Você está na página 1de 11

Senarai Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Katak di bawah tempurung


Maksud: Orang yang sangat cetek pengetahuan dan pengalaman hidup.

Katak ditimpa kemarau


Maksud: Berkeluh-kesah dengan tidak keruan.

Katak hendak jadi lembu


Maksud: Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai
orang besar, orang kaya dan sebagainya.

Alim bagai katak tepi air


Maksud: Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air


Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung


Maksud: Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.

Seperti lembu dicucuk hidung


Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu


Maksud: Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai aur dengan tebing


Maksud: Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling bantu-membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud: mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang


Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud: Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


Maksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu
yang susah.

Indah khabar daripada rupa


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni


Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua


Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian
hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan


Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula.

Biar mati anak, jangan mati adat


Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan


Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Kaut laba dengan siku


Maksud: Sentiasa hendak beroleh untung banyak.

Umpama burung tumpang beramai dengan kawan banyak


Maksud: Perihal orang dagang yang tidak bersungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang.

Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang


Maksud: Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri sendiri.

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai
Maksud peribahasa: Hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan
itu mendatangkan berani.

Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak
Maksud: Perihal perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.

Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi
Maksud: Sia-sialah mengerjakan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah.

Cari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Perah otak
Maksud: Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar hati
Maksud : Gembira.

Anak buah
Maksud : Anak saudara ataupun pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara.

Batu penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.


Maksud : Orang yang tidak tetap kedudukannya.

Ikan di hulu tuba di hilir.


Maksud : Perbuatan yang sia-sia

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.


Maksud : Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah orang.


Maksud : Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
Intan dikalungkan di leher anjing.
Maksud : Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan
pada tempatnya.

Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
Maksud : Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan
sesuatu pekerjaan.

Alah sabung, menang sorak.


Maksud: Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.

Satu dijentik, sepuluh rebah.


Maksud: Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.

Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.


Maksud: Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

Sigai dua segeragai.


Maksud: Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.

Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.


Maksud: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.

Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.


Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan

Seperti kaca terhempas ke batu.


Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.

Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.


Maksud: Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

Kerana mulut badan binasa.


Maksud: Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Maksud: Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

Ada seperti tampaknya apung-apung.


Maksud: Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.

Dalam menunduk dia menyonggeng.


Maksud: Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.

Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.


Maksud: Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan
buktinya.

Air mata jatuh ke dalam.


Maksud: Berdukacita dengan diam-diam.
Bagai haruan di dalam tuar.
Maksud: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah

Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.


Maksud: Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.

Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam.


Maksud: Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.


Maksud: Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.

Berlurah di balik pendakian.


Maksud: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan
sebagainya.

Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.


Maksud: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang
mengerjakannya.

Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.


Maksud: Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya

Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
Maksud: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.

Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.


Maksud: Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.

Seperti raja dengan menteri.


Maksud: Seia-sekata dalam semua perkara.

Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.


Maksud: Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.
Maksud: Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.


Maksud: Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa

Elok basa kan bekal hidup, elok budi bekal mati.


Maksud: Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi
kenang-kenangan.

Berhampar lapik, berlicin daun.


Maksud: Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada
menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk
Batu pun empuk, jangankan hati manusia.
Maksud: Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.

Seperti anjing dengan kucing


Maksud: digunakan untuk menggambarkan dua orang yang saling berkelahi bila berjumpa
susah utk mereka berdamai

Seperti ayam dengan itik


Maksud: Dua pihak yang mempunyai masalah berkomunikasi.

Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.


Maksud: Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih

Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.


Maksud: Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu
seseorang.

Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.


Maksud: Pemberian yang tidak ada ertinya.

Ada beras, taruh dalam padi


Maksud: Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

Ada bukit, ada paya


Maksud: Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Maksud: Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

Kemana angin deras, kesitu condongnya


Maksud: Pendirian yang tidak tetap.

Asal ada, kecil pun pada


Maksud: Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.

Cencang dua segeragai


Maksud: Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.

