Você está na página 1de 15

Meniti Garis Pelangi

Suasana suram dan pilu semakin menyelubungi kamar tidurku. Matahari senja
telah lama gugur dari lindungan langit. Cuaca mendung pada malam ini seakan-akan
mengerti kesedihan yang sedang hebat melanda naluriku. Malam dicengkam
kedinginan seolaholah ingin memuntahkan selautan hujan untuk menenggelamkan
bumi dan sekaligus menghapuskan kedukaanku.Seingat-ingatku, sudah empat hari
aku memencilkan diri di dalam kamar ini.Mama dan papa serta Mak Timah saban
hari memujukku dari luar bilik. Tapi, ternyata usaha mereka selama ini menuju
kegagalan. Aku hanya keluar apabila perutku mula terasa lapar yang amat sangat.
Itupun ketika semua orang di dalam Anggerik Villa ini sedang melayari mimpi yang
indah dan mengasyikkan. Ketika itu aku persis seorang pencuri yang ingin mencuri
makanan di dalam rumahnya sendiri.
Kejadian lima hari lepas benar-benar meruntun hati dan perasaanku. Aku telah
kehilangan seseorang yang amat kusayangi. Dia seorang yang begitu memahami
fe'elku. Kenapa ini semua terjadi? Kenapa terlalu awal Zam pergi Kenapa Zam
tinggalkanku terkapar-kapar seorang diri di sini? Kenapa dunia ini tak berlaku adil?
Kenapa semua orang yang kusayangi dan baik padaku pergi tinggalkanku? Kenapa
tidak orang yang kubenci selama ini?Persoalan demi persoalan begitu kerap
bertandang dan mengetuk kamar hati dan ruang mindaku. Ia sentiasa berputar ligat di
dalam fikiranku namun tiada jawapan yang boleh aku berikan untuk memujuk hatiku
yang keluh-kesah dan gelisah seperti cacing kepanasan ini.Tiba-tiba aku terpandang
sebuah rumah kristal yang dihadiahkan oleh Zam di atas meja tulis. Aku
mengambilnya lalu kutatapi dan kurenunginya. Kau begitu mulia Zam. Sanggup kau
buat semua ini semata-mata inginkan aku sentiasa mengukirkan senyuman. Tapi kini
bagaimana aku harus senyum?Padahal kau baru saja pergi Zam. Ini benar-benar
berlawanan dengan prinsip hidupku. Bergembira di atas kesengsaraan dan
penderitaan orang. Perkara ini tidak ada dan tidak akan sesekali wujud dalam kamus
hidupku. Bagaikan terbayang-bayang wajah Zam yang kutatapi buat kali yang
terakhir.Masih lagi terngiang-ngiang di telingaku segala pesanan dan amanat
terakhirnya. Ia bagaikan sebuah wayang gambar yang sedang berputar memainkan
cereka yang penuh tragis di dalam fikiranku. Tanpa kusedari dan kupinta, air jernih
mula bertakung di kolam mataku dan mula mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Aku
sendiri tidak pasti sudah berapa kali aku menangis dan meratapi pemergiannya. Aku
sedar ini semua adalah takdir Illahi. Tiada siapa yang mampu melawan kehendak-
Nya. Aku juga menyedari akan hakikat ini. Namun yang pasti aku tidak dapat
menerima pemergiannya secara tiba-tiba.
Zam pergi di saat-saat kami ingin menggapai impian dan cita-cita yang telah
kami bina bersama-sama selama ini. Tahun ini adalah tahun penentuan masa depan
kami. Tapi sayang sekali Zam tidak akan sempat menunaikan perjanjian yang telah
kami tandatangani dengan keazaman kami berdua. Kucuba kuatkan semangatku yang
masih berbaki persis sebesar zarah agar dapat membimbingku ke jalan yang benar.
Aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa agar boleh mengubati hatiku yang
tidak keruan ini. Andai waktu boleh berputar, ingin sekali aku kembali ke masa silam
di saatsaat aku menangis dan ketawa bersama-sama dengan Zam. Kenangan pada
masa itu mula membesar dan menjajahi seluruh benakku. Aku terlalu rindukan saat-
saat itu.
