Najwa mengangkat tangannya. Just nauseous sekejap. Yelah, bila
angin ribut datang kan Najwa sempat menjeling ke arah Rizal. Rizal pula hanya
tertawa, tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan angin ributnya itu.
Macam mana dengan baju groom pulak? Dalam ni ke designnya? Rizal baru
hendak mengambil sketch book yang satu lagi apabila Najwa cepat cepat
mengambilnya dari pegangannya.
Bukan, design tu ada dalam buku tu juga, just few pages at the back ujar Najwa
sambil memegang kejap buku yang baru diambilnya tadi. Tanya yang mula dihurung
rasa ingin tahu, terus mencapai buku di tangan Najwa. Najwa terkedu seketika tetapi
dia tidak mampu berbuat apa apa. Takkan dia hendak merampas semula buku itu
dari clientnya itu? Tanya terus membelek buku itu.
Erm, Najwas wedding dress. Lawa! Cuba you tengok Tanya menghulurkan
buku itu kepada Rizal. Erm, nice! Pendek Rizal menjawab.
Nice tapi not my taste, too simple! Bidasan Tanya itu membuat darah Najwa mula
menyirap. Motif sibuk pasal baju kahwin aku pulak kenapa ni? Najwa mengetap
bibir menahan geram.
Anyway, as you can see, baju melayu for the groom, I use bridal satin and I use
modern design that is butang dia sampai ke bawah, so its not like you kena sarung
macam the typical baju melayu so I also make an inner wear, attached to it, so tak
berpeluh sangat kan and for the songket, I already liase with my vendor so sepatutnya
semua dah ready lah!
Panjang lebar Najwa membebel namun Rizal seakan tidak berminat,
langsung tidak menumpukan perhatian. Ralit dia mengadap handphonenya. I
think itu ajelah untuk pertemuan kita kali ini Najwa sudah mahu
menghentikan mesyuarat mereka itu apabila Tanya tiba tiba bersuara lagi.
Bukan ke you patutnya ambil ukuran the groom today?
Najwa sudah membuat muka. Alahai, aku jugak ke yang nak kena ambil? Mana
Qirana bila aku perlukan dia?
Rizal terus mengangkat muka dari melihat telefonnya. Kali ini, dia berminat. Terus
dia bingkas bangun sambil tersenyum dan membiarkan sahaja Nia merapatinya.
***
NAJWA menahan air matanya yang mula merembes laju tetapi hatinya tidak
mampu menahan perasaan sedihnya. Dia duduk mencangkung di tepi dinding di
belakang rumah Amni, mengharapkan tiada sesiapa yang menyedari ketiadaannya
namun tiba tiba Qirana muncul dan duduk di sebelahnya.
Kenapa kau ni, Naj? Lembut suara Qirana menyapa pendengaran Najwa dan
Najwa terus berpaling mengadap kawannya itu. Serta merta dia menangis semula.
Aku sedih, Qirana! Aku ingat aku kuat tapi aku tak boleh! Lagi lagi, bila aku
selalu tengok muka dia sekarang ni Ujar Najwa lagi, berselang seli dengan
esakannya. Qirana segera menarik Najwa ke dalam pelukannya, mahu cuba
memujuk. Pasal Rizal ke ni?
Kau tahu tak, sebelum dia pergi sambung belajar kat US dulu, dia dah janji nak
tetap teruskan hubungan kita orang. Dia janji akan setia and aku sanggup tunggu dia
tapi dia mainkan aku! Aku sedih! Najwa mula membebel.
Tapi Tapi hari tu bila dia datang dengan Tanya for design review, dia ambush aku
dekat office after the meeting! And Qirana Esakkan Najwa kembali lagi, kali ini,
lebih kuat dari yang sebelumnya.