Dikati sama berat, diuji sama merah


Maksud: Pangkat atau kedudukan yang sama.

Sampai bersalam, pulang berterajang


Maksud: Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang
jahat.

Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku


Maksud: Isteri yang mencari kekasih lain.

Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan menjadi sekam


Maksud: Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
Ada angin ada pohonnya.
Maksud: Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.

Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa tahu.


Maksud: Hanya diri orang itu sahaja yang tahu akan penderitaan atau kesedihannya.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Maksud: Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang
menderita kesusahan itu.

Seperti kain kasa di atas duri.


Maksud: Suatu perkara yang terlalu sukar menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.

Bibir saya bukan diretak panas.


Maksud: Kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.

Buat di alang tahun, belayar di luar musim.


Maksud: Melakukan sesuatu salah masa.

Jangan tercicir di periuk


Maksud: Jangan membuat angkara di mana kita menumpang.

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang.


Maksud: Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orang

Manusia tahan kias, binatang tahan palu.


Maksud: Mengajar manusia dengan sindiran manakala haiwan dengan pukulan.

Serkap jarang
Maksud: Menuduh tanpa usul periksa.

Jaga mulut
Maksud: Pelihara lidah; berhati-hati dalam percakapan.

Periuk mengumpat belanga.


Maksud: Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.

Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.


Maksud: Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati.

Rantai besi dimakan bubuk.


Maksud: Cerita yang tak masuk di akal.

Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
Maksud: Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan
pendapatnya.

Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.


Maksud: Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada
kerasnya.
Salah cotok melantingkan.
Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah
dibetulkan.

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.


Maksud: Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

Matahari tengah gerhana.


Maksud: Berwajah muram kerana dukacita.

Rasa termengkelan di hati.


Maksud: Merasa musykil.

Seperti memekik di tengah padang luas.


Maksud: Seruan yang tidak diendahkan orang.

Seperti bunyi gung tertangkup.


Maksud: Kata-kata yang tidak jelas.

Sebagai ayam diasak malam.


Maksud: Tidak ada daya upaya lagi.

Biar, biar naik ke mata.


Maksud: Kecewa.

Seperti di atas titian.


Maksud: Dalam kebimbangan.

Api padam puntung berasap.


Maksud: Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.

Agak-agak bertutur malam hari.


Maksud: Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

Orang itu empat gasal, lima genap.


Maksud: Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.

Buruk muka cermin dibelah.


Maksud: Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan.

Melentur biarlah waktu rebung.


Maksud: Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan
tidak dapat diajar lagi.

Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.
Maksud: Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga
tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi.

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.


Maksud: Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
Maksud: Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.

Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal menjelma.


Maksud: Orang yang mempunyai dua pendirian.

Longgar sendat lapang bertukul.


Maksud: Hanya berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya tidak.

Seperti kecek ular.


Maksud: Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.

Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.


Maksud: Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar,
sebab buruk padahnya.

Syarak yang mengata, adat yang memaksa.


Maksud: Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan

Di mana tumbuh, di situ disiang.


Maksud: Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di
situ juga

Mudah luka payah sembuhnya.


Maksud: Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.

Bagaimana hari tak hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu
Maksud: Orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan tidak berketika dan dengan
maksud yang tersembunyi.

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain


Maksud: Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

Tak akan ada katak beranak ular


Maksud: Memperkatakan mengenai hal yang mustahil berlaku kepada seseorang; ataupun
untuk menggambarkan orang yang pengecut (bodoh) yang tidak akan menjadi berani
(pandai).

Terkilap-kilap bagai katak disemburi


Maksud: Orang yang diam sahaja dalam suatu perbincangan.

Tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun


Maksud: Orang yang hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.

Sekati sama berat, diuji sama merah


Maksud peribahasa: Sama tinggi darjat atau kedudukan.

Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah


Maksud: Hidup mati terletak di tangan Tuhan.

Você também pode gostar