***
Suasana di dalam kelas tingkatan 5 Sains 1 hingar-bingar lantaran Cikgu
Mariam, guru subjek Biologi tidak hadir ke sekolah. Keadaan yang sedia bising itu
bertambah bising disebabkan aku bertengkar dengan Zam kerana dia menuduh aku
ada affair dengan pelajar baru kelas sebelah yang baru masuk ke sekolah ini minggu
lepas. Aku menafikannya tapi Zam tidak mempercayainya lantas menuduhku sudah
tidak mahu berkawan dengannya lagi.Gara-gara peristiwa inilah aku dan Zam hampir
mencetuskan Perang Dunia Ketiga. Sakit hati, terkilan, kecil hati dan bengang
meradak hatiku sekaligus akibat perbuatan Zam yang seakan-akan tidak
percayakanku lagi. Dia sanggup mempercayai orang lain dan bukannya diriku ini
sebagai kawan karibnya. Lantas aku bergegas ke taman mini sains sekolah yang
berhampiran dengan kelasku setelah agak lama kami bertikam lidah. Selain itu aku
sedar semua yang ada di dalam kelas sedang menonton drama yang sedang kami
lakonkan ini. Zam dengan pantas pula mengekori jejak langkahku dan aku
membiarkannya saja kerana tidak mahu bertengkar lagi.Zam mengekori setiap
langkahku dan perbuatanku hinggakan aku bosan dengan sikapnya itu. Apa kena
dengan Zam ni Dahlah ikut saja ke mana orang pergi, apa orang buat, senyumsenyum
pulak tu. Tambahkan sakit hati aku adalah.
Zam senyum-senyum seperti kerang busuk ni macam nak sindir aku saja. Dah tu
pandang aku tak berkelip-kelip. Aku sekadar diam seribu bahasa walaupun matanya
tak lepas memandangku, tapi aku buat tak tahu saja. Setelah agak lama kebisuan
bermaharajalela, aku lihat Zam kegelisahan seperti cacing kepanasan dan mulutnya
terkumat-kamit seakan ingin berbicara denganku. Eida, janganlah macam ni.
Maafkan Zam okay, Zam mula memujukku. Suasana sunyi dan senyap yang
bermaharajalela tadi bertempiaran lari. Zam sudah membuka
mulutnya tapi aku masih lagi membatu.
Eida, maafkanlah Zam. Zam tahu Zam salah. Zam tahu semua ni silap Zam kerana
tak percayakan Eida. Zam juga tau Eida tak buat camtu. Hisham dan Adnan tu yang
buat cerita tentang Eida dengan budak baru tu. Dia orang cakap, dia orang ada
nampak Eida keluar dengan budak tu kat KLCC minggu lepas. Siap pegang-pegang
tangan dan pelukpeluk lagi. Manalah Zam tak hot. Tapi, bila Zam tengok Eida
bermati-matian menafikannya, barulah Zam percaya. Sorrylah Eida, sebab Zam lebih
percayakan katakata orang lain daripada best friend Zam sendiri. Hukumlah Zam
kalau Eida masih tak puas hati lagi. Zam sudi terima apa saja hukuman daripada
Eida, Zam menjelaskannya dengan panjang lebar.
Setelah agak lama aku membiarkan Zam bercakap seorang diri, akhirnya aku
memulakan percakapanku walaupun dengan nada merajuk dan berkecil hati.
Pergilah Zam, tinggalkan Eida sendiri di sini. Eida tak perlukan Zam lagi. Zam pun
tentu tak ..
Kenapa Eida kata macam tu? Zam tetap perlukan Eida. Eida begitu penting buat diri
Zam. Masakan Eida boleh kata macam tu, potong Zam. Zam seperti tidak suka aku
cakap begitu. Seharusnya Zam faham perangaiku yang memang pantang apabila
orang menuduhku yang bukan-bukan padahal aku tidak buat perkara tersebut.
Why not, aku bersuara lantang seakan-akan ingin mengajak Zam bertikam lidah
lagi. Tapi seketika kemudian aku menyedari kesilapanku lantas aku diam sebentar
untuk menenangkan hatiku yang mula panas. Zam terkesima dengan perkataanku
sebentar tadi. Keadaan kembali sepi seperti tadi. Kami berdua diam seribu bahasa
melayani perasaan masing-masing dalam beberapa minit.Kalau macam tu Eida mesti
senyum, ketawa dan gembira seperti dulu. Janganlah tarik muka empat belas lagi.
Lagipun orang yang suka masam dan cepat marah ni lekas tua tau. Zam tak maulah
kawan dengan orang yang lekas tua ni, nanti tak pasal-pasal berjangkit kat Zam
pulak, usik Zam tidak mahu mengalah.
