Você está na página 1de 10

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling
Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan MSSWP Sekolah bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18
tahun lelaki dan perempuan.
2.2 Tempoh permainan
Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masa
permainan 10 minit setiap separuh masa (10 : 1 : 10)
(diputuskan semasa mesyuarat penyelarasan/pengelolaan zon dan negeri)
2.3 Masa Rehat Pasukan (1 minit)
2.3.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out)
sekali bagi setiap separuh masa. (Peringkat Kalah Mati sahaja).
2.3.2 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana
pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD
HIJAU berukuran 15cm x 20cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
2.3.3 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran untuk rehat 1 minit :
- Semasa pasukannya mengawal bola
- Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari
pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja terdiri daripada 7
orang pemain dengan 5 orang pemain gantian dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.
3.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi
pasukan masing-masing
3.2.1 Pengurus Pasukan
3.2.2 Jurulatih
3.3 Bagi penyertaan berpasukan bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, SEORANG
pemain tingkatan 6 atas yang berumur bawah 20 tahun bagi setiap kategori
dibolehkan menyertai pasukan.

1|B o l a B a l i n g M S S W P
4. PAKAIAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut :
4.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya
dengan nombor masing-masing di depan dan belakang dengan ukuran ketinggian
nombor sekurang-kurangnya 20cm di belakang dan 10cm dibahagian hadapan.
Pemakaian jersi bernombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat
kejohanan.
4.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya,
keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah kepada pasukan yang namanya
disebut dahulu dalam borang pertandingan.
4.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud
enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan
sama sekali.
4.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang
berlainan warna bagi setiap peringkat umur.
4.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-
masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

5. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut :
5.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)
5.1.1 Pusingan Pertama
5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalakan secara liga.
5.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat


kumpulan tersebut dengan cara cabutan undi mengikut
undang-undang permainan berkenaan

5.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

2|B o l a B a l i n g M S S W P
5.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

5.1.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
5.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan seperti berikut :
5.1.2.3 Undian bagi 4 pasukan Johan setiap kumpulan akan didahulukan
untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7
5.1.2.4 Undian bagi 2 pasukan Naib Johan kumpulan untuk ditempatkan
di kedudukan 2 atau 4 jika pasukan yang menjadi Johan
kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau
7. Manakala 2 pasukan naib Johan yang lain akan diundi juga
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
5.1.2.5 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir
akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan
Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

5.2 Cara Liga Tiga Kumpulan

5.2.1 Pusingan Pertama


5.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka
mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B
dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
5.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan
tersebut melalui undian.

3|B o l a B a l i n g M S S W P
5.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

5.2.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)


5.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan
ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan
undian.
5.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
5.2.2.3 Daripada 3 pasukan Johan kumpulan, satu akan ditempatkan
ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.
5.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan
lain daripada Johan kumpulannya.

5.2.3 Pusingan Akhir


5.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
5.2.3.2 Naib Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y
untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

5.3 Cara Liga Dua Kumpulan


5.3.1 Pusingan Pertama
5.3.1.1 Sekiranya 6 pasukan hingga 8 pasukan yang mengambil
bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu A dan B.
5.3.1.2 Johan dan tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan serta
tempat Ketiga ditempatkan dalam kumpulan B.
5.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan
dengan cabutan undi.
5.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

5.3.2 Pusingan Kedua


5.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan
Johan kumpulan B akan melawan Johan kumpulan A.
5.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.3.3 Pusingan Akhir


5.3.3.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan
Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan kumpulan A bagi
menentukan Johan dan Naib Johan.
5.3.3.2 Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas akan
menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

4|B o l a B a l i n g M S S W P
5.4 Cara Liga Satu Pusingan
5.4.1 Sekiranya 5 atau kurang daripada lima pasukan yang mengambil bahagian,
pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang
mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN


6.1 Secara Liga
Cara Memberi Mata

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

6.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :
6.1.1.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak
akan dikira menang.
6.1.1.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak
dikira menang.
6.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira menang.
6.1.1.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

6.2 Kalah Mati


6.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh
masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memenuhi
pemenangnya.
6.2.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah
berehat 5 minit.
6.2.1.2 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit
diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.
6.2.1.3 Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.
6.2.1.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca,
penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka lambungan duit syiling (50sen) sebanyak 3
(tiga) kali hendaklah dijalankan.