Dia cakap yang aku salah faham waktu kat US dulu. Perempuan tu adik sepupu dia
sebenarnya and aku ni, tak pasal pasal putuskan hubungan kami disebabkan
itu Qirana mengeluh panjang. Aku dah agak! Kau tu yang salah sangka. Kan aku
dah cakap, kau kena Qirana tidak jadi mahu menyambung ayatnya apabila melihat
renungan tajam Najwa kepadanya.
Manalah aku tahu minat saleh tu sepupu dia! Manalah aku tahu yang mak cik dia
kahwin dengan omputih and duduk kat sana! Lagipun, apa sampai peluk peluk and
cium berlaga pipi bagai!!!
Lima tahun Naj Lima tahun kau hidup dengan syak wasangka kau tu! Kau dah sia
siakan peluang kau dengan dia
Aku tahu! Balas Najwa dengan lajunya. And sekarang dia nak kahwin dah! Aku
sedih! Aku tak boleh tengok muka dia. Rasa macam aku ni bodoh sangat sangat
dulu! Aku rasa ralat sangat ni
And kau tahu tak apa perasaan aku bila aku jahit baju kahwin dia dengan model
gedik tu? Sedih tau! Sedih! Nak naik sasau aku bila fikirkan yang aku sepatutnya kat
tempat si model gedik tu! Sepatutnya aku tau!!!
Berkerut dahi Qirana mendengar bebelan Najwa. Dah tu, ni kes kau jealous lah ni?
Soal Qirana semula.
Memang aku jealous! Ikutkan hati, aku nak siat siat je baju perempuan tu. Tak
pun, aku buat baju dia warna hitam! Biar dia tak boleh kahwin dengan Rizal!
Qirana cuba menahan tawanya dari meletus. Kelakar pula mendengar omelan comel
kawannya itu.
Okey. Ni aku nak tanya kau satu benda. Jawab dengan jujur. Kau masih sayangkan
Rizal?
Lama Najwa merenung wajah Qirana sebelum dia perlahan lahan menganggukkan
kepala. Kalau aku tak sayang dia, kau ingat aku ni still solo sampai sekarang ke?
Even aku marah pun, aku still tak boleh nak lupakan dia
Qirana terus menekup mulutnya. Oh my god! Selama ni, kau memang tunggu dia
ke? Suara Qirana terus meninggi, menggambarkan perasaan terkejutnya.
Well, tak adalah tunggu Najwa mengelap hidungnya yang berair. Tapi, aku
macam make a deal with myself, kalau aku jumpa dia lagi after US thing, I will fight
for him, Im willing to give him a chance tapi sekarang dah tak guna Suara Najwa
melirih semula. Dia dah nak kahwin!!! Najwa bagaikan mahu meraung semula.
Erm, nak buat macam mana kan, maknanya kau dengan dia memang tak ada jodohlah
tu
Najwa memandang Qirana semula. Erm, tak apalah! Biarlah dia kahwin dengan
model gedik tu! Aku nak pergi mengorat abang Rizqie I lah! Ujar Najwa tiba tiba.
Qirana hanya mampu menggelengkan kepala. Tak habis habis dengan mamat Rizqie
tu. Tahu itu hanya lakonan Najwa untuk mengaburi pandangannya tetapi dia tahu
yang Najwa sememangnya bersedih.
***
TAK BOLEH! Tak boleh!
Najwa tidak mampu menenangkan fikirannya. Dia bingkas bangun, mencapai
beg dan kunci keretanya dan terus meluru keluar sehingga dia melanggar Qirana
dalam perjalanan keluar dari butiknya. Dia tidak berhenti untuk Qirana dan terus
berlari.
***
RIZAL Lembut nada suara Najwa memanggil lelaki yang sedang berdiri
membelakangi dirinya itu. Dia sempat melihat sekeliling dan lega apabila mendapati
tiada sesiapa bersama mereka. Naj, ini peluang kau! Baik kau cakap sebelum kau
menyesal seumur hidup kau nanti! Najwa memberitahu dirinya lagi.