Alah Eida, senyumlah sikit. Zam dah penat tau pujuk Eida ni. Nanti kalau Zam tak
mau kawan dengan Eida, Eida juga yang tak ada kawan. Nanti tak akan ada siapa
yang nak kawan dengan Eida lagi tau. Lagipun, siapa lagi yang boleh tahan dengan
perangai Eida yang kuat merajuk ni kalau bukan kawan Eida yang sorang ni, usik
Zam lagi setelah usikannya tadi tidak mampu mengubah pendirianku. Walaupun
begitu, aku rasa amat gelihati selepas dia menghabiskan ayatnya yang terakhir itu.
Aku sendiri pun tak sangka aku boleh termakan dengan usikannya yang begitu
bersahaja dan selamba tu. Walau bagaimanapun, aku berpura-pura tidak
mengendahkan kata-katanya itu. Aku cuba jual mahal dengannya. Padan muka, biar
dia tahu betapa susahnya nak memujuk aku. Siapa suruh dia tak percayakan aku. Ikut
lagi nasihat Adnan dan Hisham tu. Aku hampir-hampir nak ketawa tapi kutahan juga
supaya Zam tidak perasan bahawa kata-katanya tadi mampu menundukkan egoku.
Senyumlah sikit, sayang. Kalau sayang nak tahu, senyuman sayang tu mampu
menyejukkan dan menggetarkan hati abang yang gundah-gulana ni tau.Serta-merta
tawaku meletus setelah aku cuba menahannya sejak dari tadi. Usikan Zam dengan
memanggilku sayang sebentar tadi benar-benar menggelikan hatiku.
Apalah Zam ni, panggil Eida sayang pulak. Dah buang tabiat ke? Zam ni demam
ke?
Kalau demam, boleh Eida temankan Zam jumpa doktor, balasku sambil
mengusiknya. Tapi kan, Eida rasa tekak Eida ni loya semacam aje. Eida rasa tekak
Eida nak terkeluar aje bila dengar Zam kata macam tu tadi, sambungku pula sambil
ketawa.
Ha.. kan dah senyum tu. Siap ketawa lagi. Kan ke betul kata Zam, bila Eida
ketawa dan ditambah pula dengan senyuman Eida yang manis tu, serta lesung pipit
yang dalam tu, alam ini akan terus ceria, usik Zam lagi tanpa membalas kata-kataku
sebentar tadi.
Dahlah tu Zam, janganlah usik Eida lagi. Balasku dengan nada yang manja.
Ok, Ok! Zam tak akan usik Eida lagi. Maafkanlah Zam ye, Eida. Zam janji Zam
tak kan ulangi lagi. Aku memandang mukanya sekilas. Kesian pula aku tengok
mukanya yang ingin meminta simpatiku itu.
Takkan maaf aje kut. Tak ada apa-apa ke, balasku dan ingin lagi jual mahal.
Oklah. Apa saja yang Eida mahu Zam akan tunaikan. Cakaplah apa dia.
Kalau Zam dah kata macam tu, apa kata kalau Zam belanja Eida makan di gerai-
gerai, takpun pergi KFC. Balasku mengusik.
Amboi, amboi ! Lebih-lebih pulak dia ni. Orang bagi betis, dia nak peha.
Bukan ke Zam dah janji, yang Zam akan tunaikan apa saja yang Eida minta. Tak
adillah kalau macam ni.
Oklah, Zam boleh belanja Eida makan. Tapi tak bolehlah di KFC. Nanti overlah
bugdet Zam bulan ni. Tapi. Kalau. di kantin tu bolehlah, ujar Zam mengalah.
Oklah, kantin pun kantinlah. Asalkan ada orang yang nak belanja Eida hari ni sudah.
Selamat duit poket Eida hari ni. Kalau camtu, apa yang nak ditunggu lagi. Jomlah kita
pergi, kalau tak nanti habis pulak makanan di sana. Nanti terlepas peluang untuk
makan makanan yang dibelanja orang.
Begitulah kami hari-hari. Kalau sehari kami tidak bertengkar, kami
mengibaratkan dunia ini seperti kekurangan sesuatu yang amat berharga dan tidak
ternilai. Aku dan Zam boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Kami tidak dapat
dipisahkan lagi dan saling bantu-membantu dalam segala hal. Tapi, ada kalanya pula
kami seperti anjing dengan kucing. Pantang kami bersua muka, pasti ada saja yang
ingin ditengkarkan. Kawankawan dan semua orang yang mengenali diri kami akan
berasa pelik dan hairan dengan telatah dan perbuatan dalam perhubungan kami.
Sekejap berbaik, sekejap bermusuh. Orang lain tidak akan dapat memahaminya.