6.2.2 Sistem Balingan 7 Meter (Penalti)


6.2.2.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7
meter dengan cara membaling berselang seli oleh 5 pemain.
6.2.2.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan
secara berselang- seli dengan sistem Sudden Death sehingga
keputusan diperoleh.
6.2.2.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu
dijalankan.
6.2.2.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang
menang akan membuat balingan dahulu.

5|B o l a B a l i n g M S S W P
6.2.2.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan
tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.
6.2.2.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan
penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan
percuma.
6.2.2.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah
gelanggang.
6.2.2.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan
7 meter dijalankan.

7. GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsda (IHF)

7.1 Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan


keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-
kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari
garisan gol.

8. ALATAN (BOLA)

PERINGKAT UMUR LILITAN BERAT SAIZ BOLA


12 Tahun Perempuan
50 52 cm 290 330 gm Saiz 1
12 Tahun Lelaki
15 Tahun Perempuan
18 Tahun Perempuan 54 56 cm 325 -375gm Saiz 2
15 Tahun Lelaki
18 Tahun Lelaki 58 60 cm 425 475gm Saiz 3

9. KELEWATAN
Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Pasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.
Sekiranya satu pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang disertainya akan
dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan
tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan.

10.1 Surat tunjuk sebab hendaklah dihantar kepada pengelola dan pengelola
hendaklah membuat laporan kepada YDP MSSWPKL.
10.2 Pasukan tersebut hendaklah membayar tambang perjalanan pasukan yang
hadir.
10.3 Tindakan susulan akan ditentukan oleh YDP MSSWPKL.

6|B o l a B a l i n g M S S W P
11. SINGKIR (KAD MERAH) DAN PEMBATALAN
11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
11.2 Pemain yang menerima kad merah kerana digantung (2 minit) 3 kali berturut-
turut, ia hanya tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan itu sahaja dan
dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.
11.3 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, ia tidak dibenarkan
berada di kawasan kejohanan sepanjang pertandingan dijalankan.

12. BANTAHAN
12.1 Bantahan secara bertulis hendaklah diserahkan dalam tempoh 15 minit
selepas perlawanan berakhir.
12.2 Bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM 200 dan
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak diterima.

13. LEMBAGA JURI RAYUAN


13.1 Pengerusi Pengelola Pertandingan
13.2 Setiausaha Pertandingan
13.3 Wakil MSSWPKL Penyelaras Permainan Unit Sukan JPWP
13.4 Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Negeri
13.5 3 orang pengurus pasukan dari pasukan yang bertanding dan tidak terlibat
dengan bantahan tersebut

14. LEMBAGA TATATERTIB


14.1 YDP MSSWPKL
14.2 Setiausaha Agung MSSWPKL
14.3 Penyelaras Permainan MSSWPKL
14.4 Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Negeri
14.5 Pengerusi Pengelola Pertandingan
14.6 Setiausaha Pertandingan
14.7 Ketua Pengadil Negeri

15. PERATURAN TAMBAHAN


15.1 Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh
penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya
boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma
tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan
melakukan sebarang pertukaran.(peraturan 2:5)
15.2 Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-
keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman
(kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol
yang dibolehkan untuk pertukaran.(peraturan 2:8)
15.3 Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk
rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada
pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku,
pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat
kesukanan.(peraturan 4:11)

7|B o l a B a l i n g M S S W P
15.4 Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat
dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.(peraturan 4:1)
15.5 Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang
untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil.(peraturan 4:2)
15.6 Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan
sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola
dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang
sehingga tiupan wisel.(peraturan 10.3)
15.7 Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta
terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman.(klarifikasi no 4)
15.8 Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat
balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh
pengadil.(peraturan 15.6)
15.9 Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang
terhampir kepada pasukan lawan.(peraturan 11.3)
15.10 Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar
gelanggang. (klarifikasi no 3)

16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.

Sila rujuk Peraturan AM (19) MSSWPKL

8|B o l a B a l i n g M S S W P
UKURAN GELANGGANG

9|B o l a B a l i n g M S S W P
UKURAN GOL

10 | B o l a B a l i n g M S S W P

Você também pode gostar