No! Jangan pandang belakang! Suara Najwa meninggi tiba tiba apabila melihat
lelaki itu seperti mahu berpaling ke arahnya. Jangan pandang belakang I takut
kalau I tengok muka you, I tak boleh nak keluarkan apa yang I nak cakapkan pada
you selama ni
Najwa berasa tenang semula apabila melihat lelaki itu seperti mengikut
permintaannya itu. Dia menarik nafas dalam dalam dan melihat lagi susuk tubuh
lelaki itu. Melihat lelaki itu menyarung baju buatannya untuk hari pernikahannya,
tetapi malangnya bukan dia pengantin perempuannya. Air mata Najwa mula menitis
mengenangkan kebodohannya sendiri yang telah membawa dia pada hari ini. Dia
sendiri yang melepaskan kebahagiaan dirinya apabila dia meninggalkan Rizal lima
tahun dahulu tanpa sebarang khabar berita. Dia yang terburu buru menjatuhkan
hukuman kepada Rizal tanpa memberi peluang kepada Rizal untuk membela diri.
Dan sekarang dia harus berdepan dengan akibatnya.
Najwa menggenggam kedua tangannya kuat kuat, seakan mahu mengumpul
kekuatan diri. First of all, I am very sorry sebab ambush you macam ni, tapi I kena
cakapkan semuanya before you go on with your wedding. I tak niat apa apa, apatah
lagi nak musnahkan perkahwinan you ke apa but just consider this as my redemption
towards you, I want to redeem myself. I tahu I salah. Perkara lima tahun lepas tu
Najwa berjeda, cuba menahan rasa sebak di dada. I was being silly, cemburu tak
tentu pasal. I ingatkan nak surprise kan you with the sudden visit but then I saw you
with that woman Yup, sekarang I tahu yang dia tu sepupu you Najwa mengesat
air mata yang tiba tiba mengalir. Dia harus meluahkan segala galanya.
I tinggalkan you tanpa sebab. Lima tahun! Lima tahun! Oh god! Tapi, itu semua
salah I kan, so sekarang I have to face my consequences. Suara Najwa melirih
semula. Air matanya tidak henti henti mengalir.
If only I can turn back time, demi tuhan I takkan lepaskan you
But now, I doakan yang terbaik untuk you and Tanya. I wish you a happy married
life together Sorry kalau I kacau you but thank you for listening Najwa bangun
dan terus berlari ke pintu.
Rizal yang mendengar semuanya terpaku di situ. Tangannya segera mencari telefon.
***
NAJWA memandu tanpa menpunyai hala tujuan atau tempat yang mahu dituju.
Ini adalah cara untuk dia menenangkan fikiran. Sempat dia melihat jam di dashboard.
And by now, hes officially suami orang Ujar Najwa lemah apabila telefonnya
tiba tiba berbunyi.
Naj, can you stop by the boutique sekejap. Aku ada benda nak cakap ni
Qirana, dah lewat ni! Kenapa kau still kat butik? Kan baru aje kau handle
wedding Ri Tanya tadi Najwa tidak mampu menyebut nama lelaki itu.
Datang jelah, jangan banyak tanya! Pup! Talian terus diputuskan. Najwa
mendengus geram tetapi dia tetap juga bergerak menuju ke butiknya. ~~~~~~~
QIRANA? Najwa cuba mencari kelibat Qirana tetapi senyap sunyi. Pelik
dibuatnya apabila butiknya itu gelap sahaja tetapi dia melihat ada cahaya menerobos
keluar dari bilik mesyuarat mereka. Laju dia menghayun langkah menuju ke bilik itu
dan pintu bilik itu dikuak buka.
Najwa menarik nafas panjang apabila melihat sebuah mannequin diletakkan
betul betul di tengah bilik itu. Di melihat sekeliling bilik itu pula. Keseluruhan bilik
itu pula dipenuhi dengan belon berwarna warni dan cebisan kuntum bunga ros.