Hanya kami sahaja yang memahami tentang perhubungan kami.Sebenarnya, aku dan
Zam telah lama berkawan, sejak kami berumur 5 tahun lagi. Kami selalu berada
dalam kelas yang sama daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah. Kami
telah masak dengan perangai masing-masing. Tiada lagi rahsia antara kami. Kami
seringkali berkongsi problem.
Zam adalah teman yang pernah mengusap air mataku yang gugur pada waktu aku
dilanda kesedihan. Selain itu aku juga menjadi pendengar paling setia pada cerita-
ceritanya yang gembira mahupun yang pilu. Tahun ini kami akan menduduki exam
yang bakal menentukan masa depan kami, iaitu SPM. Kami mempunyai impian dan
harapan yang sama, iaitu kami ingin menjadi seorang doktor pakar bedah bahagian
otak yang berdedikasi pada suatu hari nanti.Kami juga turut berkongsi hobi yang
sama. Di Sekolah Menengah Sains Damansara Utama ini, semua guru mengenali
kami. Bolehlah dikatakan kami famous di sekolah. Kami famous bukan kerana
masalah disiplin tapi kerana kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum kami. Setiap
tahun aku dan Zam sentiasa menjadi pelajar terbaik di antara tingkatan di sekolah
kami. Walaupun pada hakikatnya taraf kehidupan kami amat jauh bezanya ibarat
langit dengan bumi tapi aku tidak sesekali memandang rendah kepadanya. Zam
tinggal di rumah teres kos rendah di kaki bukit, manakala aku pula tinggal di dalam
sebuah villa tiga tingkat di puncak bukit yang berhampiran dengan rumah Zam. Ayah
dan ibu Zam hanyalah pekerja kilang di bandar metropolitan ini. Zam adalah anak
yang kedua daripada enam orang adik beradik yang masih kecil. Berlainan pula
dengan aku, papa seorang tokoh korporat yang berjaya. Mama pula seorang peniaga
butik yang terkenal di ibukota ini. Aku pula merupakan anak tunggal dalam
keluargaku.Sungguhpun begitu aku bersyukur kerana walau sesibuk manapun mama
dan papa bekerja, mereka tetap dapat meluangkan masa untukku dan selalu
bertanyakan apakah peristiwa yang telah berlaku di sekolah setiap hari. Mereka juga
tidak menghalang aku untuk berkawan dengan sesiapa pun.
Aku tidak berlagak seperti kawan-kawanku yang datang daripada keluarga
berada. Aku tetap naik bas sewaktu pergi dan balik sekolah walaupun pada awalnya
dilarang oleh mama.Memandangkan exam sudah hampir tiba, kami sering study
bersama-sama di bawah pokok sena di hadapan rumah Zam. Suasana di situ nyaman
dan menyegarkan membuatkan kami selesa membuat homework dan disscus tentang
pelajaran kami. Minggu bertukar menjadi bulan, bulan berganti bulan, kini tibalah
masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap calon SPM. Kertas yang bakal kujawab nanti
akan menentukan nasibku kelak. Adakah aku akan berjaya untuk mencapai impianku
yang kugantungkan setinggi lelangit rumah itu?. Tanggal 10 November 2001 adalah
tarikh keramat semua calon SPM seluruh Malaysia.Sebelum pergi ke sekolah seperti
biasa dengan Zam, mama dan papa tidak lupa memberi kata-kata semangat dan
perangsang buat kali yang terakhir kepadaku. Pada mulanya mama dan papa ingin
menghantarku ke sekolah, tapi aku menolak dengan lembut dengan alasan tidak mahu
menyusahkan mereka berdua di samping aku ingin menemani Zam.
You can do it, honey. I know you can. Trust me. Try your best. Ingat Allah
banyakbanyak, ye. This is very important for your future. May god bless you, Mama
berpesan sambil mengucup dahi dan pipiku dengan penuh belaian kasih sayang
seorang ibu. Ingat Allah banyak-banyak. Sebelum masuk dewan baca doa dan ayat
kursi dulu. Jawab dengan tenang. Jangan gopoh, ye honey, nasihat papa pula sambil
mengucup mesra dahiku. Aku rasa terharu dengan segala kata nasihat dan perangsang
mereka berdua. Aku rasa sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang ibu dan ayah
yang benar-benar menyayangiku. Dalam diam-diam aku sematkan jauh di dalam
sudut hatiku untuk cuba dapatkan 15A1 dalam exam yang bakal kujawab nanti. Hari
ini dengan penuh semangat dan sedikit gementar aku melangkah ke dewan
peperiksaan untuk mengambil exam.Sudah dua minggu peperiksaan SPM berlalu,
Zam tidak lagi bertandang ke rumahku. Ke mana Zam pergi ni? Sudahlah batang
hidung dia pun tak nampak, bila aku call dia, adik dia bagitau dia tak ada. Tapi...
bila aku tanya ke mana dia pergi adik dia kata tak tau. Hai. Sungguh hairan bin
ajaib kepala aku ni. Tak pernah-pernah dia buat macam ni. Bila aku pergi rumah dia
pun macam tu juga.
Mak cik Rosnaini bagitau dia tak ada di rumah.Tapi yang heran tu bila aku
tanya ke mana Zam pergi dia kata tak tahu. Takkanlah dengan mak dia pun Zam
berahsia. Zam manalah kau pergi ni, aku jadi tak tentu hala bila tak jumpa kau
tau. Tak pernah pun dia berperangai macam ni. Mama dan papa pun naik hairan
dengan perubahan sikapku yang begitu mendadak. Aku sepatutnya bergembira
dengan cutiku yang telah pun bermula. Cadangan mama dan papa untuk mengajakku
pergi melancong ke overseas pun aku tolak semata-mata disebabkan Zam. Takkan
aku nak bergembira dikala Zam entah ke mana hilangnya. Aku dapat rasakan Zam
ada problem yang tidak dapat diselesaikan lalu dia melarikan diri dariku. Dia tidak
akan dapat membohongi diriku apabila kami bersua muka di kala dia di dalam
kesusahan kerana aku begitu bijak membaca riak wajahnya apabila dia ada masalah.
Kenapa Zam buat perkara yang bodoh ini? Tapi mungkin juga aku ada salah apa-apa.
Tapi apa salah aku hah? Setahu aku bila dia nak marahkan aku dia terusterang
saja. Apa nak jadi dengan Zam ni. Satu berita pun aku tak dengar. Minggu ni dah nak
masuk minggu ketiga cuti, tapi bayang-bayang dia pun aku tak nampak. Zam
Zam, manalah kau pergi ni? Aku rindukan kau, tau. Aku nak dengar suara dan
usikan kau yang bersahaja tu. Tolonglah hubungi aku Zam. Aku amat terasa
kehilangan kau.Pada petang Sabtu lalu, pada minggu keenam cuti, kedatangan abang
Syafiq, iaitu abang Zam ke Anggerik Villa ini dengan muka dan pakaian yang tidak
terurus tetapi nampak tenang itu benar-benar meruntun hati dan naluriku. Barulah aku
faham kenapa aku tak nampak Zam sejak lima minggu yang lalu. Rupa-rupanya Zam
sedang menderita dan berlawan dengan penyakit yang dihidapinya sekarang, iaitu
leukemia. Sudah lima minggu Zam dimasukkan ke Hospital Putrajaya.
Kenapa abang Syafiq tak bagitau kat Eida awal-awal yang Zam telah dimasukkan ke
hospital dan ada penyakit leukemia, Kataku terkilan sambil menangis selepas abang
Syafiq habis berkata-kata.
Bukan kami sekeluarga tak nak bagitau. Tapi itu adalah kehendak Zam sendiri.
Abang kadang-kadang kesian tengok kau selalu telefon dan datang ke rumah kami
untuk berjumpa dengan Zam, tapi kami tak ada pilihan lain melainkan terus
merahsiakandaripada kau, Eida. Mengenai penyakitnya pula kami sekeluarga baru
tahu beberapa minggu yang lalu, itupun selepas abang berkeras dengan doktor yang
merawat Zam tu supaya bagitau apa sebenarnya penyakit Zam tu, terang abang
Syafiq lagi dengan panjang lebar.
Habis ada berapa lama lagi jangka hayat dia? papa menyampuk setelah dia
berdiam diri untuk beberapa ketika. Abang Syafiq menarik nafas panjang lalu
melepaskan kembali sebelum mampu menjawab soalan papa tadi
Mengikut kata doktor., dia hanya mampu bertahan untuk beberapa hari saja lagi.
Doktor sudah tak mampu lagi untuk berusaha. Mereka menyuruh kami supaya
bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Mereka juga menyuruh
kami berserah kepada Allah. Mereka juga berpesan supaya tunaikan segala kemahuan
dan permintaan Zam. Syafiq ke mari pun kerana ingin tunaikan permintaan Zam yang
terakhir. Dia teringin sangat nak berbicara dan berjumpa dengan Eida. Itupun kalau
Datuk dan Datin tak keberatan. Aku terus menangis tersedu sambil memeluk mama.