Cahaya yang menerobos keluar dari bilik itu rupa rupanya datang dari berpuluh
puluh lilin yang dipasang di segenap penjuru bilik itu. Dia merapati mannequin itu
semula. Dia melihat pakaian yang tersarung di mannequin itu. Lama dia
mengamatinya.
Eh, ini baju pengantin aku Tapi Najwa dikejutkan dengan bunyi pintu dibuka
dan segera dia berpaling ke belakang.
Rizal Meskipun dengan cahaya yang samar samar, dia masih dapat mengenali
Rizal yang masih memakai baju melayu dari majlis perkahwinannya. Najwa mula
menjadi bingung dengan apa yang sedang terjadi. Kenapa you ada dekat sini?
Tanya Najwa semula apabila Rizal hanya tesenyum dan dia perlahan lahan berjalan
merapati Najwa. Kini dia berdiri betul betul di sebelah mannequin dengan Najwa
dibawa supaya berdiri di hadapannya.
Matching tak baju I dengan patung ni? Tanya Rizal sambil jari telunjuknya bergilir
ditunjukkan pada dirinya dan mannequin itu. Sengaja dia meminta Qirana
menjahitkan baju yang sama warnanya dengan baju pengantin Najwa dan kebetulan
juga warnanya sama dengan warna tema perkahwinan abangnya.
Najwa terpaku. Dia masih bingung. Apa ni Rizal? What are you doing here? Bukan
ke you sepatutnya dengan wife you sekarang?
Wife? Wife mana pulak ni? Bila masa I kahwin ni? Rizal menyoal semula dengan
nada mengusik.
Wife? Tanya? Balas Najwa semula seolah cuba mengingatkan Rizal.
Memanglah Tanya yang kahwin, tapi bukan dengan dia, tapi dengan abang dia
Suara Tanya tiba tiba mencelah. Membulat mata Najwa apabila melihat Tanya
masuk ke bilik itu beriringan berpimpingan tangan dengan lelaki lain. Dan tiba tiba
juga, Amni dan Aiman masuk. Diikuti dengan Qirana dan tunangnya, Nazmi.
Eh, apa semua ni? Najwa sudah tidak mampu berdiri lagi. Serasa lemah longlai
sahaja lutunya sekarang.
Itulah, suka sangat jump into conclusions tau! Nasib baik you cepat, Rizal. Kalau
tak, I rasa mahunya dia lari bawa diri lagi, kali ni bukan lima tahun, takut takut
sampai berpuluh tahun agaknya Serentak tawa Qirana dan yang lain lain
bergema di bilik itu.
Hai Najwa! Lelaki yang berdiri di sebelah Tanya tiba tiba menegurnya.
Remember me? Soal lelaki itu lagi. Im Rizqie, the one yang you tendang kereta I
dulu Dahi Najwa berkerut lagi. OMG! Hot guy yang nyaris nak langgar aku
dulu Habis tu, kenapa dia mesra alam sangat dengan Tanya tu? Dia ke yang
kahwin dengan Tanya? Bukan Rizal? Tapi kenapa Rizal yang datang review design
dulu tu? Eh, apa ni?!! getus Najwa di dalam hati. Bermacam persoalan bermain di
fikirannya kini.
Nasib baiklah Rizal ni kawan baik merangkap adik ipar I, kalau tak tak adanya tau
I nak ikut sekali dengan rancangan dia ni tau Ujar Tanya sambil menarik Rizal
berdiri di sampingnya. Najwa terus terduduk, cuba mencerna segalanya. Qirana
geram melihat rupa Najwa yang masih blur itu. Eh, takkan tak faham lagi kot?
Rizal ni adiknya Rizqie, yang kahwin dengan Tanya tu Rizqie bukannya Rizal.