Aku tahu aku bakal kehilangan orang yang kusayangi. Aku juga tahu betapa deritanya
Zam sekarang ni. Mama membelai rambutku dengan penuh kasih sayang. Makcik
dan pakcik takkan halang. Pergilah Eida, tunaikanlah permintaan Zam yang terakhir
ni. Sabarlah sayang. Dia perlukan sokongan daripada Eida. Mama dan papa akan
mendoakan keselamatan Zam, mama memberi kebenarannya sambil memberi
katakata semangat kepadaku.Sebaik sahaja aku sampai di bilik pesakit yang tertera
nama Hafiz Redzuan Hanizam, aku terus meluru masuk tanpa sempat dihalang oleh
seorang jururawat di situ. Aku terperanjat apabila melihat keadaan Zam yang tidak
ubah seperti mayat hidup. Kepalanya tidak lagi dilitupi dengan rambutnya yang hitam
berkilat dan terbelah dua. Aku tidak dapat lagi menahan rasa sebak yang kian
mengasak di dalam dadaku sejak aku melangkah kaki ke bilik ini tadi. Mujurlah pada
ketika ini Zam sedang tidur.
Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Zam melihat aku menangis. Selepas
keadaan aku kembali tenang, aku menanti dengan penuh sabar di sisi katil Zam. Zam
tersedar setelah hampir lima belas minit aku berada di sisinya. Dia menggagahkan
dirinya untuk menguntumkan sebuah senyuman kepadaku. Aku membalasnya
walaupun aku dapat rasakan senyumanku terlampau hambar. Kenapa Zam jadi
seorang yang kedekut? Kenapa Zam tak bagitau Eida tentang penyakit Zam ni?
tanyaku memulakan bicara setelah dia menegurku dan aku membalas dengan
seadanya. Zam tersenyum kelat sambil mengeluh bagaikan ingin melepaskan segala
penderitaan yang ditanggungnya itu.
Kalau Eida nak tahu, Zam memang seorang yang kedekut. Zam tak mahu orang lain
berkongsi derita yang Zam tanggung selama ini. Biarlah Zam sendirian
menghabiskan sisa hidup Zam yang masih berbaki lagi. Ujar Zam dengan nada yang
sayu sekali. Suara itu mengandungi seribu derita yang tidak berkesudahan. Aku
hampir-hampir menangis di depannya tetapi kugagahi juga supaya air mataku tidak
tertumpah di depannya. Sejak bila pula Zam jadi macam ni. Selama ni kan kita
selalu kongsi problem. Jika Eida ada problem Zamlah yang tolong settlekan untuk
Eida. Tapi kenapa bila Zam ada problem Zam sorokkan.
Masa dan keadaan boleh mengubah sikap dan sifat seseorang, Eida. Jika dulu Zam
bagi nasihat kat Eida supaya optimis dan berfikiran positif, sekarang Zam tak ada lagi
kekuatan itu. Zam ingatkan Zam boleh harungi penderitaan ni seorang diri, tapi
rupanya tidak. Zam amat perlukan Eida untuk tanam kembali kekuatan yang kian
rapuh dalam diri Zam ni. Eida amat penting dalam hidup Zam.Suasana sunyi
kembali bermaharajalela di dalam bilik ini buat seketika. Abang Syafiq yang
menemani aku masuk tadi hilang entah ke mana. Kini di dalam bilik ini hanya aku
dan Zam sahaja yang ada. Setelah beberapa ketika aku memulakan semula perbualan
yang terbengkalai tadi. Pelbagai topik kami berbicara seperti hal sekolah, kawan-
kawan, zaman kanak-kanak, impian kami dan macam-macam lagi. Pada malam itu,
Zam memang banyak mulut. Dia tetap hendak bercerita macam-macam walaupun
pada mulanya aku menegahnya. Tapi dia tetap hendak bercakap denganku atas alasan
takut tak sempat lagi. Kami terus berbual sehinggakan kami tidak sedar bila kami
terlelap.Pada keesokan harinya Zam telah dulu bangun sebelum aku. Aku tertidur di
sisi katil Zam.
Eida, ingat tak rumah kristal yang kita lihat di Mahkota Parade tahun lepas sewaktu
kita pergi lawatan ke Melaka dulu, Zam memulakan bicara sesudah kami bersarapan
bersama. Yang mana satu? Mmm Oh, rumah kristal tu. Ye ye baru Eida
ingat. Rumah kristal tu memang Eida berkenan sangat, tapi.. masa tu Eida tak
cukup duit nak belinya. Pada masa tu memang Eida terkilan sebab tak dapat
membelinya. Kenapa Zam tanya?
Cuba Eida buka laci yang kedua itu, kata Zam tanpa menghiraukan pertanyaanku
tadi sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah laci tersebut. Aku membukanya
lalu terpana sebentar dengan apa yang aku lihat.Patutlah Zam tanya tadi, rupa-
rupanya dia telah membelinya. Aku sungguh terharu dengan apa yang Zam telah buat.
Rumah kristal ini harganya mencecah ribuan ringgit tapi Zam telah membuang duit
begitu saja sematamata untuk memenuhi impianku yang tidak aku jangkakan. Aku
tidak dapat menyembunyikan rasa terharuku dengan semua ini. Tanpaku sedari
manik-manik halus yang jernih mengalir ketika aku mengucapkan terima kasihku
yang tidak terhingga kepada Zam.Tepat jam 12.00 tengah hari, Zam telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisiku serta kaum keluarganya. Zam pergi
dengan tenang melepaskan kesemua penderitaan yang telah ditanggungnya selama
ini. Aku cuba berlagak tenang tapi dari kelopak mataku, mutiara jernih mula menitis
tanpa kusedari. Zam telah pergi untuk selama-lamanya dan tak akan kembali lagi.
Aku teringat warkah yang Zam tinggalkan untukku yang belum kubaca. Dengan
perlahan-lahan aku mengoyak sampul biru itu lalu warkah yang berwarna biru lembut
itu kutatapi dan kubaca. Eida,Terlebih dulu Zam ingin meminta ampun dan maaf
seandainya kehadiran warkah ini akan membuatkan kehidupan Eida tidak lagi tenang.
Sebetulnya apabila Eida membaca warkah ini, Zam tentunya sudah berada di alam
lain dan terasing untuk semua manusia di muka bumi ini. Zam sekali lagi ingin
memohon ampun dan maaf kerana telah merahsiakan penyakit yang telah Zam alami
ini. Untuk pengetahuan Eida, Zam tahu Zam menghidap penyakit leukemia ini pada
tahun lepas. Pada masa itu doktor ada beritahu penyakit ini masih boleh diubati
kerana masih di peringkat pertengahan. Zam bukannya tak mahu berubat, tapi Eida
fahamlah macam mana keadaan kewangan keluarga Zam. Zam tak mahu
menyusahkan ayah dan ibu Zam. Kebetulan pada masa itu abang Syafiq amat
memerlukan duit untuk pergi ke universiti. Bayaran perubatan untuk mengubati Zam
ini mencecah ratusan ribu ringgit. Manalah ayah dan ibu Zam ada duit sebanyak itu.
Sebab itulah Zam biarkan saja penyakit ini merebak. Kalau Eida nak tahu, tiap-
tiap hari Zam terpaksa menelan pelbagai jenis ubat tahan sakit. Zam terseksa Eida.
Hanya Allah saja yang tahu betapa sengsaranya Zam mengharungi penderitaan ini
seorang diri. Kadang-kadang Zam terfikir kenapa Allah tidak mengambil terus nyawa
Zam ini agar penderitaan yang Zam tanggung selama ini berakhir, tapi Zam kuatkan
semangat Zam untuk terus menjalani kehidupan ini dengan penuh optimis. Zam
selalu berdoa agar Zam pergi dengan tenang dan dalam iman. Walaupun jauh di
dalam sudut hati ini, Zam tidak rela melepaskan apa yang akan menjadi milik kita,
tapi kalau ini sudah suratan takdir Zam pasrah menerimanya. Zam telah banyak
menderita. Izinkanlah Zam pergi dengan tenang. Jangan lagi ditangisi pemergian Zam
ini.EidaZam nak beritahu satu rahsia yang telah lama Zam simpan di dalam
lubuk hati ini. Sebelum itu, sekali lagi Zam ingin memohon berjuta-juta kemaafan
seandainya apa yang akan Zam nyatakan di sini bakal mengguris hati dan perasaan
Eida. Perkara ini telah lama Zam simpan dan tidak mampu Zam luahkan. Biarlah
Zam luahkan di atas warkah ini saja. Sebenarnya Zam telah lama menyimpan satu
perasaan terhadap Eida. Perasaan ini amat sukar untuk ditafsirkan. Zam sendiri pun
tidak menyedarinya bilakah perasaan itu hadir. Zam tahu dengan adanya perasaan ini
persahabatan kita akan mula tak tentu hala.