Kereta yang kau nampak kat kenduri Amni tu dulu kereta Rizal tapi waktu kereta tu
nyaris nak langgar kau dulu, Rizqie ni yang memandunya. And disebabkan Rizqie
ni terpaksa out station last minute, Rizallah yang temankan Tanya untuk design
review tu dulu. Najwa diam tidak berkutik apabila air matanya tiba tiba mengalir.
Habis tu, dengan siapa yang I cakap dalam bilik persalinan hotel tadi tu?
It was me, but Rizal pun ada sekali at that time, menyorok dalam bilik air, takut nak
keluar. Balas Rizqie semula dengan nada menyeloroh tetapi segera dia menahan
tawanya apabila disiku Rizal.
Naj Rizal merapati Najwa dan melutut di hadapan Najwa. Please, jangan
nangis Lembut nada suara Rizal menyapa pendengaran Najwa. Dia mengesat air
mata Najwa dengan hujung jarinya. Kita dah buang masa lima tahun dah because of
our stupidity
You mean my stupidity sampuk Najwa tiba tiba.
Rizal tersenyum. Well, if you say so sempat lagi Rizal mengusik Najwa. But, I
tak nak buang masa lagi, Rizal bangun. Dia menarik tangan Najwa supaya bangun
bersamanya. Dia membawa Najwa berdiri betul betul di hadapan mannequin baju
pengantin Najwa.
So Najwa Sulaiman, with this wedding dress, will you marry me?
Senyuman mekar serta merta menguntum di bibir Najwa. Rasa macam mimpi pula.
Of course I will marry you tapi
Hish, apa lagi nak tapi tapi ni?! Kalau nak tu, nak jelah. Kenapa nak ada tapi tapi
pulak?! Penat tau seminggu aku tak tidur siapkan baju pengantin kau tu! Qirana
sudah mula membebel sambil menarik muka. Serentak, mereka semua di situ tertawa
mendengar omelan Qirana.
Tapi, Najwa menyambung semula. Aku nak tukarlah warna baju pengantin ni, tak
nak warna soft pink ni, tak nak sama dengan Tanya!
Ehem! Kak Tanya okey? Tanya pura pura batuk dan berdehem. Apa apa pun,
I dapat abang and you dapat adik, so title I up sikit! Tambah Tanya lagi.
Najwa menjulingkan matanya. Nampaknya memang aku stuck dengan model gedik
ni! Najwa terus memaut erat lengan Rizal sambil membalas pandangan Rizal dengan
hati yang membunga.
Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang kedua bersama dia, doa
Najwa di dalam hati sambil melihat semua wajah kesayangannya yang berada di situ,
terutamanya Rizal.
Okay peeps! Ceritera cinta dah habis! Jom balik! Kedai dah tutup! Aku dah
mengantuk ni, lima malam tak tidur siapkan baju orang tu, ujar Qirana tiba tiba
sambil menjeling ke arah Najwa. Najwa terus berlari memeluk kawannya itu.
Sayang kau, Qirana!
Erm.. Aku pun sayang kau jugak. Qirana membalas erat pelukan Najwa sebelum
meleraikannya. Tapi kan kelass kau maria!! Hah! Orang lain purpose dapat
cincin, kau dapat baju pengantin lagi.
Haruslah! I kan Najwa Sulaiman! Haruslah up sikit! Ujar Najwa lagi sambil
menuding jari kepada dirinya sendiri.
So, kalau kita nak kahwin esok pun, bolehlah ye? Rizal tiba tiba datang
menyampuk. Nia menjungkitkan kening. Eh, sorry sikit! You owe me a lot okay!
Mana boleh kahwin free gitu aje
Fine! As long we always stay together! Balas Rizal semula.
I love you Tiba tiba bisikan Rizal menyapa telinga Najwa. Najwa tersenyum
sambil mulutnya membalaskan kata cinta itu kembali tanpa sebarang bicara. Hanya
mereka berdua yang memahami dan mengetahuinya.

Você também pode gostar