Zam juga takut akan natijahnya nanti bila Zam luahkannya. Zam amat takut
persahabatan kita juga akan hancur berkecai begitu saja. Sebab itulah Zam banyak
kali menafikannya. Tapi hati dan perasaan Zam tidak boleh menipu diri ini. Zam
betul-betul menyayangi Eida lebih daripada seorang sahabat. Kalau boleh Zam tak
rela Eida bersama dengan orang lain kelak selepas Zam tiada di dunia ini lagi. Tapi
siapalah Zam untuk menghalang Eida. Zam tak sanggup untuk memikirkan dengan
siapa Eida akan bersama kelak. Tapi, Zam tahu Zam tak boleh pentingkan diri
sendiri.Alangkah bahagianya Zam kalau Eida pun mempunyai perasaan yang sama
seperti apa yang Zam alami sekarang. Zam tak sempat nak tahu apakah perasaan Eida
terhadap Zam.Eida, Zam sekali lagi minta maaf andai kata-kata Zam tadi
menghancurkan hati Eida. Zam tidak pandai bermadah pujangga seperti seekor
pungguk rindukan bulan tapi Zam amat berharap kalau Eida boleh memahaminya.
Rumah kristal yang Zam hadiahkan itu diharap Eida jagalah baik-baik. Kalau Eida
teringatkan Zam tenungkanlah rumah itu, pasti rindu Eida akan terubat. Zam tahu,
Zam akan pergi sebelum sempat ambil result SPM, jadi Eida tolonglah ambilkan
untuk Zam. Zam harap impian dan harapan yang kita gantungkan setinggi lelangit
rumah itu dapat Eida capai walaupun tanpa Zam di sisi. Zam tidak lagi menaruh
sebarang harapan. Sama ada baik atau buruk result itu nanti sudah tidak berguna lagi
apabila Zam pergi nanti. Zam cuma berharap dan mampu berdoa agar cita-cita Eida
untuk menjadi seorang doktor pakar bedah bahagian otak yang berdedikasi itu
mampu Eida capai. Cuma satu harapan Zam, Eida jagalah diri Eida baik-baik.
Tolonglah tengok-tengokkan keluarga Zam di rumah. Janganlah suka bertindak
mengikut nafsu. Ikutlah suara hatimu yang baik itu. Janganlah ditangisi pemergian
Zam ini. Zam nak tengok senyuman Eida sentiasa menghiasi bibirmu yang mungil
itu. Untuk kesekian kalinya Zam ingin memohon ampun dan maaf yang tidak
terhingga.Terima kasih kerana selama ini Eida menjadi sahabat Zam yang amat
memahami diri ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat tinggal,
sayangku.AssalamualaikumSahabatmu,Zam(27/12/2001 11.30 mlm)
Aku tidak dapat lagi menahan sebak yang sedang hebat melanda diri ini. Aku
menghamburkan segala-galanya.

Kebetulan pada masa ini radio yang sedang terpasang sejak dari tadi
memutarkan lagu Salam Terakhir nyanyian Sudirman. Itu adalah salah satu lagu
yang amat Zam suka semasa hayatnya.Aku terus menangis tersedu apabila
mengingati Zam. Zam, pergimu dengan penuh tragis. Tempatmu di dalam hatiku dan
tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menggantikannya. Jauh di dalam sudut
kamar hatiku, aku juga mempunyai perasaan yang sama seperti yang Zam alami.
Jangan bimbang Zam, selagi nadi ini berdenyut, selagi darah dalam tubuh ini
mengalir tidak akan ada sesiapapun yang akan merampas Eida dari diri Zam. Eida
berjanji di hadapan Rumah Kristal ini. Eida akan teruskan kehidupan ini demi Zam.
Eida akan merialisasikan impian kita berdua walaupun tanpa Zam di sisi.Tunggulah
suatu hari nanti Eida akan menjadi seorang doktor pakar bedah bahagian otak yang
berdedikasi. Nama Nurul Juliana Shahidatul Dursina akan seiring dengan nama
doktor-doktor pakar bedah dari luar negara. Eida akan bina hidup baru dengan setiap
kenangan kita berdua. Zam tidak akan Eida lupakan buat selama-lamanya.
Pemergian Zam tidak akan lagi Eida tangisi.Eida pasrah dengan segala-galanya.
Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke bilik air untuk menunaikan solat sunat
pada dinihari ini. Aku ingin mendoakan kesejahteraan Zam di sana agar Zam
berbahagia dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi...

Você também pode gostar